Setiap antara kita mempunyai keupayaan tersendiri. Keupayaan apa yerr?mungkin keupayaan menguasai pelbagai bahasa, keupayaan dalam kemahiran pertukangan, keupayaan menghasilkan karya dan pelbagai lagi kan..Dalam entry pada kali ini, ecah tertarik untuk menulis mengenai Keupayaan membezakan kebaikan dan keburukan.
Keupayaan dalam membezakan kebaikan dan keburukan adalah satu kurniaan yang cukup berharga dari Allah. Tapi jangan tertimbul kesombongan dari hasil keupayaan membezakan itu. Jangan pandang rendah/pandang hina orang lain, walau hakikatnya kita tahu kita berada di pihak benar dan 'yang lain' itu di pihak salah. Tapi tugas Muslim adalah untuk menghampiri yang hina itu dan memperbaiki mereka. Terbaik, adalah nasihat direct. Kena berani bagi nasihat direct, kalau benar-benar concern tentang mereka.
Jika keluhan diluah terlebih dahulu di halaman facebook,blog & seumpamanya sebelum menjalankan tugas di bahagian 'direct' itu, pada pendapat ecah, 'yang hina' semakin terasa terjauh. Terasa seperti kesalahannya disebut-sebut depan orang ramai.
Sebagai satu tips untuk memberanikan diri untuk memberi nasihat direct, bersantailah dengan mereka sentiasa, and treat them like a descent human being. Boleh menyelit nasihat dalam suasana santai. Tiada terasa ketegangan. Dan ajak mereka slow-slow. Usah diberi lambakan Ayat Qur'an dan Hadith secara mengejut. Saya percaya, mereka akan terasa phobia dan makin menjauh. Kena pandai olah. Kita bukan nak menghukum mereka, tapi sama-sama nak ajak buat kebaikan. Kita bukan Allah, untuk menggunakan ayat-ayat-Nya untuk membuat orang lain terasa bersalah dengan kesalahan mereka. Yang layak bersombong hanyalah Allah s.w.t. Sombong adalah pakaian Allah s.w.t. Dan kita tahu, ayat Al-Qur'an itu banyaknya bernada sombong. Perlu pandai mengolah dalam penyampaian. Perlukan skill.
Jadi ayat dalam post perlu lebih bernada lembut. Sungguh pembaca dapat bezakan: Samada anda menaip dalam keadaan memarahi mereka, atau ikhlas hendakkan mereka jadi orang-orang baik. Sekali lagi: kita bukan penghukum.
Thursday, February 2, 2012
~Elakkan Kesombongan dalam Keupayaan~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment