BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, March 22, 2013

~BaktiSiswa:Lawatan ke Rumah Yayasan An-nur Maisarah,Chemor,Perak.~

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekadar gambar hiasan..nampak comel kopipasta la..hehe

Hai semua...sudah hampir seminggu Ecah tak update entry baru.Al-maklumlah,bila kesibukan melanda..APTB,taw!huh..
 Hari ni baru ade kesempatan untuk meneruskan misi taip-menaip di ruangan ini.hihi(sambil mata melilau-lilau tengok bos masuk opis..kehkehkeh)

Okeh,Entry kali ni,Ecah nak kongsi satu pengalaman dengan U ollz. Pengalaman ni sangat bermakna buat Ecah kerana ianya mengajar ecah untuk menghargai hidup dan mensyukuri nikmat yang dianugerah-Nya. Pengalaman Ecah kali ni adalah mengikuti program baktisiswa di bawah kelolaan Persatuan Bahasa Melayu(PERBAYU),UPSI selama 1 hari di rumah anak-anak yatim Yayasan An-nur Maisarah,chemor, perak.(Fuh,panjang ayat,semput senafas..weheee).

Alhamdulillah.. program kami berlangsung dengan baik. Perjalanan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan rombongan kami hampir seramai 39 orang.Kebanyakkan yang terlibat merupakan pelajar semester 4 and 6 manakala Ecah,zira and long sahaja yang semester 8..huhu.  Kami mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke rumah tersebut.

Alhamdulillah kami selamat sampai dan dinanti oleh adik2 comel yang setia menunggu di perkarangan rumah tersebut.
Adik-adik yang seramai 15 orang ni bersalam-salaman dengan abang-abang mereka yang baru sampai.
Ya Allah,terasa hiba dan gembira melihat wajah mereka. Mula terasa sebak di dada.Mula jatuh kasih kepada anak-anak ini walaupun belum mengenali mereka sepenuhnya.

Senyuman manis.drp Long and Ecah .errrkk manis la sangat(tangan dibahu mata ke atas..haha)
Okeh, Sepatutnya bilangan adik-adik di rumah ini yang akan turut serta dalam program kami sangatlah ramai,namun disebabkan 3/4 daripada mereka terlibat dengan aktiviti di sekolah, maka,hanya tinggal 15 orang sahaja yang terlibat dengan program kami. Jadi,bagi memeriahkan program,kami selaku Fasilitator perlu menjadi peserta bersama adik-adik bagi memeriahkan setiap aktiviti yang dijalankan.



Fasilitator kami yang sedang beramah mesra dengan adik-adik comel..
yang pegang telinga berbaju hijau tua tu,Mustaqim..comel je orangnye..


Program bermula dengan aktiviti suai kenal antara Fasilitator dan adik-adik tersayang.Dikendalikan oleh Erman.

 
iskandar diminta memperkenalkan diri

Ecah and Zira ajar MOMO melukis..hehe
 
 
15 adik-adik yang ada untuk program ini
Farid yamng malu-malu bila disoal jawab oleh Erman



 
kakak-kakak bergelak ketawa dengan keletak adik-adik perkenal diri.

kemudian,aktiviti berkumupulan yang diketuai oleh Erman.



  

 
 


 Okeh,di bawah ini merupakan  Kumpulan kami..iaitu Kumpulan 4..Terdapat 5 orang Fasilitator iaitu, Ecah,Long ,Zira,Asma and Aiman..hanya Ecah,long and zira yang semester 8 yang mengikuti program ini..so,gelaran kakak kami di sini..
okeh,kami dapat 3 orang adik iatiu farid (tingkatan 4) ,
aizat and johari (tingkatan 5)..semua besar-besar sudaaaa...akak Ecah juga yang kecik walaupon umur lebih tua kan..kehkehkeh!






 
Farid, Johari,Aiman(fasilitator) and Aizat
 
  
Aktiviti permainan bahasa 1:kami melukis berdasarkan penerangan adik johari(seyes giler muka Ecah..biaselah..fokus fokus fokus!..hahaha)

Aktiviti permainan bahasa 2: ayat berantai dianggotai oleh Long,farid,zira,johari and aizat..Ayat berantai tu pulak ditulis dalam dialek terengganu..perghhhh..semua perkataan ada "G" dibelakang perkataan.Contoh yang Ecah masih ingat..Ziana Zaing,siti norhalizang,akang diadakang ..bayak lagi ecah lupa..haha

Selesa 2 aktiviti,kami
 makan tengahari bersama-sama dengan adik-adik An-Nur Maisarah..

Fuad sedang menyuapkan nasi kepada MOMO..




Aktiviti 3:(lupa pulak nama aktiviti ni...heeee)yang Ecah dapat jelaskan,Aktiviti ni  menguji kreativiti setiap kumpulan iaitu membina menara dengan menggunakan straw and benang..
dengan gigih kami "bekerja" membina bangunan kami..hehe
 
proses memastikan bangunan tidak runtuh..
 


Taddaaaa...menara kami.. Star tower!

Aktiviti selingan..tepuk-tepuk sayang..
tepuk-tepuk sayang daripada aiman kepada adik-adik..

Sebelah petang,diteruskan dengan aktiviti riadah.Hanya 1 aktiviti yang sempat dijalankan iaitu melambung belon berisi Air.Kumpulan yang dapat mengumpul jumlah belon yang tidak pecah akan dikira pemenang. Aktiviti ini kelihatan sangat menghiburkan adik-adik sehinggakan mereka nak terus main lagi..biasalah budak-budak,segala permainan adalah kesukaan meraka..(^^,)
 

 Hadiah untuk adik-adik..
 




Program kami berakhir jam 6 petang..sebelum pulang kami sempat captured pic ramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan..













  








Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)






Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.



Banyak pengalaman,nasihat dan pengajaran yang Ecah dapat daripada program ni:
1.Bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya.
2.Setiap Orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.kita makhluk yang berakal harus bijak mengendalikan kurniaan yang ada pada diri kita.
3.Kasih sayang perlu dikongsi dan ianya tidak perlu memilih "bulu".
4.Tangan yang menghulur lebih baik daripada yang menerima.

Ya Allah,rindu pada warga rumah itu.
Engkau Lindungilah mereka dari azab siksaMu
Rahmatilah mereka
kasihanilah mereka
Golongkan mereka dalam orang-orang yang beriman,berjaya di dunia dan akhirat..

Sekian saja entry Ecah pada kali ini.tQ u ollz yang sudi baca entry Ecah ini.Salam ukhwah dan ketemu di lain entry.
Sekian,wassalam.      
  
P/s:kalau masih ada peluang,Ecah nak ikut serta dalam kerja amal macam ni lagi..In Sha Allah.Amin.

3 comments:

nini said...

bestnya...dah lama dah tak buat aktivi cenggini....

Nina Mads said...

Salam..1st singgah sini :)
tak tahu pulak ada rumah nie kt chemor..selalu pegi sna. Hehe

Unknown said...

nini:yup,best sgt nini..kalau de lg ,nak join lagi..hehe

Amanina:waalaikumus salam,ye,ade je rumah ni..rumahnye ala2 rumah kg..