Wednesday, February 20, 2013
Kasut Basah SePerak
As Salamulaikum dan Salam Sejahtera..
Ahaiii...tetiba pulok cik cah nulis entry pasal kasut basah sePerak malam ni..pepandai je kan..kalaulah orang bahasa baca entry ecah malam ni..entah hape2 akan di bang bang bom nanti..baahahaha..Tapi ok ape sePerak tu merujuk kepada seluruh Perak kan?betul ke cik cah ni..ahaiiii..sesedap hati je kan..(cik cah,nampak sangat cetek ilmu lagi nih..adeh!)..
Tolong tolong orang Bahasa,bantulah golonganmu ini,perbaikilah kalau salah ye..hehe
okeh berbalik kepada kasut basah SePerak.Hari ni ,hari kedua kuliah.Semalam hujan kot area perak nih(sebab tu Ecah anggap SePerak..hehe) dan kasut Ecah basah dimasuki air.So,hari ni tak dapat pakai kasut ala-ala cikgu ke kuliah. Kasut Masuk air gara-gara terover redah lopak-lopak air hujan..so, hari ni tak dapatlah pakai kasut tu.
inilah kasut ala-ala cikgu tu..ecah punya ni saiz 35/4 ..lebi kurang 1 inci la jugak..huuhuu..kasut kesayangan ni..susah nak carik saiz kasut tuk kaki kitew yang serba kechik ni..al-maklumlah ecah ni Gadis Kecik kan kan kannnnn...
Maka, terpaksalah pakai kasut lain hari ni..
Hari ni Ecah Pakai baju kurung corak abstrak biru purple + Tudung biru pastu pin atas kepala & bahu + beg pink = mesti lah nampak ayu kan di situ?(opsss..terover masuk bakul di situ..hehe)
Masuk bilik kuliah lewat 5 minit,masuk-masuk je budak-budak tengok semacam..ade yang sengeh-sengeh,ade berbisik-bisik, ade yang gelak-gelak kecik sambil tutup mulut...sambil tengok kitew dari atas hingga bawah..Ecah tak hiraukan..taw la kitew datang lewat sikit..mungkin sebab tergopoh-gapah naik tangga dari GF hingga tingkat 3 membuatkan Ecah sdikit berpeluh(dalam hati mungkin tudung aku dah senget/tak betul kot..maybe jugak kan..mesti kelihatan selekeh..)haaaahhh..lantaklah..Ecah Terus ucap salam kepada lecturer and duduk terus barisan kedua depan..Masa duduk tu,rakan sebelah tegur,
"nape rugged semacam pakai kasut hari ni Ecah"
Kitew tengok kasut kitew.."ok je"
Rakan kitew tersengih-sengih.
"nampak dah ayu sangat dari atas,tapi tengok bawah..hehe"
rakan itu tak habiskan percakapannya...Tetiba rasa macam pelik dah bila kena tegur cenggituh.Malu lah? segan kah?entshlah..
Pakai masa nak datang kuliah tadi konfiden je dengan rasa selesanya bila tersarung di kaki..Siap tanya member rumah lagik taw..sesuai @ tak..diorang cakap ok je..
"My everlast"
Ni la kasut yang dikatakan "rugged" sangat tuh..hokey hapeee...aaaaaa..ape lah diorang nih!
Kalau tak disebabkan kasut basah masuk lopak semalam,kasut ni tak disarung pon di kaki hari ni..Biasenya ecah pakai tuk pegi jalan-jalan je..Semester ni ecah just sediakan 2 kasut ni..yang lain sudah di bawa balik ke kelantan tempoh hari..so, last option la kasut tu kalau pape jadi kan.
Apaapa pon ecah selesa je pakai kasut tuh..Lagi pon macam best je jalan..lantak orang la nak cakap pe kan..sesuai @ tak,rugged ke, macam budak sokolah ke..tak kisah la...asalkan selesa di kakiku ini..hehe
Lagipon bersyukurlah kan,daripada tak de kasut tu..
Ecah selalu pegang kata-kata ni...
"Selalulah bersyukur dengan apa yang ada, banyaklah bersyukur daripada tiada, tetapkan rasa syukur bila ia masih ada."
Hokey,kasut pink ni kalau lah besar..pasti ecah pakai jugak sebab nampak cyomel..hehe
tapi tak dapat disarung pada kaki ni sebab
ianya tersangatlah kecik untuk gadik kecik ni..haha
kasut ni pon basah jugak.tengok siap buka tali nak kasi cepat kering..kesian kasut pink ecah tu..
Kiranya oklah kan tajuk entry tuk
"Kasut Basah SePerak"
dari secantik-cantik kasut,seRugged-rugged kasut hinggalah sekecik-kecik kasut ..akhirnya semua basah dalam satu hari akibat terkena hujan di Tanjung Malim,Perak..kihkihkih..
okeh,sekian saje entry mengarut entah tahap hape dah cik cah ni..Pasal kasut basah pon dimasuknya dalam blog..hehe
no more idea la...so,citer pengalaman yang dilalui je la tuk kali ni..Tq kepada U all yang sudi baca entry ni..
sekian,wassalam
Posted by Unknown 5 comments
Tuesday, February 19, 2013
segmen: Ucapan Selamat Hari Lahir Buat "Si Gule" Pada 19 Mac
As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah,hari ni baru Ecah berkesempatan men"join"kan diri dalam segmen: Ucapan Selamat Hari Lahir Buat "Si Gule" Pada 19 Mac
Tq Ejulz coz invite Ecah tuk join segmen ni.
So, Skarang ni Ecah nak joinlah sebagai memberi sokongan untuk Ejulz dan memeriahkan lagi segmen ini.
okeh, syarat-syaratnya sudah Ecah ikut..
Harap dah melepasi tahap piawaian untuk join segmen ini dan tidak terbatallah penyertaan Ecah ini,kannnn..hehe
Klik Banner cute di atas ni untuk join..(Siap de pic kek bagai lagik tuk "Si Gule" yer,Ejulz..sweet ler u all..hehe)
Okeh,Ecah pon nak sweet-sweet jugak lah
Taddaaaa...
Nak kasi pic kek jugakkk..ahaaa..untuk "Si Gule" yer..cup cake colourful gituh..hehe
Segmen ni sempena Bufday "Si Gule"...
hurmmm..tak nak gitaw yer sape gerangan "Si Gule" tu,Ejulz?
tak pe tak pe..skarang ni tak nak gitaw lagi tak pe..
Tapi pastikan bila tepat masanya harus gitaw we all taw..kalau tak gitaw siap Ejulz..meahaahaa
(Ugut kencang tak? tak de makna nak ugut-ugut bagai nih..sesaje Ecah gurau-gurau meoww..hehe)
Okeh, back to basic..
Ecah nak ucapkan selamat hari lahir buat "Si Gule"
Ecah andaikan "Si Gule" itu Makhluk Allah, Jadi ucapan Ecah untuknya..
"Semoga Allah s.w.t senantiasa memberikan Taufik ,Rahmat,Berkat ,Lindungan & Keselamatan,Rezeki &Hidayah Serta Redha-Nya kepadamu..
Semoga dengan bertambahnya usia ini menjadikan "Si Gule" makhluk Allah yang Mulia,Semakin disayangi Allah & menyayangi Allah, Semakin umurnya berkat, pahalanya bertambah,segala urusan dipermudahkan Allah..Amin".
#_Selamat Ulang Tahun Kelahiran,"SI GULE"_#
Sekian,wassalam..
P/S:Perkataan "Gule" tu apa maknanya?..Gulai kah? Gula kah? Guli kah? Apa kah?
hehe..(perkataan sarawak erk?maybe Ecah kena tanya member sarawak nih..heheheeeeee)
Posted by Unknown 4 comments
Monday, February 18, 2013
Pekena Capati
As salamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah..malam ni rezeki Ecah tuk pekena Capati..hehe
Papa,Mummy & sara bawak Ecah & fit pergi makan Capati di salah sebuah warung dekat pekan Slim River..
Kebetulan kitaorang pergi jalan-jalan umah mereka..
Katanya,warung tersebut milik orang Benggali..
Tadda...capati
ni 1st time makan capati...Ayokkk nampak kuno sangat kan cik cah..pertama kali tuh.
Padahal senang je nak dapat kat mana2 restoran mamak berdekatan tanjung Malim nih..
Okeh,biaselah sebelum ni malas nak usaha nak makan benda ni and belum terasa nak cuba time tuh..
so, malam ni kebetulan mummy ajak..ape lagi,mengekor la cik cah yang kecik molek nih...bahaha
Papa & Sara:gelap la pulak pic ni..silap setting punya pasal
Mummy tengah citchat ngan kenalannya yang bekerja di warung tu
Fit layan capati sambil nonton citer "Aku Kaya"
Okeh..cik cah terkandid!ntah hape2 cik cah gelak cenggituh..Maybe time ni Mummy tengah melawak kot..hehe
Alhamdulillah,kekeyangan pekena capati + rendang Ayam + tea-o limau..
TQ Papa,Mummy & Sara..lanje kitaorang.. Makan dekat sini,macam makan dekat rumah je..nape tak nye..meja ala2 meja makan dekat rumah tuh,pastu depan meja de tV pulak..santai je sambil makan,sambil noton tV..uhuhu..tapi ecah banyak duk borak ngan mummy..macam-macam yang dicitchatnye..heee
okeylah,setakat ni je ecah nak cerita.Nantuk sudaaa.. Good Night u allz.Sweet dreams.
Sekian,Wassalam.
P/S: Masa makan tadi,kebetulan 2 orang my ex-student ade dekat warung tu bersama familynye..Makan Malam nampaknya..Cik Cah yang ala2 peramah bagai ni terus senyum, berjabat mesra and bertanya khabar dengan depa semua.. sopannye di situ..agak2 layak tak dijadikan menantu..bahahahha..opss..gurau-gurau meow je..hehe
Posted by Unknown 0 comments
Akhirnya,terlunas Jua
As salamualaikum dan Salam sejahtera..
Tengahari tadi,sempat juga melunaskan misi semalam yang terbantut..meahahaha
Akhirnya tershoppinglah cik cah untuk barang-barang keperluan & sedikit barang kehendak..heeeeee
baru 2 bag plastik haa..
kalau ikutkan kehendak..hurmmm..alamatnya puasa la tuk menunggu duit KPM masyuk..
Ni beli ikut keperluan & sikit kehendak..belum sepenuhnya..kalau sepenuhnya,berapa la wajettt kena ecah kuar poket..!
Yang ni pon dah berapa puloh hingget dah terkeluar..hehe
Okeh latuh,happy dah semua keperluan dah ada.Skarang boleh focus menda lain pulok..
sekian,wassalam.
P/s:Sebelum nak shopping bagai nih dah siap wajet dah..Wajet limapulohhinggitkebawah je..Tapi Terlebih sudaaa..bahahaha..
Posted by Unknown 2 comments
Sunday, February 17, 2013
Comey itu Subjektif !
As salamualikum dan Salam Sejahtera..
Comel kan budak techik ni?
Okeh,selalunye ramai yang berbicara yang cantik itu subjektif..
Hari ni ecah pon nak tulis-tulis jugak pasal "comey"(sebutan klate) a.k.a cantik,lawa, indah and so on lah..
paras rupa is not everything..ia hanya sementara dan membahayakan..kadang-kadang ecah sdiri pon takut bila terima pujian
"ecah comel la"
"ecah cute"
"ecah makin cantik skarang ni"
yup sangat-sangat takut..sekiranya betul yang diperkatakan di atas pujian tersebut..MasyaAllah,mereka tidak nampak kelemahanku.
keindahan dimata mereka sahaja yang menampakkannya secara kasar..
Dan kadang kala soal kecantikan ini menjadi dugaan..risau dan takut menguasai diri.
sekiranya timbul sifat riak dalam diri..Astaghfirullahalazim..Jauhkanlah Ya Allah.
Dan bagaimana pula sekiranya sesuatu yang pujian itu ditarik balik oleh pencipta-Nya...MasyaAllah..
macam mana sekalipun Allah jadikan kita, pasti jadi kelebihan/keistimewaan utk kita walaupun orang lain nampak ianya sebagai kekurangan,
bila kita belajar utk redha, kita akan rasa lebih bahagia dan bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita,
kelebihan pada mata orang kdg2 blh jd ujian,sepertimana yang ecah katakan tadi..
apa2 saja yg Allah tentukan, baik atau buruk pasti ada hikmahnya,kan?
Bagi ecah,baik kita pandang dari sudut positif.. biarlah hanya cantik di Sisi-Nya..
Sebab kita semua sedia maklum paras rupa itu hanya sementara dan tidak kekal lama..
Dan tambahan pula,keindahan & kecantikan itu miliknya Allah! Tiada satu pun milik kita..
~tergiang-giang di telinga lagu nasyid "mana Milik Kita_Rabbani~
"Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya......"
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya......"
"Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK"....cantik sekali kata2 ni..amat patut utk direnung2kan.. Comel,cantik, lawa itu semua hanyalah suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agungkan. Kita patut bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita kerana itu adalah anugerah daripada-Nya. akhlak yang baik akan kekal dan menyelamatkan.
yang cntik adalah yang memiliki akhlak yang baik..
Sekian,wassalam..
p/s:Cantik tu subjektif..lukisan paling abstrak...mata yang memandang berbeza...Cantik kerana Allah....:)) lain rasanya...jauh beza maknanya.
Posted by Unknown 5 comments
"SEGMEN: Klik Sana! Klik Sini!"
As salamualaikum dan Salam Sejahtera
ok,jom sama-sama klik banner & join..
Ecah done!U all pulok?
Ecah Tag
Sekian,wassalam
Posted by Unknown 8 comments
Giveaway Gossip Girl
As salamualaikum dan salam sejahtera..
- X perlu entry berjela
- Kopipes dan komen sahaja
- Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
- Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI
HADIAH
- SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
- 5 RIBBON BROOCHES
- 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
- 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
- 9 LOLLIPOP ICE CREAM
50 PEMENANG
*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted by Unknown 0 comments
Semester 8 Sudah!
As salamulaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah.. Syukur,Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar dan bingkas dari tempat tidur dengan penuh keceriaan. Haruslah sebab dapat tidur yang lena sepanjang malam.hehe
Tapi hari ni buka mata,bukan lagi di bumi kelantan..kini sudah berada di bumi Tanjung Malim.
Sedari itulah mengingatkan ecah..
"KAU DAH SEMESTER 8,,,HOKEH!"
Yup, dah hampir ke garisan penamat pon..awal-awal dulu terasa lamanya nak habiskan masa pengajian..
4 tahun..4 tahun
(versi iklan 5 rukun Negara.ala ade yang adik kecik sebut 4 tahun.. 4 tahun..meahahhaa)
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur cik cah untuk meneruskan saki baki pengajian.
Terfikir jugak macam mana perjalanan yang hampir tamat ni akan berlangsung.
Namun, sia-sia je kan kalau kita fikir sebegitu.
Yang sepatutnya kita fikir apa yang kita nak buat dan patut buat sepanjang detik-detik yang berjalan ni..
~sama-sama kita muhasabah diri pagi ini~
Kita nak perjalan hidup kita berlangsung dengan baik kan..lebih baik dari yang semalam
Macamlah cik cah ni, nak sangat sepanjang semester 8 ni berjalan dengan baik sama ada berkaitan dengan kuliah, Projek Tahun Akhir(PTA), hubungan sosial,pengurusan peribadi dan sebagainyalah.. Mengharap semuanya berjalan dengan lancar...ye ye ye..cik cah nak macam tu.
So, apa lagi kitalah yang harus mulakannya dengan perancangan yang baik..ye idak?
I'm sure...yang kita juga tak lupa nak bawa bekalan untuk ke sana(akhirat) jugak kan?
so, kita seimbangkanlah..
Mudah-mudahan persiapan bekalan kita tu sedap-sedap belaka.Seperti mana bekalan yang kita sediakan untuk hari-hari di dunia kita sekarang ni..
Jom, kita sama-sama take note and check list apa yang patut kita buat untuk hari ini dan hari mendatang..
In sha Allah..pasti Allah permudahkan niat baik kita untuk berusaha ke arah yang lebih baik kan..
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini.Berkatilah kerja-kerja kami.
Lapangkanlah jalan-jalan kami untuk menuju Redha-Mu..Amin."
Sekian,wassalam.
P/s:Siap sedia untuk menempuh semester 8..weeeeee(^^,)
Posted by Unknown 2 comments
No more shopping tonight
As salamualaikum dan Salam sejahtera...
mehahahahahaha..
sorry...meme nak gelak banyak2!
Padan ngan muka cik cah,tadi beria sakan nak pergi pekan Tanjung Malim tuk shopping barang-barang keperluan (walaupon wajet cukup2 tuk tampung makan minum sebelum biasiswa masyuk)
alih-alih, hanya shopping sabun basuh and tisu je
adoiiiii..itu jeeeee?
Iye..just menda tu je ..macam memahami je yang kitew tengah kureng wajetttt..weeee
Kebetulan de pasar malam tadi..jalan jadi sesak banyak lerrr..pastu hampir limabelasminit kottt..pusing-pusing cari tempat parking(wajet lama sangat la tuh..mehahaha)
akhirnya parking jauh hujung nun di sana ..hamek kaw cik cah..berjalan ler ngan para geng yang ketandusan barang keperluan..mehahaha..
siap parking,jalan nak pergi watsons...
mak aihhhh..dah tutup..demo ni tutup awal or ecah yang pergi lambat...mehahaha
tengok jam di skrin handphone..Hok Alohhh..Jam 9.30pm ..patut la..haruslah tutup ..dah lewat pon..biasenya kedai-kedai di pekan ni tutup awal..
okeh tak pe..tengok de lagi kedai-kedai yang masih terang-benderang..jalan pulok pergi shopping dekat Gran Union...masuk tak sampai 10 minit..demo tu dah tarik "main Gate" pasar raya tuh..mak aihhhh..apo kono Cah?
Apo lagi kuar balik ler kitew..tak menyempat nak shopping dah..
tensennnnn cik cah!
kuar je ..melilau pulak mata ni tengok kot nye kedai-kedai lain yang masih dibuka.Tengok-tengok banyak kedai dah mula tutup "main gate"nya..hurmmm...frustttttt sangattt!
Alang-alang dah datang pekan ni tak kan nak balik dengan tangan kosong je, so,Fit ajak pergi kedai RM2 tu yang masih menjalankan urus niaga nye..ecah pon ikut lah si Fit..mengekor si Fit lastly terbayarlah cik cah untuk sabun basuh & Tisu..haaa tu je la yang menarik minat tuk membeli...mood tahap zeroooo tuk shopping bagai..
SO
NO MORE SHOPPING TONIGHT!
sekian ,Wassalam.
P/s: Hari Esok Masih Ada..kannnn?
Posted by Unknown 1 comments
Saturday, February 16, 2013
Yup..Dah Sampai Tanjung Malim!
As salamualaikum dan salam sejahtera...
*sekadar gambar hiasan
"Dah Sampai Tanjung Malim?
Ya Allah cepatnya sampai...Bawak keta laju ni.."_ My new roomate a.k.a Dila junior
"Alhamdulillah, semuanya dah selamat sampai, rumah ok,Long?"_ My Abah
"waaaaaaaaaaaaa..dah sampai..Mummy nak pegi Tanjung Malim..kita nak jumpa Kak Ecah malam ni jugak"_ Sara Hazwany(anak Mummy a.k.a mak angkat ecah)
Begitulah antara salah satu bual bicara bila dah sampai Tanjung Malim ni. Alhamdulillah..Ecah and Fit selamat sampai di rumah sewa baru kami..
Perjalanan hari ini yang mengambil masa selama 6 Jam dari Kelantan ke Tanjung Malim sangat memenatkan tambahan lagi Ecah drive sorang2,tak berhenti rehat pon(adoiiii...meme penat weh!)
Lepas ni tak nak macam ni lagi dah...wajib berhenti rehat..wajibbbb!
Baru terasa sakit2 badan skarang ni..wuuuu
Apa-apa pon ..Alhamdulillah..selamat sampai dah.Pengalaman drive hari ni takde lah mencabar sangat melainkan penat tak berhenti rehat..(padanla ngan muka cik cah yang over kuat nih..hee) (>_<)
Bila dah sampai, mula la nak kemas2 barang bagai..lagi bertambah-tambah penatnya cik cah ni..
lam note ni dah buat check list barang keperluan yang belum ada.
Nampaknya,malam ni kena kuar cari barang..
harus terjah Pasaraya sekitar pekan Tanjung Malim
tak lupa juga watsons..mehahahha...wajib terjah..
ok.sekian saja entry luah meluah cik cah kali ni. TQ sudi terjah entry ni.
sekian.wassalam
P/S:Wajet cukup tak ni nak shopping barang bagai ni..dah ler wet KPM lom masyukkkk!wuargggghhh..
Posted by Unknown 2 comments
Friday, February 15, 2013
Tuesday, February 12, 2013
Majlis Sebelah Pengantin Perempuan(Sya)
As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..
Entry kali ni ecah taknak bebel panjang-panjang. Ecah nak jamu mata u all dengan pictures yang dicaptured semasa perjalanan majlis perkahwinan sebelah perempuan(Sya)..
okeyyyhhh..jemput semua
Hantaran pihak lelaki
Kami Tema Merah okeh!
Time ni problem sangat..boleh pulak mak Andam tu call n gitaw dia tak dapat datang atas sebab tak dapat dielakkan. Dah ler aksesori yang dibaginya tak cukup ditamahkan lagi kena pakai sendiri..nasib la badan kuarga we all dengan dugaan cengginih..
Alang2 ade bakat & pengalaman sikit2 yang terselit pada diri ni, dengan dorongan & sokongan maa,abah,makck pakcik, adik kakak(cehhh gituh..over tu cikcah..mehahaha)
Ecah pon amik alih la tugak Mak Andam seketika cuma ni..hehe
Bukan senang nak ikat samping..terpaksa ajak paksu sekali.. tolong ecah pakaikan tuk Abang Bani..
Haaa..tengok,sampaikan Eisya pon semangat tengok we all menjalankan tugas..haha
"Kak Long, jangan make up tebal sangat..kot Abang lagi sweet daripada Sya...haha"
"Alololo..mana skali skalo nak napok sweet pe salohnyo..haha"
Okeh,komunikasi 2 hala di situ.. saje tuk redekan nebes yang bersawang dalam hati Abang Bani.
Angah, Maksu,Mak Adik & my cousin cilik..
Rombongan Pihak lelaki Menuju Ke rUmah Pengantin Perempuan
My Pakcik: Kemeja yang di sengseng ke lengan tu(Pak Adik), Baju T biru (Pak Long) & yang dukung anak tu(Paksu)
Para Gadis2
Sya & Abang Bani
opsss...tadi mak Andam skung pengapit Abang Bani Pulak..Pe ke hal nye cik cah ni..semua job hari tu dipulunnye..mehahahaha...
Terpaksa amik tugas jadi pengapit jugak taw...sebab Abang Opie entah hilang kemana(makan mungkin..mehaahaa)
Xpelah, boleh cik cah amik berkat skit-skit..weeeeeeeeehehe
KaK Long Wif New Cousin,Sya.
Wif My Angah
My Achik
Okeh,dah sampai rumah..so,time tuk rehat2 badan
(on9 memang xlupa kan cik cah?hehe)
sambil2 rehat kannnn..
okeh,sekian saje untuk entry kali ni..
Terima Kasih sudi layan pic kali ni..
law ade pic yang terover pose tu sila abaikan..hehe
Sekian, wassalam..
p/s: Persiapan untuk majlis di rumah pihak lelaki pula
(Sebelah pihak kami la terrr)
Posted by Unknown 2 comments
Mega Exclusive Giveaway
As salamualaikum dan Salam sejahtera...
klik Banner n join!
mangsa tag:
Sekian,wassalam..
Posted by Unknown 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






