BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Saturday, March 17, 2012

♥♥♥♥Adakah Sarkastik ?♥♥♥♥



"Cara berdoa adalah menadah tangan...Bukan menekan keyboard."
Sentap sekejap...satu status yang baru diupdate oleh salah seorang member of list dalam FB aku. Aku tak berapa kenal pon orang ni.Memandangkan tersenarai dalam ruangan Home di FBku,maka aku terbacalah status tersebut. tak taw lah nape bole plak aku sentap dengan ayat di atas walaupon bukan ditujukan untuk aku.hurmmm...
Aku kawal rasa itu. Astaghfirullahalazim~ aku beristighfar seketika. Meredakan rasa yang tidak baik untuk hati. 
Aku mula merasionalkan bait-bait kata yang aku baca tadi.
Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan  hamba Allah itu berkata sedemikian.Apa alasannya..Wallahualam..
Tentang hal ini, aku juga tertanya-tanya. Kemusykilan melanda dibenakku. Lalu aku mencari bahan sokongan untuk mengukuhkan lagi apa yang sedang bermain di fikiranku.Lantasku menjengah pak cik google..huhu

Setelah membaca beberapa bahan daripada blog yang sahih maklumatnya, Aku memberikan Komenku kepada pemilik FB tersebut~

Sekadar berkongsi pndangan yer saudara #$%&@#(^^,) ..berdoa kepada Allah tidak semestinya menadah tgn..tak tadah tgn pon boleh..guna keyboard pon boleh...doa kuat2 pon boleh,doa dalm hati pon boleh..doa dalam byk bahasa pon boleh..doa dalam isyarat tgn pon boleh....Allah tu maha mendengar dan maha mengetahui..Antara perkara yang kita tidak tahu ialah, bukan semua doa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan, seperti doa masuk ke tandas, doa selepas azan dan sebagainya. Kebanyakan hadis yang menyatakan baginda mengangkat tangan adalah ketika doa khusus, meminta apa yang kita mahu, seperti doa minta hujan yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Jadi apabila sedang doa beramai-ramai, kita melihat ada orang yang tidak menadah tangan, maka janganlah kita katakan mereka ini tidak berdoa.klo tlis doa dkat fb nt fren semuaa bce automatik diorang mendoakan kite..(tp x taw la law status itu berbaur sarkastik)~(^^,)


hurm..bila aku memberi komen di atas kepada pemilik FB tersebut. kemudian pemiliknya membalas "hati kan ada"..hya 3 patah kata itn saja yang dibalas
"yup,betul hati..kita ada hati,sbb kita baca kat FB pun baca dalam hati"balasku balik...Namun,tidak ku sangka selepas hampir 1 jam, pemilik FB tersebut mendelate komen aku. :P  hehe...Hal ini bermakna empunya FB tersebut tidak dapat menerima kenyataan dengan kata-kataku tadi...Mungkin dia mula berfikir dengan apa yang aku katakan kepadanya..Wallahualam..


sarkastik:bersifat menyindir(dgn kata kata yg tajam dan pedas) yg blh myakitkan hati seseorang.

0 comments: