BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, March 20, 2012

~Takdir itu Milik-Nya~



Jam menunujukkan pukul 1.30 pagi. Mataku masih juga tidak mahu lelap. Lalu aku mencapai handphoneku.Ada satu masej. patutlah aku x dengar bunyi masej td. rupanya aku meletak mood silent. Terkesima seketika. Melihat nama yang tertera di skrin membuatkan hatiku berdegup kencang. Terasa darah menyirap di dalam dadaku. Seseorang yang aku sangka tidak akan wujud lagi dalam diari kehidupanku kini. Bait-bait kata yang ringkas tapi dalam maksudnya. 



Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang, menduga dalam bermacam ragam,MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEmbuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan & membuatkan kita merasa kehilangan..


Namun TAKDIR juga memberi  kita erti  sebuah perkenalan,
mengenali erti sebuah persahabatan,merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan & memberi erti sebuah keakraban,memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan…nyte..

Sebak mula menerjah...Tabahlah wahai hati..


aku perlu kembali kepada fitrah manusia. Jika ini terjadi, jika ianya sudah lama terjadi, aku tidak bolehbiarkan ia berterusan.Jika ini terjadi,aku perlu berdoa kepada Yang Maha Mendengar.Allah SWT lebih mengetahui segala apa yang tidak diketahui oleh hambaNYA. Aku tidak mampu mengubah benda yang lepas tetapi aku percaya bahawa aku mampu mengubah benda yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan.



Tidak diciptakan Allah SWT seorang anak Adam itu jika tanpa tujuan.Merekalah khalifah yang selayaknya untuk memerintah alam semesta seiring dengan rujukan ilmu Al-Quran dan Hadis yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada para utusannya,iaitu para nabi pilihan Allah SWT.
 Aku sering merungut dengan keadaan diriku yang tidak sesempurna orang lain.Lebih selesa merasakan yang aku  tidak sebertuah orang lain.Tidak sekaya orang lain.Tidak secerdik orang lain.Aku kadang-kadang jemu dengan permainan dunia tanpa menyedari bahawa aku diciptakan di dunia ini adalah untuk mengumpul bekalan hidup yang kekal selamanya di akhirat kelak.Akibat daripada perasaan bosan dan jemu yang berpanjangan ini,aku lupa tentang tanggungjawab aku sebagai hamba Allah SWT.Maka,timbullah soal,
“semuanya takdir”,
“apa boleh buat,sudah tertulis di Loh Mahfuz,ikut qada’ dan qadar sajalah”
dan
“dah nasib!”
Hari ini,kita masih lagi tidak memahami konsep sebenar takdir serta qada’ dan qadar Allah.Hanya sesetengah sahaja yang sudah memahami maksud TAKDIR dengan sepenuhnya.Memang,tidak dapat disaangkal bahawa setiap yang berlaku adalah takdir daripada Allah SWT.Tetapi kita sering tersalah anggap bahawa apa yang telah ditakdirkan kepada kita tidak dapat diubah.Ia tidak akan berubah kerana sudah tertulis di atas ‘sana’,kun fa ya kun.Itu memang benar dan sahih.Tetapi lupakah kita bahawa takdir dapat diubah dengan doa?Inilah yang dikatakan dengan “The Power of Doa”.Berita gembira buat semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini,kita masih mempunyai peluang untuk mengubah takdir kita.Tiada yang lain dapat kita lakukan,melainkan berdoa kepada Allah SWT.Sesungguhnya Allah SWT mendengar setiap rintihan sayu hamba-hambaNYA yang meminta.Bahkan,Allah SWT ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-hambaNYA kerana Allah SWT terlalu menyayangi kita.SubhanaALLAH,masih tidak sedarkah kita lagi dengan kasih sayang dan cinta yang ditawarkan olehNYA?Terlalu mendalam,lebih hebat cintaNYA jika dibandingkan dengan cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Dan Allah SWT berfirman lagi di dalam surah Al-Mukmin ayat 60:

“Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu”

 P/s~ Semoga insan itu sentiasa dalam rahmat-Nya dan bahagia di sisi orang yang tersayang..Kuatlah wahai insan dalam menempuh dugaan-Nya..Kita perlu kuat. Yakin, Kita ada Allah. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sibukkanlah diri dengan mendekatkan diri kepadanya sekiranya hati tidak tenang, bukan menyibukkan diri dengan dunia semata-mata.

0 comments: