Menanti Pasti... |
Aku bukan siapa-siapa
sepertimu jua
kamu bukan siapa-siapa
tiada guna ku menanti
sesuatu yang tidak pasti rasa itu
dan rasa ini...
aku perlu sedar
perlu menerima yang hakiki
kewujudanku tiada erti
walaupun sebesar bilah lidi
aku perlu lari
dari rasa ini
kerana ianya
memang tidak pasti pada suatu masa nanti
kerana hatimu
telah dimiliki
si puteri cahaya hati
tidak ingin aku dilabel pencuri hati
mahupun perampas yang dikeji
cukup sekali aku menghambakan diri
pada suatu cinta yang suci
suatu detik dan ketika itu
yang dulu
yang masih baru
mengenal cinta murni
dari insan yang aku sayangi
sedangkan aku ingin memiliki
si pengoyang hati
yang meluluh hati ini
yang membuka hati hampir terkunci
namun kusedari kini
ianya memang tidak pasti
untuk mengharap yang pasti...
Ecah Shaimi,
9 Januari 2012
Upsi,Tanjung Malim.
0 comments:
Post a Comment