BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, June 29, 2012

Temasya Olahraga Tahunan SMK DZM ke-46

 Pada 28 Jun  2012 SMK Dato' Zulkifli Muhammad telah mengadakan temasya sukan olahraga yang ke-46. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 2.30 petang.

     Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik untuk  VIP.Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera2 Negeri dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian tepi padang .

Kami sebagai guru praktikum turut membantu pihak sekolah untuk menjayakan sukan sekolah ini.
 Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan hari semalam sangat baik walaupon pada jam 2.30 petang panas terik, namun angin bertup  sepoi2 bahasa.


Sehari Sebelum Hari Sukan 


Yeah! Cikgu Sarah membantu Cikgu Fitriyana menjahit mengetap bibir nampaknya(rasa cam nak gigit je jarum 2 kan?sebab kulit tilam 2 tebal sangat,susah nak  jahit)

Cikgu Sam~Berbaju Putih gigih mengecat  tiang bendera bersama pelajar

Cikgu Ecah Shaimi menurunkan ilmu menjahitnya kepada Cikgu Fitriyana

Hari Sukan SMKDZM

Cikgu kecik2 cili padi okeh!!..hehe

Peace smuaaaaa(^_^)V

Maskot Mr.Potato wif gitarnye


Lintas hormat para atlit rumah2 sukan

Pasukan Rumah  Enggang(ungu) & Rumah cenderawasih (Oren)


Kuning(Jentayu), Biru(Kasuari),Hijau(Rajawali)


Ketibaan adun kawasan Slim River disambut oleh pengetua SMKDZM sekolah ini iaitu  Pn. Hjh. Zaharah bt. Hussein serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. 

       Selepas  upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur.

      Antara acara kemuncak yang dipertandingkan pada hari itu seperti acara lari 100 meter, 4x 100 meter dan 4 x 200 meter. Kira-kira pukul 6.00 petang, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan.Pengetau sekolah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-46  ini ialah pasukan Rumah Rajawali(Hijau). Majlis  bersurai pada pukul 6.30 petang.



1 comments:

Anonymous said...

buy xanax xanax 2mg half life - can mixing xanax and alcohol kill you