BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Monday, April 30, 2012

Jalan-jalan di kota Melaka














♥♥♥♥♥Malam Mesra Anak Tanah Merah♥♥♥♥♥

Alhamdulillah majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah berjalan dgn lancar. Majlis dihadiri rmai anak-anak tanah merah yang berada di perantauan dan ramai juga anak-anak tanah merah datang dari tanah merah semata-mata untuk menghadiri maljis ini. Mahasiswa/i  Tanah Merah dari UPM,UITM,UUM,UPSI,UM juga turut sera dalam majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepda Penaung Permata Ybhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz kerana dengan usaha beliau majlis yang gilang-gemilang ini dapat diadakan dan disertai ribuan anak-anak Tanah Merah.

Jom jamu mata sekejap dengan suasana yang sempat dicaptured sepanjang majlis berlangsung..



Majlis dirasmikan oleh Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah isteri kepada Tok Pa.

Datuk K

Sempat bergambar di laluan pintu utama..huhu

Bersama sahabat sekolahku dari UUM

UPSI~WE LOVE UPSI

~NICE~kredit tuk yg tolong captured..huhu

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ybhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham .  Beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu dan bercerita tentang hidup beliau yang penuh cabaran dan suka-duka.
Persembahan daripada Puteri Caroline~anak jati tanah merah a.k.a junior ecah taw..kik33!!!

ZARINA AF yag cun!
Aizat yang sempoiiii!

Nora n Dato'CT

Ecah, Zira n Nadia a.k.a yaa

Practice33!!!kikikik

Kami di sini...

Cooper time...ahakzz!


Friday, April 27, 2012

~aku sayang kamu,sahabat~

Aku xpernah cakap in direct kat korg,
"aku sayang kamu,sahabat.."
kot aku kata nti korg kata aku melalut,
buat tbiat..
"...dah nak mati ka ecah?"

so,aku tulis la kat sini
"aku sayang korg.."
seikhlas hati aku taw
bagi aku susah senang korg ade..
time kita gelak ketawa..sma2 kan?
time aku nangis,korg ade  kan?
aku citer korg dengar,
korg citer aku dengar..walaopon kadang2 citer 2 xbest pon
tapi gelagat korg susah nak cari pada org lain
aku nk sgt kita slalu mcm 2..

betul la org cakap,law benci,jgn benci lebih2..nti jatuh sayang
walaupon dulu2 aku ni susah nk trima prangai korg masing2
tp Alhamdulillah..kita dah capai tahap mcm skunk ni
baik buruk korg,dah mcm jd baik buruk aku jgk
law gadoh2 pon,dh x simpan dlam ati dah..touching kejap2 jek
aku rasa mcm adik bradik aku dah

tp bila tiba masa nti
kita pasti akan terpisah jg kan?
time 2,korg masih ingt aku lg x?
korg akan terkenang2 x saat kita skunk ni?
InsyaAllah,aku akan ingt korg..


~keje last minute!..



Lately,agak2 busy nak update blog..adeh!tringin nk menulis namun byk kekangan yang melanda..hurmm
BTW,saat ni,tika ni,waktu ni dan seumpamanye lah..ecah nk citer skit pasal keje last minute!huhu..


Sekarang ecah di akhir tahun 3 zaman universiti,xlama lgi nk praktikum,lps 2 nak siapkan tesis..hurmmm memang  tak boleh nafikan memang sangat banyak kerja tapi ecah boleh lagi la nak buat aktiviti aktiviti yang ecah suka macam online, main games,shopping, jalan2, gi dengar ceramah(dunia2 jgk, akhirat penting xlupa taw). Ada lagi la ruang tu, bukannya 24 jam ecah kena buat kerja. hehe.




Tapi satu la yang kalau boleh cuba dielakkan iaitu buat kerja 'last minute', memang ecah rasa semua student sekolah ke, universiti ke! memang dah jadi rutin untuk buat kerja last minute. Ecah pon selalu aje buat. Memang dah jadi satu lumrah kehidupan seorang pelajar, tapi kalau boleh, cuba-cuba la buat kerja awal awal supaya tak kelam kabut masa nak hantar, tak payah nak stay up sampai jam 5,6 pagi semata mata nak siapkan kerja.(pernah jgk ecah stay up smpai subuh..huhu)




saat2 akhir nak siapkan asgment..huhu


Ok,yang ni ecah ade la terbaca status yang ditulis oleh rakan Facebook di lamannya. 

“Aiii,banyak betul kerja yang tak siap. bukan satu kerja nih, dua, tiga, empat. Adoi, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Dalam masa seminggu je nak hantar semua kerja-kerja ni. jangan sapa-sapa ganggu aku, jangan ajak aku pergi mana-mana. Aku nak siapkan tugasan aku”.

Berdasarkan situasi di atas, ecah  rasa ecah ni layak la untuk beri pendapat tentang hal ini kerana ecah pon  adalah makhluk yang buat kerja di saat akhir itu. Orang selalu kata, orang yang buat kerja di saat akhir adalah orang yang suka menangguh kerja, ecah setuju memang ada makhluk yang buat kerja saat akhir sebab dia suka tangguh kerja, tapi ecah tidak  setuju bahawa semua orang yang buat kerja di saat akhir adalah sebab faktor itu. Law Ecah, hanya buat kerja di saat akhir yang memerlukan ilham dan idea serta yang hanya perlukan minit yang sikit sedangkan masa yang diberi adalah terlalu panjang. Namun, jika kerja yang senang dan boleh diselesaikan dalam cepat pasti ecah akan menyiapkan dengan lebih awal. Setiap orang ada cara yang berbeza. Susah bagi sesetengah orang buat kerja di saat akhir. 
Jgn jadi mcm meoww ni..haha
Pasti minda tidak boleh berfikir dengan baik dan diri akan turut mengelabah. Bergantung kepada seseorang tu. Pada ecah seeloknya jangan diamalkan selalu, ada baiknya rancang kerja. Ia akan lebih teratur.

~Macroteaching's time~


As salammualaikum  cikgu...

wawawwawaaaaaa...jadi cikgu tuk satu masa..hohohoooo betul2 menjiwai watak cikgu buat masa yg diberikan untuk ecah. TQ utuk PK 1 SMK Tan Sri Mohammed Yaacob, Cikgu Mazlan Yaackob krn memberi kerjasama dgn memberikan kelasnya utk satu masa(40 Minit) utk mgajar student2 yg comel2 nih..


Cikgu kecik drp student..hohoooo..
so sweetttt..ni la kali pertama mengajar pelajar..betul2 pelajar..bukan mengajar kawan yg dalam kelas KPD @penaksiran & pengajaran.Walaupon mereka ini lbh besar n lbh tinggi drp cikgunya, namun sikap hormat kpd cikgu tetap ada..cikgu sayang student2 cikgu..caye lahhh!!haha..

kalau pakai baju macam diorang pasti x macam student jerkk!!huhu

Student yg gugurl ni smuanya sweettt...sapan santun..malu-malu gituh..haha..pape pon mereka sangat baik hati.cikgu doakan kalian berjaya dalam pelajaran,ok!=)

Ade yang malu2..tp cikgu msti bg pose cantikk!!keh3!

Tak de cameraman nih, xtaw la ape nk jadi..xkan nk rakam sdiri..adehh..xcantik la video nti..huhu..BTW, TQ AWIE!!!!!..
CameraMen ku..huhu..jasamu dikenang




P/S~"Pengalaman sebagai pedoman"..=D

~PIBT Umbai terapung,BEsT!!!!~



Sebut sahaja Melaka, orang ramai pasti akan mengaitkan negeri tersebut dengan tempat-tempat bersejarah, antaranya bagunan Stadthuys , A Famosa, Gereja St.Paul dan Perigi Hang Tuah. Namun, selain terkenal dengan monumen bersejarah, Perkampungan Ikan Bakar Terapung(PIBT) di Umbai Baru, Jasin juga dikenali ramai terutamanya oleh penggemar makanan laut. Pemandangan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru, sangat cantik pada waktu malam. Sesekali terasa bayu laut menyapa pipi setiap pengunjung yang berada di situ. Setiap tempat ada keistimewaan yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai sudut perspektif. Begitu juga dengan PIBT,Umbai Baru. Di sini para penduduk masih lagi dapat meghirup udara yang segar kerana lokasinya yang berdekatan dengan Laut Selat Melaka dan terhindar dari pencemaran.
            Tidak ketinggalan pada Malam Sabtu bersamaan 31 Mac 2012 tepat jam 9.00 malam, seramai 350 peserta Hari Sastera ke-15 dijamu merasa keenakan set hidangan ikan bakar umbai yang istimewa sementara halwa telinga diperdengarkan dengan deklamasi puisi daripada ahli-ahli GAPENA dan persembahan kebudayaan. Kenduri Sastera nasional ke-15 diadakan di PIBT Umbai Baru sempena melaka 750 tahun yang bertemakan “Melaka sebagai pusat kesusteraan melayu dalam peradaban serantau’. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Sementara itu, Persatuan Penulis Negeri Melaka(PENAMA), Lembaga Bahasa Melayu Melaka dan Ikatan Persuratan Melayu(IPM) pula berperanan sebagai urus setia bersama GAPENA pada program yang berlangsung itu. Kenduri ini mampu merapatkan hubungan antara satu sama lain, selain memberi penghayatan terhadap perayaan Melaka 750 tahun yang disambut dengan penuh makna.
Nasi lemak + Sambal kicap
            PIBT Umbai Terapung telah menjadi lokasi pilihan untuk Majlis Kenduri Sastera Ke-15. Dengan keistimewaan tempat yang strategik, selesa untuk perjalanan program dan terdapat menu hidangan yang istimewa yang menyelerakan seperti yang lebih terkenal nasi lemaknya yang menjadi menu utama bagi menikmati hidangan ikan bakar diletakkan di atas meja setiap pelanggan menjadikan PIBT Umbai Terapung sesuai dijadikan tempat berlangsungnya Majlis Kenduri Sastera ini.
Set Hidangan yang sangat special..nyumm3!!

 Kelihatan PIBT Umbai Terapung di Melaka ini sememangnya sesak walaupun pada hari  berlangsungnya  kenduri adalah pada hari biasa. Kita dapat membayangkan keadaan di sini sekiranya pada musim cuti persekolahan dan ia pasti satu penghargaan kepada tetamu yang berkunjung ke Melaka apabila dibawa menikmati juadah di medan ikan bakar ini. Sememangnya tidak asing lagi kerana pihak kerajaan dan swasta juga sering memilih medan ikan bakar untuk menganjurkan majlis makan malam. 
Dengan terdapatnya tarikan lain seperti pengunjung boleh menyaksikan perahu dan bot nelayan pinggir pantai yang berlabuh di muara sungai menjadikan PIBT Umbai Baru ini menjadi sasaran lokasi untuk sesuatu majlis dan menikmati menu ikan bakar. Dapat diperhatikan pada saat berlangsungnya majlis kenduri ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar berlatarkan suasana majlis tersebut.


            Turut memeriahkan kenduri tersebut adalah pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang seramai 80 orang termasuklah ecah...huhu, selain daripada ahli GAPENA sendiri dan sasterawan dari negara-negara jiran. Majlis perasmian itu telah pun disempurnakan oleh speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad dan turut hadir bersamanya dalam majlis itu ialah isterinya Datin Wira Halimah Baba,dan ketua pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan .Terdapat sebanyak 15 persembahan puisi disampaikan pada malam berkenaan termasuk puisi yang turut disampaikan oleh Datin Wira Halimah Baba dan beberapa orang sasterawan dari seluruh negara selain rakan rumpun Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Selatan Thailand. Dalam keadaan santai dan bersahaja, masing-masing mempamerkan raut wajah yang ceria dan gembira dalam majlis kenduri sastera tersebut. 
Geng Tinggi..

Kami Geng Kecik..hihi


Pape pon..time ni memang sweet..jalan2 dpt ilmu, dpt makan..waaa..bahagia sangat..huhu =D

Saturday, April 14, 2012

~Ya, aku mahu di jalan jihad!~

Tatkla aku leka membaca blog2 pilihan,aku tertarik dengan penulisan di bawah ini daripada salah 1 entry :


Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Walaupun status hadis ini adalah hadis dhaif, namun apa yang boleh diiktibarkan, bahawa jihad dalam konteks islam bukan semata-mata jihad mengangkat senjata, mahu pun jihad menuntut ilmu, malah meliputi jihad menentang hawa nafsu sendiri. Betapa pentingnya kita memahami konteks jihad secara syumuliah (keseluruhan) agar sisi pandang kita terhadap keindahan agama Islam bertambah sempurna. Ia berhasil ke arah kemantapan iman dan kedewasaan pemikiran seseorang hamba dalam menjiwai agamanya.

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, Nabi SAW bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."




Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."




:Ya, aku mahu di jalan jihad!

Friday, April 6, 2012

~Penjual yang baik~


Minggu lepas, aku mengikuti program seminar di Ayer Keroh, Melaka. Program tersebut berlangsung selama 3 hari. Pada hari ke-3, aku berkesempatan melawat kawasan Bandar Hilir, Melaka sebelum pulang ke Tanjung Malim. Antara tempat yang sempat aku lawati ialah kota A. Famosa, Komplek Muzium Maritim dan kedai-kedai kraftangan di sekitarnya. Semasa aku berjalan2 di sekitar kedai-kedai kraftangan, setiap penjual cuba menarik minat pelanggan untuk berkunjung ke kedainya. Sikap ramah dan murah dengan senyuman oleh panjual disekitar kedai di Bandar Hilir itu membuatkan aku sangat selesa dan gembira.


kawan2ku sedang shopping..keh3

Sering sekali seorang penjual gagal mencapai puncak penjualan tertinggi, yang hanya disebabkan oleh penjual tidak mampu menjadi seorang komunikator yang hebat dalam untuk menjelaskan kehebatan dan keunggulan produknya kepada pelanggan. Oleh sebab itu, seorang penjual tidak sekadar cukup memiliki bakat dan kemampuan menjual yang hebat, tapi juga harus menjadi seorang komunikator yang handal.  selain mempunyai komunikasi yang hebat, sikap  yang mesra pelanggan dengan mempamerkan dapat menyenangkan dan membuatkan pelanggan berasa selesa untuk berkunjung di kedainya.

~Bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan~


Pagi semalam, aku mengikuti kelas sosiolinguistik Bahasa Melayu.Semasa sesi P&P, kami ada membincangkan tentang banyak perkataan Kelantan berasal daripada bahasa Inggeris.  Perkataan yang biasa digunakan oleh penutur dialek Kelantan sepertiBekwoh” membawa maksud Big Work.Bekwoh adalah kenduri. Kenduri di kampung sangat meriah, memerlukan tenaga yang ramai untuk menjayakannya. Selalunya menggunakan tenaga orang-orang kampung. Maka, akibat kerja-kerja besar ini, orang-orang tua memanggilnya big work, tapi, apabila dikelantankan ia menjadi bekwoh.

Bek woh=Big work
Terdapat banyak lagi perkataan Kelantan lain yang sangat mencuit hati dan sangat pelik yang asal usulnya kebanyakan daripada bahasa arab dan inggeris. Yang terlintas di fikiranku tika ini adalah
‘Juto Naire = Millionaire
Knaling = Adrenalin
Bok = Book = Buku
Kale = Kalam = Pensil
Ghok = Rob = Hutan/Belukar


Generasi muda kini, banyak yang tidak mengetahui tentang perkataan-perkataan tulen dialek Kelantan. Risau juga kelak, apabila zaman berganti zaman, keunikan sebegini akhirnya terkubur begitu sahaja. Rugilah kita  apabila khazanah ini dibiarkan terkubur begitu sahaja tanpa diterokai dan digunakan.

~pemimpin~




Semalam, aku ada terbaca satu ruangan blog salah seorang rakanku. Dia menuliskan suatu kisah mengenai pemimpin yang berjiwa rakyat. Pemimpin tersebut merupakan Ketua Menteri Perak iaitu Datuk Dr.Zambry. Dalam blog tersebut dipamerkan gambar Dr. Zambry  menggunting rambut di kedai yang cukup simple.

Pendapatku, Dr Zambry merupakan salah satu pemimpin peringkat negeri yang boleh dikagumi dan namanya cukup harum di mulut rakyatnya. Gambar Dr Zambry mendapatkan khidmat menggunting rambut di kedai yang cukup biasa dan sederhana itu membayangkan jiwanya yang sentiasa dekat dengan rakyat. Kalau ada orang berkata bahawa ini adalah suatu politik murah, inginku menyeru kepada mereka untuk berbuat seperti Dr Zambry.Sanggupkah?Jika diikut kepada kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar tentulah beliau mampu untuk ke kedai gunting yang lebih eksklusif tetapi sikap rendah diri sebeginilah yang rakyat inginkan.

~Perkhidmatan yang baik~


Hari selasa yang lalu, aku dan rakanku,Rahimah telah pergi ke Bank Islam di pekan Tanjung Malim untuk membuat kad ATM yang baru. Setibanya kami di bank tersebut, seorang pegawal keselamatan melemparkan senyuman kepada kami seraya membukakan pintu untuk membenarkan kami masuk ke dalam bank tersebut. Disebabkan kami kebuntuan, pengawal keselamatan itu mendekati kami lalu ditanya tujuan kami ke situ. Selepas mendengar penjelasan kami, pengawal keselamatan itu mengarahkan kami untuk berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan di kaunter pertanyaan berdekatan dengan pintu masuk tadi. Semasa kami di kaunter pertanyaan, pegawai perkhidmatan itu memberikan layanan yang baik kepada kami. Proses komuniksi antara kami dan pegawai tersebut berjalan dengan baik dengan terpancarnya nilai berbudi bahasa dan kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan pelanggan.

Berdasarkan situasi yang telah aku lalui ini, nilai berbudi bahasa yang terdapat dalam diri pengawal keselamatan dan pegawai khidmat pelanggan itu seperti memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong pelanggan atau pelawat telah diaplikasikan oleh  mereka dengan baik. Kecekapannya dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa membiarkan pelanggan menunggu lama di kaunter di samping sikap kerjasama yang ditunjukkan dalam memberi khidmat dengan rela hati.

Monday, April 2, 2012

~Tempat solatpun tak selamat:Berhati-hati Ketika solat di mana-mana R&R

Kita memang tak dapat nafikan,sama ada surau, musolla atau masjid adalah tempat orang islam beribadat. Justeru, orang-orang islam yang memenuhkan surau juga merupakan kalangan yang patuh dan takut kepada Allah s.w.t. Namun, terdapat juga jenis manusia yang tidak takut dengan azab Allah. Ecah berkata sedemikian kerana di tempat mulia seperti surau pon , ada manusia jenis ini sanggup melakukan "Nahi Mungkar" iaitu mencuri barangan orang lain yang sedang menunaikan ibadah..Tegarnya manusia ini melakukan sedemikian..


Semalam, ecah n rakan2 singgah kat R&R Dengkil,selangor...kami dri Ayer keroh,Melaka dalam mengikuti Program Seminar Hari Sastera ke- 15 yg brlangsung selama 3 hari..dan kami nk balik ke tanjung malim..ecah n rakan2 singgah utk solat maghrib.. lbh kurang dlm kul 8.30 mlm kami stop kat R&R 2..amat menyedihkan...beg 4 rakan ecah dicuri oleh manusia yang tak takut dengan azab Allah..dalam surau 2..sanggup si pencuri ni..sah2 pompuan,sbb lam surau pompuan..masing2 dlm beg 2 ada kad ATM ,handphone,kamera digital,i/c n brg2 ln..duit lam akaun 2 orang rakan ecah xdpt diselamatkan..kerana no.pin yang digunakan oleh rakan2 ecah ini adalah no.i/C..pencuri 2 terus kuarkan duit x sampai setengah jam pon..licin duit lam bank dikebasnya.. msing2 xsempat nk block akaun..diorg lewat hnya beberapa minit tuk block....msing2 duitnya dalam RM1600 & RM 2000 lbh..kesian sangat ngan rakan2 ecah ni..dah la kami student..duit2 tu penting utk proses pgajian..



Jadi, peringatan kepada kita semua yang menggunakan R&R, berhati-hatilah ketika meninggalkan barang yang berharga di surau tersebut kerana dalam ramai-ramai yang berada di surau itu, ada syaitan yang bertopengkan manusia. Sila berhati-hati..
sentiasalah hati2 kat R&R dan dimana jua kita berada
pastikn no pin kad ATM bukan no I/c anda..

Berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..
smoga rakan2 ecah tabah menghadapi dugaan ini... si pencuri 2 biar Allah sahaja yang membalasnya..