BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, February 28, 2013

Student Life!

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hahahaahahaahaha...memang tergelak sikit(sikit jeee) bila tengok pic atas ni..

Dulu,masa semester 1 hingga 6 memang macam tu la gaya junior seperti Ecah ni.
Kelas kebanyakkannya jam 8 pagi..pastu padat lak tuh sampai ke petang!..Apa pon kena siap2 awal..lambat,kena tinggal dek bus...hehe..Walaupon dah hujung semester masih juga bangun awal-awal pagi..Ecah student berdedikasi okeh..tak pernah ponteng kelas..
(kalau lewat ke kelas  tu pernah la and banyak kali jugak ler..hikhikhik)

Tapi bila masuk semester 7(time praktikum) bangun solat subuh and break1st  lepas tu tido balik 
(jarang sekali untuk kemas-kemas rumah awal pagi..huhu..lepas bangkit semula,baru la nak kemas rumah,masak-masak and siap2 bahan P&P hari tu..=D)
nasib baik berdua dengan Long(kawan Ecah)boleh gilir-gilir and bahagikan keje..huhu
Almaklum la mengajar sesi petang..masuk skolah jam 1.40pm..xde la nak terkejar-kejar sangat..heehee.....dahsyattt betul kan anak dara Encik Shaimi nih..
haaaaaaa gini la jadinya bila maa and abah xde di sisi...xde orang nak popet-popet kepada nak daranya yang sedia asli kemalasannya..hehe..opssss..tercerita habit burukku di sini ,lepas ni ramai la yang drop Ecah dalam list calon2 isteri idaman..keh3..

dahhh! abaikan kemengarutan Ecah ;D

Sekarang Semester 8,bila dah jadi senior ingatkan Ecah akan jadi macam dalam pic di atas tu..tapi tidak la sedemikian..huhu
Sebab nye kenapa?why why?

Sebabnya,Ecah kena juga bangun pagi-pagi,tak boleh tido balik seperti semester 7 dulu..
Wajib bangkit jugak walaupon mengantuk(sape suh tido lewat malam kan?haha)
sebab nak kena iron baju bagai, nak siap-siap p keje..
ni la gaya orang keje Opis secara part time..huhu
Masuk keje pukul 8am hingga 5pm.standart la Opis hour kan.Ecah tak leh nak bangun tido balik dah macam kawan-kawan seperjuangan yang lain.

Ecah ditawarkan untuk kerja di Opis UKLK,UPSI secara sambilan..keje tak susah pon just jaga opis,semak aset-aset and mengfailkan dokumen apa yang patut..semua tu di bawah arahan Kak Lin(Ecah bekerja di bawahnya)..bila pike2..Sebab nak timba pengalam banyak-banyakla Ecah setuju tuk terima keje tu  huhu..

"Bila peluang datang harus grab cepat-cepatkan..peluang hanya datang sekali je..kalau lepaskan,belum tentu akan dapat peluang seperti itu lagi kan.."

Apapon Ecah enjoy dengan keje tuh..Walaupon kadang-kadang boring sebab xde keje sangat,kadang-kadang keje yang diberikan tu siap dengan cepat..So,duduk je la sesaje jaga opis sambil meng"online"kan diri..kehkehkeh.

Keje+thesis+Seminar Refleksi Pengajaran..
tiga perkara ni harus diberi perhatian yang seimbang agar tidak terjadi ..

yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran..

Inilah gaya "student life" Ecah buat semester ni.Ecah yang pilih untuk melalui jalan ini,So,ecah jugalah yang perlu sedaya upaya merancang agar ianya berjalan dengan baik..Apaapapon,Ecah tawakal sepenuhnya kepada Allah dalam menentukan hidup Ecah.
Kita merancang,Dia yang tentukan.=)

Sekian,wassalam..

P/S:Kawan-kawan seperjuangan yang lain sempat pulang ke kampung halaman berhari-hari..Ecah juga la stay sorang-sorang di rumah,even weekend..
(kena plan jugak ni..xkan nak melangut kat rumah sensorang kan..hurmm!)




Suami Macho Basuh Baju Sendiri

As salamualikum dan salam sejahtera...

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/62443_419196708170703_1999414201_n.jpg 

Kiranya abah ecah ni termasuk dalam golongan lelaki macho la gamaknya..keh3
Abah Ecah selalu tolong maa bila dia ada di rumah..Selalu tolong maa masak, bersih halaman rumah,kemas ruang dapur,cuci bilik air..wahhh..macam-macam lah..and paling ketara, Abah memang akan basuh sendiri pakaiannya..Jarang sekali lah tengok maa ecah yang cucikan..sweet je tengok diorang saling bantu membantu antara satu sama lain..


Ecah pon nak sweet-sweet macam tu jugak la..harap suatu hari nanti bakal suami ecah macam abah jugak..Amin.(sama2 kita doakan =D)

Sekian,wassalam..(^^,)


 

Wednesday, February 27, 2013

Selepas 3 Jam..Baru dapat BB1M..hehe

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni ecah and sahabat ecah(Zira & Long) telah rancang untuk menghadirkan diri ke Dewan SITC,UPSI. Nak amik Baucar Buku 1 Malaysia(BB1M) la U ollz.
Fulamakkk..ramai betul student memenuhi ruang dewan.

Kaunter dibuka mula dalam puku 9 pagi hingga 5 petang. We all sampai sana pukul 12tghr..wehahaa..lewat tuuu..
Sebenarnya kitaorang dah plan dah..kalau pergi awal,pasti berpusu-pusu punya.So,sengaja kitaorang pergi lewat dan hampir-hampir waktu rehat diorang...keh3(bagus tak..keh3..ngokngek kan..haha)

Tapi bila kami sampai..hurmmm...meleset sudah sangkaan kami..

Dewan tu masih penuh dengan student yang ingin menuntut Baucar mereka.Hampir 8-10 barisan yang beratur...tu pon semuanya panjang-panjang belaka.
Kitaorang pon melilau-lilaukan mata untuk pastikan mana barisan yang bergerak dengan pantas(ecececeee...pantas la sangattt).So,kitaorang pon berbarislah mengikut barisan yang menjadi pilihan.

Beratur punya beratur,tunggu punya tunggu..dah hampir pukul 1pm..hurgghhh..
barisan semacam konsisten..berganjak ke depan dalam beberapa langkah sahaja.

wuiihhh..lama betul(masing-masing mengeluh).Kami pon amik keputusan untuk duduk bersila atas lantai.
Penat kot asyik berdiri.Kalau barisan bergerak pantas kira ok la kan..ini tak!

Sesetengah student amik keputusan untuk bersila santai...hahaha


We ollz pon sama,penat sudah asyik berdiri..bila barisan bergerak sikit, baru We ollz gerak..haaa


Long/Fit layan game..maybe!

Sambil tunggu,sambil tu la We ollz duk borak-borak,gosip-gosip..sampai hilang modal U..Sehinggalah jam menandakan sudah masuk waktu zohor..So,kaunter ditutup buat seketika bagi laluan staf yang menjaga kaunter untuk rehat and solat..Kemudian baru akan dibuka kembali kaunter tersebut.
Students mula bising,kelihatan macam tak puas hati(sememangnya pasti sedemikian,kami pon tak puas hati jugak tapi takde la nak bising-bising..sopan kan..hikhikhik)

Bagi Ecah,bila sudah berkeadaan demikian,sepatutnya staf perlu bergilir-gilir untuk meninggalkan kaunter.Tak sepatutnya mereka berhenti rehat secara serentak.Kesian kepada pelajar yang sudah lama beratur panjang untuk menuntut baucar buku tersebut. Pasti sebilangan mereka bergegas untuk ke kuliah masing-masing selepas itu. 

Yup,sememangnyasebilangan students mula meninggalkan dewan dengan muka yang jelas kecewa..Mungkin untuk pergi lunch,solat and maybe berkejaran untuk ke kuliah.

Memandangkan kami tiada kelas pada hari ini,kami stay jugak di tempat itu. Mungkin dalam 15-20 minit mereka(staf) rehat.Kalau kami keluar belum tentu kami akan dapat berada dalam barisan yang kami ada sekarang.So,berkorbanlah wahai perut untuk diisi buat seketika demi menerima baucar yang dijanjikan ..keh3

Hampir jam 2pm barulah kaunter dibuka semula..time ni ramailah students berpusu-pusu memnihi barisan dalam dewan.
Wajah-wajah penerima BB1M..time ni pukul 3pm..Ecah selesai menerima Baucar tersebut.

Zira/g-ra:mengisi nama and no i/c dalam Baucar

Wokeh,muka yang masam bertukar ceria selepas 3jam menunggu giliran untuk menerima BB1M.hehe

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia..Sepatutnya tahun lepas dapat kad ni..We ollz baru hari ini tuntut di pejabat Hal Ehwal Pelajar...lewat kan we ollz dapat..bukan nye ape lepas je praktikum bulan 10 tahun lepas kami bercuti selama 4 bulan sebelum naik ke semester akhir(sem 8).So,dalam tempoh bercuti,manalah kami nak datang UPSI semata-mata nak amik kad tersebut..memang tak la..haaaaa..tapi nasib baik boleh tuntut lagi kan..syukur3!!

okey...sekian saje celoteh ecah untuk entry kali ini.Terima kasih kepada U ollz yang sudi baca entry ecah ini. Kalau terover celoteh sila abaikan.jangan kutuk-kutuk..tak baek taw!heehee

Sekian,wassalam.

P/s:Sedang berfikir nak beli buku apa dengan BB1M ni..hurmmm ^^?

Tuesday, February 26, 2013

"MEGA GIVEAWAY by DJH "

As salamualaikum dan Salam sejahtera...

klik banner and join..

ecah tag 2 insan bertuah:

Sekian,wassalam

Segmen memenuhi Bloglist Syazana

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...

klik banner n join!
 deu date: 2/3/2013

sekian wassalam

"Free Giveaway by Yana"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Klik banner & join!
 
sekian,wassalam.

"Segmen Up Followers 2013 By Hotmasakini"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jom join..huuhuu

Sekian wassalam.

' awesome bloggers and followers '

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


Ecah tag,adik cantik and kakak chomel..hehe

Sekian,Wassalam..

Segmen Blogwalking:E'raz Fadli






As Salamualaikum dan Salam sejahtera


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..

Sekian,wassalam..



Monday, February 25, 2013

"Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...

 
klik banner & join.

Okeh, pertama sekali, nama blog ni Bukan Sekadar Nukilan.
 milik sepenuhnya, Ecah Shaimi(saya la tuh...hehe)
Ecah mula berblog sekitar tahun  2011(tu pon entry tak seberapa..xde follow pon time tuh..huhu), walaupon akaun blog ni dibuat pada tahun 2010.
kenangan manis berblog hanyalah dapat memenangi beberapa segmen yang disertai(alhamdulillah rezeki di ditu),namun masih mengharap kemanisan yang lebih berharga lagi..In sha Allah..amin.
Kenangan Pahit semasa berblog semestinya ada juga. Ianya ,mengenai Kehilangan "My hubby"
Idola semasa  berblog ramai. Tak terkira yang femes-emes atau pon tak femes -emes. 
Tapi yang paling suka blog Angel pakai Gucci. 
Sebab apa suka,jom terjah blog beliau.

Sekian saje untuk kali ni, Ecah tag dua insan bertuah, adik chomel dan kakak cantik.

Sekian,wassalam.




"Pencarian Bloglist Dayana & Nini"

As Salamulaikum dan Salam Sejahtera..

 
 Klik banner & join

Ecah done!
U ollz pulok?

Sekian,wassalam.

P/S: thankz Nini invite kitew..dh join ni. Semoga maju jaya ye! (^^,)

" Segmen : Bloglist March" .

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hi hi hi hi...pagi ni sungguh indah kan? Terasa kesegaran udara sekeliling. Pagi-pagi lagi Ecah bangun and bersiap untuk solat subuh, menyeterika baju and kejutkan adik junior kesayangan(Dila and Yati~nyenyak betul diorang tido,entah pukul berapa diorang tido semalam..Ecah pukul 11.30 dah tutup mata...hehe)

Lepas siap je semua tu Ecah on kan my lappy. Macam biasa, buka new tab banyak-banyak..like FB,blog,my twitter,blog tu,blog ni...pastu turn off balik bila kebosanan menerpa diri.

Okeh,lepas tu amik keputusan lelap balik..ngeh3!!!!

lelap pon kejap je...30 minit lebih kurang..hehe
bangun balik siap-siap tuk masuk opis..

Masuk opis xde keje nak buat. Kak Lin just suh jaga opis je hari ni..
Kebosanan Melanda lagi..hurmmmm
So, untuk atasi masalah(masalah la sangattt!) Ababng Jamil saran kan turn on PC and online lak Cik cah..ngeh3!!!
Buka banyak-banyak new tab..klik sana,klik sini, maka
terklik jugalah entry untuk segmen ini
 
#Sila klik banner di atas untuk join,ok!
  " YOU COMMENT , I FOLLOW "
Sekian,wassalam.
P/s:Bosannnnnnn tak terlayan..(macam mana tu ek?)keh3!!!

Sunday, February 24, 2013

"Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


Ecah dilahirkan pada 13 Disember 1989
So,sekarang  berusia 24 tahun sudaaa.(nampak je kecik molek tapi 24 sudaaaa..wehehe) =b

Dalam segmen ni,Ecah tak kisah berapa angka umur U ollz,Ecah tetap nak kawan.
Siapa yang sudi nak jadi kawan Ecah, Follow blog Ecah..


Kalau nak kenali dengan lebih rapat U ollz boleh..
I
I
I
I
V

Photobucket Ecah Shaimi
Photobucket

Saturday, February 23, 2013

"1st GA by Nyna- Barbie Giveaway"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tq utuk Farah Waheda sebab tag Ecah bagi segmen 1st GA by NyNa- Barbie Giveaway..

okeh,sekarang Ecah nak join bagi memeriahkan lagi sambutan segmen ini.
(kalau menang rezeki la tu..hihikhik)

klikk banner yan tersangatlah shomel di atas untuk join

Ecah tag:

Ecah done.
U all pulok?

Sekian,wassalam.


~Cinta Kau dan Aku~

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni Ecah sedang jatuh cinta dengan satu drama adaptasi novel yang kini bersiaran di tv1 setiap hari khamis dan jumaat pada jam 10 malam.
Tajuk drama tu ...



"Cinta Kau dan Aku.."



dalam drama ni ecah sangat tertarik dengan lagu temanya..liriknya sangat-sangatlah  indah..ditambah pula dengan melodinya yang syahdu.hurmm Ecah suka la..bila diteliti bait-bait lirik tersebut, ianya telah menceritakan perjalanan cinta watak utama (hero dan heroin) dalam cerita tersebut..Siapa yang pernah baca novel ni pasti teruja kan..(yang tak baca pon tak lupa jugak,pasti mengikuti drama ni kan?)huhu




Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

[*] Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Repeat [*]
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku

(OST Cinta Kau Dan Aku)


sekian, wassalam..

P/S: Tak kisyah ler pelakonnye bukan pelakon peberet..tapi pelakon2 ni nampak sweet jugak bila digandingkan bersama-sama dalam drama ni..nice lah u ollz..jom join fanpage FB Cinta Kau dan Aku

Segmen Template Siapa Paling Cantik ?

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ecah nak join segmen cik fie..huhu

taddaaaa...dah tempek banner shomel kebiru-biruan kat bawah ni
klik banner & join

Sekian,wassalam.

P/s:Katanya,pemenang akan memiliki hadiah yang ohsem..(angkat-angkat kening) apa lagi joinler kengkawan...sama-sama sokong segmen cik fie..

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..




Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, February 22, 2013

Kata-kata Mereka

As salamualaikum dan Salam Sejahtera

Tersentuh juga hati kecik Ecah ni bila kebanyakan teman sekeliling berkata/bercerita/bergosip tentang cinta pasangan masing-masing. Tak lupa juga yang bertanya akan siapa,bagaimana, dimana dan apa-apalah tentang pasangan hati kecik Ecah ini juga.

Kadang-kadang pertanyaan itu Ecah perlu jawab,walaupon menjawab dengan jawapan yang klise.Namun, jawapan yang klise itu la yang sebenar-benarnya jawapan daripada Ecah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata-kata di atas ini sangat menyentuh hati Ecah untuk terus berbicara dalam entry kali ini.

Benar,kadang-kadang kita tidak peduli/tidak menjawab/memberi jawapan klise akan kata-kata/pertanyaan yang disuarakan oleh mereka,tetapi sejurus selepas itu pasti kita mengingat kembali kata-kata itu.Pasti ada seperti itu kan?Pasti bermain-main juga dalam fikiran,kan?

Namun,semua persoalan itu kita sendiri boleh tentukan sama ada ingin terus difikir atau dibiarkan saja bersama angin lalu.

Sebaik-baik manusia adalah yang pandai menjaga/mendidik jiwa dan mindanya.
Bagi Ecah, kalau sesuatu kata itu bagai menyesakan dada, mengapa ingin dibiarkan dalam kepala. Usah dilayan akan kata itu. Orang tak rasa apa yang kita rasa. Mungkin mereka mengatakan kita hipokrit juga bila bertindak sedemikian.Namun,kita lebih mengenali diri kita.Tiada guna bila kita pula yang bersikap hipokrit terhadap hati kita(kesian hati kecik tu) Dan biarkanlah dengan kata-kata mereka itu kerana Allah lebih mengerti jiwa-jiwa hamba-Nya.

Dan bahagia itu satu pilihan. Kita yang membuat pilihan itu sama ada ingin bahagia yang segera ataupun bahagia yang kekal ke syurga.
Bersabarlah, mungkin hari ini kita tidak ketemui bahagia seperti mereka,namun hari mendatang siapa yang tahu. Allah telah merencanakan sebaik-baik ketentuannya untuk kita. Yang pasti,kita berusaha untuk mencapai redha-Nya. In Sha Allah .Amin.

Sekian,wassalam.

P/s:Tiada apa yang nak diamanatkan,melainkan sama-sama kita muhasabahkan diri dan sentiasa berfikiran +ve.

Thursday, February 21, 2013

Kenali untuk ketawa & mengalir air mata

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setuju atau tidak dengan kata-kata di atas tu?
kalau tidak, Ecah nak piat-piat telinga sampai merah..nakkkkk?

hehe..nop nop nop laaa
Ecah tak sanggup nak piat telinga orang tanpa sebab.Paling kejam pun, Ecah buli geletek orang tu sampai mengekek-ngeke dia and ecah pulak penat...hehe..(kejam kan..bahaha)
 Lagi pon ,Ecah ni gadis kecik yang tersangatlah baik, manis, lemah lembut,sopan dan ayu.
amboiiiii..melampau-lampau masuk lif tekan gear 1 nih cik cah..bahahaha..

hokeh,abaikan tahap kemengarutan cik cah di atas..

Sebenarnya,mengenali seseorang itu sangat bermakna bagi ecah.Lebih-lebih lagi seseorang tu pandai ataupun bijak mencipta sesuatu hal yang membuatkan Ecah teringat-ingat akan kenangan bersama-sama dengannya.(Lagipon Ecah sdiri pon suka menyumbang/memberi/menghasilkan sesuatu agar orang ingat kita.)

Setiap yang dikenali ,Tak kira ianya mampu membuatkan ecah ketawa mahupun mengalir air mata,ecah tetap ingat.
(Seriously la,ade jugak yang sanggup buat ecah yang kecik molek ni menitis air mata..sampai nangis-nangis muntah macam budak tadika tak nak sekolah..heehee
tentang hal apa, tak perlu kita bicarakan di sini..huhu)

Apa pon,setiap kenangan bersama setiap antara mereka tu mematangkan Ecah. Semua tu telah mendidik Ecah untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni.Membezakan yang mana patut ikut,dan yang mana tidak.  Walaupun  pelbagai cabaran dalam mengenali manusia, setiap yang terjadi tu kita manfaatkan dengan baik. Tak semestinya yang dapat ketawakan kita itu bagus dan yang menangiskan kita itu buruk.Cuba kita fikir secara positif. Benda tak akan jadi melainkan dengan izin-Nya. Kalau kita menafikan sesuatu kejadian itu,bermakna kita jugaklah yang menolak takdir Allah,betul tak?



hurmmm..sama-samalah kita fikirkan..Badan  perlu digesa untuk beradu .so,Sekian saje untuk entry kali ni,wassalam.

P/S:Kalau seseorang tu mampu membuatkan kita tergelak sorang-sorang..gelak je la kan?,kalau menitis air mata ..titiskan je la tapi jangan terover pulok..tak pasal-pasal syaiton datang berdamping..heeee mohon dijauhkanlah.







Wednesday, February 20, 2013

Suka Akan Kewangian

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


"waaaaaa...wanginyeeeee.."Si Cici.
"Haaaaa...yang ni wangi.."Si Kiki.
"Tak tak..yang ni lagi wangi."Si Bibi.
"uishhhhh...BUSUKLAH!"Si Cici
"Erk?"Si kiki & Si Bibi
~Semua Buat Muka~ :b

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di atas,Sedikit intro perbualan antara tiga rakan seperjuangan.
Dapat agak tak menda apa yang wangi-wangi..BUSUK tu?
Cepat-cepat...main teka teki ni..tapi xde hadiah..wehehehe

hokey,sebenarnya tiga sahabat tu tengah testing minyak wangi dekat satu kedai ni.haaa


Biasalah kan manusia tak kira la para gugurls, ladies mahupun boboy and  gentlemen,pasti suka wangian ataupon bauan..ye idok?
tipulah kalau ade yang cakap,"Haku mana suka minyak wangi ni..x suka pakai laaa.."
hokey,stop la U kalau nak cakap cenggituh!
Sure nye,U pon suka wangi kan..at least bau sabun basuh pon U suka..kan kan kan

Sekarang ni ecah berceghito pasal bauan/wangian bukan untuk pakai kat badan ajo..tapi keseluruhannyo(pakai kat badan kew, semburan untuk bilik kew or kat mana-mana lah)..tak kirolah bau daun pandan/bunga tanjung/cherry blossom/city crush/ atau hape-hape skali pon..semua tu kan bauan yang wangi  kan..

Photo is loading
cherry blossom

Dan anda mesti tahu bahawa wangian itu KESUKAAN Nabi kita Rasulullah SAW dan para sahabat..

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukan dari golongan yang membazir".
(Sumber:Umiesyarah)

Haaaa..ingat tu..hanya 1/3 je...jangan terover pulok,K!

Nabi Muhammad SAW,Semasa perbualannya dengan para sahabat tentang 3 kesukaan mereka masing-masing dalam dunia ini.

Rasulullah bersabda" Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara"
1. Wangi-wangian
2.Isteri Soleh
3. Ketenangan semasa solat.
(sumber:wanwma)

Jadi,tak salah kita suka dan  pakai wangi-wangian..sama ada nak pakai softener downy ker, Softlan ker, Dynamo ker, haper-haper aje la(sabun basuh skarang ni pon dah wangi-wangi belake..ehehe)...yang penting kita tidak membazir(membazir tu kan amalan syaiton), tidak melebih-lebih (tidak kuat baunya) dan  tidak menimbulkan fitnah.

Ecah masih ingat lagi kata-kata ustaz ecah suatu ketika dahulu
(time tu form 1 tak silap,kelas Pendidikan Islam)

"Busuk itu kesukaan syaitan. Wangi itu kesukaan Nabi.Awak semua ni semua dah meningkat dewasa,kalau berpeluh pasti berbau.Jadi,usahakanlah pakai minyak wangi/dedorant.Paling tidak mintak je minyak wangi Ayah pakai ke masjid tu(seribu bunga).Ini adalah untuk mengatasi  bau badan kita.Tak de la orang kata kita ni busuk."
Seakan-akan begitulah kata-kata ustaz tersebut.
#Minyak wangi tu Abah Ecah pon selalu pakai,wangi sangat baunya.

Sekian saje untuk entry kali ni..Sekiranya ada tersilap kata,penambahbaikan,nasihat,pandangan atau tunjuk ajar harap ada yang sudi membantu.

Sekian,wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P/S:Ecah suka semua bau yang wangi..asal wangi je suka..hehe..tapi sangat-sangat suka wangian lavender..sangattt suka.

yang ni untuk kereta & bilik tidur..hehe

Apa wangian yang U all suka?ada yang sama ngan ecah tak?