BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, July 20, 2012

~Hari Anugerah Kecemerlangan 2012,SMKDZM,Slim River~

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua……..

Alhamdulillah, hari ni satu lagi pengalaman untuk cik cah a.k.a cikgu ecah menimba pengalaman dalam mengurus program sekolah. Walaupun hanya untuk tugas yang kecil,, namun sedikit-sebanyak memberi manfaat kepada ecah. Syukur kehadrat-Nya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan berlangsung dengan jayanya.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu program anjuran sekolah yang bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar dalam kurikulum dan juga kokurikulum. Jadi, hari ini Sek Men Keb Dato' Zulkifli Muhammad(SMKDZM) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 bersamaan  19 Julai 2012 tepat jam 2.00 petang.  Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Faris Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif MasterPlan Consulting SDB BHD. Pelajar yang menerima anugerah ini adalah terdiri daripada pelajar cemerlang peperiksaan awam, anugerah khas matapelajaran cemerlang PMR,SPM, STPM 2011 dan anugerah kokurikulum. Manakala terdapat juga anugerah-anugerah untuk guru iaitu anugerah panitia terbaik mengikut bidang.

Kejayaan penerima anugerah ini telah dinilai melalui pencapaian mereka dalam semua bidang. 
Penerima anugaerah  yang telah Berjaya mencapai tahap yang cemerlang samada di dalam kelas mahupun di dalam aliran tertentu akan diberi penghargaan berupa hadiah berbentuk trofi dan sijil sebagai dorongan untuk meneruskan usaha dan juga menjadi contoh bagi pelajar-pelajar dan guru-guru yang lain.

Semoga dengan usaha semua guru dan ibubapa di dalam mendidik anak-anak bangsa kita ini akan membuahkan kejayaan yang dapat memberi manfaat dan berguna pada masa akan datang.



Cikgu Ecah & Ustazah Ain~AJK Pendaftaran

Cikgu Hajar & Cikgu Izaty~AJK Pendaftaran
Ketibaan para VIP
Perarakan masuk VIP ke dewan utama
Mengaminkan doa ..pape pon senyum~xperlu kata apa2..senyum(kerdit tuk safuan ;D )


Ucapan perasmian oleh YB Dato' Ahmad Faris B. Abdul Halim

Para pelajar yang bakal menerima anugerah



~Acara selingan 1 ~ persembahan pelajar: Nyanyian lagu Jepun ~

~Acara selingan 2 ~ persembahan pelajar: ~Coral Speaking~



~Kumpulan Kompang SMKDZM~



~Warga SMKDZM~








~Antara  pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan~

















~Para Fotographer SMKDZM~


Safuan~Empunya kebanyakkan gambo lam entry kali ni~TQ  cikgu ucapkan :)


                     

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Program sudah,acara pun sudah. Sekian,bersurai..Wassalam ;D

0 comments: