~nota kata darimu...adakah bayangannya sebegini?berangan tulll..Astaghfirullahallazim~ |
Nota kata yang tertulis
hanya di salin oleh hati
tidak boleh dipadam
hanya boleh menorehnya
Nota kata yang tidak tertulis
seharusnya dibiarkan di salin oleh hati
dengan disatukan lidah bibir dan hati
hanya boleh dijadikan nota kata
istana kalbu ini sungguh kecil
untuk menerima seseorang itu
mungkin kerana pernah roboh pagarnya
mungkin kerana pernah tertumpuh dakwat merah
mungkin juga kerana istana kalbu ini tidak perlu penghuni
namun nota kata darimu
sedikit sebanyak mengoyangkan hati ini
terpanggil akan diri untuk dibiarkan lagi bicara
namun nota kata yang bagaimana lagi
sudahlah usah di tarik lagi nota kata itu
luahkan saja nota kata yang benar
jangan takut menerbangkan nota kata
yang belum pasti akan gagal menangnya
ingin diri menegaskan
kalbu hati ini tiada sebarang sedikitpun indahnya
tidak bersinggah sana
tidak berpengawal
tidak bermahkota
hanya berisi kasih dan sayang
p/s:(jika sajak lebih selesai utk awak berkata2 ...teruskan saja...saya masih lagi paham apa maksudnya...tapi sampai bila mahu bermain sajak?)
0 comments:
Post a Comment