BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Wednesday, December 28, 2011

Mengubat luka di hati

Assalamualaikum..


Hari ni aku mengingati suatu perpisahan yang tak dijangka,walaupun perit untuk menerimanya, aku perlu redha.. kawan aku suruh aku jatuh cinta lagi sebab dia cakap itu ubat kalau patah hati. Tapi betul ke hati akan sembuh kalau bercinta lagi?


Sebenarnya aku tak setuju sangat. Kalau anda nak setuju tu terpulanglah. Sebab bagi aku, ubat yang paling mujarab kalau patah hati ialah masa. Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati. Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga.

Bayangkan kisah cinta anda diputuskan oleh si dia secara tiba-tiba dalam keadaan anda tidak bersedia. Perasaan berkecamuk, hati mulai berdarah, marah, tidak rela, sedih dan ada yang dicampak selepas harga dirinya diragut. Dan timbullah perasaan ingin balas dendam, bermati-matian berusaha merebut kembali cinta yang hilang dan ada yang tak henti-henti meratapi diri sendiri.


Sekarang tanya diri anda, apa perlu anda lakukan? Terima cinta baru? Atau memberi kesempatan kepada diri anda untuk mengasihani diri sendiri.



Bagi aku, ada 4 peringkat untuk mengubati hati yang terluka.

Peringkat pertama ialah masa berduka. Anda boleh menangis sepuas-puasnya atau menikmati sebaiknya kesedihan anda. Memang nampak macam lemah tapi tak salah menangis atau berasa kesal sebab itu mungkin kesalahan anda. Kadang-kadang menangis juga dapat membuat anda lega.


Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan. Ketika ini, kawan baik anda sangat diperlukan. Luahkan semua yang anda rasa tentang bekas kekasih anda itu. Ceritakan sampai anda puas hati. Anda juga tidak akan merasa keseorangan sebab anda masih ada kawan-kawan.


Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial. Mungkin anda boleh pergi becuti, menonton wayang atau bermain futsal. Alihkan kesedihan anda kepada kegembiraan. Dengan cara ini, anda akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan, bukan pasangan. Itulah gunanya kawan-kawan.

Selepas 3 peringkat berjaya anda lalui, anda sudah 75% sembuh. Peringkat terakhir ialah masa untuk menilai seseorang. Elakkan diri anda dari terlalu mudah jatuh cinta.


Tapi anda harus ingat, setiap peringkat itu boleh anda lalui dengan cepat atau lambat. Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati anda masih berdarah. Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain. Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain. Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu. Dan jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan sanggup menunggu.

Bagi aku, orang yang cepat dapat pengganti ni seolah-olah dia tak sayang diri sendiri. Remember, history has a habit to repeat itself. Sebelum nak sayang seseorang, sayang diri kita dulu.


Bila putus cinta, gunakan perpisahan sebagai cabaran, bukan halangan. Jadikan kegagalan itu batu loncatan untuk kita lebih matang dalam hidup dan percintaan. Teruskan hidup dengan semangat baru. Tunjukkan pada bekas kekasih kita yang kita kuat dan boleh hidup tanpa dia.


I am not the type to be able to fall in love easily.
My heart is incredibly wary of love.


Assalamualaikum...


Tuesday, December 13, 2011

13-12-11..hanya sekali & tiada lagi...

Assalamualaikum . . .
Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran ecah yang ke bla bla . . .
Tak ade lah yang tanyer nak apa,
tak adalah yang sibuk sibuk pergi kedai pilih pilih hadiah,
tak ada jugak lah yang kecoh nak pergi kedai kek beli kek sepotong dua bahkan sebuku lima!...ahahahhaha
Lebih lebih lagi yang ligat kepala otak memikirkan tentang surprise yang bakal dilancarkan pada tigabelasduabelassebelas, malah tiada juga yang mahu kecoh kecoh membaling telur, tepung atau krim kek kepada kite! (Belom pernah ada dan tak kan pernah mungkin selama duapulohduatahun ini...hihi)
Tetapi, Alhamdulillah, ramai juga yang mendoakan kebahagiaan, keberkatan dan kebaikan kepada ecah, Terima kasih semua! =) ecah cayunkkkkkkk kamu semuaaaaaa...
Jadi, hari ini adalah hari yang penuh kesayuan, keseorangan, kesyahduan, kerinduan, keinginan, keheningan, keberantakan, kemuraman, kekosongan, kebuntuan, kekitaan, kemengarutan kelebihan kesudahan! Hahahaa . . . .
Ermm.... tp Alhamdulillah, ada tempat untuk ku mengadu nasib..syukur Alhamdulillah

tadi call abah,:nk borak panjang xleh,busy ngah keje katanya

(hakikatnya ak mmg xde keje lain..nk ngadu je pe y xkena lam ati..hurmm....suka ati la orang lain nak cakap ape.. y penting ecah masih di bawah tanggungjawab abah&maa...kepercayaanku hanya pada mereka)


kata2 abah:hidup ni de pasang surutnya,ade masa suka,ade masa duka,ada masa org blh terima kita,ade masa org x blh trima kita.walau ape pon y brlaku lam hidup, kita perlu pikir +ve. stiap y brlaku ade hikmah di sebaliknya.

kata long na:huhu..dugaan jea 2..sabar jea la..tuhan tahu y trbaek tuk kite..pike gitu je_via nokia(12:49:32am) ;D

kata2 G-ra: Mung nak ak bagi nasihat yang baik @ yang jahat???...

Nfar Nurfarahin: haa, nape nie ecah ? okea x ? hehe bufday gurl xmo sedih2 ea..
bese laa tuh, lumrah hdup kn.. kdg2 de hepy, kdg2 de duka.. tp sume tuh ajar kite erti hdup y sbnr.. waahhh ~~ positive thinking kn sy.. hehe chill k ~~ _via FB



ecah kata:so,think +ve..dah duapuluhduatahun pon ecah...cuba yang terbaek ok

~13-12-11~My DOB yang ke-22~