BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, June 17, 2014

~Alhamdulillah,ke Peneng ke Kita~

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah..syukur tak terhingga..semalaman tak dapat tido dengan lena menanti keputusan penempatan yang pada awalnya hanya ketahuan tarikh penempatan sahaja dan perlu menghubungi Bahagian Pendidikan Islam..DupDapDupDap dalam tidurku..

Hari ni,masuk je opis terus call BPI..cuba nasib kotnya pick up kan..Alhamdulillah,kerani bahagian tu answering but pegawai belum masuk la pulak..ok,fine..fine..tQ

Feeling DupDapDupDap makin menjadi-jadi,buka Fb sahabat-sahabat CL(Calon Lulus) bahagian pendidikan Islam yang lain pun fefeeling sama ngan kitew nih..hewhew
So,bertali-arus ler kitaorang call BPI..jawapan still sama..Pegawai belum masuk.

hampir jam 10-11 pagi macam tu(masa pon dah tak sedar bila fefeeling dah ke laut..krekk3) sorang member ni bagitahu:


"syg2 BPI ku sekalian..sy baru shj cuba semak balik penempatan tiba2 terkejut dh keluar negeri...cuba semak semula ye..tq"_mama noli via fb


Dengan semnagat kepoh,gopoh-gapahnya..taddaaa...

Alhamdulillah..bermulanya langkah..
Ke PENENG Ke Kita..


DupDapDupDap!!!
Daerah & sekolah belum ketahuan lagi..Call SPI terus menerus tak angkat...Call BPI katanya pegawai Meeting..So,tunggu masa sesuai call lagi..

Oh..SMKA mungkin..
Apapon,wait & see..Doa  & tawakal..Semuanya dirancang dengan sebaik-baiknya oleh Maha Esa..

sekian,Wassalam..

#orang peneng,Here I comeeeeeee..hehe(^_____^)Alhamdulillah~Feeling syukur

Tuesday, June 10, 2014

~Oh,Teacher To Be..~

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari ni hari yang mengembirakan..
Buka je FB hari ni tengok2 ..waaaahhh


16 Jun 2014 keputusan penempatan akan diumumkan..Oh My..Excitednyeeeee Cik Cah..

Lepas ni buleh doh nak buat persiapan apa yang patut..hehe
tapi satu je..satu je..hurmm..macam mana nak cakap 

"Miss Lee, I will be resigning from my current position..blablabla"

uhhh, tak sampai hati nak bagi tahu miss Lee
Lady Bos yang terlalu baik sepanjang hidup keje makan gaji nih..huk3T_T

Apa pon kena resign lah demi mengejar cita-cita menggunung nih
Oh Cikgu..Cik Cah dah nak Jadi Cikgu.
Penempatan?agak2..

2 pilihan sebelum ni:
1)Melaka-Alor Gajah
2)Kuala Lumpur

Apa pon,tawakal...sebab penempatan berdasarkan kekosongan.

Sekian,Wassalam..

#praypostingforcalonsimpanan

Wednesday, June 4, 2014

~Customer Is 1st~

As salamualaikum dan Salam sejahtera....

Hi sahabat ...Di sini Ecah nak kongsi sikit pengalaman yang mungkin dapat dijadikan pengajaran buat semua. Bukan nak bergosip ..bukan juga nak mengumpat..hanya berkongsi pengalaman..

 Ceritanya begini...
Ahad lepas Ecah ada buat repeat order untuk produk sabun yang sangat baik untuk kulit muka Ecah ni. Kiranya pembelian online lah.Ecah bank in duit seperti biasa dan terus snap capture bank slip and terus whatsapp peniaga online tu..Biasanya dalam masa 2 hari barang pasti sampai. Tapi hari ni sudah hari rabu,masuk 4 hari sudah...barang yang dipesan belum juga sampai. Ecah cuba whatsapp peniaga online ini untuk mendapatkan traking no..tp peniaga ini tidak memberikan respons..Ok,xpe..Ecah cuba calling..Fine,dapat respons..dia checking nama..memang produk tu dah dihantar semalam..so,peniaga ni mintak la Ecah whatsapp dia balik..
Dengan excitednya,teruslah Ecah whatsapp:

Ecah : (nama peniaga),akak yang call tadi..mohon respons ye,sebelum ni dalam dua hari dah sampai..ni dah masuk hari-4..
Si peniaga : Eh,Ko ni jeniss x reti sabar sikit ke..dah cakap kejap lagi bagi,kejap lagi la..

Berdasarkan apa yang berlaku, bagi Ecah kalaulah kita ni berniaga sama ada online or offline sekali pun tolong la jaga hati pelanggan..lebih-lebih lagi regular customer..susah tau kita nak dapat pelanggan tetap. Ecah dulu pun berniaga jugak tapi tak de la sampai terkeluar kata-kata kasar macam peniaga ni..Kita kena tahu adab berniaga..macam mana nak tawan hati pelanggan..Ingat!pelanggan tak semestinya pembeli..tetapi pembeli adalah pelanggan..So,jagalah hati pelanggan anda...lebih bagus dan elok jika tahu adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad SAW..

Tapi tak pe, dalam hal ni Ecah sabar, mungkin Ecah pon salah juga..terexcitedddd sangat nak dapatkan barang yang Ecah order tu..tak pe ..tak pe..Ecah tunggu je sampai esok..harap barang tu sampai depan mata ni..


Sekian,Wassalam..

Thursday, May 22, 2014

~Pendeknya Masa~


As salamualaikum dan salam sejahtera..


"Awak,sedar tak sekarang ni masa berlalu dengan cepat?masa kecik2 dulu lambat je masa satu hari tu nak habis.sekarang ni,tengok jam kejap je masa jalan.mungkin tanda nak kiamat kan?"Katanya dia.
"eh,macam tu?Hurmmm,normal la. Dulu kecik2 kita bukan de tanggungjawab pape pon. makan,tido,main,bla bla bla..."katanya saya. =)


(petikan di atas merupakan perbualan Ecah dengan seorang sahabat beberapa hari yang lalu~owhh skemanya aayattt ko cik cah..haha ;) 

"sekejap saja masa berlalu sekarang ni!"
"Eh,smeta sangat braso,gelap doh eh"

Itu ayat yang biasa kita dengar,kadang-kadang kita sendiri ucapkannya.Betul tak?
Hurmm...Bagi Ecah, kepantasan masa sekarang ini semakin ketara sebabnya peningkat umur kita, lebih-lebih lagi bila tinggal dan bekerja di bandar ni.
(ecececeH!pendapat okeh pendapat ngeeee~~sebab skarang duk bandar la kennn..hehe)

Kita terkejar-kejar sepanjang masa.Mula celik mata, dari pagi buta sehingga la ke petang nak masuk senja dan kadang-kadang hingga malam nak tutup mata..

"Apakah dunia berputar laju sekarang ni?

Cuba kita renung sejenak...

Bumi bergerak selaju 700 batu sejam(cuba betulkan kalau salah ye..hehe) and now still bergerak selaju itu pada landasan yang sama,right?
Bumi pun masih berputar 24 jam mengikut rentaknya seperti biasa setiap hari, still sama macam dulu kan?

Hebat..Ciptaan Maha Hebat..Allah

Jadi, kenapa cepat sangat masa berlalu?

Yang sebenar-benarnya, masa sentiasa cukup!24 jam sehari,tak lebih tak kurang. Yang membuatkan kita rasa masa itu cepat berlalu pabila hal yang kita kumpul,campur aduk,kelompok,lambakkan banyak-banyak, pastu nak settle dalam masa 24 jam tersebut...Hurmmm..meme terasa cepat la masa berjalan. Kita tengah sibuk dengan hal yang nak di"settle.Mana ada sempat nak tengok jam banyak kali.Betul tak?

Jadi,kita sendirilah yang menjadi creator of life dalam diri kita sendiri sama ada semakin laju or slow. Kita yang wujudkan dua jenis jam dalam hidup kita, sama ada jam tangan kita dan satu lagi yang berdetik dalam minda kita ini.


Photo: via Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah
#Tepuk dada,renung sejenak..Wassalam.

Saturday, April 12, 2014

Tersalah Cinta

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam hidup, kamu mungkin mencintai orang yg salah, tapi kesalahan yang ada membantumu menemukan orang yg tepat.

Sekian wassalam..

Allah Lebih menyayangi mu..



As salamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua..
Selasa yang lepas ,tanggal 8 April 2014 jam 5.20 petang,Salah seorang Sepupu yang sangat rapat dengan Ecah,Zariman Bin Sakri a.k.a Sulong  telah mehembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang . Dikhabarkan arwah mengalami kemalangan jalan raya. Berita ini amat mengejutkan Ecah.Menitis juga air mata ini setelah mendengar perkhabaran itu.Allah Allah Allah… Allah lebih menyayanginya..
Hati ini cukup terasa kehilangan.Kita tahu kehilangan sebahaian daripada kehidupan kita. Kita pasti akan mengalami kehilangan , perpisahan  ataupun terputus  sesuatu hal sama ada secara mendadak mahupun berperingkat. Apabila kehilangan terjadi pasti kita akan merasakan kekurangan sesuatu itu.
Yup! Itulah yang ecah alami  sekarang. Kehilangan yang cukup dirasai. Kami membesar bersama, makan sepinggan,minum secawan,gurau senda,rakan sepermainan semenjak kecil hinggalah kami besar masih tetap berhubung walaupun kami jauh....Allah,Ecah mula mengingat kembali memori tentang perjalan kami membesar bersama.Oh,terasa baru saja berlalu detik2 itu...
Walaubagaimanapun, semua yang ada di muka bumi ini hanya sementara dan tidak kekal. Semuanya Allah punya..

 
~satu2nya gambar kenangan arwah sulong yang Ecah ada~

Smoga Rohnya dicucuri rahmat-Nya dan tergolong dalam orang2 yang beriman. Al-Fatihah…

sekian,wassalam..

Friday, February 14, 2014

~Sayang … Aku rindu~



Sayang ..rindu.. Kian menggamit kalbu
Impak kasih ..cinta yang putus berlalu
Terbit sesal menyelongkar kisah insan itu
Inikah karma buat aku.. jahil cinta suatu ketika dahulu..

Aku sedar ini bukan pintaku
Insan itu telah mengertikan aku
Setelah hati hancur berderai dek kisah itu
Hanya aku mampu berserah kepada tuhan yang satu
Akan kebahagiaan aku tunggu
Hanya dia ..sayang..aku rindu



ECAH_11.46PM

#bila boring sangat dalam opis,maka karya ini terhasil..Alhamdulillah (^__^)

~MENANTI~


Masa kian menyinsing
Awan petang berlalu sudah
Hanya aku di sini terus menanti
Lelaki itu yang mencuri hati kering
Aku tahu ia belum pasti
Namun aku tetap menanti
Untuk kesekian kali


ECAH_11.15 AM


Photo: (Taip Mynewshub Di Google - Enter - Temui Portal Terbaik)

*ewahhhh...tu dia ...dah lama tak update blog..jadi,puisi ringkas ni sebagai pembuka untuk tahun 2014 ..tq.