BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Wednesday, March 7, 2012

~ku memohon dalam sujudku padaMu~



Semoga redha Allah bersamaku di dalam entry kali ini.

Pagi ini alhamdulillah aku sempat ber'dating' bersama Kekasihku lagi. Harap-harap aku sentiasa istiqamah untuk berdua-duaan denganNya. Tenang rasanya apabila dapat mengadu masalah, melafaz cinta kepadaNya. Kekasihku sangat romantik! Aku tidak pernah dibiarkan bersendirian. Ke mana aku pergi, pasti Dia menemani.
Aku juga tidak mahu memberikan hati ini kepada sesiapa kerana hatiku hanya milikNya, ALLAH. Cinta hakiki yang aku temui setelah sekian lama aku mencari. Aku pernah cuba-cuba memberikan hatiku kepada makhlukNya. Namun ternyata kecewa yang aku peroleh. Aku tekad, aku akan jaga hati ini sebaik-baiknya agar tidak terlepas lagi kepada insan yang tidak sepatutnya. Cintaku, Allah, bantulah aku.


~Ya Allah,makbulknlah doa hambaMu ini..~


Ya Allah, andai hati ini telah bersedia untuk menerima cinta insan yang telah Engkau janjikan untukku, aku mohon cinta itu tidak melebihi cintaMu.
Ya Allah, andai Engkau telah menetapkan dia menjadi pemilik cintaku selepas Engkau dan RasulMu, aku mohon biar cinta itu jatuh kepada jalanMu.
Ya Allah, andai cintanya menjadi milikku, aku mohon agar dia sentiasa mengingatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah, andai insan itu wujud untuk aku, aku mohon semoga dia menjadi pelengkap kekuranganku dan aku melengkapinya hanya untukMu.
Ya Allah, andai tiada insan untuk menemani cintaKu di dunia ini, aku redha. Aku percaya insan itu menantiku di syurgaMu nanti.
Ya Allah, jangan biarkan aku terlalu mengharap kepada cinta makhlukMu. Aku ingin terus berada di dalam lingkungan cintaMu.

Ya Allah, makbulkan doaku ini. Amin Ya Rabbal 'alamin..

0 comments: