“10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, tolakkkk!!!”. sekumpulan pelajar
yang dikenal pasti merupakan kalangan junoir menjerit beramai-ramai dari arah
belakangku dan kemudiannya menolak dengan kasar. “Woi, ape ni tolak-tolak.
Sabar la woi”. Satu lagi suara lantang yang kedengaran dari arah tepi kananku.
“Aztaghfirullahalazim”. Istighfarku dalam hati. Hampir tersungkur diriku ini di
tangga bas. Mereka lansung tidak menampakkan unsur belas terhadap kelakuan
mereka terhadapku. Malahan mereka tersenyum bangga dan tidak menunjukkan rasa
bersalah dengan tindakan mereka tersebut. Selama aku menaiki bas, inilah kali
pertama aku hampir tersungkur di tangga bas akibat aksi tolak-menolak untuk
berebut menaiki bas.
Situasi di atas merupakan situasi ketika saya menaiki bas di Taman Bernam untuk pulang ke Kampus Induk UPSI. Pada pendapat saya, situasi ini menunjukkan pelajar-pelajar tersebut tidak berfikir panjang dengan tindakan mereka itu. Dengan tindakan sedemikian, mereka secara tidak langsung telah mengundang kesusahan kepada orang lain. Mungkin juga boleh membawa kemalangan seperti tersepit dan jatuh tersungkur. Sepatutnya mereka tidak melakukan aksi tolak-menolak untuk menaiki bas. Mereka seharusnya beratur dan mengikut giliran untuk menaiki bas tersebut. Bukan dengan cara berebut-rebut dan menolak orang di hadapan mereka untuk naik dengan cepat. Tindakan itu sangat memalukan sekiranya masyarakat sekeliling melihatnya. Kita sebagai bakal guru perlu menjaga keperibadian diri supaya nampak elok di mata masyarakat.
0 comments:
Post a Comment