BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, January 10, 2012

Seniman yang Diperhatikan



Ini adalah kiriman sajak yang kedua daripada Sz.."Seniman yang Diperhatikan".Terima Kasih sahabat..

~Aku seniman yang diperhatikan~
Seniman Yang Diperhatikan

Aku bukan enjin motor
yang berkuasa 4 lejang
sentiasa berderum apabila
geseran petrol berlaga-laga
namun perhatian kau terhadapku
membuat aku menjadi bergitu

Aku bukan burung merak
yang indah apabila mengembangkan kepaknya
mampu membuat engkau tergila akan diri ini
namun perhatian kau terhadapku
membuat jasad ini menjadi bergitu laku

Aku yang sebenarnya hanya sekadar
Seniman yang diperhatikan
tiada apa yang istimewa
tiada apa yang sungguh menhangatkan

Aku seniman yang diperhatikan
cuba memberi kata semudah rasa
tanpa mendalamkan maksudnya dengan madah pujangga
kerana aku sedar aku seniman yang diperhatikan

Jika engkau menanti pasti
aku juga bimbang memberi yang pasti itu
kerana aku buka sekadar diperhatikan oleh engkau
malah aku seniman yang diperhatikan oleh semua

kini engkau yang sedang menanti pasti
cepat-cepatlah merenung kedalam kolam kalbumu itu
aku ini adakah diperhatikan 
aku ini adakah diperjiwakan
aku ini adakah diperbayangkan
atau aku ini diper-apa?


Hadiah ikhlas dari
Sz - 10,1,2012
2.35pagi

0 comments: