BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Saturday, June 30, 2012

Tips membeli gadget( HP)

As salamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 ecah semua..

Petang semua..hehe..Baru-baru ini ecah dan kawan2 ecah sempat shopping2 kat The Mines.Tujuannya mencari barang2 keperluan seperti kasut, ABM dan kelegkapan rumah untuk masa praktikum. Ok, hari ni ecah bukan nak gosip2 ... hari ni terpanggil plak ecah  menulis tentang tips membeli gadget especially beli Handphone(HP).. U all kena taw beberapa tips tuk membeli HP. Bukan apa, macam ecah sdiri pon sekiranya ingin membeli HP baru pasti akan cari beberapa tips. Tujuannya supaya tidak tertipu dengan para penjual HP.Dan yang sangat2 penting pergi ngan orang yang mahir lam bab2 HP ni(sdikit mahir pon oklaa..hehe)

Long~Tuan Empunya HP baru..

HUrmm..baiklah,ramai antara kita pernah beli HP sendiri.(law dulu2 mum & dad yang belikan..so,xde la kita nk survey2 cari HP) so, skunk maybe kita semua dah mula membeli sendiri. Tapi U all kene taw ramai antara pembeli HP skunk ni mudah sangat tertipu dek peniaga2 HP ni..Tauke2 ni kadang2 bukan boleh pakai sangat..pandang untung je lebih..

Okeh, berdasarkan pengalaman ecah sendiri yang acap kali jugak la membeli  dan menemani kawan2 membeli HP. Ada saja tawaran yang dibuat oleh peniaga2 HP ni. Masing2 nak tarik perhatian supaya kita terjerat dengan tawaran mereka. Namun, kita perlu bijak dalam memilih. Kadang-kadang ape yang mereka tawarkan sebenarnya lebih murah harganya jika hendak dibandingkan dengan tawaran yang kononnya dia bagi 2 perpatutan..so, bijak skit ye kawan2 sebelum menerima  tawaran mereka. 

wif sony ericsson, xperia X8 yang dibeli oleh long

Tips membeli HP:


Pertama skali, kita perlu bijak tawar-menawar-survey banyak2 kedai dulu..bandingkan harga dengan setiap kedai.xpe law survey banyak2.yang untung kita jugak taw.bila dah jumpa yang berkenan di hati..apa lagi coba2 la mintak tawar harga kat tauke kedai 2..tawarkan harga serendah mungkin.acah2 la skit..penting taw tuk physco tauke2 ni..believe me..

Kemudian, jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj- haaa ni salah satu nye..law beli HP yang agak2 greatest2 nih..macam2 sortware la nak ade lam 2..law nak beli HP macam ni jangan mudah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software yang tu masuk software yang ni lebih murah..semua tu xyah nak risau la sangat sebab law nak taw software2 semua 2 kita boleh masukkan sdiri okey!(Dulu ecah hampir dikencing gak oleh tauke HP sal software2 ni...kene bayar beb law nak..haishhhh terus xjadi)



Satu lagi, jangan bayar lebih untuk beli memory card
Fuhhh, ini satu lagi 'sindiket' secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, U all tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.kat PC Fair lagi murah dan tersangatlah murah law U all pergi Low Yat Plaza dah memang tawarkan harga PC Fair malah jauh lebih murah daripada PC Fair yang ada 3 kali setahun tuu.
So korang jangan lah 'ter'bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.

Screen protector lebih RM10 say bye bye.Okay, ecah kalau beli handphone, ecah tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang U all nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.(dulu,masa ecah nk beli iPhone S, tauke 2 siap tawar harga rm30 tuk screen protector..huishhh..mahal giler..xamik kooo!!)

So apa yang ecah sarankan, kalau U all nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau U all nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. U all pun dapat save budget...hehe(ecah ler ter aw bab2 save budget..haha)

Hehe, yang ni untuk U all yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. U all tengok no. IMEI dekat handphone baru U all tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.

 untuk mengetahui keaslian handphone yang ingin dibeli.
Tekan *#06# akan tertera satu siri nombor unik contohnya seperti 359598040475402. Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8. Contohnya, untuk no siri 359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.
Dari sini anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli. Rujuk data di bawah.
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
bergambo sebelum balik..hehe

Okeh,setakat ni aje tuk entry kali ni.Semoga tips di atas dapat membantu U all semasa membeli HP baru..sekian.wassalam.(^_^)

Friday, June 29, 2012

Temasya Olahraga Tahunan SMK DZM ke-46

 Pada 28 Jun  2012 SMK Dato' Zulkifli Muhammad telah mengadakan temasya sukan olahraga yang ke-46. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 2.30 petang.

     Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik untuk  VIP.Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera2 Negeri dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian tepi padang .

Kami sebagai guru praktikum turut membantu pihak sekolah untuk menjayakan sukan sekolah ini.
 Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan hari semalam sangat baik walaupon pada jam 2.30 petang panas terik, namun angin bertup  sepoi2 bahasa.


Sehari Sebelum Hari Sukan 


Yeah! Cikgu Sarah membantu Cikgu Fitriyana menjahit mengetap bibir nampaknya(rasa cam nak gigit je jarum 2 kan?sebab kulit tilam 2 tebal sangat,susah nak  jahit)

Cikgu Sam~Berbaju Putih gigih mengecat  tiang bendera bersama pelajar

Cikgu Ecah Shaimi menurunkan ilmu menjahitnya kepada Cikgu Fitriyana

Hari Sukan SMKDZM

Cikgu kecik2 cili padi okeh!!..hehe

Peace smuaaaaa(^_^)V

Maskot Mr.Potato wif gitarnye


Lintas hormat para atlit rumah2 sukan

Pasukan Rumah  Enggang(ungu) & Rumah cenderawasih (Oren)


Kuning(Jentayu), Biru(Kasuari),Hijau(Rajawali)


Ketibaan adun kawasan Slim River disambut oleh pengetua SMKDZM sekolah ini iaitu  Pn. Hjh. Zaharah bt. Hussein serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. 

       Selepas  upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur.

      Antara acara kemuncak yang dipertandingkan pada hari itu seperti acara lari 100 meter, 4x 100 meter dan 4 x 200 meter. Kira-kira pukul 6.00 petang, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan.Pengetau sekolah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-46  ini ialah pasukan Rumah Rajawali(Hijau). Majlis  bersurai pada pukul 6.30 petang.



~Minggu Pertama Cikgu Ecah @ SMKDZM~

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam masa seminggu ni, kelihatan guru-guru pelatih jenama UPSI kerap melahirkan rasa hati hari pertama, upload gambo hari pertama la ,lagak budak2 la ,hari  sukan sekolah la, dan macam2 lagi lah..hik3..ecah pon samalah..kikikik.

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancarnya.. Hari pertama melapor diri di SMK Dato' Zulkifli Muhammad. Ecah pergi bersama seorang lagi rakan yang sama-sama membuat latihan mengajar iaitu Fitriyana a.k.a Long. 1st week as a teacher  sdikit hangin dengan kerenah pelajar,namun semuanya dapat dihadapi dengan baik.=D...Sebabnya ecah dah baca tip2 di bawah ni sebelum g sekolah..huhu.. saje2 baca lam salah satu blog yg ecah search pada malam sebelumnya(sebab nervous sesangat la yg cari tips ni..hahaahaa).Walaupun bukan semua tips ini ecah amalkan,namun sedikit sebanyak ada juga yang ecah lakukan..sangat membantu taw..

Tips Hari Pertama Mengajar di Sekolah
Langkah-langkah utama yang perlu diberi perhatian:
1. Memohon pertolongan daripada Allah SWT secara 
berterusan dalam melaksanakan tugas yang berat ini.
2. Ingat selalu terhadap objektif dan matlamat 
pengajaran dan hasil dari pengajaran yang akan diperolehi nanti.
3. Gigih dan tekun dalam mengajar.
4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang pendidik.
5. Timbulkan rasa kasih sayang dan suka terhadap
 murid dan rapat dengan mereka tetapi bersikap tegas.

Langkah-langkah khusus hari pertama mengajar:
1. Anda melangkahkan kaki anda ke dalam 
kelas sebagai seorang yang serius, teguh, tenang 
dan tidak bersikap gementar, risau atau takut.
2. Anda menzahirkan air muka dan wajah anda
 sebagai seorang yang serius tetapi tenang, 
tidak terlalu suka dengan senyuman dan
 tidak terlalu garang dengan kemarahan. 
Dengan ini murid akan berasa takut kepada anda
 pada peringkat permulaan dan menyebabkan
 mereka mahu belajar dengan baik dan tidak 
berani melakukan perkara lain walaupun sesaat. 
Seolah-olah anda telah menguasai mereka.
3. Mendiamkan diri terlebih dahulu beberapa saat
 atau memulakan percakapan dengan tenang dan
 jelas berdasarkan keyakinan anda yang tinggi.
 Apabila anda diam terlebih dahulu, maka kelas pun
 akan menjadi senyap kerana murid baru pertama kali 
melihat dan mengenal diri anda. Apabila anda melihat 
ada murid bergerak ke sana sini, anda bolehlah menegur 
mereka terlebih dahulu.
4. Pastikan gaya dan cara percakapan anda teratur
 dan sedap didengar dan tidak terputus-putus atau gagap.
 Murid akan menilai diri anda berdasarkan gaya
 percakapan anda. Pada hari pertama ini, eloklah
 dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid dan guru.
5. Memberikan sepenuh perhatian mata anda 
kepada semua murid sama ada ketika bercakap atau diam. 
Jangan hanya memandang kepada seseorang atau
 sekumpulan murid sahaja. Ini akan memberikan 
peluang kepada individu atau kumpulan murid yang
 tidak diberikan perhatian membuat perkara-perkara
 yang tidak berkaitan.
6. Selepas bercakap dengan nada yang serius,
 anda bolehlah sedikit demi sedikit menzahirkan 
senyuman di wajah anda. Ini adalah supaya untuk 
mengambil hati murid dan tidak menyebabkan 
mereka rasa keluh kesah atau tidak senang hati terhadap anda.
7. Adalah penting bagi anda pada hari pertama
 ini anda bersikap tegas dengan mengawal
 keadaan disiplin di dalam kelas. Jangan beri 
langsung peluang kepada murid untuk bermain-main
 dan membuat bising. Apabila anda bijak berinteraksi 
dengan mereka, anda akan mampu mengawal kelas tersebut. 
Jika tidak, kelas itu akan menjadi tidak terkawal.
8. Selepas anda memperkenalkan diri anda, 
anda boleh meminta setiap murid memperkenalkan
 diri mereka pula. Jangan lupa mengucapkan kata-kata 
pujian dan semangat kepada mereka.(yang ni ecah 
xsempat n buat sebab masa x cukup)



Long

Ecah

Kasut 4 inciKu..hari pertama je ecah pakai..hari kedua pkai kasut lain dah..xlarat nak naik turun tangga pakai kasut nih..hahaha


Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk minggu2 yang seterusnya(15 minggu lagi ...semoga maju jaya guru2 pelatih UPSI dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan baik, sabar dan tenang..Amin..


Sekian..

Saturday, June 23, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Padi




Bahan-bahan ( sesuai la untuk dlm 3-4 org makan... )

  • 2 ekor ketam (bersihkan dan dipotong 4) santan pekat ,cili padi 5-10 biji serai 2 batang kunyit sebesar 1/2 ibu jari(jika kurang kuning tambahkan sedikit serbuk kunyit sedikit garam tp yg ni ecah masuk kunyit sebuk jew) Halia 1/5 inci, lengkuas 1/2 inci, garam ,dan gula

Cara-cara

  1. tumbuk cili padi bersama dgn kunyit. tumbuk hingga lumat ketuk serai. masukkan santan ke dlm periuk dan masukan bahan yg telah ditumbuk. masukan juga serai,halia & lengkuas. kacau santan perlahan2 kemudian masukkan ketam. masukkan garam dan sedikit gula. hidangkan bersama nasi panas.

Bersenam Amalan Gaya Hidup Sihat

















Wednesday, June 13, 2012

3 janji



As salamualaikum...

Hi,sahabat2 ecah semua..harap semua sihat dengan izin-Nya..
hari ni, ecah baru je berkesempatan menghabiskan masa menonton drama "3 Janji" episode akhir....huhu..agak ketinggalan kan.xpe la, kan ade  MMF ..tengok je kat sini. Ecah tak sempat tengok sebab semalam otw kembali pulang  ke Tanjung Malim.


OST 3 Janji~Mana oh mana~Aizat

Mengisahkan tentang dua orang kawan baik Dalia dan Kursyi yang berkawan baik sejak sekolah rendah. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik buat Dalia. Dahlia melanjutkan pelajaran,dan berkenalan dengan beberapa jejaka yang menyukainya.Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?Apatah lagi,jiran baru Kamil, mempunyai wajah seiras Khursyi. Sejak itu,Dahlia cuba untuk mendekati Kamil,walaupun Kamil tak endahkannya.

~3 JANJI memaruhkan lakonan hebat Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya.
Berkisar tentang citer episode last ni...terjawab sudah siapa yang berjaya menggantikan tempat Khursyi..uhuuiiiii...menitis air mata la. Akhirnya Dalia bersatu dengan Yassin.Terharu dengan nilai persahabatan yang terdapat  pada episode last ni. Inilah nilai yang perlu ada dalam persahabatan.  Ending sangat memuaskan hati.. cayalahhhh!



Saturday, June 2, 2012

Drama Pendek Subjek Sosiolinguistik

As salamualaikum...

Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra. Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui lakonan dan dialog. Kebiasaannya drama menampilkan  sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita seharian sehingga para penonton merasakan  diajak untuk menyaksikan dan merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat.
Menghasilkan satu drama bukan senang. Kami pelajar Major Bahasa Melayu diwajibkan mengambil  subjek Sosiolinguitik Bahasa Melayu. Subjek ini mengandungi beberapa tugasan yang perlu kami laksanakan, salah satunya adalah menghasilkan satu rakaman  drama pendek. Rakaman drama pendek ini merupakan hasil kerja kumpulan kami. Drama ini bertemakan nilai positif yang terdapat dalam kehidupan bermasyrakat termasuklah dalam kehidupan kita juga. Ecah sendiri tidak menafikan terdapat sesetengah situasi yang terdapat dalam drama pendek ini berlaku dalam hidup ecah.

Walaupun pembikinan drama ini tidak sehebat drama-drama yang terdapat di TV. Namun, proses menghasilkannya memberi 1001 erti kepada kami. Ianya mengajar kami erti ingin mencuba, berusaha, bekerjasama, komitmen dan sebagainya. Melalui tugasan ini jugalah kami dapat mengesan tahap kebolehan kami dalam menghasilkan sesebuah drama. HUrrmm..tak sangka kebanyakkan antara kami yang memiliki bakat untuk berlakon. Walaupun lakonan kami nampak serba-serbi kekurangan, namun kami cuba untuk buat yang terbaik. Biasalah, BUDAK BARU BELAJAR!(^^,)

Jadi, di bawah ini merupakan hasil rakaman drama pendek lakonan kami.
Kami bukan pelakon, sekadar penterjemah mesej moral. Semoga bermanfaat buat semua.

# Yang baik itu datangnya drpd Allah & yg buruk itu datangnya drpd diri kami yg penuh kelemahan ini.

~Sepetang penuh Syafaat~


Individu yang terlibat dalam pembikinan drama ini:
Rasyid

Ecah

Zalika




Long 

 
             Zurin


Nina
Dayah & Nora

Azira

Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

As salamualaikum...

MOJO???kumpalan artis baru mana ni?macam pelik je nama..takde nama lain ke? Akak senior ecah la,Kak Sya perkenalkan lagu kumpulan ni tuk ecah. "Andaiku Bercinta Lagi" Perghhhhhh!!!skali dengar menusuk kalbu.Memang kena ngan jiwa..hahaha..motip sangat cik cah oiiii!
MOJO
Sebenarnya Mojo merupakan sebuah kumpulan baru yang muncul dengan EP pertama mereka yang mengandungi tiga lagu termasuk satu lagu ciptaan komposer dan penerbit terkenal, Edry Abdul Halim.

Maksuh perkataan MOJO ialah aura atau dalam erti kata lain sebagai x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.haaaa...gitu la gamaknya maksud disebalik nama Mojo ni..dulu terfikir2 juga la ecah,sebab pelik sangat nama 2..tak pernah dengar dan tak pernah taw pon...hahaha.skunk dah taw action la skit..keh3

Andai Ku Bercinta Lagi merupakan lagu ciptaan Edry dan merupakan single pertama kumpulan Super-Band terbaru di bawah KRU Music yang mempertaruhkan konsep Synth-Rock.Dianggotai empat pemuzik serba pengalaman yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis One In A Million) selaku vokalis utama...ahaaaaaaaaaaa..memang sejak dari awal kemunculan aweera dalam OIM lagi ecah suka dia nih..hik3~encem,comel,cute,putih..ahhh..sebagainyalah, kemudian, Denny (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman) selaku gitaris dan pemain dram dan Johar (anggota kumpulan Tilu).

Menariknya, kumpulan ini turut menampilkan Edry sebagai pemain synthesizer, sekali gus melengkapkan kumpulan dinamik ini.Sebagai permulaan sebelum mengeluarkan album penuh yang bakal diterbitkan menjelang akhir tahun ini, Mojo akan memperkenalkan dua lagi single iaitu Agar Tetap Indah ciptaan gitaris, Denny dan Mimpi ciptaan pemain dram, Johar.Mojo bakal memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin....haaaa..macam pandai2 cakap plak ecah pasal kumpulan ni,kan?hahaha...sebenarnya maklumat ni ecah terbaca kat akhbar Sinar Harian edisi 24 Mac 2012 yang lalu..Jadi, ada la skit2 maklumat pasal kumpulan MOJO ni..gituuu..hehe!

lagu ni mengungkap kisah hati  seorg lelaki yg telah kehilangan org yg dia syg....andailah dia bercinta lagi, adakah masih ada ruang dlm hati dia utk mencintai wanita lain sedangkan org yg dia syg masih bertakhta di hati...Antara cinta, kasih, sayang dan rindu... Rindu tu perit. Dapat rasa keperitan dia dalam lagu ni....huhuhuhu...sedeynya... ;( walupun ecah ni wanita namun ecah dapat rasai apa yang lelaki ni rasa..(cewah!gitu ye cik cah...hahaha). kisah penceritaannya MTV ni pun menarik juga dengan si wanita ni meningglkan amanat kepada si lelaki ni(suaminya),nak taw amanatnya kena tengok betul2 MTV ni..huhu..skunk lagu ni dah jadi lagu tema tuk drama Ameera.sesuai sangat..Ecah pon suka citer 2..sedey kot!

Ni MTV "Andaiku bercinta lagi" + ngan lirik skali.senang sape2 nak karok.tapi ingat sape2 yang mudah touching 2 sediakan tisu ditangan k..keh3..




Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Tolak-menolak



“10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, tolakkkk!!!”. sekumpulan pelajar yang dikenal pasti merupakan kalangan junoir menjerit beramai-ramai dari arah belakangku dan kemudiannya menolak dengan kasar. “Woi, ape ni tolak-tolak. Sabar la woi”. Satu lagi suara lantang yang kedengaran dari arah tepi kananku. “Aztaghfirullahalazim”. Istighfarku dalam hati. Hampir tersungkur diriku ini di tangga bas. Mereka lansung tidak menampakkan unsur belas terhadap kelakuan mereka terhadapku. Malahan mereka tersenyum bangga dan tidak menunjukkan rasa bersalah dengan tindakan mereka tersebut. Selama aku menaiki bas, inilah kali pertama aku hampir tersungkur di tangga bas akibat aksi tolak-menolak untuk berebut menaiki bas.




Situasi di atas merupakan situasi ketika saya menaiki bas di Taman Bernam untuk pulang ke Kampus Induk UPSI. Pada pendapat saya, situasi ini menunjukkan pelajar-pelajar tersebut tidak berfikir panjang dengan tindakan mereka itu. Dengan tindakan sedemikian,  mereka secara tidak langsung telah mengundang kesusahan kepada orang lain. Mungkin juga boleh membawa kemalangan seperti tersepit dan jatuh tersungkur. Sepatutnya mereka tidak melakukan aksi tolak-menolak untuk menaiki bas. Mereka seharusnya beratur dan mengikut giliran untuk menaiki bas tersebut. Bukan dengan cara berebut-rebut dan menolak orang di hadapan mereka untuk naik dengan cepat. Tindakan itu sangat memalukan sekiranya masyarakat sekeliling melihatnya. Kita sebagai bakal guru perlu menjaga keperibadian diri supaya nampak elok di mata masyarakat.