BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, April 6, 2012

~pemimpin~




Semalam, aku ada terbaca satu ruangan blog salah seorang rakanku. Dia menuliskan suatu kisah mengenai pemimpin yang berjiwa rakyat. Pemimpin tersebut merupakan Ketua Menteri Perak iaitu Datuk Dr.Zambry. Dalam blog tersebut dipamerkan gambar Dr. Zambry  menggunting rambut di kedai yang cukup simple.

Pendapatku, Dr Zambry merupakan salah satu pemimpin peringkat negeri yang boleh dikagumi dan namanya cukup harum di mulut rakyatnya. Gambar Dr Zambry mendapatkan khidmat menggunting rambut di kedai yang cukup biasa dan sederhana itu membayangkan jiwanya yang sentiasa dekat dengan rakyat. Kalau ada orang berkata bahawa ini adalah suatu politik murah, inginku menyeru kepada mereka untuk berbuat seperti Dr Zambry.Sanggupkah?Jika diikut kepada kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar tentulah beliau mampu untuk ke kedai gunting yang lebih eksklusif tetapi sikap rendah diri sebeginilah yang rakyat inginkan.

0 comments: