BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Wednesday, June 5, 2013

The End

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah,
5 Jun 2013
selesai  menjawab kertas soalan  Analisis Wacana yang bermula 9am-10.30am 
 Maka tamat sudah pengajian ISMP Bahasa Melayu untuk 4 tahun di UPSI.


~wajah kuyu yang mampu tersenyum:kesembapan berlaku bila tak cukup tido..xpe..hanya inikalilah..haha

Alhamdulillah..syukur kepada-Nya. Selesai sudah melalui tempoh pengajian dengan pelbagai cabaran.dugaan, suka duka yang menjadikan diri Ecah pada hari ini.

So, THE END untuk tempoh pengajian ini. Ada rezeki sambung lagi.

Letakkan impian setinggi gunung
Timbalah ilmu seluas lautan
Always thinks +Ve, U can do it..

Sekian entry ringkas,wassalam..

P/s: Pasti akan merindui saat-saat pengajian.Pasti!


Friday, May 31, 2013

"Mereka Dah Ada Baby?"


As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

hi sahabat..entry ini dah lama ter"save" draf  dalam list post.Tapi hari ni baru ada kesempatan nak edit-edit and update untuk di"post" sebagai entry baru.(walaupun kisahnya sedikit lapok..huhu).
Kali ni ecah nak kongsi citer ecah berkenaan haiwan peliharaan ecah iaitu rabbit yang dihadiahi oleh Abah semasa bufday ecah yang ke-23.  rabbit ni diberi nama cici(jantan) and Kiki(betina).Ecah pernah citer pasal cici & kiki sebelum ni.
Tapi kali ini, Ecah bukan nak ulang balik kisah mereka yang dolu2 tu, kali ni ecah nak citer yang lagi best iaitu kisah mereka dah ada baby.

Yeah, ini bener deh,sila percayain,dong!anak-anaknye lucu bangat..(eh,tetiba terINDON..hehe)

ok,inilah anak-anak cici & kiki.


Time ni sudah berusia 3 bulan mengikut perkiraan Pak Uda Ecah. 



Ecah dapat tahu Cici & Kiki ada anak semasa pulang ke kampung untuk mengundi awal bulan mei hari tu. Abah Ecah tak call bagi tau pon.Katanya nak kasi Surprise.Memang menjadi la Abahku surpurise tersebut.Tahniah3!haha

 Masa ecah balik, adik bongsu ecah ada tunjuk gambar lam HP yang rabbit ecah  kurus and kecik... Bila tengok, "laaa..kenapa cici & kiki makin kecik kuruh ni?haaa ni aku nok maroh ni..nok maroh ore ni..doh pesan awal2 doh suh jaga bagi make dema2 ni..tegok skang ni, makin kecik kuruh..hudoh weiii tengok..xpo la xpo..hok aku suruh xsey buat..xpo la"haaa cenggituhlah lebih tak kurang respon ecah lam loghat klate bila terasa marah, sedih, pilu tengok gambar rabbit yang adik tunjuk tu..

Terus pi tengok lam sangkar kat tepi rumah.Nak pastikan cici&kiki berkeadaan sedemikian.
Terkojot borok Mak,Nak..gemok gedempol je si cici & kiki..dengan comotnya duk guling-guling lam sangkar(sangkar baru yang diubah oleh abah:berlantaikan tanah bagi memudahan mereka menggali lubang tuk beranak)..hurmmm..time ni baran makin memuncak sebab dah taw dah adik-adik,maa & abah nak kenakan Ecah..

Time tuh cepat-cepat adik bongsu Ecah angkat satu kotak semacam sangkar kayu  kecil and bagi kepada Ecah..

"Ya Allah, comelnya"hanya itu yang terpacul kat bibir.

Anak-anak rabit yang sangat comel. Sangat terharu.macam nak nangis tapi tahan2..hehe
semua duk  gelakkan Ecah time tuh. Seriously,sangat suka and terharu. Sanggup Abah tak khabarkan semata-mata nak kasi surprise. dan memang tersangat surprise..tQ abah,maa & adik-adik.


Seminggu bercuti kat kampung,memang xde keje lain...duk manja-manjakan si rabbit-rabbit ni semua..mereka2 ni so cute,manja,jinak macam2 seumpamanya lah. antara lima ekor ni hanya seekor sahaja jantan yang diberi nama KAKA. nama ni Abah &  adik lelaki Ecah yang namakan.So, disebabkan mereka ni adik beradik kembar berlima,nama-nama lain ecah letak bermula dengan huruf K juga iaitu KC,Kuntum,Kunad & Kabu.

Kabu yang paling jinak:Warna kelabu yang mendominasi bulu-bulu di badannya.





Tapi selepas dua hari kisah menyedihkan terjadi tanpa diduga.
Pagi tu kami dapati Kuntum & Kunad tak ade dalam sangkar. Kami ternampak kelibat kucing melarikan sesuatu yang tergonggol dekat mulutnya. Pada masa tu kami sangka kucing tersebut mengangkut anaknya untuk berpindah tempat "kediaman" mereka tapi sangkaan kami silap rupa-rupanya kucing tu dah bawa lari rabbit Ecah.Kami cuba cari tapi tak jumpa.Petang tu,bila Abah balik dari keje terus cari dengan muka sedikit sedih.Akhirnya, Abah jumpa kuntum & kunad di bawah rumah jiran depan rumah.

So sad..."kesian dia,belum puas lagi nak bermanja"kata Abah.
tengok raut wajah Abah pon sedikit sedih.Nak buat macam mana,sudah sampai ajalnya.Redhalah.

Abah gali "kubur" tuk Kuntum & kunad

Mereka dua beradik disemadikan di sini.Kami hanya mampu tengok dengan perasaan hiba.

"Semoga aman di sana, Kuntum & Kunad"


Sekarang ni tinggal Kaka, KC & Kabu tiga beradik.
Kata Achik masa mesej Ecah semalam, dema2 ni dah makin gemok..ayokkkkk,tak sabar rasanya nak balik tengok and peluk-peluk..wehehe.Xpe Xpe, tinggal seminggu je lagi nak balik kampung.Sabar3!!

Okeh,sekian sahaja entry ecah tuk kali ni.Thanks yang sudi baca.see u next entry,bebeh!
Wassalam.(^__^)

p/s:Suka kucing juga,tapi Abah tak kasi bela..ok,Fine!




Tuesday, May 28, 2013

Ika's wedding part 1~Malam Berinai

As salamualaikum dan Salam Sejahtera...

sebelum ni ecah ada berjanji nk update new entry dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah, hari ni ecah berpeluang tuk melaksanakannya.
Baiklah, entry kali ni ecah nak mula dengan citer ecah pegi wedding sahabat ecah iaitu Zalikha a.k.a Ika..
Segala majlis berlangsung di  Taman Teratai,Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah.

So, it was my second time ecah menjejakkan kaki ke Kedah. Well, disebabkan semangat nak attend my friend's wedding ecah and 3 orang sahabat ecah yang lain ikut Ika balik ke  kampungnya sehari sebelum majlis akad nikah with my sang ijau tuh.

on our way..time ni jem bangat..I think time ni dah masuk peneng.

Dalam pukul 9 malam kami selamat sampai di rumah Ika. Selepas Siap makan,mandi and segala bagai, maka bermulalah malam berinai.

 Proses Ika diinaikan...

Masa ni, anak-anak dara, mak dara, mak cik dara,nenek dara semua tuh berkumpul tuk memeriahkan malam berinai bakal pengantin. Time ni la mereka mngusik pengantin.Sampai merah muka bakal pengantin.Mencuit hati betul time tuh.

Siap je Ika diinai..kami pon diinai sama..So, malam tu kami tidur ramai-ramai sebelah ika dengan tangan yang macam-macam gaya letaknya.(Sape yang pernah pakai inai tu tahulah macam mana gayanya..kan3.) Time nih mula la rasa nak garu situ sini. Time tangan tak berbalut ina xde pulak kan..memang mengade han.Hah!!

Ok, sampai sini saja entry kali ni.Next entry akan bersambung dengan kisah ecah semasa Ika's Wedding.
Sekian,Wassalam.







Wednesday, May 22, 2013

I'm coming back!

As Salamualaikum dan Salam sejahtera..

hi hi hi sahabat-sahabat ecah semua..agak lama juga ecah mendiamkan diri dalam berblog ..windu blog purple syaye..wuwuuu. Kalu dulu,hari-hari update,kadang-kadang dalam satu hari lebih daripada 1 entry..Tapi, sejak kebelakangan ini,no more update new entry,no more  blogwalking situ sini, no more join GA itu itu..hurmm.no more no more(versi nora danish.weeee)
actually,windu sanga2t tuk semua tu..
 disebabkan "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian"..lah yang membuatkan ecah memiliki keterbatasan untuk semua2 tuh..

sekarang,
 esemen dah submit
Projek tahun akhir pon dah hantar
segala-gala perbentangan sudah selesai

Alhamdulillah...settle sudaaaa.



Lepas ni boleh ler tumpu kepada my belog nih..
Rindu untuk sembang kencang ngan kawan2 blogger ecah..ok see u soon.bebeh

Sekian,wassalam.



Thursday, April 25, 2013

segmen simple-simple by mohd zuhri

As salamualaikum dan Salam Sejahtera..


klik banner n join..

Ecah Done!

Sekian,wassalam..

Wednesday, April 3, 2013

Kasut kait(baby)



As Salamualaikum dan Salam sejahtera..

Taddaaa.

comel tak kasut ni..
Bagi ecah it's sooooo cuteeee..

Hasil kraf kak lin yang pertama untuk kasut baby

Sebelum ni kak Lin pernah buat hasil benang kait seperti alas meja, bekas kotak tisu dan macam-macam lagi la..


~Kak Lin:sukenye dia bila hasil kraf menjadi..huhu
Hasil tangan ibu-ibu hamil ni memang kreatif..kan3..hehe
bila tengok,macam kitew pulak yang tingin nak buat..tapi ecah tak pandai buat..tengok boleh ler..kehkhekeh!

sekian saje entry ringkas yang ecah ingin kongsi..
Wassalam..

P/s:tunggu masa nak balik.namun hujan di luar sana makin lebat..tak kan nk stay kat opis sampai hujan reda..xmauuuuu..maaaa..nak balikkkkk!

(ngade..padahal "kura-kura" ijau ade je kat bawah tu..Pang skali cik cah ni!)

Thursday, March 28, 2013

"1st Giveaway by LINA'S JOURNEY"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!
Apa lagi..jom la join.Ecah done!

"Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..


 
 
Sebab Ecah nak  masuk bloglist Fizgraphic:
1.Nak kongsi  setiap pengalaman/peristiwa/pandangan ecah kepada U ollz bahawasanya,setiap pengalaman orang tu boleh dijadikan pengajaran buat kita.
2.Nak share hasil karya Ecah kepada U ollz(walaupon karya cincai jerr..hehe)
3.Nak berbagi tips dan cara masak-masak ala Ecah shaimi.


Sekian,wassalam.

"Segmen 3 in 1 by FiQa Nsz"

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

*KLIK BANNER UNTUK JOIN*

Syarat-syarat Penyertaan:
  • Follow kedua2 blog FiQa iaitu:
                      *FiQa Nsz Official Blog
                      *FiQa Nsz Little Secret

  • Buat satu entri bertajuk "Segmen 3 in 1 by FiQa Nsz"
  • Copy Coding di bawah dan paste kan kat ruangan HTML
  • Kemudian jangan lupa nyatakan samaada anda mahu menjadi:
                      BLOGLIST OB / BLOGLIST LS

 " Ecah nak Bloglist OB "
  • Tarikh tutup segmen ialah : 31 March 2013

Jomlah join ramai2! XD

    " GA pertama dari JOM SINGGAH SHOPPE"

    As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..



     
    Klik banner & join!
    due date:30 April 2013

    Sekian,wassalam.

    Tuesday, March 26, 2013

    "Special Giveaway : Buah tangan dari LANGKAWI dari CF"



    As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

    *Nak join? KLIK BANNER*


    Akademi Insan Cikgu Fizi diusahakan sepenuhnya oleh Cikgu Fizi. AMIN CF ini yang berada di
     Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di

     Seluruh Malaysia. Sila lawati CIKGU FIZI' untuk info tentang bengkel bengkel.
    Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi 

     Cikgu Fizi Tel : 011-15657522
    Num Hp : 011-15657522

    Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my.

    Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!



    Monday, March 25, 2013

    Pabila Mok Bawak Anok Pi Jalan-Jalan,Maka...

    As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

    Hi semua,selamat memulakan awal minggu..salam senin la semua(senang kira..hehe)
    Entry kali ni ecah nak citer pasal hari minggu Ecah semalam..cerita hujung minggu yang "gilerr"
    Apa tak "giler"nye..Okeh,We allz buat keputusan last minute untuk jalan- jalan ikut rentak kaki dan kata hati..huhu

    haaa..tuh tuh..
    tajuk dah tercacak kat atas tu
    Mok a.k.a My friend,Fitriyana Long Naa telah membawa anak-anaknya (ecah and G-ra)
    jalan-jalan..
    So,pabila Mok bawok anok pi jalan-jalan...
    Maka,..terakamlah detik-detik sedemikian...


    Awal-awal kami sampai,terus ke food court SOGO kat tingkat 6 tuh..pewuttt mintak diisi beb!huhu


    Asalnye keinginan di hati nak  makan Ayam Penyet tapi belum dibuka lagi..(maybe awal sangat kot kitaorang sampai sini..kul 10...awal ek?hehe)
    So,we ollz prefer tuk makan masakan minang..
    Kira okeh la..makan nasi jugak(biasalah orang pantai timur kan suka break1st yang berat-berat like nasi..heehee)

    Siap je break1st,Mok pon bawak la we ollz turun pi  tingkat bawah melilau-lilau ape yang patut..

    1stly,we ollz pi bahagian handbag..okeh,skrang ni promosi agak besar jugak..de 70% ade 50% ade 20%..kalau ikut kan kemahuan,semua nak..camtik camtik uuuuuu..


    bekenan sangat ngan handbag ni..warna match ngan my baju..hehe..tapi tak amik yang ni..ade yang lain..yang mana?yang mana?tunggu..hekhekhek

    2ndly,ke bahagian pakaian pulok..
    MOk nak cari jeans,Anok2 pon samo..hehe
    kemudian,terbeli jeans yang sama..semua nak warna putih..sampaikan Mok pon nak putih jugak..tak mau mengalah..Mok Mok,sabor je lah..
    bila mok bawak anak pi jalan,pasti anak-anak akan pakai baju yang sama..haahaa
    tengok-tengok...baju ecah and G-ra warna sama..we ollz tak plan nak pakai theme sama,okeh..kebetulan di situ..hehe
    tercaptured sana sini

    Habis pusing SOGO,Mok ajak turun jalan sekitar jalan TAR pulok..
    Jadi,buat pencinta Pashmina seharusnya lah
    teramik yang  itu  yang ini..bila mulut comel ni berkata
    "yang tu cantik..yang ni pun cantik..semuanya cantik"
    seperti ini
    like this
    wehehehe

    (werkkkk....Ecah!xabis2 bercaptured bagai..haha..
    ~biar ah,hobi saya(humm..angkat2 keniang..buat2 taktaw..hewhew)
    Ecah terbeli pashmina..grab terus yang nih..haha..berapa yang ecah grab? tungguuuu


    Okeh lastly,We all singgah kat kedai buku 1 Malaysia kat PUDU.
    Borong Novel banyak2..haha


    terbeli buku..


    Sebelum menunggu untuk pulang,Mok bawak anak2 pi makan pulok..hehe
    termakan bila terlapar..haha

    Semua ni plan last minute seperti yang dikatakan tadi..Bila Ecah tanya Mok:

    "serius?"
    "Yes!".

    Maka,inilah hasilnya...

    1 bag G.Davin, 1 bag ellphe', 1 jeans radioactive,2 kasut, 3pashmina..hehe

    paling suka sangat-sangattttt


    handbag G.Davin ni..hehe..masa check tu,Ecah tak perasan pun bahagian dalam boleh diceraikan..balik rumah duk godek-godek..."weiii,Mok! tengok..boleh jadi 2 bag la..haha)"
    sukanyeeee..1 boleh bwk p kelas,1 lg bawak pi jalan..weweeee..

    Alhamdulillah,perjalanan semalam penuh sweet sour..errr...sour?...hehe
    sweet lah!
    luang masa sama-sama ngan Mok and G-ra..
    Malam sebelumnye aktiviti kami dipenuhi dengan layan teater Tradisional Mek Mulong:Putera Cahaya Bulan(akan diupdate nanti..hehe)
    Apapun,tQ kepada yang membaca entry kali ni..bukan nak menunjuk-nunjuk..just nak sharing cerita hujung Ecah jew..kalau de yang tak senang hati baca entry ni..sila istighfar banyak-banyak..Ecah tak nak ada titik hitam dalam hati pembaca enrty ecah ni..huuhuu(^^,)


    tak mau sahabat-sahabat Ecah macam ni..

    okeh,sekian saje..wassalam.

    P/s: Minggu depan nak pi mana pulak?hehe..jalan-jalan luas pemandangan..juga habis duit di tangan..opsssttt..hehe





    Friday, March 22, 2013

    ~BaktiSiswa:Lawatan ke Rumah Yayasan An-nur Maisarah,Chemor,Perak.~

    As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...
    Sekadar gambar hiasan..nampak comel kopipasta la..hehe

    Hai semua...sudah hampir seminggu Ecah tak update entry baru.Al-maklumlah,bila kesibukan melanda..APTB,taw!huh..
     Hari ni baru ade kesempatan untuk meneruskan misi taip-menaip di ruangan ini.hihi(sambil mata melilau-lilau tengok bos masuk opis..kehkehkeh)

    Okeh,Entry kali ni,Ecah nak kongsi satu pengalaman dengan U ollz. Pengalaman ni sangat bermakna buat Ecah kerana ianya mengajar ecah untuk menghargai hidup dan mensyukuri nikmat yang dianugerah-Nya. Pengalaman Ecah kali ni adalah mengikuti program baktisiswa di bawah kelolaan Persatuan Bahasa Melayu(PERBAYU),UPSI selama 1 hari di rumah anak-anak yatim Yayasan An-nur Maisarah,chemor, perak.(Fuh,panjang ayat,semput senafas..weheee).

    Alhamdulillah.. program kami berlangsung dengan baik. Perjalanan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan rombongan kami hampir seramai 39 orang.Kebanyakkan yang terlibat merupakan pelajar semester 4 and 6 manakala Ecah,zira and long sahaja yang semester 8..huhu.  Kami mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke rumah tersebut.

    Alhamdulillah kami selamat sampai dan dinanti oleh adik2 comel yang setia menunggu di perkarangan rumah tersebut.
    Adik-adik yang seramai 15 orang ni bersalam-salaman dengan abang-abang mereka yang baru sampai.
    Ya Allah,terasa hiba dan gembira melihat wajah mereka. Mula terasa sebak di dada.Mula jatuh kasih kepada anak-anak ini walaupun belum mengenali mereka sepenuhnya.

    Senyuman manis.drp Long and Ecah .errrkk manis la sangat(tangan dibahu mata ke atas..haha)
    Okeh, Sepatutnya bilangan adik-adik di rumah ini yang akan turut serta dalam program kami sangatlah ramai,namun disebabkan 3/4 daripada mereka terlibat dengan aktiviti di sekolah, maka,hanya tinggal 15 orang sahaja yang terlibat dengan program kami. Jadi,bagi memeriahkan program,kami selaku Fasilitator perlu menjadi peserta bersama adik-adik bagi memeriahkan setiap aktiviti yang dijalankan.



    Fasilitator kami yang sedang beramah mesra dengan adik-adik comel..
    yang pegang telinga berbaju hijau tua tu,Mustaqim..comel je orangnye..


    Program bermula dengan aktiviti suai kenal antara Fasilitator dan adik-adik tersayang.Dikendalikan oleh Erman.

     
    iskandar diminta memperkenalkan diri

    Ecah and Zira ajar MOMO melukis..hehe
     
     
    15 adik-adik yang ada untuk program ini
    Farid yamng malu-malu bila disoal jawab oleh Erman



     
    kakak-kakak bergelak ketawa dengan keletak adik-adik perkenal diri.

    kemudian,aktiviti berkumupulan yang diketuai oleh Erman.



      

     
     


     Okeh,di bawah ini merupakan  Kumpulan kami..iaitu Kumpulan 4..Terdapat 5 orang Fasilitator iaitu, Ecah,Long ,Zira,Asma and Aiman..hanya Ecah,long and zira yang semester 8 yang mengikuti program ini..so,gelaran kakak kami di sini..
    okeh,kami dapat 3 orang adik iatiu farid (tingkatan 4) ,
    aizat and johari (tingkatan 5)..semua besar-besar sudaaaa...akak Ecah juga yang kecik walaupon umur lebih tua kan..kehkehkeh!






     
    Farid, Johari,Aiman(fasilitator) and Aizat
     
      
    Aktiviti permainan bahasa 1:kami melukis berdasarkan penerangan adik johari(seyes giler muka Ecah..biaselah..fokus fokus fokus!..hahaha)

    Aktiviti permainan bahasa 2: ayat berantai dianggotai oleh Long,farid,zira,johari and aizat..Ayat berantai tu pulak ditulis dalam dialek terengganu..perghhhh..semua perkataan ada "G" dibelakang perkataan.Contoh yang Ecah masih ingat..Ziana Zaing,siti norhalizang,akang diadakang ..bayak lagi ecah lupa..haha

    Selesa 2 aktiviti,kami
     makan tengahari bersama-sama dengan adik-adik An-Nur Maisarah..

    Fuad sedang menyuapkan nasi kepada MOMO..




    Aktiviti 3:(lupa pulak nama aktiviti ni...heeee)yang Ecah dapat jelaskan,Aktiviti ni  menguji kreativiti setiap kumpulan iaitu membina menara dengan menggunakan straw and benang..
    dengan gigih kami "bekerja" membina bangunan kami..hehe
     
    proses memastikan bangunan tidak runtuh..
     


    Taddaaaa...menara kami.. Star tower!

    Aktiviti selingan..tepuk-tepuk sayang..
    tepuk-tepuk sayang daripada aiman kepada adik-adik..

    Sebelah petang,diteruskan dengan aktiviti riadah.Hanya 1 aktiviti yang sempat dijalankan iaitu melambung belon berisi Air.Kumpulan yang dapat mengumpul jumlah belon yang tidak pecah akan dikira pemenang. Aktiviti ini kelihatan sangat menghiburkan adik-adik sehinggakan mereka nak terus main lagi..biasalah budak-budak,segala permainan adalah kesukaan meraka..(^^,)
     

     Hadiah untuk adik-adik..
     




    Program kami berakhir jam 6 petang..sebelum pulang kami sempat captured pic ramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan..













      








    Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)






    Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.



    Banyak pengalaman,nasihat dan pengajaran yang Ecah dapat daripada program ni:
    1.Bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya.
    2.Setiap Orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.kita makhluk yang berakal harus bijak mengendalikan kurniaan yang ada pada diri kita.
    3.Kasih sayang perlu dikongsi dan ianya tidak perlu memilih "bulu".
    4.Tangan yang menghulur lebih baik daripada yang menerima.

    Ya Allah,rindu pada warga rumah itu.
    Engkau Lindungilah mereka dari azab siksaMu
    Rahmatilah mereka
    kasihanilah mereka
    Golongkan mereka dalam orang-orang yang beriman,berjaya di dunia dan akhirat..

    Sekian saja entry Ecah pada kali ini.tQ u ollz yang sudi baca entry Ecah ini.Salam ukhwah dan ketemu di lain entry.
    Sekian,wassalam.      
      
    P/s:kalau masih ada peluang,Ecah nak ikut serta dalam kerja amal macam ni lagi..In Sha Allah.Amin.