As salamualaikum....
Jam menunujukkan pukul 5.05 petang. Aku baru sahaja selesai
solat Asar. Lantas,aku mengadap komputer
ribaku. Lalu ku menekan butang klik untuk memasuki laman muka buku. Kemudian,aku
terbaca satu kenyataan yang baru ditulis
dalam laman muka buku salah seorang seniorku. Dia menyatakan kisahnya yang baru
pulang dari sesuatu tempat.Dia telah menahan sebuah teksi untuk pulang ke tempat kediaman. Disebabkan
teksi itu boleh memuatkan beberapa lagi penumpang,maka seorang lelaki Melayu menaiki teksi yang sama dengan seniorku
tadi.Tambahan pula destinasi yang dituju oleh mereka adalah sama. Dalam
perjalanan pulang, mereka sempat berbual-bual dengan pakcik berbangsa India yang
memandu teksi tersebut. Semasa berbual, lelaki Melayu itu menggunakan kata
ganti nama dirinya “aku” dengan pak cik teksi itu. Seniorku mengomel dalam
hati. “Rasa macam nak bagi
penyepak ja kat mamat ni. Tak ada adab langsung !! Buat malu bangsa ja....!!
Aku merupakan kata ganti nama
diri pertama yang paling luas penggunaannya sama ada dalam perbualan lisan
mahupun dalam persuratan. Kebanyakan yang pernah terjumpa dalam cerpen, novel
atau sajak digunakan kata ganti nama diri aku. Perkataan aku juga kita gunakan
apabila bercakap dengan diri sendiri dan berdoa kepada tuhan yang Esa. Jarang
sekali antara kita yang menggunakan perkataan 'saya' dalam doanya, bahkan dalam
percakapan dengan dirinya sendiri. Berdasarkan situasi di atas penggunaan kata
ganti nama diri aku yang sememangnya
benar menjadi kasar sewaktu berbicara
dengan mereka yang lebih berumur daripada kita. Saya bersetuju dengan perkara
yang dikatakan oleh senior saya itu “buat malu bangsa”. Situasi ini amat memalukan bangsa Melayu .
Sepatutnya,bangsa Melayu perlu menunjukkan nilai budi pekerti yang tinggi,
hebat dengan nilai kemelayuan.Kita perlu menjaga bahasa kerana bahasa
melambangkan bangsa. Kita perlu pandai membahasakan diri dalam pergaulan. Bukan
semua orang yang boleh menerima dengan apa yang kita tuturkan. kadangkala kita
perlu berfikir akan sensitiviti orang sebangsa atau tidak sebangsa dengan kita.Perkara ini jelas menunjukkan
bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam
kehidupan seharian.
0 comments:
Post a Comment