As salamualaikum...
MOJO???kumpalan artis baru mana ni?macam pelik je nama..takde nama lain ke? Akak senior ecah la,Kak Sya perkenalkan lagu kumpulan ni tuk ecah. "Andaiku Bercinta Lagi" Perghhhhhh!!!skali dengar menusuk kalbu.Memang kena ngan jiwa..hahaha..motip sangat cik cah oiiii!
MOJO |
Sebenarnya Mojo merupakan sebuah kumpulan baru yang muncul dengan EP pertama mereka yang mengandungi tiga lagu termasuk satu lagu ciptaan komposer dan penerbit terkenal, Edry Abdul Halim.
Maksuh perkataan MOJO ialah aura atau dalam erti kata lain sebagai x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.haaaa...gitu la gamaknya maksud disebalik nama Mojo ni..dulu terfikir2 juga la ecah,sebab pelik sangat nama 2..tak pernah dengar dan tak pernah taw pon...hahaha.skunk dah taw action la skit..keh3
Menariknya, kumpulan ini turut menampilkan Edry sebagai pemain synthesizer, sekali gus melengkapkan kumpulan dinamik ini.Sebagai permulaan sebelum mengeluarkan album penuh yang bakal diterbitkan menjelang akhir tahun ini, Mojo akan memperkenalkan dua lagi single iaitu Agar Tetap Indah ciptaan gitaris, Denny dan Mimpi ciptaan pemain dram, Johar.Mojo bakal memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin....haaaa..macam pandai2 cakap plak ecah pasal kumpulan ni,kan?hahaha...sebenarnya maklumat ni ecah terbaca kat akhbar Sinar Harian edisi 24 Mac 2012 yang lalu..Jadi, ada la skit2 maklumat pasal kumpulan MOJO ni..gituuu..hehe!
lagu ni mengungkap kisah hati seorg lelaki yg telah kehilangan org yg dia syg....andailah dia bercinta lagi, adakah masih ada ruang dlm hati dia utk mencintai wanita lain sedangkan org yg dia syg masih bertakhta di hati...Antara cinta, kasih, sayang dan rindu... Rindu tu perit. Dapat rasa keperitan dia dalam lagu ni....huhuhuhu...sedeynya... ;( walupun ecah ni wanita namun ecah dapat rasai apa yang lelaki ni rasa..(cewah!gitu ye cik cah...hahaha). kisah penceritaannya MTV ni pun menarik juga dengan si wanita ni meningglkan amanat kepada si lelaki ni(suaminya),nak taw amanatnya kena tengok betul2 MTV ni..huhu..skunk lagu ni dah jadi lagu tema tuk drama Ameera.sesuai sangat..Ecah pon suka citer 2..sedey kot!
Ni MTV "Andaiku bercinta lagi" + ngan lirik skali.senang sape2 nak karok.tapi ingat sape2 yang mudah touching 2 sediakan tisu ditangan k..keh3..
Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
0 comments:
Post a Comment