BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, September 22, 2016

~After 3 Years~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


Hampir 3 tahun tidak menjenguk laman blog sendiri..Tempoh yang agak lama menyepi dalam dunia blogger. Masa zaman belajar sahaja menjadi ghairah untuk menulis dan berkongsi cerita serta mengalaman dalam laman ini. Sejak menjengah dalam dunia kerjaya, laman sendiri ditinggalkan bisu tanpa sepatah kata. Laman Blog rakan pon lama sudah cah tidak singgah dan jenguk untuk berbalas komen..


Hari ini cah berkesempatan untuk menjenguk laman ini. Terasa canggung untuk membiasakan diri untuk menulis patah ayat dalam laman sepi..huhu...Bicara bahasa pun terasa formal...aihhhh..mana zaman gila-gilaku yang ayatnya semborono tanpa menghiraukan kegramatisan frasa dalam ayat..Kedewasaan dan kematangan seiringan usia yang makin menginjak ke akhir keremajaan mungkin?.....atau penangan jawatan guru bahasa di sekolah yang dijiwai hingga ke saat ini....hehe


In sha Allah..Ecah mengharapkan ada peluang dan ruang untuk menulis segala karya hidup dan pengalaman hidup di laman ini lagi. Akhir kata, semoga hidup kita diberi hidayah dan lindungan Ilahi..Aamiin.Wassalam...
Zaman muda mudi @ cameron Highland tahun 2012


Friday, April 10, 2015

Kehilangan itu bukan melemahkan, malah menguatkan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Lebih baik

"Saya belajar sesuatu dalam satu tempoh yang agak lama apabila kita kehilang seseorang. Yup, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.Tapi ia mengajar kita kuat.Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, In Sha Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
“Siapa cakap sakit hati tiada ubat?

Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.

Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, In Sha Allah”.

Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’  tiada ubat? :)

#Kehilangan itu bukan melemahkan, malah menguatkan!

Sekian,Wassalam.

Tuesday, June 17, 2014

~Alhamdulillah,ke Peneng ke Kita~

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah..syukur tak terhingga..semalaman tak dapat tido dengan lena menanti keputusan penempatan yang pada awalnya hanya ketahuan tarikh penempatan sahaja dan perlu menghubungi Bahagian Pendidikan Islam..DupDapDupDap dalam tidurku..

Hari ni,masuk je opis terus call BPI..cuba nasib kotnya pick up kan..Alhamdulillah,kerani bahagian tu answering but pegawai belum masuk la pulak..ok,fine..fine..tQ

Feeling DupDapDupDap makin menjadi-jadi,buka Fb sahabat-sahabat CL(Calon Lulus) bahagian pendidikan Islam yang lain pun fefeeling sama ngan kitew nih..hewhew
So,bertali-arus ler kitaorang call BPI..jawapan still sama..Pegawai belum masuk.

hampir jam 10-11 pagi macam tu(masa pon dah tak sedar bila fefeeling dah ke laut..krekk3) sorang member ni bagitahu:


"syg2 BPI ku sekalian..sy baru shj cuba semak balik penempatan tiba2 terkejut dh keluar negeri...cuba semak semula ye..tq"_mama noli via fb


Dengan semnagat kepoh,gopoh-gapahnya..taddaaa...

Alhamdulillah..bermulanya langkah..
Ke PENENG Ke Kita..


DupDapDupDap!!!
Daerah & sekolah belum ketahuan lagi..Call SPI terus menerus tak angkat...Call BPI katanya pegawai Meeting..So,tunggu masa sesuai call lagi..

Oh..SMKA mungkin..
Apapon,wait & see..Doa  & tawakal..Semuanya dirancang dengan sebaik-baiknya oleh Maha Esa..

sekian,Wassalam..

#orang peneng,Here I comeeeeeee..hehe(^_____^)Alhamdulillah~Feeling syukur

Tuesday, June 10, 2014

~Oh,Teacher To Be..~

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari ni hari yang mengembirakan..
Buka je FB hari ni tengok2 ..waaaahhh


16 Jun 2014 keputusan penempatan akan diumumkan..Oh My..Excitednyeeeee Cik Cah..

Lepas ni buleh doh nak buat persiapan apa yang patut..hehe
tapi satu je..satu je..hurmm..macam mana nak cakap 

"Miss Lee, I will be resigning from my current position..blablabla"

uhhh, tak sampai hati nak bagi tahu miss Lee
Lady Bos yang terlalu baik sepanjang hidup keje makan gaji nih..huk3T_T

Apa pon kena resign lah demi mengejar cita-cita menggunung nih
Oh Cikgu..Cik Cah dah nak Jadi Cikgu.
Penempatan?agak2..

2 pilihan sebelum ni:
1)Melaka-Alor Gajah
2)Kuala Lumpur

Apa pon,tawakal...sebab penempatan berdasarkan kekosongan.

Sekian,Wassalam..

#praypostingforcalonsimpanan

Wednesday, June 4, 2014

~Customer Is 1st~

As salamualaikum dan Salam sejahtera....

Hi sahabat ...Di sini Ecah nak kongsi sikit pengalaman yang mungkin dapat dijadikan pengajaran buat semua. Bukan nak bergosip ..bukan juga nak mengumpat..hanya berkongsi pengalaman..

 Ceritanya begini...
Ahad lepas Ecah ada buat repeat order untuk produk sabun yang sangat baik untuk kulit muka Ecah ni. Kiranya pembelian online lah.Ecah bank in duit seperti biasa dan terus snap capture bank slip and terus whatsapp peniaga online tu..Biasanya dalam masa 2 hari barang pasti sampai. Tapi hari ni sudah hari rabu,masuk 4 hari sudah...barang yang dipesan belum juga sampai. Ecah cuba whatsapp peniaga online ini untuk mendapatkan traking no..tp peniaga ini tidak memberikan respons..Ok,xpe..Ecah cuba calling..Fine,dapat respons..dia checking nama..memang produk tu dah dihantar semalam..so,peniaga ni mintak la Ecah whatsapp dia balik..
Dengan excitednya,teruslah Ecah whatsapp:

Ecah : (nama peniaga),akak yang call tadi..mohon respons ye,sebelum ni dalam dua hari dah sampai..ni dah masuk hari-4..
Si peniaga : Eh,Ko ni jeniss x reti sabar sikit ke..dah cakap kejap lagi bagi,kejap lagi la..

Berdasarkan apa yang berlaku, bagi Ecah kalaulah kita ni berniaga sama ada online or offline sekali pun tolong la jaga hati pelanggan..lebih-lebih lagi regular customer..susah tau kita nak dapat pelanggan tetap. Ecah dulu pun berniaga jugak tapi tak de la sampai terkeluar kata-kata kasar macam peniaga ni..Kita kena tahu adab berniaga..macam mana nak tawan hati pelanggan..Ingat!pelanggan tak semestinya pembeli..tetapi pembeli adalah pelanggan..So,jagalah hati pelanggan anda...lebih bagus dan elok jika tahu adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad SAW..

Tapi tak pe, dalam hal ni Ecah sabar, mungkin Ecah pon salah juga..terexcitedddd sangat nak dapatkan barang yang Ecah order tu..tak pe ..tak pe..Ecah tunggu je sampai esok..harap barang tu sampai depan mata ni..


Sekian,Wassalam..

Thursday, May 22, 2014

~Pendeknya Masa~


As salamualaikum dan salam sejahtera..


"Awak,sedar tak sekarang ni masa berlalu dengan cepat?masa kecik2 dulu lambat je masa satu hari tu nak habis.sekarang ni,tengok jam kejap je masa jalan.mungkin tanda nak kiamat kan?"Katanya dia.
"eh,macam tu?Hurmmm,normal la. Dulu kecik2 kita bukan de tanggungjawab pape pon. makan,tido,main,bla bla bla..."katanya saya. =)


(petikan di atas merupakan perbualan Ecah dengan seorang sahabat beberapa hari yang lalu~owhh skemanya aayattt ko cik cah..haha ;) 

"sekejap saja masa berlalu sekarang ni!"
"Eh,smeta sangat braso,gelap doh eh"

Itu ayat yang biasa kita dengar,kadang-kadang kita sendiri ucapkannya.Betul tak?
Hurmm...Bagi Ecah, kepantasan masa sekarang ini semakin ketara sebabnya peningkat umur kita, lebih-lebih lagi bila tinggal dan bekerja di bandar ni.
(ecececeH!pendapat okeh pendapat ngeeee~~sebab skarang duk bandar la kennn..hehe)

Kita terkejar-kejar sepanjang masa.Mula celik mata, dari pagi buta sehingga la ke petang nak masuk senja dan kadang-kadang hingga malam nak tutup mata..

"Apakah dunia berputar laju sekarang ni?

Cuba kita renung sejenak...

Bumi bergerak selaju 700 batu sejam(cuba betulkan kalau salah ye..hehe) and now still bergerak selaju itu pada landasan yang sama,right?
Bumi pun masih berputar 24 jam mengikut rentaknya seperti biasa setiap hari, still sama macam dulu kan?

Hebat..Ciptaan Maha Hebat..Allah

Jadi, kenapa cepat sangat masa berlalu?

Yang sebenar-benarnya, masa sentiasa cukup!24 jam sehari,tak lebih tak kurang. Yang membuatkan kita rasa masa itu cepat berlalu pabila hal yang kita kumpul,campur aduk,kelompok,lambakkan banyak-banyak, pastu nak settle dalam masa 24 jam tersebut...Hurmmm..meme terasa cepat la masa berjalan. Kita tengah sibuk dengan hal yang nak di"settle.Mana ada sempat nak tengok jam banyak kali.Betul tak?

Jadi,kita sendirilah yang menjadi creator of life dalam diri kita sendiri sama ada semakin laju or slow. Kita yang wujudkan dua jenis jam dalam hidup kita, sama ada jam tangan kita dan satu lagi yang berdetik dalam minda kita ini.


Photo: via Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah
#Tepuk dada,renung sejenak..Wassalam.

Saturday, April 12, 2014

Tersalah Cinta

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam hidup, kamu mungkin mencintai orang yg salah, tapi kesalahan yang ada membantumu menemukan orang yg tepat.

Sekian wassalam..

Allah Lebih menyayangi mu..



As salamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua..
Selasa yang lepas ,tanggal 8 April 2014 jam 5.20 petang,Salah seorang Sepupu yang sangat rapat dengan Ecah,Zariman Bin Sakri a.k.a Sulong  telah mehembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang . Dikhabarkan arwah mengalami kemalangan jalan raya. Berita ini amat mengejutkan Ecah.Menitis juga air mata ini setelah mendengar perkhabaran itu.Allah Allah Allah… Allah lebih menyayanginya..
Hati ini cukup terasa kehilangan.Kita tahu kehilangan sebahaian daripada kehidupan kita. Kita pasti akan mengalami kehilangan , perpisahan  ataupun terputus  sesuatu hal sama ada secara mendadak mahupun berperingkat. Apabila kehilangan terjadi pasti kita akan merasakan kekurangan sesuatu itu.
Yup! Itulah yang ecah alami  sekarang. Kehilangan yang cukup dirasai. Kami membesar bersama, makan sepinggan,minum secawan,gurau senda,rakan sepermainan semenjak kecil hinggalah kami besar masih tetap berhubung walaupun kami jauh....Allah,Ecah mula mengingat kembali memori tentang perjalan kami membesar bersama.Oh,terasa baru saja berlalu detik2 itu...
Walaubagaimanapun, semua yang ada di muka bumi ini hanya sementara dan tidak kekal. Semuanya Allah punya..

 
~satu2nya gambar kenangan arwah sulong yang Ecah ada~

Smoga Rohnya dicucuri rahmat-Nya dan tergolong dalam orang2 yang beriman. Al-Fatihah…

sekian,wassalam..

Friday, February 14, 2014

~Sayang … Aku rindu~



Sayang ..rindu.. Kian menggamit kalbu
Impak kasih ..cinta yang putus berlalu
Terbit sesal menyelongkar kisah insan itu
Inikah karma buat aku.. jahil cinta suatu ketika dahulu..

Aku sedar ini bukan pintaku
Insan itu telah mengertikan aku
Setelah hati hancur berderai dek kisah itu
Hanya aku mampu berserah kepada tuhan yang satu
Akan kebahagiaan aku tunggu
Hanya dia ..sayang..aku rindu



ECAH_11.46PM

#bila boring sangat dalam opis,maka karya ini terhasil..Alhamdulillah (^__^)

~MENANTI~


Masa kian menyinsing
Awan petang berlalu sudah
Hanya aku di sini terus menanti
Lelaki itu yang mencuri hati kering
Aku tahu ia belum pasti
Namun aku tetap menanti
Untuk kesekian kali


ECAH_11.15 AM


Photo: (Taip Mynewshub Di Google - Enter - Temui Portal Terbaik)

*ewahhhh...tu dia ...dah lama tak update blog..jadi,puisi ringkas ni sebagai pembuka untuk tahun 2014 ..tq.

Wednesday, June 5, 2013

The End

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah,
5 Jun 2013
selesai  menjawab kertas soalan  Analisis Wacana yang bermula 9am-10.30am 
 Maka tamat sudah pengajian ISMP Bahasa Melayu untuk 4 tahun di UPSI.


~wajah kuyu yang mampu tersenyum:kesembapan berlaku bila tak cukup tido..xpe..hanya inikalilah..haha

Alhamdulillah..syukur kepada-Nya. Selesai sudah melalui tempoh pengajian dengan pelbagai cabaran.dugaan, suka duka yang menjadikan diri Ecah pada hari ini.

So, THE END untuk tempoh pengajian ini. Ada rezeki sambung lagi.

Letakkan impian setinggi gunung
Timbalah ilmu seluas lautan
Always thinks +Ve, U can do it..

Sekian entry ringkas,wassalam..

P/s: Pasti akan merindui saat-saat pengajian.Pasti!


Friday, May 31, 2013

"Mereka Dah Ada Baby?"


As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

hi sahabat..entry ini dah lama ter"save" draf  dalam list post.Tapi hari ni baru ada kesempatan nak edit-edit and update untuk di"post" sebagai entry baru.(walaupun kisahnya sedikit lapok..huhu).
Kali ni ecah nak kongsi citer ecah berkenaan haiwan peliharaan ecah iaitu rabbit yang dihadiahi oleh Abah semasa bufday ecah yang ke-23.  rabbit ni diberi nama cici(jantan) and Kiki(betina).Ecah pernah citer pasal cici & kiki sebelum ni.
Tapi kali ini, Ecah bukan nak ulang balik kisah mereka yang dolu2 tu, kali ni ecah nak citer yang lagi best iaitu kisah mereka dah ada baby.

Yeah, ini bener deh,sila percayain,dong!anak-anaknye lucu bangat..(eh,tetiba terINDON..hehe)

ok,inilah anak-anak cici & kiki.


Time ni sudah berusia 3 bulan mengikut perkiraan Pak Uda Ecah. 



Ecah dapat tahu Cici & Kiki ada anak semasa pulang ke kampung untuk mengundi awal bulan mei hari tu. Abah Ecah tak call bagi tau pon.Katanya nak kasi Surprise.Memang menjadi la Abahku surpurise tersebut.Tahniah3!haha

 Masa ecah balik, adik bongsu ecah ada tunjuk gambar lam HP yang rabbit ecah  kurus and kecik... Bila tengok, "laaa..kenapa cici & kiki makin kecik kuruh ni?haaa ni aku nok maroh ni..nok maroh ore ni..doh pesan awal2 doh suh jaga bagi make dema2 ni..tegok skang ni, makin kecik kuruh..hudoh weiii tengok..xpo la xpo..hok aku suruh xsey buat..xpo la"haaa cenggituhlah lebih tak kurang respon ecah lam loghat klate bila terasa marah, sedih, pilu tengok gambar rabbit yang adik tunjuk tu..

Terus pi tengok lam sangkar kat tepi rumah.Nak pastikan cici&kiki berkeadaan sedemikian.
Terkojot borok Mak,Nak..gemok gedempol je si cici & kiki..dengan comotnya duk guling-guling lam sangkar(sangkar baru yang diubah oleh abah:berlantaikan tanah bagi memudahan mereka menggali lubang tuk beranak)..hurmmm..time ni baran makin memuncak sebab dah taw dah adik-adik,maa & abah nak kenakan Ecah..

Time tuh cepat-cepat adik bongsu Ecah angkat satu kotak semacam sangkar kayu  kecil and bagi kepada Ecah..

"Ya Allah, comelnya"hanya itu yang terpacul kat bibir.

Anak-anak rabit yang sangat comel. Sangat terharu.macam nak nangis tapi tahan2..hehe
semua duk  gelakkan Ecah time tuh. Seriously,sangat suka and terharu. Sanggup Abah tak khabarkan semata-mata nak kasi surprise. dan memang tersangat surprise..tQ abah,maa & adik-adik.


Seminggu bercuti kat kampung,memang xde keje lain...duk manja-manjakan si rabbit-rabbit ni semua..mereka2 ni so cute,manja,jinak macam2 seumpamanya lah. antara lima ekor ni hanya seekor sahaja jantan yang diberi nama KAKA. nama ni Abah &  adik lelaki Ecah yang namakan.So, disebabkan mereka ni adik beradik kembar berlima,nama-nama lain ecah letak bermula dengan huruf K juga iaitu KC,Kuntum,Kunad & Kabu.

Kabu yang paling jinak:Warna kelabu yang mendominasi bulu-bulu di badannya.





Tapi selepas dua hari kisah menyedihkan terjadi tanpa diduga.
Pagi tu kami dapati Kuntum & Kunad tak ade dalam sangkar. Kami ternampak kelibat kucing melarikan sesuatu yang tergonggol dekat mulutnya. Pada masa tu kami sangka kucing tersebut mengangkut anaknya untuk berpindah tempat "kediaman" mereka tapi sangkaan kami silap rupa-rupanya kucing tu dah bawa lari rabbit Ecah.Kami cuba cari tapi tak jumpa.Petang tu,bila Abah balik dari keje terus cari dengan muka sedikit sedih.Akhirnya, Abah jumpa kuntum & kunad di bawah rumah jiran depan rumah.

So sad..."kesian dia,belum puas lagi nak bermanja"kata Abah.
tengok raut wajah Abah pon sedikit sedih.Nak buat macam mana,sudah sampai ajalnya.Redhalah.

Abah gali "kubur" tuk Kuntum & kunad

Mereka dua beradik disemadikan di sini.Kami hanya mampu tengok dengan perasaan hiba.

"Semoga aman di sana, Kuntum & Kunad"


Sekarang ni tinggal Kaka, KC & Kabu tiga beradik.
Kata Achik masa mesej Ecah semalam, dema2 ni dah makin gemok..ayokkkkk,tak sabar rasanya nak balik tengok and peluk-peluk..wehehe.Xpe Xpe, tinggal seminggu je lagi nak balik kampung.Sabar3!!

Okeh,sekian sahaja entry ecah tuk kali ni.Thanks yang sudi baca.see u next entry,bebeh!
Wassalam.(^__^)

p/s:Suka kucing juga,tapi Abah tak kasi bela..ok,Fine!




Tuesday, May 28, 2013

Ika's wedding part 1~Malam Berinai

As salamualaikum dan Salam Sejahtera...

sebelum ni ecah ada berjanji nk update new entry dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah, hari ni ecah berpeluang tuk melaksanakannya.
Baiklah, entry kali ni ecah nak mula dengan citer ecah pegi wedding sahabat ecah iaitu Zalikha a.k.a Ika..
Segala majlis berlangsung di  Taman Teratai,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah.

So, it was my second time ecah menjejakkan kaki ke Kedah. Well, disebabkan semangat nak attend my friend's wedding ecah and 3 orang sahabat ecah yang lain ikut Ika balik ke  kampungnya sehari sebelum majlis akad nikah with my sang ijau tuh.

on our way..time ni jem bangat..I think time ni dah masuk peneng.

Dalam pukul 9 malam kami selamat sampai di rumah Ika. Selepas Siap makan,mandi and segala bagai, maka bermulalah malam berinai.

 Proses Ika diinaikan...

Masa ni, anak-anak dara, mak dara, mak cik dara,nenek dara semua tuh berkumpul tuk memeriahkan malam berinai bakal pengantin. Time ni la mereka mngusik pengantin.Sampai merah muka bakal pengantin.Mencuit hati betul time tuh.

Siap je Ika diinai..kami pon diinai sama..So, malam tu kami tidur ramai-ramai sebelah ika dengan tangan yang macam-macam gaya letaknya.(Sape yang pernah pakai inai tu tahulah macam mana gayanya..kan3.) Time nih mula la rasa nak garu situ sini. Time tangan tak berbalut ina xde pulak kan..memang mengade han.Hah!!

Ok, sampai sini saja entry kali ni.Next entry akan bersambung dengan kisah ecah semasa Ika's Wedding.
Sekian,Wassalam.







Wednesday, May 22, 2013

I'm coming back!

As Salamualaikum dan Salam sejahtera..

hi hi hi sahabat-sahabat ecah semua..agak lama juga ecah mendiamkan diri dalam berblog ..windu blog purple syaye..wuwuuu. Kalu dulu,hari-hari update,kadang-kadang dalam satu hari lebih daripada 1 entry..Tapi, sejak kebelakangan ini,no more update new entry,no more  blogwalking situ sini, no more join GA itu itu..hurmm.no more no more(versi nora danish.weeee)
actually,windu sanga2t tuk semua tu..
 disebabkan "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian"..lah yang membuatkan ecah memiliki keterbatasan untuk semua2 tuh..

sekarang,
 esemen dah submit
Projek tahun akhir pon dah hantar
segala-gala perbentangan sudah selesai

Alhamdulillah...settle sudaaaa.



Lepas ni boleh ler tumpu kepada my belog nih..
Rindu untuk sembang kencang ngan kawan2 blogger ecah..ok see u soon.bebeh

Sekian,wassalam.



Thursday, April 25, 2013

segmen simple-simple by mohd zuhri

As salamualaikum dan Salam Sejahtera..


klik banner n join..

Ecah Done!

Sekian,wassalam..

Wednesday, April 3, 2013

Kasut kait(baby)



As Salamualaikum dan Salam sejahtera..

Taddaaa.

comel tak kasut ni..
Bagi ecah it's sooooo cuteeee..

Hasil kraf kak lin yang pertama untuk kasut baby

Sebelum ni kak Lin pernah buat hasil benang kait seperti alas meja, bekas kotak tisu dan macam-macam lagi la..


~Kak Lin:sukenye dia bila hasil kraf menjadi..huhu
Hasil tangan ibu-ibu hamil ni memang kreatif..kan3..hehe
bila tengok,macam kitew pulak yang tingin nak buat..tapi ecah tak pandai buat..tengok boleh ler..kehkhekeh!

sekian saje entry ringkas yang ecah ingin kongsi..
Wassalam..

P/s:tunggu masa nak balik.namun hujan di luar sana makin lebat..tak kan nk stay kat opis sampai hujan reda..xmauuuuu..maaaa..nak balikkkkk!

(ngade..padahal "kura-kura" ijau ade je kat bawah tu..Pang skali cik cah ni!)

Thursday, March 28, 2013

"1st Giveaway by LINA'S JOURNEY"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!
Apa lagi..jom la join.Ecah done!

"Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


 
 
Sebab Ecah nak  masuk bloglist Fizgraphic:
1.Nak kongsi  setiap pengalaman/peristiwa/pandangan ecah kepada U ollz bahawasanya,setiap pengalaman orang tu boleh dijadikan pengajaran buat kita.
2.Nak share hasil karya Ecah kepada U ollz(walaupon karya cincai jerr..hehe)
3.Nak berbagi tips dan cara masak-masak ala Ecah shaimi.


Sekian,wassalam.