BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, July 20, 2012

~Hari Anugerah Kecemerlangan 2012,SMKDZM,Slim River~

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua……..

Alhamdulillah, hari ni satu lagi pengalaman untuk cik cah a.k.a cikgu ecah menimba pengalaman dalam mengurus program sekolah. Walaupun hanya untuk tugas yang kecil,, namun sedikit-sebanyak memberi manfaat kepada ecah. Syukur kehadrat-Nya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan berlangsung dengan jayanya.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu program anjuran sekolah yang bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar dalam kurikulum dan juga kokurikulum. Jadi, hari ini Sek Men Keb Dato' Zulkifli Muhammad(SMKDZM) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 bersamaan  19 Julai 2012 tepat jam 2.00 petang.  Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Faris Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif MasterPlan Consulting SDB BHD. Pelajar yang menerima anugerah ini adalah terdiri daripada pelajar cemerlang peperiksaan awam, anugerah khas matapelajaran cemerlang PMR,SPM, STPM 2011 dan anugerah kokurikulum. Manakala terdapat juga anugerah-anugerah untuk guru iaitu anugerah panitia terbaik mengikut bidang.

Kejayaan penerima anugerah ini telah dinilai melalui pencapaian mereka dalam semua bidang. 
Penerima anugaerah  yang telah Berjaya mencapai tahap yang cemerlang samada di dalam kelas mahupun di dalam aliran tertentu akan diberi penghargaan berupa hadiah berbentuk trofi dan sijil sebagai dorongan untuk meneruskan usaha dan juga menjadi contoh bagi pelajar-pelajar dan guru-guru yang lain.

Semoga dengan usaha semua guru dan ibubapa di dalam mendidik anak-anak bangsa kita ini akan membuahkan kejayaan yang dapat memberi manfaat dan berguna pada masa akan datang.



Cikgu Ecah & Ustazah Ain~AJK Pendaftaran

Cikgu Hajar & Cikgu Izaty~AJK Pendaftaran
Ketibaan para VIP
Perarakan masuk VIP ke dewan utama
Mengaminkan doa ..pape pon senyum~xperlu kata apa2..senyum(kerdit tuk safuan ;D )


Ucapan perasmian oleh YB Dato' Ahmad Faris B. Abdul Halim

Para pelajar yang bakal menerima anugerah



~Acara selingan 1 ~ persembahan pelajar: Nyanyian lagu Jepun ~

~Acara selingan 2 ~ persembahan pelajar: ~Coral Speaking~



~Kumpulan Kompang SMKDZM~



~Warga SMKDZM~








~Antara  pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan~

















~Para Fotographer SMKDZM~


Safuan~Empunya kebanyakkan gambo lam entry kali ni~TQ  cikgu ucapkan :)


                     

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Program sudah,acara pun sudah. Sekian,bersurai..Wassalam ;D

Sunday, July 15, 2012

PicniC @ Hot Spring Sg.Klah


As salamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah.syukur dipanjatkan kehadrat ilahi atas kurnianya kita masih bernafas sehingga ke saat ini. Tak lupa juga sahabat2 ecah sekalian yang meluangkan sedikit masa untuk membaca entry ecah kali ini...tQ sooo muchhhh!

Entry kali ini, sedikit-sebanyak ecah nak kongsi moment perkelahan ecah dan sahabat2 ecah (cikgu2 praktikum SMKDZM & sorang lagi cikgu praktimum SMKA Slim River iaitu Cikgu Azira..Alhamdulillah, adanya rezeki kami tuk menjejakkan kaki di Hot Spring Sungai Klah. Entah kali keberapa sudah kami bertandang ke tempat ini..Hurmmmm..bukan niat nak menunjuk-nunjuk tau..NO NO NO..Apa-ape pon just nak kongsi betapa bestnye dan seronoknya picnic di sini...

Hampir seminggu sudah picnic ini dirancang dan Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar walaupon ade sesetengah sahabat2 yang lain tidak dapat join atas urusan penting masing2(sarah,hajar,fie,p-ja,izzaty,Piji & Aman lain kali kita pegi lagi ek..huuhuu)..Dan memang tujuan kami adalah  untuk mengisi masa lapang, berhibur dengan sahabat2, menguatkan ukhwah kami & yang paling utama bak kata Ustazah Ain, menikmati dan mensyukuri nikmat keindahan ciptaan-Nya.Yup3!Bagus Ustazah..Cikgu Ecah setuju sangat2...

So, lepas je tamat program LADAP di SMKDZM,kami bertolak ke Hot Spring Sg.Klah dalam pukul 2.00pm. Ok, xlupa kepada MR.Swift & MR.Vios yang sudi jadi driver tuk kitaorang keh!hahaha(motif lak jadi driver kan)..ok pape pon TQ banyak2..tanpa u all, we all tak sampai situ kan..

So,sampai pon we All..haha(lengkap  ngan tiket masuk.ehee)
Sambil menunggu gerabak a.k.a kereta api (eh kereta api ek?kereta api  la sangat kan..haha)we all sempat lu posing2 sakan..





Sampai je gerabak 2, terus je kitaorang naik..tup2!!kitaorang dah tinggal Mr.Swift & Mr.Vios sebab lama sangat kat area parking 2..hahaha..Gamaknya,jalan kaki la U all..=b


Cikgu Ecah & Cikgu Nisa
Cikgu Jaya & Cikgu Hanis
Ustazah Umi & Ustazah Ain

Turun je gerabak 2,kami terus serbu kios Ice-cream..Dua2 ustazah yang beria2 serbu kios 2 k..We all follow je..hahaha(padahal semuanye sama naik je...masing2 serbu kannnn..ahaaa)


OK,dah ade ice-cream pon..nyum3!!
Sambil jalan, sambil nikmati ice-cream..yummy2!(OPSSS!!!jangan tiru gaya kami..x baik makan sambil berjalan kannn..huhu).

Ok, siap makan ice-cream, kami tukar pakaian n terus main air..gambor2 main lam air smua xde..sebab kamera simpa lam locker..(maybe ngan Cikgu Nisa ade gambor2 2 smua sebab bawa HP masuk lam air kannn..hehe..nanti nak la Cikgu Nisa). So, kamera xde kat tangan boleh la mandi manda dengan bebasnya..haha..air panas, air sejuk..semua kami sapu..Sempat la kami merendamkan kaki  dan berjalan-jalan di atas batu yang dilalui oleh air panas yang original.Lokasi taman terapi ini tak jauh, hanya bersebelahan sahaja dengan kolam air sejuk. Di sini, u all boleh dapat pengalaman merendam kaki ke dalam air panas yang keluar dari kerak bumi yang suhu air itu adalah lebih kurang antara 30-40 darjah celcius.time masuk air panas yang pijak2 batu ni..adoiii..Menyeringai muka bila urat di tapak kaki terkena pada batu yang tajam. Tak perlu nak cover-cover lagi. Kalau dah sakit, itu tandanya urat di tapak kaki kita tidak berfungsi dengan baik. Hah!gitu..


So, capture2 plak slepas siap mandi n solat Asar..
Sambil menunggu Mr.Swift & Mr.Vios yang belum siap mandi-manda lagi..so,capture33!!haha
Cikgi2 praktikum SMKDZM
Manyaknye ikan...
Wif  Darling Honey a.k.a Cikgu Hanis & ustazah Ain
Ustazah sedang mengingati lirik lagu ikan kaloi..=D
"Ok, ibu dan anak pandang belakang"..~euwuew teciknye sayerrrrr ;D
Last pose @ depan musolla 
Peace (^^,)V  Naik gerabak, nak balik dahhhh..
Lagak gaya bebas Ustazah Ain~berani U,Ustazah!
Ok,Last2 wif ustazah umi & Teacher Nisa..hahaha 
Gerabak berlalu pergi meninggalkan kami..
Selamat Tinggal Hot Spring Sg.Klah...(^^,)Y
OK,yang ni last..last..hik3~orang yang kuat membuli time ecah mandi-manda..
Kenangan~tiket baru ditanggalkan..ahaa
Cikgu Nisa & Mr.Swift~
Disebabkan pewwott masing2 dah berkeroncong, berdendang sayang ..so, Mr.Swift & Mr.Vios meluncur laju ke destinasi makan2 yang dikatakan "sedap" tu.. ~tangan di dada, mata ke atas...haha ;b

Makanlah Cikgu Jaya dengan nasi Goreng Ayamnye..C.Hanis +  Mihun TomYam nyerr & C.Fitriyana + mee mamak nyerrr(menu sama ngan ecah + Zira..hehe..almaklumla, yang 2 je slalunye  jadi kegemaran we all..haha)
Masing2 menikmati hidangan tanpa menghiraukan saya yang sedang  mengCAPTURE gambo..huuhuu
Alolololo..sopannye cikgu Azira makan..=D
OK,,we all ready nak balik ..
Alhamdulillah, sepetang berpicnic..akhirnya sampai ke penghujungnya jua..Happy, best, seronok, enjoy n macam2 lagi la..Alhamdulillah atas kurniaanNya.. Berkumpul, Berpisah sudah menjadi ketentuanNya. InsyaAllah,di lain masa we all berpicnic lagi..bila?dimana?tunggu..kita rancang dulu. Ape2 pon, Semoga Ukhwah yang terjalin sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya..Sekian....Wassalam.