BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

~Followers~

Saturday, June 2, 2012

Mahasiswa @ Perniagaan



As salamualaikum...
Setiap hari jumaat, kolej kediaman saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid akan mengadakan Pasar Malam. Jadi, minggu ini saya melihat pertambahan  bilangan gerai di sekitarnya. Rata-rata saya melihat kebanyakannya yang berniaga adalah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Ada yang menjual pakaian, makanan, aksesori wanita dan pelbagai lagi. Masing-masing memiliki gaya yang tersendiri dalam menarik minat pelanggan.
Peniaga(Mahasiswa): Mari..Mari...kakak-kakak cantik, Abang-abang kacak..Adik-adik    comel..datang singgah ke gerai saya.Saya jual pelbagai jenis air yang sedap dan murah. Resipi turun temurun keluarga. Sekali rasa pasti anda semua nak lagi..mari..mari...
Pelawa dengan ramah salah seorang mahasiswa yang turut berniaga di pasar malam itu. Saya memerhati setiap peniaga di sekitar Pasar Malam itu. Masing-msing dengan wajah yang sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.

Sekadar gambar Hiasan

Pada pendapat saya, semasa kita menjalankan aktiviti perniagan, tatatertib melayan pelanggan perlu dijaga  bagi mendapatkan kesan yang baik kepada perniagaan milik kita sendiri. Umumnya pelanggan adalah “Raja”  yang perlu kita hormati. Kejayaan melariskan jualan akan wujud jika kita berjaya membeli jiwa pelanggan kita. Selain itu juga,berdasarkan siruasi di atas semangat yang ada pada mahasiswa dan mahasiswi yang melibatkan diri dalam perniagaan amat saya kagumi. Hal ini kerana dalam mereka bergelar sebagai seorang mahasiswa mereka mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah iaitu dengan penglibatan dalam perniagaan. Di samping mendapat ganjaran yang lumayan mereka turut melatih diri bergaul dengan masyarakat.

Beradab itu lebih molek


As salamualaikum...

Pada hari selasa yang lepas, sedang aku makan tengah hari di kediamanku,datang seorang pelajar junior untuk berjumpa dengan rakannya yang serumah denganku. Dengan keadaan yang bersahaja tanpa mengetuk pintu rumah dan tidak memberi salam terlebih dahulu, pelajar tersebut menerjah masuk ke dalam rumahku dan terus ke bilik rakannya itu. Hal ini membuatkan aku terkejut. Nasib baik aku tidak tersedak makanan ketika itu.hehe..


Pada pandangan saya, kita sebagai orang Melayu yang penuh dengan adat sopan perlu tahu adat ketika bertandang ke rumah orang. Bahkan dalam Islam sendiri mengajar kita adat-adat bertandang ke rumah orang. Adab sebagai tetamu perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27 “ Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat”  Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud :         
” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam”     
(Riwayat Abu Daud). 

Kan lebih elok macam ni =D
Dalam situsasi di atas, sepatutnya pelajar tersebut terlebih dahulu mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Kemudian, menyatakan hasrat dan tujuannya datang ke rumah pada saat itu. Hal ini secara automatiknya mewujudkan suasana yang harmoni antara orang rumah tersebut dengan tetamu yang bertandang.

Perkhidmatan dalam Perniagaan

As salamualaikum...
Sejak kebelakangan ini,aku sering membeli makanan tengahari di salah sebuah kedai makan berdekatan dengan kediamanku.


Walaupun harga makanan di kedai itu mahal namun aku tetap membelinya disebabkan hanya kedai itu yang berdekatan dengan kediamanku. Semasa membeli di kedai makanan tersebut, timbul perasaan tidak senang dengan layanan pekerja yang bekerja di situ. Layanan yang diberikan agak kurang memuaskan dengan muka yang masam dan seperti hendak bergaduh. Siapa yang suka keadaan sebegitu. Dengan gaya yang berlagak dan malasnya. Paling sakit hati apabila aku sudah dilayan sebegitu, ditambahkan lagi kesakitan  apabila aku meminta untuk mengira harga makananku. Pekerja itu boleh pula tidak mengendahkan kehadiranku dan apabila aku lama menunggu barulah dia terkedek-kedek berjalan ke kaunter pembayaran. Sebelum itu  boleh pula dia melepak sambil bersembang dengan kawannya. “Dia ni nak keje atau melepak?” aku hanya berkata dalam hati.


Pada pendapat ecah, sekiranya kita bekerja yang melibatkan berurusan dengan pelanggan, kita mestilah melayan pelanggan dengan sebaiknya. Barulah mereka akan berpuas hati dengan perniagaan kita. Dalam menjalankan perniagaan, kita perlu bermanis mulut, ramah dan pandai melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai kita. InsyaAllah, sekiranya dengan memberi layanan yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan, selepas ini ramailah orang yang suka datang ke kedai kita. Tidak kisahlah berniaga perkara pun, yang penting pelanggan tetap nombor satu. Tanpa pelanggan siapalah kita.

Tolong-menolong amalan mulia


As salamualaikum..

Semasa aku dalam perjalan ke kelas, aku sempat pergi ke tandas kerana tiba-tiba perut rasa tidak selesa. Ketika tiba di tandas, aku terpandang seorang perempuan India duduk  di tepi pintu menyelongkar begnya semacam mencari sesuatu dengan muka yang penuh kegelisahan. Lantas aku menghampiri wanita tersebut lalu bertanya sebab dia berkeadaan sedemikian.Perempuan itu berkata, "Saya memerlukan pad(tuala wanita).Saya lupa nak bawa yang saya punya”. Kemudian, aku menyelongkar beg sandangku untuk melihat sekiranya aku ada membawanya dan aku dapati ianya ada di dalam beg sandangku.  Lantas aku menghulurkannya kepada wanita itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum meluru masuk ke dalam tandas.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima



Berdasarkan situasi di atas, saya bertindak menolong perempuan itu kerana dia berada dalam kesulitan dan saya mampu membantunya walaupun dia bukan sebangsa saya dan bukan orang Islam. Hal ini disebabkan saya sentiasa ingat akan pesan orang tua saya, Islam adalah agama yang tidak mengabaikan perihal orang yang bukan Islam yang hidup di tengah-tengah masyarakat Islam. Malah Islam menganjurkan umatnya menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam serta sentiasa bertoleransi dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Tegur Secara berhemah



As salamualaikum.... 

Ecah,  Fitriyana dan Azira memang suka keluar bersama-sama terutamanya pada hujung minggu. Hari ini,kami telah pergi ke KFC di pekan Tanjung Malim. Kami tiga sekawan suka berborak tidak mengira tempat dan masa. Jadi, kami mengambil tempat duduk yang paling hujung sekali agar terlindung sedikit daripada pandangan orang sekeliling supaya  tidak menganggu sekiranya kami terbuat bising. 

Nyum3!!!


Semasa kami sedang makan dan bersembang, datanglah sekumpulan pelajar jurusan Pendidikan Jasmani yang masih berpakaian sukan dan duduk berhampiran dengan meja kami. Kami hanya melihat dan melemparkan senyuman sebelum menyambung balik perbualan kami tadi. Semasa kami bersembang, tiba-tiba aku dan Azira tergelak akibat kelucuan yang melanda disebabkan celoteh yang dibuat oleh fitriyana. Dalam keadaan kami yang tergelak sakan itu, dengan tidak dijangka salah seorang daripada kumpulan pelajar pendidikan jasmani menegur kami dengan lantang.”Hai,orang makan mana boleh gelak, nanti tercekik. Habiskan makanan dulu, baru gelak”. Aku terdiam tanpa kata. Fitriyana hanya terkebil-kebil melihatku manakala Azira pula mula menghentak-hentak kakinya menunjukkan tanda protes. Azira hendak bersuara tetapi aku menghalangnya supaya tidak timbul pertengkaran di situ.

Berdasarkan situsai tersebut, niat pelajar lelaki itu untuk menegur memang baik. Namun, dalam kita menegur ada adabnya. Kita sebagai umat Islam telah diberitahu tentang adab menegur secara berhikmah dengan lemah-lembut dan bijaksana tanpa perlu melantangkan suara. Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punyai kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Hal ini kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.


Gunakan Kata Ganti Nama Diri yang Sesuai



As salamualaikum....

Jam menunujukkan pukul 5.05 petang. Aku baru sahaja selesai solat Asar. Lantas,aku  mengadap komputer ribaku. Lalu ku menekan butang klik untuk memasuki laman muka buku. Kemudian,aku terbaca satu kenyataan yang  baru ditulis dalam laman muka buku salah seorang seniorku. Dia menyatakan kisahnya yang baru pulang dari sesuatu tempat.Dia telah menahan sebuah teksi  untuk pulang ke tempat kediaman. Disebabkan teksi itu boleh memuatkan beberapa lagi penumpang,maka seorang lelaki Melayu  menaiki teksi yang sama dengan seniorku tadi.Tambahan pula destinasi yang dituju oleh mereka adalah sama. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat berbual-bual dengan pakcik berbangsa India yang memandu teksi tersebut. Semasa berbual, lelaki Melayu itu menggunakan kata ganti nama dirinya “aku” dengan pak cik teksi itu. Seniorku mengomel dalam hati. “Rasa macam nak bagi penyepak ja kat mamat ni. Tak ada adab langsung !! Buat malu bangsa ja....!!



Aku merupakan kata ganti nama diri pertama yang paling luas penggunaannya sama ada dalam perbualan lisan mahupun dalam persuratan. Kebanyakan yang pernah terjumpa dalam cerpen, novel atau sajak digunakan kata ganti nama diri aku. Perkataan aku juga kita gunakan apabila bercakap dengan diri sendiri dan berdoa kepada tuhan yang Esa. Jarang sekali antara kita yang menggunakan perkataan 'saya' dalam doanya, bahkan dalam percakapan dengan dirinya sendiri. Berdasarkan situasi di atas penggunaan kata ganti nama diri  aku yang sememangnya benar  menjadi kasar sewaktu berbicara dengan mereka yang lebih berumur daripada kita. Saya bersetuju dengan perkara yang dikatakan oleh senior saya itu “buat malu bangsa”.  Situasi ini amat memalukan bangsa Melayu . Sepatutnya,bangsa Melayu perlu menunjukkan nilai budi pekerti yang tinggi, hebat dengan nilai kemelayuan.Kita perlu menjaga bahasa kerana bahasa melambangkan bangsa. Kita perlu pandai membahasakan diri dalam pergaulan. Bukan semua orang yang boleh menerima dengan apa yang kita tuturkan. kadangkala kita perlu berfikir akan sensitiviti orang sebangsa atau tidak sebangsa  dengan kita.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.

Kesopanan Berbahasa


As salamualaikum..

Hari ini,hari rabu. Kelas kuliahku bermula jam 10 pagi. Selesai solat Dhuha, aku dan Aini iaitu rakan sebilikku bersiap-siap lebih awal untuk ke kelas itu. Gusar hati ini sekiranya bas tiada sekiranya kami lewat pergi ke perhentian bas. Permulaan Kuliah sangat membosankan. Namun, aku tetap kuatkan semangat untuk mengikuti pembelajaran subjek ini.

Bosan~Apalah yang dikatakan oleh pensyarah ni..
Semasa dalam sesi kuliah tersebut, pensyarahku ada menyentuh tentang isu kekeluargaan berkaitan dengan suami isteri. Pensyarah tersebut meminta pendapat kami sekelas tentang cara hendak memujuk isteri yang garang. Namun apa yang mengejutkan kami semua , semasa pensyarah menambah hujah mengenai isu tersebut beliau sempat mengeluarkan kata-kata lucah dan sedikit mencarut. “Kita kena puji masakan isteri. Cakap masakan dia sedap.Mesti tidur malam nanti tak peluk bantal tapi peluk *%&$@!”. Keadaan ini menyebabkan kami sekelas menjadi tidak senang dengan kata-kata pensyarah tersebut.

Pada pendapat saya, Pensyarah tersebut tidak sepatutnya bertutur dengan cara sedemikian. Seharusnya pensyarah tersebut perlu peka dalam percakapan dalam membincangkan pelbagai topik sama ada topik itu dalam situasi formal atau tidak formal. Hal ini kerana setiap pertuturan yang meniti di bibir kita sebenarnya melambangkan diri dan peribadi kita yang sebenar. Walaupun kata-kata yang diperdengarkan bertujuan untuk memberi maklumat,namun sebagai golongan yang professional, pensyarah tersebut perlu juga menapis terlebih dahulu maklumat yang ingin dikongsikan supaya tidak timbul ketidakselesaan audien yang mendengarnya.
  
Aku belum sampai kayuh,
Engkau sudah sampai seberang,
Kasar bahasa boleh gaduh;
Alamat berkawan dengan bayang.

Gunalah bahasa yang sopan kerana bahasa adalah cerminan sikap kita.

 

meminta keizinan

As salamualaikum...

Hari selasa tibanya giliranku untuk bertugas mengemas dan membersihkan rumah..Apabila melihat keadaan lantai,"Mak aihhhh...kotornya lantai ni,perlu dimop ni tapi batang mopnya tak ada".kata-kataku itu didengari oleh juniorku yang serumah denganku sambil dia berkata "Ala kak ecah, ambil je orang depan rumah punya.Diorang bukannya pakai pun.lagipun diorang punya banyak lagi,kak.kalau ambil tak perasan pun." Aku terdiam sejenak mendengar kata-kata juniorku tadi.


\


Berdasarkan situasi di atas, pada pandangan saya sekiranya kita ingin menggunakan barang kepunyaan orang lain kita perlu meminta kebenaran atau keizinan terlebih dahulu. Hal ini kerana mengambil barang orang tanpa izin sudah ternyata perbuatan yang salah dan Allah SWT sangat marah dengan orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin bahkan perbuatan ini juga tidak sopan. Kita manusia yang dikurniakan lidah untuk bertutur.Jadi, ringankan mulut untuk bertanya dan meminta keizinan terlebih dahulu walaupun barang tersebut  berada di hadapan kita. Oleh sebab itu, orang yang berbudi bahasa tahu bahawa dia perlu meminta keizinan terlebih dahulu sekiranya hendak menggunakan barang orang lain. “orang berbudi kita berbahasa”.

Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah






Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL...

Thursday, May 31, 2012

Pekena ABC & Rojak @ Restoran Masha


As salamualaikum Sahabat2 ecah..

Hari ni I feel very lucky sebab dapat menyempurnakan hajat yang sudah beberapa minggu bersarang di hati..Alhamdulillah..semua tu rezeki daripada-Nya juga. Hajat ini dibawa sampai ke hari ini. Ianya bermula sejak Ecah berada di Kuala Kangsar lagi(3 minggu yang lepas kotttt...law x silap).Entah mengapa masa tu tiba2 je teringin nak makan ais cendol @ ais kacang @ ABC @ apa2 la sebutannya..hik3

Maka, hari ini dengan pelawaan sahabat2 ecah daripada geng yang agak2 cute,lucu,Sengal,baik hati,gege, & sporting ini telah mengajak ecah tuk join mereka "PEKENA AIS KACANG A.K.A ABC"..wawawawaaaa...macam tak caya plak..so, apa lagi,ecah sambut la pelawaan mereka itu..Dan seterusnya melangkahlah kaki kami dengan semangatnya menuju ke RESTORAN MASHA...ahaaaaaaaa



taddaaa!!!Inilah Ais Kacang 2


Ain & Bona~ABC bru smpai..yg dah cair 2 ecah punya..hik3


Fizah yang dah x sabar nak pekena ABC


Sila2...apa tunggu lg


Cepat2..sebelum ia cair..=D


Ecah punya dah cair...sapa suh asyik Captured gambo jew...kan!


Balqis~Ahh!! meh sini aku pon nak jugak..hik3


Fizah & Balqis~nyum2!!!


Ecah pon nak rasa juga rojak ni..=D


Jemput makan semua...ahaaa


Bona~urmmmm...sejuk sampai ke perut nihhhhh..




Balqis & ABC nye~"mengidam" punya pasal..hihi


Happy ! dah dapat lunaskan keinginan makan ABC


Alhamdulillah ...akhirnya,selesai je pekena ABC & ROJAK kami bergerak tuk pulang. OTW nk pulang pon si Bona sempat shopping HandBag baru..ahaaaaa...katanya,law dah nampak & berkenan mesti terus  beli...hahaha..untung la Bona..

ok, Sampai di sini saje. Tuk sahabat2 yang ajak ecah tadi TQ sooooo muchhhhhh taw..Penghujung semester yang sangat dirai..Semoga bertemu lagi dan harap hr ni menjadi kenangan untuk kita semua. love u All..♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥

I'm not Feeling Well right Now...


Yeah, so much thing happened lately. erghhh. Stress, jiwa kacau, otak  serabut.Somehow I feel like I wanna cry for the whole day. And lately I choose to keep silent. Tapi berperang dengan hati. Memang aku rase mcm nak pegi ke satu tempat yang menenangkan. I wanna go there, yes i do. But i don't know where, maybe it is home. But I keep talking to myself that I have to be strong. Don't follow your feelings and etc. 


Ya Allah, aku tak tau ape masalah aku. Tapi kan, aku sangat bersyukur. Di dampingi oleh orang-orang yang selalu memberi sokongan. Dan aku sendiri rasa ini semua hanya gangguan perasaan semata-mata. Buat keluarga yang saya rindui, semoga Allah sentiasa merahmati..


Buat awak yang bakal saya cintai, saya tidak dapat menjanjikan kesempurnaan dalam setiap perbuatan atau tutur kata saya, tapi saya akan terus berusaha untuk jadi lebih baik dari hari-hari semalam. Saya perlukan awak suatu hari nanti untuk terus bersama saya :') Terima kasih bakal cinta hati kerana akan memberi cinta tanpa syarat suatu masa nanti... 
(tetiba selitkan "bakal cinta hati"..motif sangat...hahhaha..ape2 pon suatu masa nti Allah akan hadirkan jua tatkala masanya telah tiba...yg penting skunk utamakan yg lbh penting daripada yg penting kerana yang penting lebih penting daripada yang x penting..ahhhhh peningggg..melalut ntah pape..)


Buat sahabat rapat saya di sini yang saya sayangi, maaf andai ada tindak tanduk atau perubahan saya yang menyinggung perasaan awak, sungguh, awak adalah sahabat saya yang sangat baik, kadang-kadang saya rasa saya tak layak untuk berkawan dengan awak, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan awak, terima kasih sahabat untuk segalanya. Sayang kamu, LONG2 a.k.a Fitriyana ♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥



Tuesday, May 29, 2012

♥♥♥♥Jalan-jalan Sekitar Kuala Kangsar♥♥♥♥

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
(Sumber:Wikipedia, ensiklopedia bebas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HUTAN LIPUR ULU KENAS,KUALA KANGSAR

Hutan Lipur Ulu kenas,terletak lebih kurang 14Km dari Bandar DiRaja Kuala Kangsar atau lebih kurang 13 minit perjalanan.Hutan Lipur ini kaya dengan sumber flora dan fauna dan menjadi salah satu tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga kerana keadaan air terjun yang agak landai dan sesuai untuk bermandi-manda...tapi kami x mandi la time ni..dh nak dekat waktu maghrib dah kami sampai kat sini.So, sempat captured beberapa gambar je la sebagai kenangan...huuhuuu








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pintu belakang Istana







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Royal Town, Kuala Kangsar






tak sempat nak bergambar kat sini