BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, May 31, 2013

"Mereka Dah Ada Baby?"


As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

hi sahabat..entry ini dah lama ter"save" draf  dalam list post.Tapi hari ni baru ada kesempatan nak edit-edit and update untuk di"post" sebagai entry baru.(walaupun kisahnya sedikit lapok..huhu).
Kali ni ecah nak kongsi citer ecah berkenaan haiwan peliharaan ecah iaitu rabbit yang dihadiahi oleh Abah semasa bufday ecah yang ke-23.  rabbit ni diberi nama cici(jantan) and Kiki(betina).Ecah pernah citer pasal cici & kiki sebelum ni.
Tapi kali ini, Ecah bukan nak ulang balik kisah mereka yang dolu2 tu, kali ni ecah nak citer yang lagi best iaitu kisah mereka dah ada baby.

Yeah, ini bener deh,sila percayain,dong!anak-anaknye lucu bangat..(eh,tetiba terINDON..hehe)

ok,inilah anak-anak cici & kiki.


Time ni sudah berusia 3 bulan mengikut perkiraan Pak Uda Ecah. 



Ecah dapat tahu Cici & Kiki ada anak semasa pulang ke kampung untuk mengundi awal bulan mei hari tu. Abah Ecah tak call bagi tau pon.Katanya nak kasi Surprise.Memang menjadi la Abahku surpurise tersebut.Tahniah3!haha

 Masa ecah balik, adik bongsu ecah ada tunjuk gambar lam HP yang rabbit ecah  kurus and kecik... Bila tengok, "laaa..kenapa cici & kiki makin kecik kuruh ni?haaa ni aku nok maroh ni..nok maroh ore ni..doh pesan awal2 doh suh jaga bagi make dema2 ni..tegok skang ni, makin kecik kuruh..hudoh weiii tengok..xpo la xpo..hok aku suruh xsey buat..xpo la"haaa cenggituhlah lebih tak kurang respon ecah lam loghat klate bila terasa marah, sedih, pilu tengok gambar rabbit yang adik tunjuk tu..

Terus pi tengok lam sangkar kat tepi rumah.Nak pastikan cici&kiki berkeadaan sedemikian.
Terkojot borok Mak,Nak..gemok gedempol je si cici & kiki..dengan comotnya duk guling-guling lam sangkar(sangkar baru yang diubah oleh abah:berlantaikan tanah bagi memudahan mereka menggali lubang tuk beranak)..hurmmm..time ni baran makin memuncak sebab dah taw dah adik-adik,maa & abah nak kenakan Ecah..

Time tuh cepat-cepat adik bongsu Ecah angkat satu kotak semacam sangkar kayu  kecil and bagi kepada Ecah..

"Ya Allah, comelnya"hanya itu yang terpacul kat bibir.

Anak-anak rabit yang sangat comel. Sangat terharu.macam nak nangis tapi tahan2..hehe
semua duk  gelakkan Ecah time tuh. Seriously,sangat suka and terharu. Sanggup Abah tak khabarkan semata-mata nak kasi surprise. dan memang tersangat surprise..tQ abah,maa & adik-adik.


Seminggu bercuti kat kampung,memang xde keje lain...duk manja-manjakan si rabbit-rabbit ni semua..mereka2 ni so cute,manja,jinak macam2 seumpamanya lah. antara lima ekor ni hanya seekor sahaja jantan yang diberi nama KAKA. nama ni Abah &  adik lelaki Ecah yang namakan.So, disebabkan mereka ni adik beradik kembar berlima,nama-nama lain ecah letak bermula dengan huruf K juga iaitu KC,Kuntum,Kunad & Kabu.

Kabu yang paling jinak:Warna kelabu yang mendominasi bulu-bulu di badannya.





Tapi selepas dua hari kisah menyedihkan terjadi tanpa diduga.
Pagi tu kami dapati Kuntum & Kunad tak ade dalam sangkar. Kami ternampak kelibat kucing melarikan sesuatu yang tergonggol dekat mulutnya. Pada masa tu kami sangka kucing tersebut mengangkut anaknya untuk berpindah tempat "kediaman" mereka tapi sangkaan kami silap rupa-rupanya kucing tu dah bawa lari rabbit Ecah.Kami cuba cari tapi tak jumpa.Petang tu,bila Abah balik dari keje terus cari dengan muka sedikit sedih.Akhirnya, Abah jumpa kuntum & kunad di bawah rumah jiran depan rumah.

So sad..."kesian dia,belum puas lagi nak bermanja"kata Abah.
tengok raut wajah Abah pon sedikit sedih.Nak buat macam mana,sudah sampai ajalnya.Redhalah.

Abah gali "kubur" tuk Kuntum & kunad

Mereka dua beradik disemadikan di sini.Kami hanya mampu tengok dengan perasaan hiba.

"Semoga aman di sana, Kuntum & Kunad"


Sekarang ni tinggal Kaka, KC & Kabu tiga beradik.
Kata Achik masa mesej Ecah semalam, dema2 ni dah makin gemok..ayokkkkk,tak sabar rasanya nak balik tengok and peluk-peluk..wehehe.Xpe Xpe, tinggal seminggu je lagi nak balik kampung.Sabar3!!

Okeh,sekian sahaja entry ecah tuk kali ni.Thanks yang sudi baca.see u next entry,bebeh!
Wassalam.(^__^)

p/s:Suka kucing juga,tapi Abah tak kasi bela..ok,Fine!




Tuesday, May 28, 2013

Ika's wedding part 1~Malam Berinai

As salamualaikum dan Salam Sejahtera...

sebelum ni ecah ada berjanji nk update new entry dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah, hari ni ecah berpeluang tuk melaksanakannya.
Baiklah, entry kali ni ecah nak mula dengan citer ecah pegi wedding sahabat ecah iaitu Zalikha a.k.a Ika..
Segala majlis berlangsung di  Taman Teratai,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah.

So, it was my second time ecah menjejakkan kaki ke Kedah. Well, disebabkan semangat nak attend my friend's wedding ecah and 3 orang sahabat ecah yang lain ikut Ika balik ke  kampungnya sehari sebelum majlis akad nikah with my sang ijau tuh.

on our way..time ni jem bangat..I think time ni dah masuk peneng.

Dalam pukul 9 malam kami selamat sampai di rumah Ika. Selepas Siap makan,mandi and segala bagai, maka bermulalah malam berinai.

 Proses Ika diinaikan...

Masa ni, anak-anak dara, mak dara, mak cik dara,nenek dara semua tuh berkumpul tuk memeriahkan malam berinai bakal pengantin. Time ni la mereka mngusik pengantin.Sampai merah muka bakal pengantin.Mencuit hati betul time tuh.

Siap je Ika diinai..kami pon diinai sama..So, malam tu kami tidur ramai-ramai sebelah ika dengan tangan yang macam-macam gaya letaknya.(Sape yang pernah pakai inai tu tahulah macam mana gayanya..kan3.) Time nih mula la rasa nak garu situ sini. Time tangan tak berbalut ina xde pulak kan..memang mengade han.Hah!!

Ok, sampai sini saja entry kali ni.Next entry akan bersambung dengan kisah ecah semasa Ika's Wedding.
Sekian,Wassalam.







Wednesday, May 22, 2013

I'm coming back!

As Salamualaikum dan Salam sejahtera..

hi hi hi sahabat-sahabat ecah semua..agak lama juga ecah mendiamkan diri dalam berblog ..windu blog purple syaye..wuwuuu. Kalu dulu,hari-hari update,kadang-kadang dalam satu hari lebih daripada 1 entry..Tapi, sejak kebelakangan ini,no more update new entry,no more  blogwalking situ sini, no more join GA itu itu..hurmm.no more no more(versi nora danish.weeee)
actually,windu sanga2t tuk semua tu..
 disebabkan "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian"..lah yang membuatkan ecah memiliki keterbatasan untuk semua2 tuh..

sekarang,
 esemen dah submit
Projek tahun akhir pon dah hantar
segala-gala perbentangan sudah selesai

Alhamdulillah...settle sudaaaa.



Lepas ni boleh ler tumpu kepada my belog nih..
Rindu untuk sembang kencang ngan kawan2 blogger ecah..ok see u soon.bebeh

Sekian,wassalam.