BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, March 27, 2012

~____Bukuku____~




Kandungan yang terdapat dalam buku ini menjurus kepada semua persoalan yang berkaitan dengan bab solat bermula daripada bab asas sehingga bab-bab yang lebih mendalam.

Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah:

- Bab Wuduk Dan Tayammum
- Bab Azan Dan Iqamah
- Bab Solat Dan Khaifiat ( Cara Perlaksanaannya )
- Bab Wirid Dan Doa
- Bab Sujud
- Bab Roh Solat ( Mencapai Kekhusyukkan Dalam Solat )
- Bab Solat Berjemaah
- Bab Solat Jamak Dan Qasar
- Bab Solat Khauf ( Solat Dalam Keadaan Takut )
- Bab Mengkhada Solat
- Bab Solat Jumaat
- Bab Solat-Solat Sunat
- Bab Solat Jenazah
- Bab Doa (Disertakan Himpunan Doa-Doa Para Nabi, Para Sahabat Dan Tabiin )
- Bab Zikir Serta Cara-Caranya
- Bab Sejarah Kehidupan Imam 4 Mazhab ( Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie ).
- Bab Nama-Nama Allah Yang Baik ( Asma Al-Husna )




Buku ini menyentuh tentang sifat-sifat baik dan buruk di dalam diri manusia yang turut disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Sifat-sifat inilah yang mencorakkan manusia khususnya dan mewarnai kehidupan umumnya.

Melalui buku ini, kita akan dapat membuat perbandingan di antara sifat-sifat yang sepatutnya wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan sifat-sifat yang kita amalkan dalam kenidupan seharian. Akhirnya kita akan lebih mengenali siapa kita sekaligus melahirkan insan baru dengan peribadi yang lebih baik.

Semoga buku ini akan memberikan manfaat dan sinar baru di dalam diri kita. Mudah-mudahan setiap perubahan yang baik akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah SWT.


Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.


Buku ini saya beli semasa Festival Kesenian Islam, FesKI '12 @KHAR,UPSI. Saya belum lagi menghabiskan bacaan saya selama seminggu ini. Namun, banyak ilmu yang saya perolehi daripada buku ‘senyumlah’ ini walaupun pada awal pembacaan sahaja. Buku ini saya kategorikan sebagai buku motivasi dan saya memang minat sangat membaca buku motivasi kerana ia dapat menaikkan semangat dan membantu saya meningkatkan diri ke arah yang lebih baik. 



Wirid adalah tanda cinta seseorang kepada Penciptanya. Balasan cinta dari Allah kepada kekasihnya terlalu banyak. Tanda Allah cinta kepada kekasih yang selalu mengingatiNya ialah dengan cara memeliharanya, mengampunkannya, menjauhkannya dari azab api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga yang kekal abadi. Wirid adalah bait-bait cinta kepada kepada Allah. Ungkapkanlah! Pasti cintamu berbalas...Saya suka buku ini..Alhamdulillah,saya mampu amalkan...semoga Allah sentiasa meniupkan semangat untuk melakukan perkara baik..Aamiin.



Buku  ni kategori buku psikologi...terdapat ideologi barat di samping ideologi Islam. Pada awal pembacaan saya amat tertarik pada isi kandungan buku ini. Mesti menghabiskan bacaan utk mengetahui isi keseluruhannya. Penggunaan bahasa pada awalnya menarik, namun lama-kelamaan kelihatan penggunaan bahasa Indonesia..Mungkin disebabkan penulisnya berlatarbelakangkan Indonesia..



Novel tauhid ini sangat menarik minat saya untuk terus menghabiskan bacaan. Namun, disebabkan kekangan masa dalam seharian ini..tika ada masa terluang sahaja saya sempat baca..apa2 pon, dapat disimpulkan,novel ini menguraikan makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak,ibu,bapa,isteri dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihurai dengan Islam dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan. Inilah karya yang diadaptasi daripada kajian tesis oleh FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.





Buku ini amat menarik dibaca. Pertama kali saya menatap judulnya terus saya membelinya, dan ternyata isi kandungannya tidak menghampakan. Buku setebal 147 muka surat ini merupakan himpunan kisah-kisah benar tentang keajaiban doa yang dikutip dan digarapkan semula oleh Asma Nadia. Membaca setiap tajuk di dalamnya benar-benar memberi kesan kepada jiwa yang membacanya. Pengalaman-pengalaman beberapa individu yang telah menemui jalan buntu dalam menghadapi masalah yang membelit kehidupannya, namun masih yakin bahawa harapan itu masih ada dengan mengadukan permasalahan itu kepada Tuhan, iaitu Allah Yang Esa.Ternyata memang benar. Bait-bait doa yang dilafazkan dengan penuh ikhlas dan mengharap akhirnya diperkenankan sama ada segera mahupun lambat. Malah, unsur-unsur keajaiban doa itu jelas terserlah. Selepas membaca buku ini, memberi semangat kepada kita untuk sentiasa berdoa, malah akan menjadikan kita rasa seronok untuk berdoa kerana tatkala berdoa, sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah secara langsung!Saya percaya, mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah memiliki buku ini. Tetapi bagi yang belum, saya syorkan agar buku ini dimasukkan di dalam rak buku perpustakaan di rumah anda sebagai bahan bacaan keluarga.



0 comments: