BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Monday, February 4, 2013

Cinta Pertama Vs Cinta Beragama


As salamualaikum dan Salam sejahtera..


Cinta Pertama Vs Cinta Beragama

Di sebuah restoran seafood, Imran mendekati Fitri yang kelihatan berpakaian sedondon dengan Rinie

Imran: Fitri,aku rayu,jangan ambil janda aku
Fitri:Lelaki mana yang sanggup menolak wanita yang solehah, Im.
Imran: Rinie, i cinta pertama dalam hidup you,you tak kan bahagia dengan lelaki lain selagi cinta pertama you ini masih mencintai you.
Rinie: Im,dulu i muliakan you kerana you suami dalam hidup i and i bukan muliakan you kerana your body yang bernama Imran itu. Now, Allah dah buka  sekali lagi peluang untuk i memilih somebody yang patut menerima darjat suami yang mulia itu. I tak akan pilih alasan cinta pertama, tetapi  i akan pilih yang mana lebih beragama. Tak Kira siapa pun yang memegang darjat suami dalam hidup i, i akan bahagiakannya sepenuh hati i. In sha Allah, i juga pasti akan lebih bahagia.

Imran berlalu pergi dan memboloskan dirinya ke dalam kereta yang sedang dinanti oleh Syam di luar restoran itu tadi.

Imran: Syam, nampaknya Allah dah beri balasan-Nya. Dulu, Rinie menderita bila aku ambil orang lain. Aku tak pernah ambil tahu perasaan dia. Sekarang ,baru aku rasa bertapa sakitnya bila orang yang kita cintai diambil orang.
Syam: Releks la,Bro. Belajarlah hikmah kehidupan. Mencari kebahagian baru dengan meruntuhkan yang sedia ada biasanya tidak kemana.Kau nak ulangi sekali lagi ke?
Imran: Tapi..aku tak bahagia dengan Nurin.
Syam: Dulu pun, masa kau nak nikah lagi,kau tak bahagia dengan Rinie, kan?
Imran: Tapi time tu, aku tak bahagia bukan  salah Rinie,Syam..tapi salah aku sendiri sebab tergila-gilakan Nurin. Sekarang, aku dapat nilai yang mana kaca, yang mana permata.
Syam: Jelas kan?Dengan cara lain,belum tentu dapat jamin kebahagian.Sekarang, kau tak terfikir ke nak menambah baik yang sedia ada?kau didiklah Nurin bukan mencari yang lain lagi.
Imran: Aku bukan nak cari yang lain selepas Nurin.Aku cuma nak Rinie aku semula...tu je..
Syam: Ingat Im, Rinie bukan wife kau lagi.Dia ada hak nak pilih kau atau lelaki lain,Jangan paksa dia.
Imran: Kalau Rinie tolak aku, macam mana aku nak bertahan hidup dengan Nurin?
Syam: Cuba semampu daya kau,Bro.Mempertahankan perkahwinan yang tak bahagia lebih baik daripada meruntuhkannya.
Imran: Tapi, aku tak dapat melupakan Rinie.
Syam:Maaf,Bro, aku rasa dah terlambat untuk kau menghargai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdasarkan Dialog adaptasi ecah ni, bagi ecah terdapat beberapa pengajaran yang dapat ecah jadikan pendoman..

1.Setiap lelaki pasti mendambakan seorang wanita yang solehah.
Tipulah kalau ade lelaki diluar sana menidakkannya..betul tak?

2.Cinta Pertama bukan segalanya.
Dulu, ecah set dalam fikiran and hati bahawa cinta pentama adalah segalanya dan ianya akan membawa kebahagiaan. Namun , kini ecah mula  berfikiran terbuka setelah menyedari tak semua cinta pertama itu "segala-galanya".Mungkin yang pertama itu hadir sebagai ujian dan pengajaran kepada kita.Bukan semua yang bertuah untuk memiliki cinta pertama taw..huhu betul tak? 

3.Memilih cinta yang beragama.

Yup, dalam islam sdirik pon dah gitaw kita kalau nak cari calon yang utamanya mesti lihat pada agamanya(iaitu muslim) disamping latar belakangnya,akhlaknya,paras rupanya, hartanya dan sebagainya la kan..

4.Allah itu Adil.
Allah akan memberi balasan kepada kita atas segala perbuatan kita,sama ada baik atau buruknya sesuatu perbuatan itu.Macam kisah tadi Imran dah dapat balasan yang dia merasakan bertapa sakitnya bila orang yang dicintai diambil orang.

5.Jangan keruhkan keadaan yang sudah keruh.Seperti mana kata-kata syam terhadap Imran,pertahankan yang tidak bahagia lebih baik daripada meruntuhkannya.


Okeh, setakat itu aje yang dapat ecah kongsikan..Sekiranya U all ada pandangan,teguran dan penambahbaikan..sila nyatakan di ruangaan komen..komen U all sangat ecah hargai.Tq, wassalam..

2 comments:

3no gr33ny said...

menghargai perkara sila yang dilepaskan adalah sia2..

Unknown said...

"sila" tu "silam" kan?..hik3(lama ecah fikir,apalah nak dikata tu..ngee)kalau betul perkataan silam..okeh ni respon daripada ecah

~yup,Ecah pon stuju..sia2 je nak hargai perkara yang dilepaskan..bukan dapat kembali pun yang terlepas tu..kalau hal yang melibatkan individu, pasti individu yang dilepaskan tu terasa hati dan kecewa dengan kita..so, xperlu nak hargai sekarang atas tindakan melepaskan suatu ketika dahulu..
kalau hal yang melibatkan sesuatu perkara/barang yang kita lepaskan,tak perlu kita nak hargai lagi..memang sia2..lagipon kenapa masa sesuatu perkara itu datang kita tak sambut dengan baik, sebaliknya kita lepaskan begitu sahaja..kann(huh,panjang ulasan ecah..harap xberbelit..hihi)