BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, April 27, 2012

~PIBT Umbai terapung,BEsT!!!!~



Sebut sahaja Melaka, orang ramai pasti akan mengaitkan negeri tersebut dengan tempat-tempat bersejarah, antaranya bagunan Stadthuys , A Famosa, Gereja St.Paul dan Perigi Hang Tuah. Namun, selain terkenal dengan monumen bersejarah, Perkampungan Ikan Bakar Terapung(PIBT) di Umbai Baru, Jasin juga dikenali ramai terutamanya oleh penggemar makanan laut. Pemandangan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru, sangat cantik pada waktu malam. Sesekali terasa bayu laut menyapa pipi setiap pengunjung yang berada di situ. Setiap tempat ada keistimewaan yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai sudut perspektif. Begitu juga dengan PIBT,Umbai Baru. Di sini para penduduk masih lagi dapat meghirup udara yang segar kerana lokasinya yang berdekatan dengan Laut Selat Melaka dan terhindar dari pencemaran.
            Tidak ketinggalan pada Malam Sabtu bersamaan 31 Mac 2012 tepat jam 9.00 malam, seramai 350 peserta Hari Sastera ke-15 dijamu merasa keenakan set hidangan ikan bakar umbai yang istimewa sementara halwa telinga diperdengarkan dengan deklamasi puisi daripada ahli-ahli GAPENA dan persembahan kebudayaan. Kenduri Sastera nasional ke-15 diadakan di PIBT Umbai Baru sempena melaka 750 tahun yang bertemakan “Melaka sebagai pusat kesusteraan melayu dalam peradaban serantau’. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Sementara itu, Persatuan Penulis Negeri Melaka(PENAMA), Lembaga Bahasa Melayu Melaka dan Ikatan Persuratan Melayu(IPM) pula berperanan sebagai urus setia bersama GAPENA pada program yang berlangsung itu. Kenduri ini mampu merapatkan hubungan antara satu sama lain, selain memberi penghayatan terhadap perayaan Melaka 750 tahun yang disambut dengan penuh makna.
Nasi lemak + Sambal kicap
            PIBT Umbai Terapung telah menjadi lokasi pilihan untuk Majlis Kenduri Sastera Ke-15. Dengan keistimewaan tempat yang strategik, selesa untuk perjalanan program dan terdapat menu hidangan yang istimewa yang menyelerakan seperti yang lebih terkenal nasi lemaknya yang menjadi menu utama bagi menikmati hidangan ikan bakar diletakkan di atas meja setiap pelanggan menjadikan PIBT Umbai Terapung sesuai dijadikan tempat berlangsungnya Majlis Kenduri Sastera ini.
Set Hidangan yang sangat special..nyumm3!!

 Kelihatan PIBT Umbai Terapung di Melaka ini sememangnya sesak walaupun pada hari  berlangsungnya  kenduri adalah pada hari biasa. Kita dapat membayangkan keadaan di sini sekiranya pada musim cuti persekolahan dan ia pasti satu penghargaan kepada tetamu yang berkunjung ke Melaka apabila dibawa menikmati juadah di medan ikan bakar ini. Sememangnya tidak asing lagi kerana pihak kerajaan dan swasta juga sering memilih medan ikan bakar untuk menganjurkan majlis makan malam. 
Dengan terdapatnya tarikan lain seperti pengunjung boleh menyaksikan perahu dan bot nelayan pinggir pantai yang berlabuh di muara sungai menjadikan PIBT Umbai Baru ini menjadi sasaran lokasi untuk sesuatu majlis dan menikmati menu ikan bakar. Dapat diperhatikan pada saat berlangsungnya majlis kenduri ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar berlatarkan suasana majlis tersebut.


            Turut memeriahkan kenduri tersebut adalah pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang seramai 80 orang termasuklah ecah...huhu, selain daripada ahli GAPENA sendiri dan sasterawan dari negara-negara jiran. Majlis perasmian itu telah pun disempurnakan oleh speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad dan turut hadir bersamanya dalam majlis itu ialah isterinya Datin Wira Halimah Baba,dan ketua pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan .Terdapat sebanyak 15 persembahan puisi disampaikan pada malam berkenaan termasuk puisi yang turut disampaikan oleh Datin Wira Halimah Baba dan beberapa orang sasterawan dari seluruh negara selain rakan rumpun Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Selatan Thailand. Dalam keadaan santai dan bersahaja, masing-masing mempamerkan raut wajah yang ceria dan gembira dalam majlis kenduri sastera tersebut. 
Geng Tinggi..

Kami Geng Kecik..hihi


Pape pon..time ni memang sweet..jalan2 dpt ilmu, dpt makan..waaa..bahagia sangat..huhu =D

0 comments: