BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

~Followers~

Sunday, July 15, 2012

PicniC @ Hot Spring Sg.Klah


As salamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah.syukur dipanjatkan kehadrat ilahi atas kurnianya kita masih bernafas sehingga ke saat ini. Tak lupa juga sahabat2 ecah sekalian yang meluangkan sedikit masa untuk membaca entry ecah kali ini...tQ sooo muchhhh!

Entry kali ini, sedikit-sebanyak ecah nak kongsi moment perkelahan ecah dan sahabat2 ecah (cikgu2 praktikum SMKDZM & sorang lagi cikgu praktimum SMKA Slim River iaitu Cikgu Azira..Alhamdulillah, adanya rezeki kami tuk menjejakkan kaki di Hot Spring Sungai Klah. Entah kali keberapa sudah kami bertandang ke tempat ini..Hurmmmm..bukan niat nak menunjuk-nunjuk tau..NO NO NO..Apa-ape pon just nak kongsi betapa bestnye dan seronoknya picnic di sini...

Hampir seminggu sudah picnic ini dirancang dan Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar walaupon ade sesetengah sahabat2 yang lain tidak dapat join atas urusan penting masing2(sarah,hajar,fie,p-ja,izzaty,Piji & Aman lain kali kita pegi lagi ek..huuhuu)..Dan memang tujuan kami adalah  untuk mengisi masa lapang, berhibur dengan sahabat2, menguatkan ukhwah kami & yang paling utama bak kata Ustazah Ain, menikmati dan mensyukuri nikmat keindahan ciptaan-Nya.Yup3!Bagus Ustazah..Cikgu Ecah setuju sangat2...

So, lepas je tamat program LADAP di SMKDZM,kami bertolak ke Hot Spring Sg.Klah dalam pukul 2.00pm. Ok, xlupa kepada MR.Swift & MR.Vios yang sudi jadi driver tuk kitaorang keh!hahaha(motif lak jadi driver kan)..ok pape pon TQ banyak2..tanpa u all, we all tak sampai situ kan..

So,sampai pon we All..haha(lengkap  ngan tiket masuk.ehee)
Sambil menunggu gerabak a.k.a kereta api (eh kereta api ek?kereta api  la sangat kan..haha)we all sempat lu posing2 sakan..





Sampai je gerabak 2, terus je kitaorang naik..tup2!!kitaorang dah tinggal Mr.Swift & Mr.Vios sebab lama sangat kat area parking 2..hahaha..Gamaknya,jalan kaki la U all..=b


Cikgu Ecah & Cikgu Nisa
Cikgu Jaya & Cikgu Hanis
Ustazah Umi & Ustazah Ain

Turun je gerabak 2,kami terus serbu kios Ice-cream..Dua2 ustazah yang beria2 serbu kios 2 k..We all follow je..hahaha(padahal semuanye sama naik je...masing2 serbu kannnn..ahaaa)


OK,dah ade ice-cream pon..nyum3!!
Sambil jalan, sambil nikmati ice-cream..yummy2!(OPSSS!!!jangan tiru gaya kami..x baik makan sambil berjalan kannn..huhu).

Ok, siap makan ice-cream, kami tukar pakaian n terus main air..gambor2 main lam air smua xde..sebab kamera simpa lam locker..(maybe ngan Cikgu Nisa ade gambor2 2 smua sebab bawa HP masuk lam air kannn..hehe..nanti nak la Cikgu Nisa). So, kamera xde kat tangan boleh la mandi manda dengan bebasnya..haha..air panas, air sejuk..semua kami sapu..Sempat la kami merendamkan kaki  dan berjalan-jalan di atas batu yang dilalui oleh air panas yang original.Lokasi taman terapi ini tak jauh, hanya bersebelahan sahaja dengan kolam air sejuk. Di sini, u all boleh dapat pengalaman merendam kaki ke dalam air panas yang keluar dari kerak bumi yang suhu air itu adalah lebih kurang antara 30-40 darjah celcius.time masuk air panas yang pijak2 batu ni..adoiii..Menyeringai muka bila urat di tapak kaki terkena pada batu yang tajam. Tak perlu nak cover-cover lagi. Kalau dah sakit, itu tandanya urat di tapak kaki kita tidak berfungsi dengan baik. Hah!gitu..


So, capture2 plak slepas siap mandi n solat Asar..
Sambil menunggu Mr.Swift & Mr.Vios yang belum siap mandi-manda lagi..so,capture33!!haha
Cikgi2 praktikum SMKDZM
Manyaknye ikan...
Wif  Darling Honey a.k.a Cikgu Hanis & ustazah Ain
Ustazah sedang mengingati lirik lagu ikan kaloi..=D
"Ok, ibu dan anak pandang belakang"..~euwuew teciknye sayerrrrr ;D
Last pose @ depan musolla 
Peace (^^,)V  Naik gerabak, nak balik dahhhh..
Lagak gaya bebas Ustazah Ain~berani U,Ustazah!
Ok,Last2 wif ustazah umi & Teacher Nisa..hahaha 
Gerabak berlalu pergi meninggalkan kami..
Selamat Tinggal Hot Spring Sg.Klah...(^^,)Y
OK,yang ni last..last..hik3~orang yang kuat membuli time ecah mandi-manda..
Kenangan~tiket baru ditanggalkan..ahaa
Cikgu Nisa & Mr.Swift~
Disebabkan pewwott masing2 dah berkeroncong, berdendang sayang ..so, Mr.Swift & Mr.Vios meluncur laju ke destinasi makan2 yang dikatakan "sedap" tu.. ~tangan di dada, mata ke atas...haha ;b

Makanlah Cikgu Jaya dengan nasi Goreng Ayamnye..C.Hanis +  Mihun TomYam nyerr & C.Fitriyana + mee mamak nyerrr(menu sama ngan ecah + Zira..hehe..almaklumla, yang 2 je slalunye  jadi kegemaran we all..haha)
Masing2 menikmati hidangan tanpa menghiraukan saya yang sedang  mengCAPTURE gambo..huuhuu
Alolololo..sopannye cikgu Azira makan..=D
OK,,we all ready nak balik ..
Alhamdulillah, sepetang berpicnic..akhirnya sampai ke penghujungnya jua..Happy, best, seronok, enjoy n macam2 lagi la..Alhamdulillah atas kurniaanNya.. Berkumpul, Berpisah sudah menjadi ketentuanNya. InsyaAllah,di lain masa we all berpicnic lagi..bila?dimana?tunggu..kita rancang dulu. Ape2 pon, Semoga Ukhwah yang terjalin sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya..Sekian....Wassalam.

Monday, July 9, 2012

Hakikat kebahagiaan

As salamualaikum  dan salam sejahtera
Alhamdulillah,hari ni Ecah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yang segar, menatap suasana  Alam yang indah dan mendengar kicauan burung-burung di tepi tasik bekas lombong di sebelah rumah ecah ni. Syukur Ecah panjatkan kepada-Nya.

Tetiba hari ni nak tulis entry berkisar kebahagiaan. Yup! Bahagia. Siapa yang tidak mahu kan?
Setiap antara kita menginginkannya. Itulah anugerah yang sangat hebat dan tidak terhingga nikmatnya. Bila bahagia semuanye menjadi tenang.ape2 pon sebelum ecah bagi pendapat mengenai kebahagian,jom dengar lagu ni dulu..Untuk pengetahun rakan2 pembaca. Berdasarkan sebuah blog yang ecah baca,de menceritakan tentang lagu ni.Lagu ini pernah menjadi asbab hidayah kepada seorang hamba Allah. Dia masuk Islam kerana benarnya isi lagu ini padanya ada. MashaAllah =). Jadi hayati-lah lirik ini dengan hati yg terbuka dan minda yang berpaut padaNya. Supaya isinya memberi kesan dijiwa. inshaAllah.


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


Sebenarnya bahagia itu ada dalam setiap diri insan, dalam diri setiap antara kita. Kita tak dapat menentukan kebahagiaan seseorang. sebab masing2 ade kebahagian masing2.BTW, pe yang ecah nak cerita kat sini, hakikat kebahagiaan itu sendiri berasal dari cabang mana...Jom..

Baiklah,kebahagiaan itu melalui ketenangan.
bila kita tenang dalam jiwa,apa yang kita rasa?MashaAllah..bahagia kan? semua bagai menyebelahi kita.Semua ni anugerahNya kepada hamba. Ia pasti datang dan pergi dengan begitu sahaja. Bagai angin lalu menyapa pipi mulus kita.Tidak diduga kan?Namun,jika hati pilu,gundah gulana,penuh keperitan,kesakitan,kepedihan..Itupun anugerahNya buat hamba kan?Allah mahu lihat pergantungan kita dalam keadaan bahagia mahupun duka. Dan ketahuailah, pergantungan kita itulah yang mendatangkan erti hakikat kebahagiaan.kalau kita menganggap setiap apa yang berlaku adalah anugerahNya kepada kita. InsyaAllah, kita dapat menilai dan merasa kebahagiaan yang hadir dalam hidup kita.

Ade orang kata bahagia itu datangnya daripada keluarga. Harmoni, santun, rukun dan meriahnya sesebuah family itu membuatkan kita naik syok dan teringin sedemikian. Namun, bagaimana pula dengan sesebuah family yang porak peranda?gaduh itu, gaduh ini, ayah mak saling membenci dan berlaku pecah belah. Maka, hakikatnya adakah kebahagiaan itu pada keluarga?

Ade juga yang kata bahagia wujud bila memiliki rakan,sahabat,kawan, saing and so on.. segalanya terasa lengkap bila bersama mereka. Suka duka, frenz 4 ever gituh =b..Namun, bagaimana pula bila berkeadaan dengan mereka yang dipulau oleh rakan2, dicaci, dibuli,kawan makan kawan?Allah~
Adakah kawan,sahabat, rakan, saing..hakikat kebahgiaan?

So, cabang manakah kebahagian itu?

Agama yang bahagia..Bahagia itu ada pada agama.Dan agamalah yang membawa kita kepada kebahagiaan. Sebab ecah cakap macam 2, kerana sejauh mana agama diamalkan, sejauh itulah kebahagiaan yang kita perolehi.. tidak perlu terlalu gelojoh dan tamak tuk melaksanakan agama demi mengejar bahagia..cukuplah sekadar sedikit namun berterusan..mulalah dengan sedikit2 dahulu bagi yang ingin memulakan perubahan..dari sedikit yang istiqomah kemudian di up grade..kan itu lebih baik daripada terus melakukan banyak tapi hanya pada masa itu sahaja..


 Dari ‘Aisyah Radhiyallaahu ‘Anha, bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Wahai sekalian manusia, lakukanlah dari amal-amal kamu sekadar mana yang kamu mampu (untuk melakukannya) kerana sesungguhnya Allah tidak berasa jemu (terhadap amalan kamu) sehinggalah kamu berasa jemu (melakukannya). Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.”
-Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim



Baiklah, jika keluarga punca bahagia. Maka bahagia itu pada keluarga yang mengamalkan agama.Bila si Suami pulang keje, si isteri mnyambut dengan senyuman mesra.
Di"offer"nya air segelas pengubat dahaga, dan diselesaikan segala urusannya hingga dia selesa. Begitu juga bila si abang atau kakak pulang dari asrama. Adik-adik akan menyambut kepulangan dengan gembira. Di salam tangan dikucup tangan tanda kasih dan sejahtera.  

Jika rakan,kawan,sahabat,saing.. punca bahagia, maka kebahagian itu wujud bila masing2 mengamalkan agama. Bila kawan dibebani masalah, kawan yang laen akan bantu bersama. Bila kawan gagal dalam peperiksaan, di bantu kuatkan hati nya dengan doa dan berita gembira. Bila dia mendapat pelbagai cabaran semasa praktikum,kita sama2 membantunya memberikan solution dan kata-kata semangat.Itu-lah hakikat bahagia.
Bayangkan-lah jika semua manusia didunia ini mengamalkan agama. Maka bahagia ada dimana2. Dan ia sentiasa dekat dengan diri kita. MashaAllah. =') Suatu hari nanti InshaAllah Moga Allah swt kurniakan hidayah serta petunjuk buat sahabat,kawan,rakan,saing2, ecah dan ummah seluruhnya. Amin ya Rab.




Sunday, July 8, 2012

Practise Senamrobik 1 Murid 1 Sukan: SMKDZM

As salamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Bersyukur sangat2 sebab skunk ni de sdikit masa tuk mencoret kisah tuk entry kali ini.Walaupun semalam dan hari ini merupakan hari minggu, namun ade je tugas yang perlu dilaksanakan..hurmmm.. bukan sewenang2nye Cik cah dapat goyang kaki di rumah and rehat2 ala-ala datin Wanabe gituhhh..hehe.

Okeh, sebenarnya ape yang membuatkan cik cah x sempat nak mengupdate blog ni adalah disebabkan, every night in this week, ecah and semua kawan2 (cikgu & cikgi Praktikum SMK DZM) kene berlatih senamrobik tuk hari kecergasan 1 Murid 1 Sukan yang akan berlangsung pada hari selasa minggu hadapan bersamaan 10 julai 2012 ..So, setiap malam bermula jam 8.00 pm- 10.00pm, kami semua akan berkumpul di dewan sekolah SMKDZM tuk practise senamrobik berdasarkan video daripada PPD. Dengan memuatkan 12 buah lagu yang diambil berdasarkan video yang diberi dan lagu2 yang kami sendiri tetapkan..Selama 36 minit yang perlu kami persembahkan dengan pelbagai gerakan senaman tanpa henti demi mencapai matlamat Malaysia Book Of Records..huhu...Mampu U!

So, pada hari semalam, pihak sekolah telah mengarahkan kami,pelajar dan guru2 SMKDZM tul hadir ke sekolah bagi membuat rehearsal senamrobik tersebut. Alhamdulillah, kami dapat mempersembahkan dan mengajar setiap pergerakan kepada guru2 dan pelajar walaupun dengan practise yang masih belum sempurna..Namun, pe yang diharapkan. Pada hari kejadian kami Cikgu2 & cikgi2 Praktikum dapat melaksanakan tugas kami dengan baik.(demi membawa imej UPSI juga..hehe..haruslah!)

Habis je rehearsal smalam, kami cikgi2 pakat2 la kuar gi breakfast di kedai mamak berdekatan ngan area skolah 2..ni la masa kami nak chitchat,gosip2 & storymory..hehe..merapatkan ukhwah gitu.(^^,)

dari depan yang bertudung ungu, Ustazah Ain, Cikgu Jaya, Cikgu Nisa, Cikgu syarifah, Cikgu fitriyana, Cikgu Ecah, Cikgu Hanis, Cikgu Hajar, Cikgu Izzati & cikgu syafizah.
Cikgu Ecah & Cikgu Hanis
Kue TeoW goreng Cikgu Hanis Punya ;D
Masing2 sedang menjamu selera & ade dah siap pon..hehe
Cikgu Jaya dengan semangat berstorymory...keh3
Selesai je breakfast, kami plan tuk melawat cikgu Alhan yang berada di Hospital Slim River. Cikgu Alhan merupakan guru Geografi di SMKDZM dan merupakan guru senamrobik kami.

Hospital Slim River
Bergambor sebelum pulang
Cik cah pun mesti ade sama..hehe
Kereta sama tapi no plat lain2~ 1 wilayah & 1 johor...jom balik!
So, sekian sahaja tuk enty kali ini. Mengharap sangat2 perjalanan program pada hari selasa nanti berlangsung dengan baik dan lancar. Wish luck for our team yer!! GO GO GO.. MALAYSIA BOLEH! CIKGU BOLEH!


Sunday, July 1, 2012

Majlis Israk Mikraj Taman Slim Permai


Surat jemputan ~ Masih boleh dibaca walaupon tergunting sana sini..biasalah cikgu2 praktikum nak try gunting baru..hahhaha
MAJLIS ISRAK MIKRAJ anjuran penduduk Taman Slim Permai usai disambut pada 1/07/2012. Alhamdulillah, majlis dihadiri oleh ramai penduduk taman. Persiapan sambutan telah diadakan seawal pagi dengan golongan muslimah berkerjasama menyediakan masakan untuk jamuan selepas ceramah Israk Mikraj. Seterusnya ceramah khusus tentang israk mikraj disampaikan oleh penceramah jemputan dari Sek. Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh iaitu Ustaz Muhd Karim B. Samad.

Penyampaian Ustaz Muhd Karim yang lawak & sempoi~mesej yang disampaikan tepat menusuk kalbu.
Masing2 memberikan perhatian semasa sesi ceramah disampaikan.






 Para VIP
Akak  belakang 2 tutup muka sebab x maw masuk gambo..hehe..akak y depan steady jerk..hehe
Masing-masing menjamu selera setelah usai ceramah Israk Mikraj Ustaz Muhd karim. Macam2 menu disediakan..sambal petai Udang, Masak lemak nenas, ayam goreng berempah, ulam-ulaman dan sambal belacan.


Banyaknye..hehehe
Jemput Makan Semua...
Cikgu Ika Mula menjamu selera=D..Bismillahirahmanirahim..
Depan Rumah~Selepas Pulang dari tempat ceramah
Hujung minggu yang diisi dengan Ilmu + beramah mesra dengan penduduk taman slim permai + makan2..hehe
sekian...



Peristiwa Israk Mikraj


Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak
2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.


Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.


Sumber : http://ahmad-sanusi-husain.com