BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Tuesday, March 27, 2012

~____Bukuku____~




Kandungan yang terdapat dalam buku ini menjurus kepada semua persoalan yang berkaitan dengan bab solat bermula daripada bab asas sehingga bab-bab yang lebih mendalam.

Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah:

- Bab Wuduk Dan Tayammum
- Bab Azan Dan Iqamah
- Bab Solat Dan Khaifiat ( Cara Perlaksanaannya )
- Bab Wirid Dan Doa
- Bab Sujud
- Bab Roh Solat ( Mencapai Kekhusyukkan Dalam Solat )
- Bab Solat Berjemaah
- Bab Solat Jamak Dan Qasar
- Bab Solat Khauf ( Solat Dalam Keadaan Takut )
- Bab Mengkhada Solat
- Bab Solat Jumaat
- Bab Solat-Solat Sunat
- Bab Solat Jenazah
- Bab Doa (Disertakan Himpunan Doa-Doa Para Nabi, Para Sahabat Dan Tabiin )
- Bab Zikir Serta Cara-Caranya
- Bab Sejarah Kehidupan Imam 4 Mazhab ( Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie ).
- Bab Nama-Nama Allah Yang Baik ( Asma Al-Husna )




Buku ini menyentuh tentang sifat-sifat baik dan buruk di dalam diri manusia yang turut disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Sifat-sifat inilah yang mencorakkan manusia khususnya dan mewarnai kehidupan umumnya.

Melalui buku ini, kita akan dapat membuat perbandingan di antara sifat-sifat yang sepatutnya wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan sifat-sifat yang kita amalkan dalam kenidupan seharian. Akhirnya kita akan lebih mengenali siapa kita sekaligus melahirkan insan baru dengan peribadi yang lebih baik.

Semoga buku ini akan memberikan manfaat dan sinar baru di dalam diri kita. Mudah-mudahan setiap perubahan yang baik akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah SWT.


Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.


Buku ini saya beli semasa Festival Kesenian Islam, FesKI '12 @KHAR,UPSI. Saya belum lagi menghabiskan bacaan saya selama seminggu ini. Namun, banyak ilmu yang saya perolehi daripada buku ‘senyumlah’ ini walaupun pada awal pembacaan sahaja. Buku ini saya kategorikan sebagai buku motivasi dan saya memang minat sangat membaca buku motivasi kerana ia dapat menaikkan semangat dan membantu saya meningkatkan diri ke arah yang lebih baik. 



Wirid adalah tanda cinta seseorang kepada Penciptanya. Balasan cinta dari Allah kepada kekasihnya terlalu banyak. Tanda Allah cinta kepada kekasih yang selalu mengingatiNya ialah dengan cara memeliharanya, mengampunkannya, menjauhkannya dari azab api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga yang kekal abadi. Wirid adalah bait-bait cinta kepada kepada Allah. Ungkapkanlah! Pasti cintamu berbalas...Saya suka buku ini..Alhamdulillah,saya mampu amalkan...semoga Allah sentiasa meniupkan semangat untuk melakukan perkara baik..Aamiin.



Buku  ni kategori buku psikologi...terdapat ideologi barat di samping ideologi Islam. Pada awal pembacaan saya amat tertarik pada isi kandungan buku ini. Mesti menghabiskan bacaan utk mengetahui isi keseluruhannya. Penggunaan bahasa pada awalnya menarik, namun lama-kelamaan kelihatan penggunaan bahasa Indonesia..Mungkin disebabkan penulisnya berlatarbelakangkan Indonesia..



Novel tauhid ini sangat menarik minat saya untuk terus menghabiskan bacaan. Namun, disebabkan kekangan masa dalam seharian ini..tika ada masa terluang sahaja saya sempat baca..apa2 pon, dapat disimpulkan,novel ini menguraikan makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak,ibu,bapa,isteri dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihurai dengan Islam dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan. Inilah karya yang diadaptasi daripada kajian tesis oleh FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.





Buku ini amat menarik dibaca. Pertama kali saya menatap judulnya terus saya membelinya, dan ternyata isi kandungannya tidak menghampakan. Buku setebal 147 muka surat ini merupakan himpunan kisah-kisah benar tentang keajaiban doa yang dikutip dan digarapkan semula oleh Asma Nadia. Membaca setiap tajuk di dalamnya benar-benar memberi kesan kepada jiwa yang membacanya. Pengalaman-pengalaman beberapa individu yang telah menemui jalan buntu dalam menghadapi masalah yang membelit kehidupannya, namun masih yakin bahawa harapan itu masih ada dengan mengadukan permasalahan itu kepada Tuhan, iaitu Allah Yang Esa.Ternyata memang benar. Bait-bait doa yang dilafazkan dengan penuh ikhlas dan mengharap akhirnya diperkenankan sama ada segera mahupun lambat. Malah, unsur-unsur keajaiban doa itu jelas terserlah. Selepas membaca buku ini, memberi semangat kepada kita untuk sentiasa berdoa, malah akan menjadikan kita rasa seronok untuk berdoa kerana tatkala berdoa, sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah secara langsung!Saya percaya, mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah memiliki buku ini. Tetapi bagi yang belum, saya syorkan agar buku ini dimasukkan di dalam rak buku perpustakaan di rumah anda sebagai bahan bacaan keluarga.



~Mencegah lebih baik daripada merawat~




As salamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Pagi mendung nan indah ni membuatkan ecah bersyukur ke hadrat Ilahi. walaupun sudah dua hari ecah demam..namun, Alhamdulillah..anugerah sakit(demam) merupakan tanda Dia mencintaiku...




Baiklah, berbalik kepada tajuk entry ecah ..mencegah lebih baik daripada merawat..di sini ecah nak fokuskan kepada penjagaan kesihatan..



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama Islam. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, maupun dari segi sains yang diajar oleh Al-Quran. Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu jugak Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit.

So,ecah nak kongsi sdikit tips mencegah penyakit..tawww...law dibaca apa yang ecah tulis ni dah memang taw sejak turun temurun.namun,tujuan ecah ...bila kita baca n tengok..kita akan ingat balik..sebab ape..x semua antara kita mengamalkannya..kan?

1~jaga permakanan
-Yang jelasnya tabiat dan cara pemakanan kita juga berpuncanya kita mendapat penyakit.
- Diet yang tidak seimbang juga salah satu dari faktornya.

2~Bersenam @ beriadah.(salah satu yg jarang sangat ecah baut..muhehehe)
-Kurang bersenam juga menjadi faktor utama banyak orang muda sekarang mendapat penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. 



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). 

Dalam Al-Quran pu ade mgajar kita cara mcm mana nak jaga kesihatan..Ecah terjumpa tips ni masa duk godek2 enjin google..kehkehkeh...jom,baca..
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. 
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Jadi mulai hari ini marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita, semuga kita dapat menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt serta dapat memelihara anak-anak kita menjadi anak yang soleh supaya dapat menjaga kita pada suatu hari kelak, seperti kita menjaga kedua ibubapa kita sebelum ini. 

"

Monday, March 26, 2012

~selsema lagi~


tinggal 2 minggu lagi nak blik kg..tp tetiba plak diserang  demam selsema.nak kata home sick xbyk hari dah nk blik kg.hurmmm..dasar antibody x kuat la ni,aku diserang selsema lagi..







punca selsema:
1)Cuaca~keadaan cuaca skunk ni yang hujan xmenentu, panas plak mmg super lah..boleh menyebabkan kita dilanda demam selsema. So,jangan main hujan(lau kecik2 dulu memang suka main ujan..time ujan je mandi ujan..kehkehkeh) especially yg antibodi gred C..kehkehkeh.. 1 lagi elakkan kena panas..Hurmmm...patut la zmn skunk  ada lelaki berpayung di bawah terik mentari..euwwww!!!

2) Tidur x cukup ~memang!!! bila dh tido lepas subuh,kul 12 matahari terpacak atas kepala baru bagun...hurmmm..sokseksoksek la jwbnya..berair la hidung tuuu...tp sbenarnya depend pd setiap indicidu jgk...stgh org ok jek! antibodi diorg kuat ok lah..kan3?

3)Berjangkit dengan pesakit demam selsema~yg ni memang kategori aku..ngeh3!!!! slalu, sentiasa, seharusnyalah kot(semua ni dng ketentuan Allah jgk la)..slalu jew brjangkit ngan org ln yg selsema. Asal dekat je ngan aku,kompem demam la jwbnye...sbbnya antibodi ni xkuat...


Allahuakhbar..Dilanda kesakitan salah satu cara menghapus dosa kecil. Itulah hikmah sakit.

Friday, March 23, 2012

~HATI INI AKU KEMBALIKAN~



Hati ini aku kembalikan
Aku pulangkan kepada-Mu
Sebab aku tak tahu lagi harus kepada siapa kukembalikan

Ampuni aku ya Allah
Warnanya tak lagi putih seperti dulu
ketika Engkau hembuskan hidup kedalam rahim cinta ibuku.
Ia telah sangat kotor dan ternoda
Hitam pekat dan berkarat disana-sini.

Telah aku kotori dengan dengki
Sebab orang lain nampak lebih baik dariku,
Bahkan ketika Engkau bukakan jalan yang lebih baik.
Dengan iri sebab aku tak mampu
melakukan apa yang orang lain lakukan,
Bahkan ketika orang lain mengulurkan
Berjuta untaian kebaikan.
Dengan cemburu sebab aku merasa tak punya apa-apa,
Bahkan ketika aku tahu aku sangat miskin.
Dengan cemoohan sebab aku telah dihinakan orang lain,
Bahkan ketika mereka menawarkan senyum dan uluran tangan

Ia telah membusuk, ya Allah
Aku telah memgacuhkan setiap hari.
Setiap tarikan nafasku.
Setiap langkah kakiku.
Setiap guguran daun menyentuh kakiku.
Setiap embun membasuh lukaku.
Bahkan setiap kali bunga-bunga yang aku injak itu,
menyisakan wangi di kakiku yang kejam menginjaknya.
Aku berpaling dari simpati keriangan kasih sayang.
Aku palingkan dari uluran cinta orang-orang pengasih.

Duhai Yang Maha Memiliki
Aku hitam pekatkan dengan kemarahan,
Bahkan ketika orang-orang tidak melakukan apa-apa.
Aku pekatkan ia dengan menutup telinga,
Bahkan ketika aku mendengar Engkau memanggil.
Ketika kasih-Mu begitu jelas dipelupuk mataku,
Di urat nadiku, di helaan nafasku, di detak jantungku.
Aku telah pekatkan ia dengan mendustai Kemahaan-Mu

Aku tundukkan wajahku setunduk-tunduknya sujud ya Allah, sambil aku kembalikan ia kedalam genggaman tangan-Mu,
sebab tak ada lagi tangan yang mau menerimanya.
Ambillah ia, ya Allah diriku ikhlas.
Dengan kepasrahanku yang memalukan,
Ambillah ia ya Allah.
Dengan kesombonganku yang hina,
Ambillah ia ya Allah.
Dengan airmataku yang malu,
Ambillah ia, ya Allah.

Aku pasrahkan kembali hatiku kepada-Mu,
wahai Yang Maha Pengampun.
Ampuni aku
Ampuni aku
Ampuni aku Ya Allah.













Tuesday, March 20, 2012

~Takdir itu Milik-Nya~



Jam menunujukkan pukul 1.30 pagi. Mataku masih juga tidak mahu lelap. Lalu aku mencapai handphoneku.Ada satu masej. patutlah aku x dengar bunyi masej td. rupanya aku meletak mood silent. Terkesima seketika. Melihat nama yang tertera di skrin membuatkan hatiku berdegup kencang. Terasa darah menyirap di dalam dadaku. Seseorang yang aku sangka tidak akan wujud lagi dalam diari kehidupanku kini. Bait-bait kata yang ringkas tapi dalam maksudnya. 



Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang, menduga dalam bermacam ragam,MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEmbuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan & membuatkan kita merasa kehilangan..


Namun TAKDIR juga memberi  kita erti  sebuah perkenalan,
mengenali erti sebuah persahabatan,merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan & memberi erti sebuah keakraban,memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan…nyte..

Sebak mula menerjah...Tabahlah wahai hati..


aku perlu kembali kepada fitrah manusia. Jika ini terjadi, jika ianya sudah lama terjadi, aku tidak bolehbiarkan ia berterusan.Jika ini terjadi,aku perlu berdoa kepada Yang Maha Mendengar.Allah SWT lebih mengetahui segala apa yang tidak diketahui oleh hambaNYA. Aku tidak mampu mengubah benda yang lepas tetapi aku percaya bahawa aku mampu mengubah benda yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan.



Tidak diciptakan Allah SWT seorang anak Adam itu jika tanpa tujuan.Merekalah khalifah yang selayaknya untuk memerintah alam semesta seiring dengan rujukan ilmu Al-Quran dan Hadis yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada para utusannya,iaitu para nabi pilihan Allah SWT.
 Aku sering merungut dengan keadaan diriku yang tidak sesempurna orang lain.Lebih selesa merasakan yang aku  tidak sebertuah orang lain.Tidak sekaya orang lain.Tidak secerdik orang lain.Aku kadang-kadang jemu dengan permainan dunia tanpa menyedari bahawa aku diciptakan di dunia ini adalah untuk mengumpul bekalan hidup yang kekal selamanya di akhirat kelak.Akibat daripada perasaan bosan dan jemu yang berpanjangan ini,aku lupa tentang tanggungjawab aku sebagai hamba Allah SWT.Maka,timbullah soal,
“semuanya takdir”,
“apa boleh buat,sudah tertulis di Loh Mahfuz,ikut qada’ dan qadar sajalah”
dan
“dah nasib!”
Hari ini,kita masih lagi tidak memahami konsep sebenar takdir serta qada’ dan qadar Allah.Hanya sesetengah sahaja yang sudah memahami maksud TAKDIR dengan sepenuhnya.Memang,tidak dapat disaangkal bahawa setiap yang berlaku adalah takdir daripada Allah SWT.Tetapi kita sering tersalah anggap bahawa apa yang telah ditakdirkan kepada kita tidak dapat diubah.Ia tidak akan berubah kerana sudah tertulis di atas ‘sana’,kun fa ya kun.Itu memang benar dan sahih.Tetapi lupakah kita bahawa takdir dapat diubah dengan doa?Inilah yang dikatakan dengan “The Power of Doa”.Berita gembira buat semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini,kita masih mempunyai peluang untuk mengubah takdir kita.Tiada yang lain dapat kita lakukan,melainkan berdoa kepada Allah SWT.Sesungguhnya Allah SWT mendengar setiap rintihan sayu hamba-hambaNYA yang meminta.Bahkan,Allah SWT ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-hambaNYA kerana Allah SWT terlalu menyayangi kita.SubhanaALLAH,masih tidak sedarkah kita lagi dengan kasih sayang dan cinta yang ditawarkan olehNYA?Terlalu mendalam,lebih hebat cintaNYA jika dibandingkan dengan cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Dan Allah SWT berfirman lagi di dalam surah Al-Mukmin ayat 60:

“Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu”

 P/s~ Semoga insan itu sentiasa dalam rahmat-Nya dan bahagia di sisi orang yang tersayang..Kuatlah wahai insan dalam menempuh dugaan-Nya..Kita perlu kuat. Yakin, Kita ada Allah. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sibukkanlah diri dengan mendekatkan diri kepadanya sekiranya hati tidak tenang, bukan menyibukkan diri dengan dunia semata-mata.

Monday, March 19, 2012

~Yeayyy Ecah shaimi ..YeaYYy~



♪♫ aku x besar dan aku x kuat..bila bekerjasama ,semua jadi mudah...
heyyy ...ecah shaimi..heyyy ♫ (^^,)


Ewah...tetiba jek pagi2 ni ceria semacam... sampaikan status dekat FB pun aku siap nyanyi lagu wonderpet lagik..kikikik.. dikomen pulakkkk ssalah seorang rakan FBku yang mengatakan aku ni pagi2 dah xbetul..alahaiiii..sabor je la..


Aku ni tetiba jadik mcm ni sbb mencari mood nk pike tajuk yang sesuai tuk projek tahun akhir nanti..tarikh nak submit tajuk pun dah nak dekat due date ..alahaiiii ecah shaimi...


Ape2 pon disebabkan kerja ini kerja kumpulan. So, kerjasama antara ahli kumpulan tu penting. Aku x boleh bergantung kpd diriku seorang shj. Aku perlu bekerjasama dengan rakan ahli kumpulan yang lain Aku harap ada komitmen antara kami semua dalam kumpulan ini. 

Bila bekerjasama, semua jadi mudah..yeayy

Sunday, March 18, 2012

~Semaian Kasih PERBAYU 2012~


Hari yang menceriakan. Hujung minggu yang menyeronokkan.. Hari ni, ecah dan kawan2 join satu program yang sangat2 BESTTTTT!!!..titik..kikikik..Ape program tu..haaaa..program 2 dinamakan "Semaian Kasih PERBAYU 2012". Program ni bertujuan untuk mengeratkan hubungan junior + senior PERBAYU..
Untung lerrr sape orang Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), UPSI .APe yang untungnye..hihi..Untung lerrr,macam2 xtvt yg PERBAYU adakan....
PENGUMUMAN...PENGUMUMAN..hehe

So,mari kita jamu mata dengan melihat gambo2 yg dicapture sepanjang program ini berlangsung..jom2!!!




Walaupon sampai lewat kat padang..kat hati tetap berbunga-bunga nak ikut bergambo ngan kawan-kawan..hehe





Fitriyana~Sahabatku yang sengal..keh3
Fitriyana as model  belon air..hihi


Fitriyana & Mazira~acara sambung ayam versi straw + getah~acara ni x terlist dalam program ok..just suka2..huhu
Fitriyana yang sengal~saat memberi "tazkirah" kepada sahabat..(^^,)


inilah ecah yang comel gituhh~tangan di dada, mata ke atas..keh3


Malina~sweet dia senyum..senyum kat sapa tu malina???jeng3!!!

~Minuman saat kehausan~

Pic kawan2 sedang main acara belon air yang sempat dicapture :-
Nora + zurin
Mereka menanti belon air untuk disambut..(^^,)


waaaaa..jatuhhhh..pecahh!!!


Hasil belon air yang berjaya disambut oleh mereka.

Azli dengan acara pecah belon...bermain dengan penuh aksi gitu..~ngeh3!!
Kami as Senior (semester 6)~ nampak kan Ecah  terselit di situ..keh3








HARI YANG BEST!!! HAPPY DENGAN SAHABAT SEMUA..HIDUP EKAPAKSI!!

Saturday, March 17, 2012

♥♥♥♥Adakah Sarkastik ?♥♥♥♥



"Cara berdoa adalah menadah tangan...Bukan menekan keyboard."
Sentap sekejap...satu status yang baru diupdate oleh salah seorang member of list dalam FB aku. Aku tak berapa kenal pon orang ni.Memandangkan tersenarai dalam ruangan Home di FBku,maka aku terbacalah status tersebut. tak taw lah nape bole plak aku sentap dengan ayat di atas walaupon bukan ditujukan untuk aku.hurmmm...
Aku kawal rasa itu. Astaghfirullahalazim~ aku beristighfar seketika. Meredakan rasa yang tidak baik untuk hati. 
Aku mula merasionalkan bait-bait kata yang aku baca tadi.
Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan  hamba Allah itu berkata sedemikian.Apa alasannya..Wallahualam..
Tentang hal ini, aku juga tertanya-tanya. Kemusykilan melanda dibenakku. Lalu aku mencari bahan sokongan untuk mengukuhkan lagi apa yang sedang bermain di fikiranku.Lantasku menjengah pak cik google..huhu

Setelah membaca beberapa bahan daripada blog yang sahih maklumatnya, Aku memberikan Komenku kepada pemilik FB tersebut~

Sekadar berkongsi pndangan yer saudara #$%&@#(^^,) ..berdoa kepada Allah tidak semestinya menadah tgn..tak tadah tgn pon boleh..guna keyboard pon boleh...doa kuat2 pon boleh,doa dalm hati pon boleh..doa dalam byk bahasa pon boleh..doa dalam isyarat tgn pon boleh....Allah tu maha mendengar dan maha mengetahui..Antara perkara yang kita tidak tahu ialah, bukan semua doa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan, seperti doa masuk ke tandas, doa selepas azan dan sebagainya. Kebanyakan hadis yang menyatakan baginda mengangkat tangan adalah ketika doa khusus, meminta apa yang kita mahu, seperti doa minta hujan yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Jadi apabila sedang doa beramai-ramai, kita melihat ada orang yang tidak menadah tangan, maka janganlah kita katakan mereka ini tidak berdoa.klo tlis doa dkat fb nt fren semuaa bce automatik diorang mendoakan kite..(tp x taw la law status itu berbaur sarkastik)~(^^,)


hurm..bila aku memberi komen di atas kepada pemilik FB tersebut. kemudian pemiliknya membalas "hati kan ada"..hya 3 patah kata itn saja yang dibalas
"yup,betul hati..kita ada hati,sbb kita baca kat FB pun baca dalam hati"balasku balik...Namun,tidak ku sangka selepas hampir 1 jam, pemilik FB tersebut mendelate komen aku. :P  hehe...Hal ini bermakna empunya FB tersebut tidak dapat menerima kenyataan dengan kata-kataku tadi...Mungkin dia mula berfikir dengan apa yang aku katakan kepadanya..Wallahualam..


sarkastik:bersifat menyindir(dgn kata kata yg tajam dan pedas) yg blh myakitkan hati seseorang.

Wednesday, March 7, 2012

~ku memohon dalam sujudku padaMu~



Semoga redha Allah bersamaku di dalam entry kali ini.

Pagi ini alhamdulillah aku sempat ber'dating' bersama Kekasihku lagi. Harap-harap aku sentiasa istiqamah untuk berdua-duaan denganNya. Tenang rasanya apabila dapat mengadu masalah, melafaz cinta kepadaNya. Kekasihku sangat romantik! Aku tidak pernah dibiarkan bersendirian. Ke mana aku pergi, pasti Dia menemani.
Aku juga tidak mahu memberikan hati ini kepada sesiapa kerana hatiku hanya milikNya, ALLAH. Cinta hakiki yang aku temui setelah sekian lama aku mencari. Aku pernah cuba-cuba memberikan hatiku kepada makhlukNya. Namun ternyata kecewa yang aku peroleh. Aku tekad, aku akan jaga hati ini sebaik-baiknya agar tidak terlepas lagi kepada insan yang tidak sepatutnya. Cintaku, Allah, bantulah aku.


~Ya Allah,makbulknlah doa hambaMu ini..~


Ya Allah, andai hati ini telah bersedia untuk menerima cinta insan yang telah Engkau janjikan untukku, aku mohon cinta itu tidak melebihi cintaMu.
Ya Allah, andai Engkau telah menetapkan dia menjadi pemilik cintaku selepas Engkau dan RasulMu, aku mohon biar cinta itu jatuh kepada jalanMu.
Ya Allah, andai cintanya menjadi milikku, aku mohon agar dia sentiasa mengingatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah, andai insan itu wujud untuk aku, aku mohon semoga dia menjadi pelengkap kekuranganku dan aku melengkapinya hanya untukMu.
Ya Allah, andai tiada insan untuk menemani cintaKu di dunia ini, aku redha. Aku percaya insan itu menantiku di syurgaMu nanti.
Ya Allah, jangan biarkan aku terlalu mengharap kepada cinta makhlukMu. Aku ingin terus berada di dalam lingkungan cintaMu.

Ya Allah, makbulkan doaku ini. Amin Ya Rabbal 'alamin..