BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Wednesday, August 15, 2012

~Speed City KL Drift~

As salamualaikum & salam Sejahtera..

 1st time ecah jejak di litar iaitu di  speed city KL..sebab kawan yang ajak singgah, nak tunjuk kat ecah, fit & zira camner dunia drifter2 ni di litar..masuk lam 2 dengan bayaran RM18 tuk 4 orang..so, tengok la puas2 kereta terpusing sana terpusing sini..broomm sana...broomm sini..ecah dah macam rusa masuk kg sudaaa..bila tengok keadaan sekelinling..owhhh macam ni rupanye...Bau hangit tayar, Bising dengan deruman enjin kereta dan macam2 lagi..sorakan penonton..Begitulah gelagat mereka2 pada penglihatan ecah time 2 ..ade juga family2 yang datang dengan membawa anak2 ..mungkin diorang mengisi masa bersama keluarga dengan datang sini.. Bagi ecah, ok la..lagipon ade gerai makanan ditepi litar..so, boleh la santai2 sambil layan keta drift kan..

Ape2 pon yang menarik perhatian ecah adalah kereta2 yang pelbagai design yang dimakeover oleh para drifters..ade keta yang kita tengok sangatlah buruk tapi jadi "kelazzz"  bila diubahsuai..dengan bunyi deruman ekzos yang kuat dan bising 2,  membuatkan ecah tertarik nak tengok..hehe


Sebelum balik, sempat la kitaorang jalan2 sekitar litar 2..ternampak plak kereta yang warna warni ni haaa... ape lagi..snap2 ..captured2 laaa!!hehe








sekian sahaja sahaja entry kali ini,wassalam...

Cikgu Cikgi Praktikum Berbuka Puasa & Main Bunga Api

As salamualaikum & salam sejahtera sahabat2 semua..

entry kali ni merupakan entry yang kedua daripada yang asal..uwaaaaa..sakit ati,geram, tension..sebab terdelate selepas hampir siap..sape x rasa macam 2 law benda hampir siap tapi hilang..adoiiii...jiwa tul..ape2 pon ecah masih bersemangat tuk buat entry yang baru..demi tuk sahabat2 ecah & kenang-kenangan tuk kita semua..cuma amik masa jugalah nak tulis balik kan..uhuiii..nasiblah kan..

Baiklah berbalik kepada kisah asal yang ingi dikongsi..
Ahad yang lepas bersamaan 12 ogos 2012, ecah berkesempatan tuk berbuka bersama-sama sahabat ecah( cikgu2 Praktikum SMKDZM) @ rumah Cikgu Nisa, Anis & Jaya.. TQ u all atas perancangan, jemputan & persiapan tempat(amboiii..cik cah bercakap macam handle program plak..ahaaa)..

Walaupon semasa dijemput ecah masih di KL,namun jodoh untuk berbuka bersama-sama ngan u all sangat tebal. Ecah sempat sampai di slim river tanpa terperangkap dalam jem di KL..Alhamdulillah..dan ecah plak yang paling awal sampai di tempat yang dijanjikan itu.. tak lupa,datang plak bersama-sama cikgu Fit, 2 dak comel Sara & Izatul...(harus disebut nama dioarang ni,,nti merajuk la kan..ahaaaa)

So, sebagai kenang-kenangan..jom layan gambar2 yang dicaptured oleh Cikgu Nisa & Dak Comel Sara Hazwany..

juadah berbuka puasa kami..Alhamdulillah rezeki kami..

sebelum berbuka~Cikgu Jaya, Cikgu Pja & Ustazah Umie

Pelbagai juadah yang tersedia..ade yang dibeli, ade yang dibuat oleh cikgu nisa, jaya,hanis(ayam masak merah 2 sedap!) & sara hazwany(kuih-muih 2 pon sedap gak sara!)...daripada makcik jiran depan rumah pun ade..time ni,Masing2 menanti waktu untuk berbuka..macam2 celotah yang terpamer ..lebih-lebih lagi antara cikgu Fit & Sara Hazwany..macam adik beradik diorang ni...hehe

Kumbang dikelilingi bunga..hahhaa~Selepas solat maghrib, kami semua disponser bermain mercun dan bunga api oleh Sara Hazwany..Tq so much yunk! kemeriahan bermain bunga api mengingatkan kami pd kg halaman dan zaman kanak-kanak kami dolu2..hik3..lagi meriah dengan kehadiran cikgu Aman & Cikgu PG..Namun lam gambar ni cikgu aman xde..kemana menghilang yerrr??? jeng jeng jeng..masing2 tertanya...

Cikgu2 yang keanak-anakkan...girangnye bermain bunga Api bersama studentnye, Sara & Izatul..saat2 macam ni memang dinanti2kan.. seronok main bunga api sampai senyum bawa ke tidur…dan benda nilah yg paling di sukai oleh budak2 time malam raya… bako duit!!!! hahahha..tul x tul x..;D

Kami yang macam-macam kerenah..

Yang bebudak & Cikgi2 main bunga api yang tak bahaya dan  cikgu PG & Cikgu Aman dok main yang pang pung pang....mercun yang meletup kuat. Bergegar satu taman yunkk oiii....Tapi yang turut serta main mercun yang berani mati 2..haruslah cikgu fit & adik2nye(sara & izatul)..kitorang plak lari bertempiaran takut ngan mercun2 2..hakhak!

Pasangan Hubby & Honey.~Nisa Ruslan caption kne gempak! :P
Rayyan Aa'tif hahaha...sgt sesuaiiii..sehati sejiwa..bju sma..pegng mercun sma...men mercun sma2....untung la org bleh bersma..^___^.Jaya Periasamy hahahah.....x baik fitnah la.....kami ade la kawan baik yg sehati sejiwa.....jgn jeles......:)..
Muka penat beriuh-rendah main bunga Api walaupon di luar sana hujan rintik-rintik...SEMANGAT la katakan....hehe
katanye IA Hakimi ~Hahah..pendatang tanpa izin...PATI...Nisa Ruslan comel2 pendatang tanpa izin ni eh...Sara Hazwany haha.memang comel.pendtg tanpa izin.tp dri bukn ngra yg tdk sptutnyaa!~
Peace (^^,)V
Adik-beradik yang diiktiraf pada malam itu..Siap main i lap u..u lap me dah skunk yerrr..haha
Posing sakan dak2 ni haaaa..
Habis main mercun kami berchitchat..sampai tuan rumah x tergamak nak suruh balik..hahaha..kesian tuan rumah..sabor  je la..haha

Skunk tinggal 1 hari lagi nak balik kg.. lam hati kit masing2 semuanye x sabar nak blik kg kan?..Malam raya kat tempat sendiri mesti riuh rendah dengan bunyi mercun…  langit sangat cantik berwarna warni dengan mercun dan bunga api…. malam2 raya ni lepas masak biasanya kita suka melepak kat balkoni sambil tengok budak2 main bunga api… dan agenda lepas selepasnye  pulak gosok baju raya sebab keesokan  hari nye hari raya….wahhhhh dak sabo dah ni..
Ape2 pon, saat bersama u all semua sangat sweet....InsyaAllah,semoga semuanye berpanjangan,kasih ukhwah antara kita semua..Ameen. Dan jangan lupa lepas raya ni kita plan rancangan lain pula supaya kita dapat berkumpul lagi..akhir kata,Kredit tuk cikgu nisa & Sara comel di atas sumbangan gambo2 ni semua..Sekian saja tuk entry kali ini..wassalam.


Sunday, August 12, 2012

Majlis Berbuka Puasa @ SMKDZM

As salamualaikum dan salam sejahterah...

Alhamdulillah...pagi yang dingin ini ecah berkesempatan untuk menulis entry yang entah keberapa kalinya ini..Entry ni ecah sengaja nak tulis sebagai salah satu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila."Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Warga SKDZM"..Saat bersama kalian semua amat manis bagi ecah.. Pasti akan diingati smapai bila-bila..InsyaAllah(^^,).


Cikgu-cikgu sesi pagi~awal2 dah datang tuk persiapan juadah berbuka.terima kasih, cikgu...kami cikgu2 petang minta diri untuk pulang sekejap...hik3
Menunggu masa untuk berbuka .. ~time ni berbuka dengan buah kurma, air mineral dan beberapa jenis kuih sahaja..biasalah, Iftar kan.Kalau sebut tentang Iftar u all tautak apa maksudnye ? Iftar bermaksud makanan yang dimakan sebelum kita makan makanan berat. Biasanya makanan ini dimakan untuk mengalas perut sahaja kemudian bersolat Maghrib berjemaah kemudian baru sambung makan. Bukankah kita disunatkan disegerakan berbuka. Right? .(tu pon dah kenyang taw..hewhew..selepas solat maghrib, barulah dihidang dengan makanan yang berat..
Masing-masing sedang Menyenduk juadah untuk berbuka.








Sedang BerBuka
Hasil buatan sara Hazwany





Semua gambar2 diatas adalah kenangan untuk setiap warga SMKDZM yang terlibat..Especially bersama sahabat2 & student2 SMKDZM  yang comel2..Kredit tuk Sara Hazwany,student cikgu yang cute atas sumbangan kesemua gambar2 kenangan ini..terima kasih,yunk!!(^^,)  Indahnya ukhwah suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih & sayang itu adalah yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya pabila setiap perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya...Sekian,Wassalam. 

Friday, August 3, 2012

~Sukanya bila guru praktikum berbuka Puasa bersama-sama~


As salamualaikum & salam sejahtera buat sahabat semua..



Alhamdulillah, kenyang sudah dengan juadah berbuka pada hari ini. Semuanya adalah rezeki daripadaNya. Sama-sama kita panjatkan syukur dengan kemurahan rezeki yang diberi olehNya ini.

Walaupun terasa penat untuk hari ini, namun masih mampu lagi untuk ecah menulis entry kali ini.(haiiii cik cah ..mampulah sangat!..esok pagi2 lepas sahur dah nak mula drive balik kelantan..ingat3!!..rehat awal skit malam ni)..ape pon nak juga tulis entry kali ni walaupun sikit..hehe

Meriahnya berbuka puasa dengan guru-guru praktikum SMKDZM hari ni. Semuanya dirancang  dengan serta merta. Just cadang & go on..hehe..semuanya idea ustazah2 la ni.. menjadi!..terbaeklah ustazah..

Macam-macam menu yang terhidang..Ade yang dimasak oleh jaya & Nisa ..ade juga yang "tunjuk-tunjuk" oleh ustazah Ain & umie ...Pja dan Fie dah penuh makanan ,bawa siap-siap dalam boot motornye..ahaa
Hanya kami(ecah & fit) yang  lenggang kangkung je datang umah Nisa & Jaya..kannn..wat muka tak malu jap..keh3(Aippp...sebenarnye ade juga la,ustazah ain & umie yang bawakan..uhuiii..malu la law datang dengan tangan kosong..kan3!!


Inilah hidangan untuk hari ini...(sup ayam special drp Nisa, ikan bakar "tunjuk-tunjuk" drp Ustazah Ain, Roti telur drp Jaya..yeke jaya buat?~masih tertanya2 ni..hehe)


Berjumpa dan berkumpul mengukuhkan  lagi ikatan ukhuwah sesama kita.Maka itulah sebabnya ecah suka jika setiap antara kita sentiasa sahaja ingin bertemu sambil makan-makan tak kira dimana, siapa dan bila, pantang sahaja dijemput, jika ada ... Semoga pertemuan kita akan berterusan dan ikatan ukhwah kita sentiasa berpanjangan..InsyaAllah..
Sekian,wassalam...

~wajah ceria ketika berbuka puasa~