Minggu lepas, aku mengikuti program seminar
di Ayer Keroh, Melaka. Program tersebut berlangsung selama 3 hari. Pada hari
ke-3, aku berkesempatan melawat kawasan Bandar Hilir, Melaka sebelum pulang ke
Tanjung Malim. Antara tempat yang sempat aku lawati ialah kota A. Famosa,
Komplek Muzium Maritim dan kedai-kedai kraftangan di sekitarnya. Semasa aku
berjalan2 di sekitar kedai-kedai kraftangan, setiap penjual cuba menarik minat
pelanggan untuk berkunjung ke kedainya. Sikap ramah dan murah dengan senyuman
oleh panjual disekitar kedai di Bandar Hilir itu membuatkan aku sangat selesa
dan gembira.
kawan2ku sedang shopping..keh3 |
Sering
sekali seorang penjual gagal mencapai puncak penjualan tertinggi, yang hanya
disebabkan oleh penjual
tidak mampu menjadi seorang komunikator yang hebat dalam untuk menjelaskan
kehebatan dan keunggulan produknya kepada pelanggan. Oleh sebab itu, seorang penjual tidak sekadar cukup
memiliki bakat dan kemampuan menjual yang hebat, tapi juga harus menjadi
seorang komunikator yang handal. selain mempunyai komunikasi yang hebat, sikap yang mesra pelanggan dengan mempamerkan dapat
menyenangkan dan membuatkan pelanggan berasa selesa untuk berkunjung di kedainya.
0 comments:
Post a Comment