BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, January 1, 2013

"Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan"

As salamualaikum dan salam sejahtera...

"Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan"

WowWwWwwww..

Tetibanya dengan semangat Ecah nak sangat join segmen ni..ni sudah ditakdirkan untuk Ecah menulis Entry ni.Awalnya Ecah saje je jenguk blog salah seorang kawan blog yang merupakan student UPSI jugak ..empunya blog Istana Biru  iaitu saudari Nilam Suhana..Yesss!suka3..(^^,)

jom klik sini

Bila klik  banner dalam blog Nilam, maka keluarlah tuan empunya segmen nih.

WoWwWwwww...

Sekali lagi cik cah ber"wowWow" di sini..hehe
Sebab apa?sebabbbbbb


Nick name tuan empunya blog tuh sama ngan nama Ecah..agagaaga(opsss!xpayah nak agagaga sangat lah cik cah oiii..eheeee
Apa pon set lah..like3.. nama sama..kita geng buleh?(hik3..tetiba)

Okeh,Ecah nak join segmen ni..
(bersedialah U all tuk baca entry yang panjang berjela-jela Ecah nih..ahaaaaaaaaaaaaaa)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

okeh.. Memori..
Memori tu pasti banyak yang lekat kat ingatan kan?..Dan 
sememangnya banyak suka duka yang setiap antara kita semua lalui dalam tahun ni kan? seperti manalah Ecah ni..
Sweet sour, pahit maung, perit derita, dan macam-macam rasa lagi pasti wajib ada..itu semuakan rencah kehidupan kan?..kita semua tak kan lari dari semua tu kan..pasti akan kita lalui..cuma, lain orang.. lain jalan ceritanya..kan kan kan kan?..heeeeeeee

Jalan hidup yang kita lalui pasti meninggalkan pelbagai kesan kepada kita..sama ada ianya berbentuk nikmat atau dugaan,ianya pasti memberi kesan perubahan kepada fizikal, emosi atau persekitaran kita.

kalau manis sahaja yang dilalui tak normal la kan.. bukan  "life" namanya tu..  suka duka dan onak duri dalam kehidupan sangat bermakna..Mari kita renung sebentar.. Betapa beruntungnya kita dianugerahkan-Nya sifat pelbagai perasaan itu..bayangkan kalau kita tidak mendapat nikmat perasaan..hurmm..u All bayangkanlah sendiri..tak termampu ecah nak ulas panjang2..

okeh, back to basic,,
Ecah akan senarai ceritakan serba sedikit mengenai beberapa kisah hidup yang bagi Ecah banyak memberi pengalaman, pengajaran dan pendoman untuk Ecah berusaha menjadikan diri ini lebih baik dan disayang Allah..In sha Allah..amin..mudah-mudahan kan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita 1:
Karya Pertama untuk teman

Karya(Puisi ) yang pertama kali Ecah nukilankan kepada Seorang teman..Ianya memang ikhlas dari hati..Sudi2kan membaca puisi budak baru belajar ni..heeee(^*^)

Rasa itu

sepanjang malam ku layari rasa itu
melayan rasa hati tak menentu
tatkala temanku sedang lena diulit mimpi
mungkin sampai ke dunia misteri
namun,aku masih terkaku di sini
diullit dengan bait-bait kata puitisnya
yang pernah dijanjikan olehnya
dibuat khas untuk aku
istimewa untuk aku

rasa jiwa tiada dapat kuungkapkan
dengan kata yang berangkap
namun ku tahu
rasa ini tiada akan berlalu
selagi aku belum meletak titik dituju

biarkan rasa itu
aku tidak mahu ia berlalu
rasa itu aku cari
rasa itu Dia beri
Anugerah dari Ilahi
syukur nikmat Hakiki
akan aku pupuk rasa itu
tak kan lapuk ditimbun debu

biar ia bersemadi
di daras hati
mengharap kekal abadi.


Nukilan:ecah shaimi
9 Januari 2012


Apa macam? ada okeh?..eheee..boleh la kannnnnnn..(^^,)
Puisi ni merupakan karya pertama yang Ecah tujukan kepada seorang Teman dan ianya merupakan Entry pertama Ecah tuk tahun nih..woW..adakah ini kebetulan?..

nopnopnop!

..bukan kebetulan..Tiada istilah kebetulan dalam hidup Ecah, ianya sudah tertulis  oleh-Nya dan inilah takdir-Nya..Alhamdulillah..siap menghasilkan puisi tersebut,Ecah mula menilai.Rupa-rupanya betul apa yang dikatakan oleh pensyarah Ecah,Pensyarah sastera Melayu~Puisi Melayu ,iaitu Prof Madya Datuk Paduka Mohd Rosli b Saludin, pernah mengingatkan bahawa, karya yang kita hasilkan akan lebih bermakna dan lebih baik sekiranya kisah karya itu sedang terjadi dan kita terus menciptanya.Hal ini kerana idea yang datang dengan "segar" pasti akan membentuk karya yang baik dan sekiranya kita terlambat atau lewat mencoretnya, pasti idea dan isi dalam karya itu tidak sama rasanya semasa ia sedang berlaku masa itu..
Huh!..semirip itulah penerangan pensyarah tersebut yang masih Ecah ingat..

Hurmmm..bila baca balik puisi tu,terbuai pulak Ecah dengan moment saat itu...masa hasilkan karya nih,law tak silap Ecah dalam 2-3 pagi...huhu..semangat tuuuu..semata nak buat puisi tu...dan sebabnya lagi, teman tersebut telah menghantar satu puisi kepada Ecah(sebenarnya,puisi teman itu sebuah janji..teman itu berjanji untuk buat khas untuk Ecah)..So,atas sebab ingin berbalas puisi tersebutlah yang membuatkan Ecah mampu menghasilkan puisi tersebut dan ianya adalah karya pertama Ecah yang dijadikan sebagai hadiah untuk Teman Ecah tu..

Bermula dengan puisi tu la Ecah suka dan rajin sangat nak buat puisi..sejak dua menjak hari-hari berikutnya terhasillah puisi yang berantai antara kami..saling balas membalas la katakan..Tapi ianya tak berpanjangan,akhirnya separuh jalan je..sebab ecah mengalah xnak terus menerus berbalas puisi tersebut..So,full stop!titik. no more lagi mengenai puisi berantai tersebut.Namun,kitaorang stay kawan..heee..no gaduh2 or "gitu-gitu" okeh!

~law sudi,U all boleh godek2 entry2 awal2 tahun  dulu tuk baca puisi berantai kami~

Apa-apa pon...kenangan yang cukup baik bagi Ecah....Mengajar Ecah tuk praktikkan apa yang dikatakan oleh pensyarah Ecah tu.Puisi sangat indah kalau idea yang "fresh" diluahkan terus tanpa ditangguh-tangguh.satu lagi, Puisi sebagai medium perantaraan untuk mengungkap rasa dan mengukuh sesuatu ukhwah.

Cerita 2:

Lepaskanlah,Ia Bukan Hak Milik Kita

Okeh,ini adalah kisah Ecah yang agak sedih bagi Ecah buat tahun ini..Sesuatu yang pada awalnya dianggap milik Ecah. Namun, harus dilepaskan atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.Ianya turut berlaku awal tahun 2012.
"Hilangnya" seorang "teman" yang sudah menjalin persahabatan seketika cuma..
"Hilang" bukan erti kata mati atau  menghilangkan diri tapi hilang dengan erti kata putusnya suatu ikatan yang diaanggap istimewa dalam hidup Ecah.

Kami tidak memiliki sebarang masalah,pertelingkahan besar mahupun hal yang merumitkan sepanjang perkenalan kami. (Termerajuk manja tu biasalah kan dalam persahabatan,xsyok la pulak law asyik happy je kan). Namun, disebabkan faktor luaran(yang tak dapat ecah jelaskan di sini) menyebabkan kata akhirnya yang terbaik untuk kami adalah menghentikan perkenalan ini.

Sesuatu yang tidak Ecah jangka.Dalam keadaan kami berhappy2,bersweet2..akhirnya perkataan itu yang muncul dan itu yang menjadi titik nokhtah perkenalan kami. 

Ecah cuba untuk selamatkan persahabatan ini..cuba berbincang,cuba mencari pendapat pelbagai pihak dan macam2 cara lagi..namun, seperti mana ecah katakan tadi,"putus" jalan terakhir..




sudah ku temui satu hati, 
yang dinilai dengan mata hati,
 namun ku akur dengan takdir ilahi..
harusku biarkan ia pergi..
mengejar apa yang dicari..
semoga dia lebih mengerti akan satu hati ...
bila tiba suatu saat nanti.
pasti dia mengerti.



Pelayaran kita dalam dunia ini tak semudah apa yang kita imaginasikan. Kita acap kali menanam impian agar apa yang kita impikan akan terlaksana. Kita sering berimaginasi tentang sesuatu yang indah, sehingga kadangkala kita terlupa bahawa impian dan imaginasi-imaginasi itu semuanya perlukan izin dari-Nya.
Kadangkala manusia ini terlalu banyak peliknya. Sering akan terlupa dengan ketentuan-Nya. Sudah jelas dan nyata dengan apa yang tersurat, namun masih tegar mencuba dengan hati berkata bahawa ketentuan itu mungkin akan berubah. Apakah waras tindakan itu diteruskan? Manusia sememangnya gemar melawan fitrah. Lebih enak melakukan apa yang mungkin bisa memudaratkan.
Tuhan menentukan takdir perjalanan hidup kita.
Apa yang bukan milik kita, mengapa masih mahu mengendongnya? Biarlah ia berlalu dengan hati redha.
Apa yang bukan untuk kita, jelas dan nyata. Mengapa masih mahu cuba digapai? Ia bakal membawa kekecewaan di hati.
Jangan membiarkan hati terluka dan kecewa dengan ketandusan diri sendiri yang tidak mahu mangakui ketentuan itu. Bukalah hati kita kepada yang sebenarnya untuk kita. Agar ikhlas itu akan timbul dengan tanpa rasa keraguan.
Lepaskan apa yang bukan hak milik kita, biarkan ia pergi kepada pemiliknya.
Serahkanlah harta yang bukan untuk kita, agar pemiliknya dapat menjaga ia sebaiknya.
Carilah hak kita, gali lah harta kita. Jika ia milik kita, maka akan kekal untuk kita selamanya.

Tiada apa lagi untuk Ecah perjuangkan untuk persahabatan kami itu. Ianya sudah terhenti di sini. Ecah sentiasa doakan Teman ecah ini bahagia dengan keputusan yang terjadi. Ecah tahu dia mungkin bahagia dan masih mampu bergembira sebab Ecah tahu dia seorang yang tabah. Semoga ketabahannya mampu juga dirasai oleh Ecah juga. Banyak pengajaran, pengalaman dan pendoman yang Ecah perolehi dalam persahabatan ini. Ya, Yang baik datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kita jua. Setiap yang tercipta di dunia ini tidak kekal kan. tiada apa pon milik kita. Semua yang ada itu, Allah yang punya. Mungkin Allah pinjamkan sekejap milik-Nya itu kepada Ecah, kemudian Dia mengambil kembali.. Ecah harus banyak bersabar. Inilah ketentuan-Nya.

Cerita 3:

Ke bendang a.k.a sawah bersama atuk dan nenek

Okeh,yang ni adalah kenangan bersama atuk yang masih sihat. saat ni je la yang sempat ecah captured. Masa ni Atuk Ecah sihat walafiat lagi sebelum dia mandapat serangan strok sehinggakan Atuk sekarang bukan macam atuk yang dulu..Atuk sekarang seakan-akan kembali ke zaman kanak-kanaknya,sudah tidak kenal anak isteri mahupun cucu2 dan cicit2nya..inilah kesan serangan strok.

Namun, dengan gambar2 ni la Ecah dapat mengubat rindu pada Atuk. 

time nih atuk ngan nenek ditemani oleh Ecah ke sawah untuk nengok sawah bendangnya dan bawa lembu2 peliharaan untuk makan rumput.

ni la sawah nenek dan atuk

Subahanallah..tenang je pemandangan ni


lembu2 peliharaan atuk dan nenek ketika tu..sekarang ni nenek sorang je yang jaga memandangkan atuk dah tidak seperti dulu


jajan yang disediakan untuk nenek masa kitaorang duk tengok lembu makan

time ni la atuk ikut kami jugak


ni la moment terakhir bersama atuk yang masih sihat ketika tu..Rindu Atuk T_T

Cerita 4:

Si gadis pemungut getah

taddaaaaa



jangan gelak..jangan gelakkkkkkk..agagagaga~
tak kira ..tak kira..suka ati la u All nak gelak  terguling-guling ke ape kew..nak letak jugak pic ni ..hanya yang ni je gambar kitew snap sebelum kitew pungut getah..ahaaaaa..

moment ni walaupon agak simple tuk diperkatakan,namun xsemua yang dapat rasakan..lagi2 x semua suka untuk mendekatinya(teringat pulak ada sala seorang teman yang tak suka bau getah ni..huhu)





~~~

Selepas rehat jap,sambung blik...isi getah lam keta sorong...nk dibawa ke halaman depan rumah nenek.


 Masa nk isi pon xde sape leh tolong amik gambo..kan tuan empunya ni hah tgh wat keje...so,amik gambo lepas siap getah2 ni dimasukkan dalam guni...
~dapat 2 guni..hehe~


~pembeli getah dah datang amik getah kami..kuat tul diorg nih..berat  taw guni2 tuuu~


~Getah pon di bawa pergi..kemana?
~haaaaa...di bawa ke sini laa...stesen pengumpulan hasil getah...ecah ikut lori samapa sini  sbb x jauh sgt pon ngan  umah nenek.tapi ecah gi ngan motor la..law jalan kaki jauh gak Ooooo..heee~




~Duit hasil jualan getah yg dipungut tadi~
Hurmm...dalam berpenat lelah memungut getah,akhirnya inilah jumlah hasil jualan kami..

1kg=RM5.30
Getah yang kami pungut=93kg X RM5.30=RM492.90

(time ni harga getah x mahal sgt... pernah 1 masa dulu 1kg=RM7..perghhh..untung lerrr nenek...kan3)
Ape2 pon ...ni lah rezeki kami hari ini..syukur,Alhamdulillah(^_^)

~taddaaaaaa...inilah upah tuk ecah..RM70...TQ nenek..muahhh3..cayunk nenek..eheee~
(nak buat pe ngan duit nih????ngah pike..eheee)

Syukur,Alhamdulillah..seronok sangat lalui stiap detik tuk hari ni..Tak semua org dpt peluang macam ni..law ade peluang pon belum tentu org 2 nk join kan..almaklum la..getah ni kan berbau..tapi xpe,ecah xkisah..sbb ecah dah biase sejak kecik lg..biarpon maa abah bukan penoreh getah,tp ade nye nenek,ecah berpeluang tuk merasa hidup sbgai PETANI esspecially penoreh getah..Cayunk NENEK..


Cerita 5:

~ Speed City KL Drift~
okeh ni satu lagi cerita yang menjadi kenangan tuk tahun ni..
 1st time ecah jejak di litar iaitu di  speed city KL..sebab kawan yang ajak singgah, nak tunjuk kat ecah, fit & zira camner dunia drifter2 ni di litar..masuk lam 2 dengan bayaran RM18 tuk 4 orang..so, tengok la puas2 kereta terpusing sana terpusing sini..broomm sana...broomm sini..ecah dah macam rusa masuk kg sudaaa..bila tengok keadaan sekelinling..owhhh macam ni rupanye...Bau hangit tayar, Bising dengan deruman enjin kereta dan macam2 lagi..sorakan penonton..Begitulah gelagat mereka2 pada penglihatan ecah time 2 ..ade juga family2 yang datang dengan membawa anak2 ..mungkin diorang mengisi masa bersama keluarga dengan datang sini.. Bagi ecah, ok la..lagipon ade gerai makanan ditepi litar..so, boleh la santai2 sambil layan keta drift kan..

Ape2 pon yang menarik perhatian ecah adalah kereta2 yang pelbagai design yang dimakeover oleh para drifters..ade keta yang kita tengok sangatlah buruk tapi jadi "kelazzz"  bila diubahsuai..dengan bunyi deruman ekzos yang kuat dan bising 2,  membuatkan ecah tertarik nak tengok..hehe


Sebelum balik, sempat la kitaorang jalan2 sekitar litar 2..ternampak plak kereta yang warna warni ni haaa... ape lagi..snap2 ..captured2 laaa!!hehe








Cerita 6:

Minggu Pertama Cikgu Ecah @ SMKDZM~

okeh,baiklah..ni moment indah buat Ecah..kembali lagi menjejakkan kaki ke sekolah setelah sekian lama meninggalkan bangunan yang bernama sekolah...saat ni bukan dengan status pelajar sekolah lagi..tapi dengan status yang sangat mulai bagi ecah iaitu "GURU"

Ecah membawa status guru jenama UPSI 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancarnya.. Hari pertama melapor diri di SMK Dato' Zulkifli Muhammad. Ecah pergi bersama seorang lagi rakan yang sama-sama membuat latihan mengajar iaitu Fitriyana a.k.a Long. 1st week as a teacher  sdikit hangin dengan kerenah pelajar,namun semuanya dapat dihadapi dengan baik.=D...Sebabnya ecah dah baca tip2 di bawah ni sebelum g sekolah..huhu.. saje2 baca lam salah satu blog yg ecah search pada malam sebelumnya(sebab nervous sesangat la yg cari tips ni..hahaahaa).Walaupun bukan semua tips ini ecah amalkan,namun sedikit sebanyak ada juga yang ecah lakukan..sangat membantu taw..

Tips Hari Pertama Mengajar di Sekolah
Langkah-langkah utama yang perlu diberi perhatian:
1. Memohon pertolongan daripada Allah SWT secara 
berterusan dalam melaksanakan tugas yang berat ini.
2. Ingat selalu terhadap objektif dan matlamat 
pengajaran dan hasil dari pengajaran yang akan diperolehi nanti.
3. Gigih dan tekun dalam mengajar.
4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang pendidik.
5. Timbulkan rasa kasih sayang dan suka terhadap
 murid dan rapat dengan mereka tetapi bersikap tegas.

Langkah-langkah khusus hari pertama mengajar:
1. Anda melangkahkan kaki anda ke dalam 
kelas sebagai seorang yang serius, teguh, tenang 
dan tidak bersikap gementar, risau atau takut.
2. Anda menzahirkan air muka dan wajah anda
 sebagai seorang yang serius tetapi tenang, 
tidak terlalu suka dengan senyuman dan
 tidak terlalu garang dengan kemarahan. 
Dengan ini murid akan berasa takut kepada anda
 pada peringkat permulaan dan menyebabkan
 mereka mahu belajar dengan baik dan tidak 
berani melakukan perkara lain walaupun sesaat. 
Seolah-olah anda telah menguasai mereka.
3. Mendiamkan diri terlebih dahulu beberapa saat
 atau memulakan percakapan dengan tenang dan
 jelas berdasarkan keyakinan anda yang tinggi.
 Apabila anda diam terlebih dahulu, maka kelas pun
 akan menjadi senyap kerana murid baru pertama kali 
melihat dan mengenal diri anda. Apabila anda melihat 
ada murid bergerak ke sana sini, anda bolehlah menegur 
mereka terlebih dahulu.
4. Pastikan gaya dan cara percakapan anda teratur
 dan sedap didengar dan tidak terputus-putus atau gagap.
 Murid akan menilai diri anda berdasarkan gaya
 percakapan anda. Pada hari pertama ini, eloklah
 dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid dan guru.
5. Memberikan sepenuh perhatian mata anda 
kepada semua murid sama ada ketika bercakap atau diam. 
Jangan hanya memandang kepada seseorang atau
 sekumpulan murid sahaja. Ini akan memberikan 
peluang kepada individu atau kumpulan murid yang
 tidak diberikan perhatian membuat perkara-perkara
 yang tidak berkaitan.
6. Selepas bercakap dengan nada yang serius,
 anda bolehlah sedikit demi sedikit menzahirkan 
senyuman di wajah anda. Ini adalah supaya untuk 
mengambil hati murid dan tidak menyebabkan 
mereka rasa keluh kesah atau tidak senang hati terhadap anda.
7. Adalah penting bagi anda pada hari pertama
 ini anda bersikap tegas dengan mengawal
 keadaan disiplin di dalam kelas. Jangan beri 
langsung peluang kepada murid untuk bermain-main
 dan membuat bising. Apabila anda bijak berinteraksi 
dengan mereka, anda akan mampu mengawal kelas tersebut. 
Jika tidak, kelas itu akan menjadi tidak terkawal.
8. Selepas anda memperkenalkan diri anda, 
anda boleh meminta setiap murid memperkenalkan
 diri mereka pula. Jangan lupa mengucapkan kata-kata 
pujian dan semangat kepada mereka.(yang ni ecah 
xsempat n buat sebab masa x cukup)



Long

Ecah

Kasut 4 inciKu..hari pertama je ecah pakai..hari kedua pkai kasut lain dah..xlarat nak naik turun tangga pakai kasut nih..hahaha


semuanya berjalan dengan lancar untuk minggu2 yang seterusnya..15 minggu  sebagai guru  pelatih UPSI dan dapat melalui hari-hari dengan baik, sabar dan tenang..Alhamdulilah



Cerita 7:

Trip ke Perlis 

Alhamdulillah, sempena dapat cuti hari kemerdekaan, ecah berkesempatan pergi jalan2 ke Perlis especially Simpang Empat. walaupun sebelum ni pernah pergi ke Perlis, namun hanya atas tiket join program/aktiviti universiti. So, xsempat sangatlah nak jalan2 keliling perlis kan.. 

Alhamdulillah3...

ini merupakan moment terbaik dalam hidup untuk tahun ni. Mengenali negeri orang..trip ke perlis..yup,trip ni banyak memberi pengajaran dan pengalaman suka duka, pahit getir  bersama-sama sahabat selama 3 hari. Okeh kisah trip ni ecah bahagikan kepada beberapa part untuk menyenangkan ecah menulis...hehe


Part 1~Beraya di rumah ustaz..

Actually,ecah x plan pun tuk pergi ke Perlis kerana rancangan asal adalah untuk ke Pulau Pangkor bersama kawan baik ecah(kawan sekolah menengah dolu2..kawan sejak form 1 sampailah sekarang). Nak dijadikan cerita, rancangan asal gagal disebabkan kawan baik ecah tu diarahkan tuk bertugas pada hujung minggu. So,last minute ecah terima pelawaan ustazah umie untuk pulang ke kampungnye di Simpang Empat, Perlis.

Selepas memberi respons kepada ustazah umie, maka berjalanlah plan yang kedua. Kami bertolak pulang ke Perlis pada jam 10.30 pagi dan sampai di kampung halaman dalam pukul 4 petang.

Bergambar sebelum bertolak Ke  Perlis..
Setelah sampai di kampung umie, rancangan pertama yang telah diatur ialah beraya di rumah ustaz yang pernah mengajar Ustazah Umie. Agak lewat juga kami sampai di rumah ustaz tersebut, lebih kurang dalam pukul 6.30 petang. Setibanya di rumah ustaz, kami terus dihidang dengan kuih raya dan minuman(~minuman agak speciall bak kata ustazah Ain..;D

Biskut semprit menjadi 1st choice long & ustazah Ain

Tegok air dalam jug,hampir habis dituang oleh anak2 dara ni..huhu

Ok2..hujung sanalah ustaz yang disebut2 tadi...bujang lagi tuuu..(tp dah dicop oleh ustazah umie..yeke?..tak tau tak tau..tak mau gosip2..kene tayan tuan empunya diri k..hik3!!)









Ok, baby ni pula anak sdara ustaz tersebut..comel kan..time ni ecah yang excited suh ustaz tu gi amik baby ni  ngan maknye..hehe..dah lama u x pegang baby.dapat pegang baby sekejap pon jadi lah...Comel sangattttt!!!macam anak cina..putih + tembam..
Ecah & ustazah umie..~peace skit sebab dapat duit raya daripada ustaz.Untungkan besaw panjang pon masih dapat duit raya jugak..hehe..tp ustaz cakap memang kene bagi la sebab tetamu orang jauh..jauh la sangat  kannnn..;D
Kami bergambar bersama family ustaz(hanya mereka bertiga sahaja yang ada dan berkesempatan tuk bergambar kenangan..mak ustaz, ustaz & kakak ustaz)


Part 2~Sepetang berkain batik di bendang.

Sepetang berjalan2 sekitar bendang area rumah umie. hijau je pandangan..tapi ade satu hal ni, Awal2 lagi dah gitaw umie nak pakai batik..hewhew...(walaupon xpandai pakai batik..ade hati nak pakai sebab nak jadi gadis melayu yang ayu time ni..keh3~ayu la sangat!)so, mintak la ngan umie kain sarung batik. So, plan la ngan fit nak pakai sarung batik mase jalan2 sekitar bendang a.k.a sawah padi.

Mengingatkan tentang kain sarung batik ni,jika difikir-fikirkan balik,x banyak anak gadis sekarang suka memakai batik, kalau suka pun belum tentu pandai pakai dengan betul..kan3?especially ecah la..haha..

serius sangat2..ecah memang x pandai pakai dan x suka pakai(tapi time mandi pakai batik gak kan?law x pakai batik nak pakai ape kan..haishhhh..hahaha..tapi maksud ecah disini ecah xpakai masa waktu2 biasa a.k.a waktu santai2..hehe)....time pergi rumah nenek,selalu je kene tegur sebab susah nak pakai sarung batik..Katanye, anak muda elok pakai sarung batik.manis dipandang katenye..Ecah bukan xnak pakai tapi sebab bila pakai selalu x menjadi.Asyik nak tercabut je, singkat sana,singkat sini..haaaa..lebih baik ecah x pakai daripada pakai tetiba terlondeh jatuh...mak aihhhhh, malu muka nak sorok kat ner, nek...hehe
So, ecah lebih selesa pakai pakaian yang memudahkan pergerakan seharian seperti seluar yang sangat mudah di adjust..huhu..lagi satu, tak perlu kejap kejap nak betulkan atau kemaskan ikatan pinggang..kan3!!!

Semata-mata nak rasa kehidupan gadis kampung walaupon memang asal orang kampung tapi xpernah nak pakai sarung..Time ni bersarung batiklah..Nasib baik long ade,tanya long cara pakai betul @ x ..hehe..nampaknye macam ok la kan..ok la 2..ecah dh pandai pakai pon..hehe..time ni dah pakai ketat2..xnak kasi tercabut..;D

Main flying kiss plak ngan Long...hahaha

Anak buah umie...


Sebenarnya kain batik ni bukan kegunaan tuk pakai oleh anak dara, mak dara, nenek dara je..hewhew..Banyak lagi kegunaannya. Salah satunye, tuk buat kain lampin dan membendung bayi(klate sebut bedung baby..hee).Kadang-kadang tu, ada yang buat buaian tuk tidurkan bayi..(yang ni maa ecah pernah guna tuk kesemua anak-anaknya..memang kami semua tidur lam buai kain batik masa kecik2 dulu).

Tak pon, time berkumpul ramai-ramai rumah nenek, time ni la kain batik digunakan buat selimut..yela, mana cukup selimut rumah nenek. Jadi, siapa2 yang tak dapat kain selimut tu  pakai je la selimut sarung sorang satu especially budak2 kecik..hewhew..diorang bukannye selimut sangat,awal2 je mintak selimut..lama-kelamaan,tuan entah kemana, selimut pon entah kemana..

selain tu kain batik juga boleh dijadikan kain basahan,menutup jenazah, dan walaupon ianya menjadi lusuh dan koyak tetap berguna sebagai kain buruk...menjadi alas kaki di pintu bilik air  ataupun di ruang pintu dapur rumah dan pelapik tuk memegang periuk atau bekas2 yang panas kat dapur tu...kan3?

Hurmmm...law nak citer memang banyak lagi  la kegunaan kain sarung batik ni kan selain sebagai pakaian..apae pon,tuk penegasan di sini, ecah memang tak pakai kain sarung. Selalu tengok Long je yang pakai. Memang gadis melayu la long..hehe..long pernah cakap,law x belajar pakai sekarang ni bila lagi kan,nti time bersalin ke,ape ke kena pakai kain sarung batik juga ..
Ye lah Long, kau lah yang menang bab berbalas cakap kan...hahaha

Part 3: Gua Kelam

Menuju ke Gua Kelam

Kereta dipandu oleh Ikin

tetiba pulak ecah & umie nampak kecik ..hahaha

Hijau..sayup mata memandang...

Ok..semakin nampak lokasinya..hehheh.Yaaa..dah nampak tuuuu..

Yeeeee..akhirnya..sudah sampai..

Mengambil kesempatan tuk bergambar kenangan

Kami..

Tapak rekreasi Gua Kelam..

Kami berjalan untuk ke tempat kaunter tiket masuk




Ok,tiket sudah dibeli..so,jom masuk!huhu

Bayaran masuk
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM 0.50


snap di pintu gua



Inilah Gua Kelam. Gua Kelam yang menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang tidak asing bagi pelancong dalam dan luar negara.
Gua Kelam diberi nama sempena kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dalam gua dan tempat kedua selepas Brazil. Ia terletak kira-kira 33km ke utara Kangar dan sangat popular kerana laluan guanya dan menjadi salah satu gua yang paling menarik di Malaysia.Ia berukuran 370 meter panjang dan berhampiran kira-kira 500 meter dari pekan kecil Kaki Bukit.




Untuk menikmati keindahan di dalam gua ini, kita akan berjalan menerusi gua ini menggunakan laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Sambil berjalan, kita akan mendengar bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah, bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.



berehat sekejap di bangku "jangan pandang belakang congkak"

macam best budak ni main sungai..

Berfikir sejenak"nak naik @ x..tinggi tu..law naik kene turun balik..penat3!"
Santai di tepi sungai 
jadilahhhhh  masuk air macam ni pon..~ x dapat mandi..keadaan tak mengizinkan untuk mandi.. 
Kami bukan membawa rombongan sekolah ok. budak2 ni kami jumpa masa lam gua ni.diorang ni dari kedah. So, kami ajak la budak2 cilik ni bergambar sama..comel je diorang ni..teringat pulak time ikut lawatan masa sekolah dulu2..huhu

Part 4~shopping2 di Padang Besar
Kraftangan~Salah satu barangan yang dijual...berkenan juga bakul ni..tapi pike2 balik beli guna tuk ape lak..hehe..so xjadilah nak beli..tengokkkk ajee..heeee



 Ok, selain krag tangan, makanan juga sangat pelbagai..dari makanan ringan seperti kerepek pisang,ubi,kuih-muih, biskut, dan macam2 lagilah...banyak law nak disebut satu2.. berdasarkan gambar ni..inilah barang2nye..
Ecah & Ain dah mula pilih2 mana yang nak beli dan berkenan di hati..murah je 3 tuk rm9 ~RM11 tuk  4 jenis ~ RM20 tuk 7 kuih@biskut@kerepak..

ha ni lak emas siam/emas korea...atau nama lain emas celup...harga emas la ni kan dah naik sekarang ni..tak mampu nk beli mahal2 kan...so sekadar nak pakai untuk perhiasan boleh la kan...murah lak tu..kalau orang nk curi, bgtau siap2, "tak yah susah2 nk ragut, meh saya tolong bukak kan meeeh" hahahahaha..boleh plak gitu? Tapi Ecah tak mau la, Mintak jauh2 ler ..teringat plak kes wanita baru2 ni yang kene ragut & ditetak lengannye dengan parang 2 ..YaAllah,,jauhkanlah malapetaka sedemikian..

Ok,  Fit bergaya sakan nampak dengan Bling3nye!!!hehe

Ikin berkenan plak ngan pencil box pink 2...lalu dibelinya..
Fit tengah usya beg baru
Ustazah memilih baju yang sesuai..
Ustazah Ain & Makcik kedai yang sangat ramah..
Akhirnya fit membuat keputusan tuk beli baju  lady pink ni..comel,berkenan gak ecah..tapi xde saiz ecah plak..xpe2..
Sebelum balik, sempat lagi Ecah & Ustazah Ain jalan2 sekitar nye..jumpa je penanda "PADANG BESAR"..apa lagi kami snap2 la..sebagai tanda kenangan la katakan..hehe

Trip ke Perlis Part 5:Tayar Kereta Pancit


Tayar pancit?ohhhhh....sapa tak kalut yunk oiii..tetiba keta yang dipandu  ke kiri ke kanan  atas highway tuuuu..dengan drive bahagaian sebelah kanan plak 2..keta2 lain plak bawa laju2..sape tak cemasss..bukan pe kot trlanggar pe yang ada atas jalan 2..itulah berlaku pada ecah n kawan semasa perjalanan pulang dari perlis..



Moment ni masih teringat2 lagi di minda..time nih siap nak tukar tayar sdiri tapi bila buka boot keta..agagaggaa...semua barang xde...aigooooo..ni la padahnya pinjam keta orang..tak servis pape pulak tu...salah diri sendiri jugak lerrrr..x offer naik keta sendiri,padahal keta sendiri ade..eheee..pengajarannya di sini, tak kira la nak naik keta sapa pon yang penting check n servis dulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan..Pastikan setiap kelengkapan sudah tersedia..like tayar ganti,alat-alatan lain and so on. Jadi, ni dah jadi pengajaran tuk Ecah..
 Apa2 ponnn..sweettttttt..ahaaaaa.


Cerita 8:

Sepetang Jalan-jalan wif guru2 praktikum~wedding -> tasik proton city -> majlis konvo politeknik PoliSAS.



Alhamdulillah..time ni Ecah dan kawan2 guru praktikum berkesempatan menghadirkan diri ke rumah puan pengetua SMKDZM tuk majlis perkahwinan anaknya Dr. Azzam dan Nur Iylia..
Tahniah puan dapat menantu baru..

~okeh..skunk wajetttt sangat g kenduri dengan status cikgu..ehhhheeeeeeee

kami agak terlewat sampai ke majlis tersebut. So, pengantin pulak ada dalam rumah busy ngan photoshoot kat pelamin. Kami hanya berjumpa dengan puan pengetua je lah...

bersama hadiah tuk pengantin..kami sebagai wakil telah menyampaikan hadiah dari pihak guru praktikal. hadiahnye besarrrrr & berat. haha —bak kata nisa..

pic2 kami...







souvenir dari puan pengetua sempena majlis kahwin anak beliau 


ni dah macam iklan ubat batuk cap ibu dan anak pulak..haha

kami berangan jap ala2 cinderella..huihuihui


photoshoot at Tasik Proton City pulakkkkkk!!!







Pesta konvo politeknik PoliSAS pulakkkkkk!!!..huhu


ecah berkenan ngan maxidress ni..terus beli..kuikuikui

Photo






Lepas abis jalan2 sekitar pesta konvo polisas..kami pon terus pulang.
Sekian,wassalam

Cerita 9:

Sayang2ku 2A3 & 2A4 @ SMKZDM


love love love
like like like


gituhhh


Alhamdulillah..satu lagi moment sweeettttt giler..bersama-sama student2 yang bakal jadi ex-student cik cah ...time ni Ecah dan syamsyul dapat menceriakan hari terakhir kami  bersama2 student 2A3 dan 2A4 ..happy sangat2..kenangan bersama2 kalian akan cikgu ingat sampai bila2..

so, xnak cerita panjang..jom layann gambar2 yang sempat dicaptured

okeh,yang tecikkkkkk di situ...tengah sana...nampak tak nampak tak? cikgu Ecah
tecik bangat kannnnn..eheeeee

student i,dina..

kek yang dibeli oleh syamsyul..hahaha..kosong je atasnya..hurmmm..macam ni la rupa kek yang dibeli orang lelaki..dua2 biji kek pon macam ni..sabor je la..=b

okeh,kek sangat laku..tinggal 1 slice je lagi..



Hafiz(ketua kelas 2A3), saiful, farihin dan Firdaus..sangat mesra n comel..


**********
Tema  tukang kebun.. sesuai la u all..janji bertopi ala mr.potato..sempoiiii..hahaha

*********







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






*************************
Sesi photoshoot kat padang skolah plakkkk!!!..huhuhu

*************************




Sayang2 2A4 sedang menulis ucapan & komen untuk Ecah..


Khaizuran yang x habis2 menyakat rakan2nya yang busy menulis komen2 mereka..huhu

Anis

Ain


*****************
Masa cik cah bagi hadiah tuk diorang
******************


Semua hadiah nilainya lebih kurang sama je..almaklumlah cikgu kureng budget..huhu
Apa2 pon yang penting ikhlas daripada cikgu tuk sayang2 cikgu..


**********
Photoshoot again!!!!!!!!!
***********

Lompat si katak lompat
lompatlah tinggi tinggi
cepatlah adik cepat
cepatlah .....(haaaaaaaaaa u all sambunglah sdiri..huhu)


okeh,time ni cikgu Ecah yang terover!keh3


peace and cheese wif my gugurl cayunk!

Ecah suka pic nih...sooooo sweeeettttt la sayang2 cikgu..

U all sangat sportingggggg!!!!

Anis...peluk sampai tak nak lepas..sayang sangat katanya..huhu..maceh3,anis.(muka cikgu Ecah pulak nape cenggituhhhhhhh?adehhhhhhhh)

Hi,saya cikgu Ecah..oppsss!!! cikgu Aisah...

~gelagat mereka~
Tetiba bunga dikelilingi sekumpulan kumbang..hui3

Okeh..ni hero n heroinnye..opssss...hehe


Ayyyyyaaaaaaaa.tetiba hero bertukar jadi superman..cian heroinnyeee..adehhhh..
(pandai jugak orang yang captured pic ni..huhu..saya la tuh!keh3...oppss masuk bakul angkat sendiri pulak..ke3!!)

Okeh,pakai lawa2,ayu2..tetiba main hoki plakkkk..boleh la cikgu Ecah..ikut kemahuan student sayang..layan je la..asalkan diorang happy..=)

Azrul~jelez ler 2...sbb 2 nak tunjuk kehebatan..agak2 gol ke bola hoki 2?..huihuihui

Muka macam ketawa frust jek..harusssss x masukkk..hahhaha..

Azim si budak comel..tetiba cikgu ecah free style macam tuh.."OPPA"..
Sweet cayunk!

amacam?gugurl and boboy?..hurmmmmm...can not can not..like my younger bro je..heheee
Azrul budak baik..samalah geng2nye..so sweettttt..hak3

Syukri..garu perut 2 sebab kenyang or lapor lagi nih? kompius sekejap..hhuuhuhu
Apapon syukri pon baik..seorang pelajar yang patuh n steady ..







Happy bersama2 kalian..
Semoga kalian berjaya dalam setiap bidang yang diceburi..
Good luck 4 ur life..
Do the best okeh
cikgu doakan kalian berjaya..
Sayang kalian semua..
Jangan lupakan cikgu,okeh!

Cerita 10:
~Kehadiran orang baru dalam hidup~

~Dapat Mummy baruuuuu~

Aigooooo...suka sangat dapat mummy baru

okeh3..cool down ye sayang2 semua..
ni bukan "mummy baru" yang tuttttt..mukan3..ayyooo

ni dapat mummy angkat baru...agagagaga

sayang mummy..moment terover3 sweettt dah tahun nih..Alhamdulillah ya Allah..Kau amik balik "sesuatu" yang kau anugerahkan kepadaku suatu ketika dahulu yang membuatkan sedih hati bertapa seketika,namun kau bagi pulak sesuatu yang terlebih sweettttt..syukur ya Allah..semakin ramai yang menyayangiku..
pic ni time bufday sarah, anak mummy..

kek bufday sarah



~Dapat Adik baru~

okeh yang ni pakej dah..dapat mak, dapat anak..agagagaga
Saraaaaaaaa..


Izzatul Dan Nabila

Cerita 11:

1st time celebrate sama2~bufday Ecah, Abah and cik vie

Time nih buat simple2 je..tapi tahap kebest"annye..fulamakkkk..meme best tak terkata lah
ni kira story ending tuk tahun ni lah

Happy ending....boleh?heeee


Abah,Ecah, Maa and cik vie..

beberapa menu yang ecah buat sdirikkk..tawww


Photo: pudding triffle ^^
Pudding triffle

Photo: hasil tangan amatur ^^
Carrot cake

Photo: Walau kadang-kadang ia tak seperti yang kita harapkan tetapi amat bermakna bila masih ada yang mengingati..

chocolate cake,Done! ^_^
chocolate cake~deko yang comot manyak..amatur punya air tangan..hehe

nak taw cerita sepenuhnya tengok entry niiiiii
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, Inilah beberapa moment yang mampu ecah kongsikan dan semadikan dalam blog hak milik Ecah ni..Setiap yang berlaku sepanjang tahun ni amat bermakna dalam hidup Ecah..Ianya banyak memberi pengalaman, pengajaran dan bimbingan dalam hidup Ecah sehari-hari..Tak semestinya sesuatu yang hilang akan melemahkan kita..dan tak semestinya setiap yang datang itu mengembirakan kita..Kita sebagai hamba-Nya seharusnya meletakkan sifat redha,sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala yang ditetapkan dalam hidup kita..In sha Allah,kita akan merasa setiap kemanisan yang dihadirkan-Nya walaupon ianya penuh kepahitan.Ingat! tak semestinya yang pahit tu memudaratkan kita.Ianya tetap terbaik untuk menjadikan diri kita ni terbaik juga..

Hargailah diri dan insan sekeliling terutamanya yang sentiasa menyayangi kita.
buang yang keruh,
ambil yang jernih

semoga, kita sentiasa menyayangi dan disayangi Allah

yang baik datang daripada-Nya
yang buruk daripada diri kita..

Sekian,wassalam.



2 comments:

QasehnyaRania said...

byk kisah ecah yg menarik


salam kenal ecah dari segmen yhg sama ;D
ciksu suka carrot cake tu

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/12/segmen-memori-2012-terpahat-di-ingatan.html

Unknown said...

waalaikumusalam ciksu...

tQ coz terjah entry ecah..huhu
ecah pon suka kek tu jgk..slalunye ecah beli je,tp yg ni cuba buat sdiri..1st try,okla not bad rasanye..cuma mampat skit sbb kukus kot..hehe