Assalamualaikum..
Sebenarnya aku tak setuju sangat. Kalau anda nak setuju tu terpulanglah. Sebab bagi aku, ubat yang paling mujarab kalau patah hati ialah masa. Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati. Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga.
Sekarang tanya diri anda, apa perlu anda lakukan? Terima cinta baru? Atau memberi kesempatan kepada diri anda untuk mengasihani diri sendiri.
Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan. Ketika ini, kawan baik anda sangat diperlukan. Luahkan semua yang anda rasa tentang bekas kekasih anda itu. Ceritakan sampai anda puas hati. Anda juga tidak akan merasa keseorangan sebab anda masih ada kawan-kawan.
Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial. Mungkin anda boleh pergi becuti, menonton wayang atau bermain futsal. Alihkan kesedihan anda kepada kegembiraan. Dengan cara ini, anda akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan, bukan pasangan. Itulah gunanya kawan-kawan.
Tapi anda harus ingat, setiap peringkat itu boleh anda lalui dengan cepat atau lambat. Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati anda masih berdarah. Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain. Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain. Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu. Dan jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan sanggup menunggu.
Bila putus cinta, gunakan perpisahan sebagai cabaran, bukan halangan. Jadikan kegagalan itu batu loncatan untuk kita lebih matang dalam hidup dan percintaan. Teruskan hidup dengan semangat baru. Tunjukkan pada bekas kekasih kita yang kita kuat dan boleh hidup tanpa dia.
I am not the type to be able to fall in love easily.
My heart is incredibly wary of love.