BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, November 22, 2012

~Cincin: "Eh dah berpunya la"..."yeke?"~

As salamualaikum...

Hi hi sahabat,Selamat petang semua..Actually petang ni ecah nk story skit pasal cincin. Kebanyakan wanita mahupun gadis2 mmg suka pakai cincin.Termasuk ecah juga.hihi.Ecah pakai cincin, so tak bermakna ecah sudah bertunang mahupun berkahwin(Ceh..cam promote diri ni Single la gitu..muhehehe)

Ok, sebenarnya cincin hanyalah suatu perhiasan semata-mata dan memakai cincin itu adalah sunnah nabi taw. law tak percaya pergilah tanya ngan uncle google..pasti de je info tentang nih..try la try la..

Sesetengah gadis suka pakai cincin sebab mereka tak mau diganggu oleh boboy kat luar sana walaupon mereka masih single(ni salah satu sebab la yang berdasarkan pengalaman sendiri and kenalan2 ecah yang terdekat..huhu)

Pada gadis2 yang memakai cincin % untuk kene ngorat oleh boboy lebih rendah la yerrr..haha(boleh ke macam tu?..huuhuu)
Ye la..sesetengah Boboy2 luar sana tu mesti la tengok kat jari dulu.nak pastikan gugurl ni hak milik orang atau sebaliknya..

Tapi bagi ecah, skunk ni x semestinya gugurl yang pakai cincin tu dah jadi milik orang. Cincin skunk ni dah jadi trend tuk para gugurl lahhh..
Macam ecah sendiri memang suka pada emas(stakat ni ade la koleksi tersendiri..alhamdulillah).
Salah satunya cincin.memang ecah suka pakai cincin. nampak kewanitaan di situ..huhu

Tapi skunk ni dah tak pakai cincin emas lagi dah..just pakai yang perak jew..
sebab cincin emas tu dah tercabut permata berliannya.sangat2 sedih.
berlian tu ori taw..ecah sedar berlian dah xde masa pulang dari rumah Mak sue kat Balakong..
hurmmm..sangat sedih..
bTw, nk buat macam mana...benda dah xde, redha je la..
So, tunggu je la de masa g repair blik..touch up blik mana yang xde tu kat kedai emas..gituhh..hehe

So, as conclusionnya..cincin ni sememangnya dah jadi trend tuk para gadis. Ingat juga dolu2 nenek xkasi jgk pakai cincin emas kat jari.katanya susah nak lekat jodoh.hahaha..iye2 je nenek..xleh caya gitu nek..x baik taw..
Jodoh tu ketentuan Allah. Sudah ditetapkan.so,Xyah risau la bab2 nak pakai cincin nih..kannnn

So, para gadis  di luar sana boleh la nak bertrend dengan cincin2 bagai nih..but jangan over2 plak..x baik jugak taw..So, niatlah untuk mengikut sunnah.Okeh.

Sekian,wassalam.



Hari-hari terakhir untuk kami @SMKDZM

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Rindu..seharusnya rindu..apatah lagi bila buka FB..ade je yang mengingatkan mereka dan kenangan bersama-sama mereka..bila godek blik album2 gambar dalam simpanan laptop..hurmmmm..akhirnya ade la beberapa keping gambar dalam sesetengah masa bersama mereka @ SMKDZM..

Hari-hari terakhir..
Yup, sememangnya sangat rindu moment itu..lebih2 lagi mereka2 sesi petang..mereka la..cikgu2 praktikum sesi petang..Fit, sarah, ain, umie n shamsul.
bila tengok gambar2 kenangan kami,senyum sorang2 mengingatkan apa yang berlaku dalam situasi gambar2 yang dilihat..rindunya pada kalian
Rindu nak berseloroh,berjenaka, usik-mengusik..huhu

Di bawah ni merupakan gambar2 2hari sebelum kami last berpraktikum  @ SMKDZM
Student2 kesayangan yang rancang semua ni
katanya sebagai kenangan antara kami semua bersama mereka..
auwww.so sweettttt 

Potong chocolate cake~fit pon nk pon sama2 nak potong kek tu jgk...boleh aje fit =D


Haaaaa tekejut Fit smapai terduduk atas lantai haaaa..Student2 ni siap de "bom" kertas lagi haaa(bom la sangat..hahaha)

okeh..yang ni harus la..peace daripada kami..huhu



nak pulak suap2 kek..tapi time lepas je captured pic ni, fit terus tonyoh kat muka ecah..erghhhhhhh..kurang asam punya fit..abis comot muka ecah...xpe2!!!

time ni rasakan la Fit oiiii..ecah pulak hantar serangan..hahaha
time ni fit pon kena lumur kek jugak kat muka..haaaaa...sampai terduduk dia kat lantai tu..sapa suh mula dulu kan..so,rasakannnn...hahahaahha

Jaya and Fit~alolololo..yang ni romantik sangat..

melihat gambar2 U all bukan saja tersenyum malahan tergelak pun jadi.Apa2 pon ecah rindu U all..satu masa nanti kita kumpul ramai2 geng kita n kuar sama2,picnic @ makan sama2..InsyaAllah.

Rindu Kalian.
Sekian,wassalam.

Mana Milik Kita?


As salamualaikum dan salam sejahtera...

Sesuatu Kejadian yang berlaku kadang2 sungguh tidak disangka. Namun, sejauh mana kita mengelak,lari, beringat..kalau sudah tertulis oleh-Nya, ia tetap akan terjadi.

Begitu juga berkaitan dengan rezeki. Bila ia bukan untuk kita, ia tetap akan terlepas daripada genggaman kita. Betul apa yang abah selalu ingatkan kepada ecah sejak kecil lagi.Semua di atas dunia ini bukan milik kita. Ianya hanya pinjaman kepada kita. 
Kecik2 dulu kita hanya dengar sahaja apa yang dikatakan..sekarang bila dah besar panjang ni baru faham dengan setiap perkara yang diperkatakan kepada kita.

Masih ingat lagi kalau dulu2, sekiranya sesuatu barang yang kita punya mesti kita akan tetap kata kita punya. 

yup!Ingat lagi, masa kecik2 dulu, ecah de banyak mainan like teddy(hadiah daripada mak uda..huhu), set mainan masak2, kereta mainan, helikopter mainan, radio merah hadiah dari singapore(abah belikan taw) dan macam2 lagi la...nak ceritanya semua barang2 ecah ,sorang pon xleh main.semua tu hak milik ecah sorang je..hah!sampai macam tu sekali. Tapi setiap kali nak main ngan sepupu sepapat n anak2 jiran selalu abah nasihatkan ecah, semua barang ni pinjaman  je untuk Along, nanti kalau Tuhan amik balik Along x blh main dah..dengan itu ecah cepat terpujuklah..huhu..(eee kedekutnya ecah kecik2 dulu..hik3)

Tapi beberapa hari yang lepas ecah terpujuk lagi bila Abah masih mengatakan sedemikian kepada Ecah. Tapi kali ni bukan kedekut nak kongsi mainan okeh! 
Time nih abah berkata sedemikian kerana ada satu kejadian telah berlaku kepada ecah and membuatkan ecah termenung sepanjang hari. Disebabkan ecah berkeadaan sedemikianlah, abah mengingatkan kembali apa yang sepatutnya ecah ingat dan buat.

"Long, semua yang ada di tangan kita ni,bukan milik kita.. Allah punya. Sebelum ni kita yang pegang, kita yang jaga, kita yang simpan..tapi kalau ianya bukan untuk kita, ia tetap akan pergi. Begitu juga rezeki,jodoh, ajal maut..semuanya sudah ditentukan oleh-Nya..Bila ianya bukan untuk kita, Allah akan tarik balik. InsyaAllah, lepas ni akan datang lagi sesuatu yang lebih baik. Sabar dan redalah dengan ketentuan-Nya. Ianya sudah tertulis''.Pujuk Abah.

"Alhamdulillah, Long dan kereta tak apa2. Bersyukurlah. Ujian tu setimpal dengan kemampuan Long. Bayangkan sekiranya ianya lebih teruk lagi..Long cedera parah, kereta rosak, kereta orang yang long langgar tu rosak teruk..macam mana long nak hadapi? Jadi, bersyukurlah dengan keadaan sekarang.Hanya sedikit kerugian yang long alami. Allah masih lagi bersama long. Long masih sihat..cukup anggota lagi..xde cacat celanya..Bersyukur.Anggaplah kejadian ni teguran daripada Allah. Fikirlah, mungkin ada sesuatu yang Dia ingin long ingat dan fikir balik..Setiap kejadian ada sebabnya.Ambil pengajaran.Dan ingat, redhalah..ikhlaslah menerima ujian ini..InsyaAllah, Long akan tenang".Tambah abah lagi dengan panjang lebar.

Yup!kata2 abah tu banyak betulnya. Sememangnya ecah masih ingat dan sentiasa ingat kata2 abah itu lebih2 lagi semasa kejadian itu terjadi.Itulah yang ecah fikir and ingat. Ecah cuba terima kenyataan.Tapi bila duduk sorang2 and termenung sorang2 kat gerai time tuh,haruslah kita akan terfikir balik kannn..
mungkin abah terfikir ecah masih terbayang2,teringat-ingat,tertanya-tanya dan bersoal-jawab dalam hati pasal kejadian itu. Disebabkan itu kot abah berkata sedemikian.
instinct kebapaan katakan..huhu

Semasa Ecah baca buku karya Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk ada bab yang menyelitkan lirik lagu nasyid kumpulan Rabbani,Mana milik Kita..
Bila cari lirik tu dan dengar alunan nasyid tu..Ecah makin faham erti hak milik yang sebenar..
Ya..mana milik kita? Tiada ada milik kita..semuanya Allah yang punya..



Rabbani_Mana Milik Kita

Mana milik kita?Tidak ada milik kita
Semua yang ada

Allah yang punya


Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Mengapa kita sombong
Apa yang telah ada
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah

Malulah kepada Allah
Yang memberi segalanya
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkiMengungkit jasa kitaJasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah ituUntuk khidmat kepada-NyaSelepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



NOTA LAGU

Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.


Sekian,wassalam..

What U give, U get Back!



As salamualaikum dan salam sejahtera...

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang , kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang sama yang kita hulur kebaikan itu. 

Yup..hakikat ini mengingatkan Ecah pada hasil bacaan buku "Beduk diketuk" karya Pahrol Mohd Juoi baru-baru ini. Alhamdulillah sudah khatam buku tersebut. 

Ecah amat tertarik dengan isu yang diceritakannya mengenai khidmat yang diberikan tidak dihargai dan tiada ganjaran yang sewajarnya.

Kisahnya mengenai seorang wanita yang bekerja disebuah organisasi yang hampir untuk bersara menyatakan perasaannya yang sungguh kecewa tidak mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran kenaikan gaji sedangkan dia bekerja dengan ikhlas dan gigih sekali. Katanya dia bukannya orang yang suka bermuka-muka dan ampu-ampu orang atasan,fokusnya adalah pada kerja semata-mata.

Sungguh, wanita itu merasa kecewa sekali dengan khidmatnya yang ikhlas dan gigih tidak dihargai.

Namun, penulis telah bersoal jawab dengannya agar ketegangan yang dirasai oleh wanita itu dapat diredakan. Penulis cuba bertanyakan tentang anak-anak wanita tersebut. Dengan penuh ceria dan teruja, wanita itu menceritakan perihal anak2nya yang dikatakan kesemua anak2nya berjaya. ada yang menjadi doktor,jurutera,pensyarah dan hafiz. Kemudian, penulis bertanyakan soalan berbentuk pilihan sekiranya diberi pilihan antara pangkat dan anak-anak yang berjaya, yang manakah pilihannya.
Sememangnya, wanita tersebut memilih anak2 yang berjaya..
hati ibu tentulah memilih anak2 yang menjadi.Baginya anak2 lebih penting jika dibandingkan dengan harta.

So, moralnya disini...sebenarnya keikhlasan dan kegigihan wanita tersebut dalam organisasi telah mendapat ganjaran..Ganjaran yang Allah balas...Lebih baik dan sesuai untuk wanita itu..iaitu anak2 yang menjadi..Allah Maha kuasa, Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsianya untuk kita fikirkan. 

Tetapi Yakinlah!
What U give, U get Back!

Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.Yakinlah!

Katakan kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong yang penuh sesak. Tiba-tiba sebah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah lalu memberi laluan kepadanya untk masuk di hadapan kita. Tiba-tiba memandu perjalanan yang sesak tadi kita pula tersilap lorong,kita memberikan isyarat untuk masuk di lorong yang betul,soalnya logik tak kita mengharapkan kereta yang kita bantu tadi bantu kita balik..sudah tentu tidak kan?sebab kereta tadi sudah kedepan entah kemana kan..Jadi, adakah kereta yang kita minta laluan untuk masuk lorong betul itu akan beri lalu kepada kita?Pasti akan memberi laluan kan?InsyaAllah..Ya..begitulah.Padahal kereta itu tidak pernah menolong kita sekali pon. Tetapi Allah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.

Orang yang kita bantu tadi sudah tiada, tapi Allah telah menggerakkan hati orang lain,yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi..

Subhanallah!

Ikhlas sebenarnya tidak pinta dibalas. tetapi Allah Maha Kaya dan Maha pengasih. Siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan kembali kepada orang yang melakukan.

Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak2 yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia, keluarga bahagia dan yang paling penting hati sejahtera... 

Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan. 

Sekian,wassalam.

p/s: Semoga setiap antara kita tergolongan orang yang ikhlas. Ingat, what U give, U get Back! =D

Unit Hemodialisis

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Sesiapa yang buka entry ni mesti tertanya-tanya ..kenapa ecah tulis pasal unit Hemodialisis nih?
Ecah sakit kah?
Ecah Buat terapi kah?
Ecah buat kajian kah?
Ecah,apakah?

huhu..sebenarnya ecah nak kongsi skit pengalaman bawa atuk ecah (Tok Loman) ke Unit Hemodialisis di HTM baru2 ni..Disebabkan dapat panggilan daripada pihak unit hemodialisis untuk  bawa atuk berjumpa dengan pakar neuro..katanya mahu buat pemeriksaan kandungan dalam darah atuk..

Disebabkan urusannya waktu pagi, semua anak2 atuk x dapat lah bawa atuk jumpa pakar. Almaklumlah masing2 keje kannn..So, dengan adanya ecah n cikyue ,tanggungjawab tuk bawa atuk ke HTM diserahkan kepada kami.. Dengan tak taw pape nih, kami bawa la atuk ke sana.

Pagi2 lagi dalam kul 8am kami bertolak ke HTM. Atuk diarahkan berpuasa sebelum datang ke HTM. So, malamnya hingga lah siap amik darah atuk terpaksalah berpuasa. Sampai je sana, kami ni dah macam rusa masuk kampung sudahhhh...hahahha.. suasana dah lain, bangunan pon dh bertambah..bahagian n unit2 kat hospital pon dah banyak tukar tempat. dalam sejam jugak la kami pusing2 n tanya misi2 kat hospital tu tempat yang harus kami tuju. huhu

Silapnya kami disini adalah tidak bertanya khabar berita n jalan cerita yang sebenar apa yang atuk alami..kami hanya tahu atuk de masalah darah je and yang perlu dapatkan rawatan berkaitan dengan darah. Hurmmmm..nurse2 kat situ tak dapat nak tolong kami sebab sebarang maklumat pesakit pon xde..sepatutnya pihak klinik Batu Gajah(tempat yang selalu atuk amik ubat) perlu memberi rekod atau surat untuk berhubung dengan pakar. Ininya tidak!

Untuk penyelesaian yang terakhir terpaksalah call Mak ngah( mummy Cikyu) supaya buat panggilan semula kepada pihak HTM untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkenaan temujanji atuk. Bila call balik rupa2 nya di bahagian unit Hemodialisis adalah tempat yang perlu kami tuju. Bila fikir berdasarkan pengetahuan cik cah, unit Hemodialisis ni tempat pesakit Buah Pinggang.and terfikir la pulak, atuk sakitnya berkaitan darah kenapa pulak harus ke unit Hemodialisis?..

Okeh,kisah di bilik unit Hemodialisis pulak, sampai je terus jumpa nurse yang mak ngah call tadi. nurse tu cakap, dialah yang call. Kemudian, dia minta lah maklumat yang dibawa termasuk surat daripada Klinik BAtu Gajah.hurmmmm..memang masalah la time ni..seperti tadi kami katakan surat itu tiada pada kami. Nasib baiklah nurse tu baik n lemah lembut orangnya. Dia cuba link ke klinik tersebut, n ternyata klinik tersebut x bagi surat n rekod kesihatan kepada atuk.Dia tengok kami pun rasa kesian sebab dah datang dari jauh(jauh lajugak kan dari batu gajah ke tanah merah..huhu)

So, Nurse tu putuskan tuk amik darah sahaja and dia tetapkan tarikh tuk datang balik pada 3 disember 2012. sekiranya keputusan darah kurang elok(iaitu kandungan potasium tinggi) maka dalam masa sehari nurse tersebut akan call tuk buat pemeriksaan lanjut and berjumpa pakar.

Jadi, x sia2 lh kami datang. Atuk tetap dilayan dengan baik untuk mendapatkan rawatan. Kagum dengan sikap nurse tersebut.



Sekian,wassalam..


Anak beranak Paksu Loman

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dapat juga ecah mencoret sepatah dua kata untuk entry kali ini. sudah berminggu-minggu blogku ini kesepian . Bukan malas yang membelenggu diri, akan tetapi kesibukan yang melanda menjadikan blog kesayangan ini sunyi sepi..apa2 pon..ecah kembali lagi untuk menulis dengan ikhlas..nukilan dari hati..gituh!huhu 

okeh, beberapa minggu yang lepas, ecah and family sempat berpicnic @ Lata Telaga Bijih. Kiranya ala2 family day la gitu..haha..walaupon ramai lagi yang tak join time nih..almaklumlah,perancangan last minute tanpa perbincangan ramai..hanya ecah and cikyue adik bradik yang planning..
kira2 4 family je yang sempat berkumpul time nih..tu pon x cukup kouta. masih terdapat beberapa buah keluarga lagi yang tak join..

Disebabkan last minute la sangat,hanya persediaan BBQ  and potluck je la yang menjadi preparation kami..huhu
My Mum just sediakan mihun goreng, minuman,buah-buahan and makanan ringan. manakala cikyue perap ayam tuk BBQ..
Semua peralatan disediakan oleh Aliff(adik cikyu)
Budak2 kecik~motifnya nak makan n mandi aje la..haha

Ecah N aliff~Nak hidupkan api ni bukan senang..time nih kitaorang gigih menghidupkan api...tanpa rs putus asa..sejam bru idup..haha.

akhirnya selepas 1 jam..


Kak Lang N my mum

syoknya mandi ramai2..

My Mum 

Ecah, cikyue n cik Vy

Ecah N Cikyue

Adik Naa n Mat Roy

Apa yang ecah harap, suatu masa nanti kami anak-branak Pak su Loman akan berkumpul 
lagi.. ramai2..semua family ade..time tu tentu sangat meriah kan..InsyaAllah.

Sekian,wassalam..

Sunday, November 4, 2012

Pengkalan Kubur

As salamualaikum  dan salam sejahtera...

Peace!!!!!!!!!!!!


Skunk x sempat nk citer pajang2...huihui..
InsyaAllah kan kembali lagi...

Ape2 pon pic2 is the 1st..haha