BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, November 22, 2012

What U give, U get Back!



As salamualaikum dan salam sejahtera...

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang , kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang sama yang kita hulur kebaikan itu. 

Yup..hakikat ini mengingatkan Ecah pada hasil bacaan buku "Beduk diketuk" karya Pahrol Mohd Juoi baru-baru ini. Alhamdulillah sudah khatam buku tersebut. 

Ecah amat tertarik dengan isu yang diceritakannya mengenai khidmat yang diberikan tidak dihargai dan tiada ganjaran yang sewajarnya.

Kisahnya mengenai seorang wanita yang bekerja disebuah organisasi yang hampir untuk bersara menyatakan perasaannya yang sungguh kecewa tidak mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran kenaikan gaji sedangkan dia bekerja dengan ikhlas dan gigih sekali. Katanya dia bukannya orang yang suka bermuka-muka dan ampu-ampu orang atasan,fokusnya adalah pada kerja semata-mata.

Sungguh, wanita itu merasa kecewa sekali dengan khidmatnya yang ikhlas dan gigih tidak dihargai.

Namun, penulis telah bersoal jawab dengannya agar ketegangan yang dirasai oleh wanita itu dapat diredakan. Penulis cuba bertanyakan tentang anak-anak wanita tersebut. Dengan penuh ceria dan teruja, wanita itu menceritakan perihal anak2nya yang dikatakan kesemua anak2nya berjaya. ada yang menjadi doktor,jurutera,pensyarah dan hafiz. Kemudian, penulis bertanyakan soalan berbentuk pilihan sekiranya diberi pilihan antara pangkat dan anak-anak yang berjaya, yang manakah pilihannya.
Sememangnya, wanita tersebut memilih anak2 yang berjaya..
hati ibu tentulah memilih anak2 yang menjadi.Baginya anak2 lebih penting jika dibandingkan dengan harta.

So, moralnya disini...sebenarnya keikhlasan dan kegigihan wanita tersebut dalam organisasi telah mendapat ganjaran..Ganjaran yang Allah balas...Lebih baik dan sesuai untuk wanita itu..iaitu anak2 yang menjadi..Allah Maha kuasa, Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsianya untuk kita fikirkan. 

Tetapi Yakinlah!
What U give, U get Back!

Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.Yakinlah!

Katakan kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong yang penuh sesak. Tiba-tiba sebah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah lalu memberi laluan kepadanya untk masuk di hadapan kita. Tiba-tiba memandu perjalanan yang sesak tadi kita pula tersilap lorong,kita memberikan isyarat untuk masuk di lorong yang betul,soalnya logik tak kita mengharapkan kereta yang kita bantu tadi bantu kita balik..sudah tentu tidak kan?sebab kereta tadi sudah kedepan entah kemana kan..Jadi, adakah kereta yang kita minta laluan untuk masuk lorong betul itu akan beri lalu kepada kita?Pasti akan memberi laluan kan?InsyaAllah..Ya..begitulah.Padahal kereta itu tidak pernah menolong kita sekali pon. Tetapi Allah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.

Orang yang kita bantu tadi sudah tiada, tapi Allah telah menggerakkan hati orang lain,yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi..

Subhanallah!

Ikhlas sebenarnya tidak pinta dibalas. tetapi Allah Maha Kaya dan Maha pengasih. Siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan kembali kepada orang yang melakukan.

Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak2 yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia, keluarga bahagia dan yang paling penting hati sejahtera... 

Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan. 

Sekian,wassalam.

p/s: Semoga setiap antara kita tergolongan orang yang ikhlas. Ingat, what U give, U get Back! =D

0 comments: