BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, February 16, 2012

~Laksam Makanan Tradisi Klate~

As salam semua...hari ni ech nk kongsi satu rahsia(versi Oreo...hik2).about LAKSAM...pe 2?..ahaaaa..
Laksam adalah makanan yg amat terkenal di kelantan..tempat asal usul ecah..hehe..Ianye dimakan sbgai sarapan pagi..
 Kini ianya bukan hanya terdapat di Negeri Kelantan, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi di tempat-tempat lain juga di Malaysia. Ianya diperbuat daripada tepung beras. Kemudian dimakan dengan kuah ikan bersantan yang pekat. Digaulkan juga bersama ulam-ulaman dan sambal.
YUM3!!!sedap..laksam juga salah satu makanan kesukaan ecah..lebih2 maa ecah yg buat..perghhhh!!!sedap tiada tandingan(Biasalah,air tgn ibu katakan..hehe)

Hurmmm...hari ni maa buat special punya untuk ecah..maa ckp,"cuti sem dah nk abis.long kan dh nk pgi Tanjung Malim.meh la wat laksam..nti kat sana xjumpa laksam"...wahhhhhh..sukanyeeee(lam ati)..kikikik

So,ecah tolong la maa buat laksam..


Dan inilah hasilnye..


~siap de kelapa lagi jd model kat situ..hik3~

~sudah siap dihidang~

~ready tuk ngap2!!!..ahaaa..Bismillahirohmanirohim...yummmm~



Monday, February 13, 2012

~Wanita Suka Bunga?


Wanita suka bunga ? semua wanita kew suka bunga? hurmm mungkin secara puratanya wanita suka bunga..sebenarnya ecah ade trbaca dalam 1 blog mengenai "benarkah wanita suka bunga".. bila ecah baca,maka terjawablah  mengenai wanita dan bunga , macam tahu je ecah peminat bunga ,bagi ecah wanita bukan suka bunga je semua benda hidup, pokok ,apa-apa yang cantik wanita suka , setuju tak ?eheee..


Jom,tgk  gambar2 bunga ecah punya...

~ni gambo bunga yg dibeli o sahabat ecah,Ain..nahh! 1 baldi tuu~


Acapkali itulah yang selalu kita terbaca dan terdengar drp mana2 sumber..kaum wanita memang suka pada bunga, terutama sekali mendapat hadiah bunga, mereka amat menyukainya, malah ada yang meyimpan hadiah bunga tersebut dalam buku..walaupun sudah kering dan layu

bertapa hebatnya nilai hadiah bunga tersebut...apakah yang menyebabkan hadiah bunga itu seolah olah seperti intan permata yang begitu dihargai oleh kaum wanita.



~ jambangan bunga ini drp ain...macam2 jenis kan...hehe~



~Bunga yg sama cuma posisi gambor jew lain..hehe~

Sebelum ni,ecah de gi Cameron Highland... sempat masuk kat tempat jual bunga..tapi lupa lak nama farm tuuu...pape pon ni la gambo2 bunga yg sempat ecah posing bersama...eheeee


.
~Lavender@Cameron Highland~


~dikelilingi bunga kekwa yg plbagai warna..cantikkk!!!~


~kaktus:Ecah beli time gi jalan2 ke cameron Highland..~

Kepada rakan-rakan blogger lelaki, U alls blh dpt jawapan ikhlas daripada mereka(wanita terdekat dgn kamu) berpandukan soalan berikut. semoga dapat dijadikn panduan.Mungkin dgn soalan2 ni,U alls dapat menilai minat mereka terhadap BUNGA..hehehe

Persoalannya:
1. Apakah perasaan anda terhadap sidia apabila menerima hadiah bunga?
2. Apakah nikmat yang dirasai apabila dihadiahkan bunga?
3. Adakah dengan mendapat hadiah bunga, akan melenyapkan kemarahan terhadap sidia yang anda sayangi?
4. Sebagai seorang wanita, mengapa anda suka mendapat hadiah bunga?
5. Adakah hadiah bunga akan menambahkan lagi kasih sayang anda terhadap sidia,?
6. Adakah anda menyimpan bunga yang telah dihadiahkan kepada anda, berapa lama ianya disimpan?
7. Waktu dan ketika apakah yang anda rasa BEGITU mendambakan untuk dihadiahkan bunga, kepada anda?
8. Adakah anda dapat merasakan bahawa hadiah bunga yang diberikan merupakan tanda kasih sayang yang ihklas?  


~Hurmmm...agak2 bakal suami ecah nanti bagi bunga @ x..~ngade2 nye weeeiiiiii...hehehe)

Saturday, February 11, 2012

~Pengalaman memungut getah..muahehehe~


Hari ni, tanggal 11 feb 2012..ecah mencipta sejarah yg julung kalinye.apee????

MEMUNGUT GETAH...ngehhh3!!!..Almaklum la, sejak tamat persekolahan rasanye mmg agak lama x masuk kebun getah. So, time cuti semester 5 ni, ecah amik kesempatan memenuhi jadual yg kosong jadi follower nenek (bukan follow je tp wat keje gak taw..uhuii!!) memungut hasil getah yang ditoreh selama beberapa hari yg lepas..

Nak ikut nenek gi kebun getah pon kena pakai pakaian yg sesuai ok..so, ni dia pakaian yg nenek bagi tuk ecah pakai..hehe

~amacam..sweet x pakai baju nenek.?ngehh3!!
Siap sarapan jew kitorg pon get ready la tuk keje memungut getah..time memungut xblh nk amik gambo dah..sbb tangan dah basah ngan air2 getah..BAU? xyah cakap..aromanye memang menusuk kalbu..eheee..tp xpe dh besa dahhhhh... anak KAMPUNG katakan.."SAYA BANGGA JADI ANAK KAMPUNG"(versi Lan petpet..ahaa)
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okehhhh...
Time ni dah siap pungut getah pun..tangan dah kering.So, leh amik gambo lagi..ehee

~Yg ni,bahagian yg ecah pungut taw..huhu~
~Yg ni combine skit ngan Yg nenek punya..ehee~



~Berehat sebentar..sambil tgk nenek kumpul getah
yg dipungu(dlm hati:PENAT Oooo..)~

~nenek pon rehat jap.."penat gak cu oiii.."..eheee~
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas rehat jap,sambung blik...isi getah lam keta sorong...nk dibawa ke halaman depan rumah nenek.


 Masa nk isi pon xde sape leh tolong amik gambo..kan tuan empunya ni hah tgh wat keje...so,amik gambo lepas siap getah2 ni dimasukkan dalam guni...
~dapat 2 guni..hehe~

~pembeli getah dah datang amik getah kami..kuat tul diorg nih..berat  taw guni2 tuuu~

~Getah pon di bawa pergi..kemana?
~haaaaa...di bawa ke sini laa...stesen pengumpulan hasil getah...ecah ikut lori samapa sini  sbb x jauh sgt pon ngan  umah nenek.tapi ecah gi ngan motor la..law jalan kaki jauh gak Ooooo..heee~



~Duit hasil jualan getah yg dipungut tadi~

Hurmm...dalam berpenat lelah memungut getah,akhirnya inilah jumlah hasil jualan kami..

1kg=RM5.30
Getah yang kami pungut=93kg X RM5.30=RM492.90

(time ni harga getah x mahal sgt... pernah 1 masa dulu 1kg=RM7..perghhh..untung lerrr nenek...kan3)
Ape2 pon ...ni lah rezeki kami hari ini..syukur,Alhamdulillah(^_^)

~taddaaaaaa...inilah upah tuk ecah..RM70...TQ nenek..muahhh3..cayunk nenek..eheee~
(nak buat pe ngan duit nih????ngah pike..eheee)


Syukur,Alhamdulillah..seronok sangat lalui stiap detik tuk hari ni..Tak semua org dpt peluang macam ni..law ade peluang pon belum tentu org 2 nk join kan..almaklum la..getah ni kan berbau..tapi xpe,ecah xkisah..sbb ecah dah biase sejak kecik lg..biarpon maa abah bukan penoreh getah,tp ade nye nenek,ecah berpeluang tuk merasa hidup sbgai PETANI esspecially penoreh getah..Cayunk NENEK..

~Bahasa dan Pemikiran dalam Perumpamaan Melayu~


1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu sangat kaya dengan peribahasa. Pada masa yang lampau, penggunaannya dalam bahasa persuratan dan pertuturan seharian sangat meluas. Namun kini, popularitinya kian menurun. Generasi baharu yang hidup dalam dunia sains dan teknologi sudah tidak berminat lagi hendak menggunakan perumpamaan dalam percakapan mereka hari-hari. Kesannya kini, penggunaan perumpamaan kian terpinggir dan di telan arus kemodenan lantaran sikap pengguna warisannya sendiri yang tidak menghargai dan menjaga keterusan warisan perumpamaan ini.
Menurut Awang Had Salleh dan Abdul Razak abu (1990:187), mengatakan bahawa perumpamaan adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu, atau membandingkan sesuatu dengan benda lain boleh diertikan sebagai perumpamaan. Setiap perkataan dalam sesuatu perumpamaan adalah diumpamakan kepada sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat. Pendapat Awang Had Salleh dan Abdul Razak Abu ini turut disokong oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006:288). Beliau mendefinisikan perumpamaan sebagai peribahasa yang mempunyai maksud yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya. Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti.
Perumpamaan juga dikenali sebagai simeli iaitu sejenis gaya bahasa perbandingan atau peribahasa yang bersifat perbandingan dua perkara yang sebenarnya berlainan atau perbandingan satu hal dengan sesuatu hal yang lain tetapi sengaja dianggap sama (Nik Hassan Basri,2007:89). Pendapat ini turut disokong oleh Darwis Harahap (1996:39). Beliau mentakrifkan perumpamaan sebagai perbandingan dua perkara yang berbeza tetapi dianggap sama. Selain itu, perumpamaan turut menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, ibarat, laksana dan umpama.
Abdullah Hassan (1993:909) pula mentakrifkan perumpamaan sebagai perbandingan makna yang sangat jelas. Hal ini adalah kerana perumpamaan didahului oleh perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Perkataan-perkataan ini biasanya berada dihadapan ayat perumpamaan namun terdapat juga perumpamaan yang perkataan-perkataan tersebut berada di tengah-tengah perumpamaan. Contohnya dalam perumpamaan Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah, Pantas seperti lipas kudung dan pekak macam badak.
Selain itu perumpamaan juga boleh bertukar menjadi bidalan apabila didahului oleh perkataan jangan. Apabila perumpamaan itu didahului oleh perkataan jangan, keadaan ini akan mengubah fungsi perumpamaan. Perumpamaan yang berfungsi sebagai perbandingan akan berubah fungsinya menjadi nasihat apabila didahului perkataan jangan. Berikut adalah contoh perumpamaan yang berubah menjadi bidalan:
Seperti menggenggam bara api, terasa hangat dilepaskan.(perumpamaan)
Jangan digenggam seperti bara api, terasa hangat dilepaskan.(bidalan)
Seterusnya, perumpamaan juga dapat didefinisikan sebagai suatu susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. (http://tatabahasabm.tripod.com/tata/perumpamaan.htm.) Selain itu, perumpamaan juga tergolong dalam golongan peribahasa berlapis,iaitu peribahasa yang mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakn perbandingan secara terang-terangan. Dengan kata lain, perumpamaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang menyebut perbandingan dengan menggunakan kata-kata bagai bagaimana, ibarat, seperti, laksana, umpama, dan sebagainya, dan kepada yang tidak menggunakan kata petunjuk.



2.0 Bahasa dan pemikiran dalam perumpamaan Melayu.
Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu khususnya perumpamaan Melayu. Pemikiran dalam perumpamaan Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka.

2.1 Pemikiran tentang kewujudan (metafizik)
Dalam perumpamaan Melayu, aspek pemikiran Melayu tentang kewujudan melibatkan pemikiran tentang hubungan manusia dengan agama dan pencipta-Nya. Persoalan pemikiran ini terpancar dalam perumpamaan yang memaparkan isu-isu kehidupan yang berasaskan ajaran agama Islam. Pemikiran tentang kewujudan ini merangkumi aspek-aspek akidah dan termasuk juga prinsip-prinsip yang bertentangan dengan akidah Islam yang harus dihindari oleh bangsa Melayu. Antara perumpamaan yang mengungkapkan pemikiran tentang kewujudan ini dapat dikaitkan dengan tema keagamaan ialah “Manusia punya asa, tuhan punya kuasa” yang membawa maksud manusia hanya boleh berharap dan hanya Allah yang memperkenankannya. Seperti yang membawa maksud dari sudut keagamaan, kepatuhan dan kekuatan pegangan agama Islam oleh bangsa Melayu turut tergambar dalam perumpamaan. Kepercayaan beragama ini terselit dalam perkataan yang digunakan dalam perumpamaan dan makna perumpamaan tersebut. Sebagai contoh perkataan ‘‘Allah’ berkisar tentang kewujudan Pencipta-Nya. Perkataan ini secara tidak langsung melambangkan bahasa yang ada dalam pemikiran bangsa Melayu dan daripada bahasa ini menentukan pandangan dunia bangsa Melayu tentang kewujudan alam dan Pencipta-Nya.
Selain berfalsafah tentang kewujudan agama dan pencipta-Nya, pemikiran Melayu juga menyentuh tentang konsep kewujudan sesuatu benda dan fenomena alam dalam perumpamaan. Hal ini demikian kerana pemikiran Melayu pada asasnya adalah terbentuk berdasarkan alam sekeliling yang menjadi konteks dalam alam penghidupan bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu membina sesuatu konsep hasil daripada pengamatan mereka terhadap fenomena alam yang berlaku seperti hujan, ribut, kilat dan sebagainya. Selain itu, kewujudan alam semesta termasuk alam benda, alam flora dan fauna juga dirujuk dalam penciptaan peribahasa seperti dalam perumpamaan yang berikut:
(a) Seperti batu jatuh ke lubuk : Hilang lenyap.
(b) Bagai panas mengandung hujan :Tertawa dalam kesusahan.
(c) Seperti hujan jatuh ke pasir: Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu membalas budi.
Daripada contoh (a), (b), dan (c), menjelaskan bahawa agen alam menjadi pencetus minda orang Melayu ketika mentaakul, meneliti, mengamati lalu membentuk konsep dalam perumpamaan. Berdasarkan contoh perumpamaan (a) perkataan ‘batu’ menggambarkan objek alam yang bersifat keras, yang tidak boleh terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dalam air, (Kamus Dewan, 2005). Unsur pada ’batu’ disamakan dengan sifat manusia yang tidak boleh dilentur dan tidak boleh dipujuk. Dengan itu, makna perumpamaan dirujuk kepada orang yg keras hati atau degil terhadap ilmu. Sifat batu yang ada dalam pemikiran penutur dikaitkan dengan sikap dan sifat seseorang yang degil. Begitu juga dengan (b) dan (c) yang berunsurkan alam, iaitu ’hujan’ dan ’panas’ yang digunakan oleh bangsa Melayu dalam penciptaan perumpamaan di atas memberikan gambaran bahawa hujan yang lebat berupaya membanjiri atau menenggelamkan bumi dan panas yang menghadirkan musim kemarau. Pengalaman yang ditempuhi dalam musin hujan dan banjir serta kemarau telah tersimpan dalam pemikiran lalu dikaitkan dengan makna perumpamaan (b) iaitu rakyat atau orang yang lemah dan tidak berdaya masih mampu tersenyum walaupun dilanda masalah. Konsep yang ada dalam pemikiran ini merujuk kepada realiti bangsa Melayu yang pernah hidup dalam zaman pemerintahan berbentuk feudal dan realiti ini dipindahkan secara halus dalam perumpamaan sebagai satu mesej dan pengajaran kepada bangsa Melayu dahulu dan sekarang.

2.2 Pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistemologi)
Bangsa Melayu yang beragama Islam menitikberatkan kepentingan ilmu pengetahuan untuk membentuk dan menyuburkan fikiran bangsanya. Ilmu adalah intipati yang terpenting dalam pembangunan insan, apatah lagi dalam mengesahkan ibadah kepada yang Maha Esa. Sementelah menuntut ilmu adalah sejajar dengan matlamat Islam yang membudayakan iqra’ berdasarkan ayat yang pertama diturunkan di Gua Hira’. Hukum menuntut ilmu ini adalah fardhu ‘Ain, iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh semua individu. Dengan itu, lahirlah peribahasa-peribahasa yang berbentuk perumpamaan yang menyeru bangsa Melayu supaya menuntut ilmu pengetahuan. Antara perumpamaan yang mengungkapkan kepentingan ilmu pengetahuan adalah seperti “Biduk kalau tidak berkemudi bagaimana ia akan laju” yang membawa maksud suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu tentu tidak akan tercapai. Berdasarkan makna perumpamaan ini, jelas menunjukkan pemikiran bangsa Melayu yang mengutamakan kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya.
Pemikiran bangsa Melayu yang beragama Islam meletakkan ilmu sebagai satu nilai luhur yang diajarkan oleh ajaran agama Islam. Hakikat ilmulah yang menyebabkan manusia diberikan amanah oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Sejajar dengan itu, kandungan pemikiran ini diungkapkan dalam perumpamaan Melayu sebagai pengajaran dan teladan untuk bangsa Melayu memperoleh keimanan dan memotivasikan amal. Oleh yang demikian, bangsa Melayu menyarankan pendidikan diberikan sejak kecil seperti yang diungkapkan dalam makna peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Rumusannya pemikiran Melayu yang menyentuh perihal menuntut ilmu dalam perumpamaan adalah sejajar dengan ajaran Islam yang meletakkan usaha menuntut ilmu sebagai satu bentuk ibadah. Hal ini menjelaskan bahawa aspek bahasa dalam perumpamaan jelas berhubungan erat dengan pemikiran dan budaya bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa bahasa yang menjelaskan makna perumpamaan-perumpamaan tadi adalah bukti yang menunjukkan terdapatnya hubungan erat antara bahasa, budaya, dan pemikiran bangsa Melayu sebagaimana yang dinyatakan hipotesis Sapir-Whorf, iaitu bahasa ditentukan oleh cara penutur itu berfikir. Cara seseorang penutur berfikir dan melihat bahasa tergambar menerusi penggunaan perkataan-perkataan itu dengan lebih meluas. Dengan demikian bahasa dalam perumpamaan Melayu turut memadukan sistem pengetahuan dan kepercayaan bangsa Melayu sebagai asas tingkah laku budaya berasaskan pemikiran yang bertunjangkan ajaran agama Islam dan budaya setempat.

2.3 Pemikiran tentang tingkah laku dan moral manusia (etika)
Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga mengaitkan isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia. Persoalan moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini adalah bersifat relatif, subjektif dan sementara. Sejajar dengan itu perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang tidak bermoral turut diungkapkan dalam perumpamaan Melayu. Malah segala tindakan ahli masyarakat yang wajar dilakukan dan yang tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam perumpamaan Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup.
Dalam kehidupan berkeluarga, aspek keharmonian berumah tangga dititikberatkan kerana daripada sebuah keluarga yang harmoni akan lahir anak-anak yang baik dan berbudi pekerti mulia. Pemikiran manusia sejagat telah meletakkan kaum lelaki sebagai ketua keluarga. Oleh itu kaum lelaki sebagai suami atau ayah harus adil dan bermoral, dengan kata lain harus bertanggungjawab, amanah dan beretika dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ketua atau pemimpin keluarga bukan menjadi perosak dalam keluarga seperti yang terkandung dalam makna perumpamaan “Bagai haruan makan anak”. Perumpamaan ini membawa maksud perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri.
Anak-anak mesti dijaga dengan sebaik-baiknya dan sekiranya ingin menghukum anak janganlah bertujuan untuk menyiksa tetapi untuk membaiki kelakuan si anak. Hal ini dapat dilihat dalam perumpamaan “seperti ayam patuk anaknya” Agama Islam telah meletakkan peranan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Tugas berat ini dipertanggungjawabkan kepada lelaki adalah berdasarkan fitrah ciptaan Tuhan. Sehubungan itu, peranan lelaki sebagai suami dan ketua keluarga sudah terkandung dalam pemikiran bangsa Melayu yang melatari nilai budaya Melayu sejak dahulu lagi dan seterusnya diungkapkan dalam perumpamaan Melayu. Selain itu, bangsa Melayu menekankan setiap ibu bapa dan keluarga adalah bertanggungjawab memelihara anak-anak mereka dengan sempurna, memberikan kesejahteraan dan pendidikan agama. Hal ini diungkapkan secara sindiran iaitu, “Kerbau sekandang dapat dijaga, manusia seorang tiada terkawal”.
Daripada perumpamaan-perumpamaan di atas, jelaslah menunjukkan hubungan antara bahasa dan pemikiran Melayu yang berkait dengan tingkah laku dan nilai moral manusia iaitu cara manusia berfikir dan memandang dunianya adalah dipengaruhi oleh bahasanya. Pemikiran dan kebahasaan bangsa Melayu yang terkandung dalam perumpamaan adalah bersifat relatif dan humanistik.

2.4 Pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam (logik)
Logik menurut Kamus Dewan (2005), merujuk kepada sains yang berkaitan dengan prinsip yang membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir. Logik juga merujuk kepada sesuatu fikiran yang dapat diterima akal atau munasabah. Dalam peribahasa Melayu persoalan tentang logik adalah sesuatu yang diungkapkan dengan mengaitkan fenomena alam keliling dengan usaha, usia, kebendaan, dan kehidupan. Daripada perumpamaan “Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang”. Pemikiran bangsa Melayu menetapkan secara logik bahawa kalau terjadi sesuatu mesti ada sebab dan musababnya. Hal ini demikian kerana hukum alam menetapkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah berdasarkan sebab dan akibat. Selanjutnya, pemikiran tentang logik juga terpancar dalam perumpamaan ibarat ayam, tiada mengais tiada makan” yang mana menyentuh tentang perihal orang miskin yang tiada makanan kalau tidak bekerja. Manakala dalam perumpamaan “Baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya” juga memancarkan persoalan logik tentang. seseorang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal. Hal ini terungkap dalam frasa “baru hendak bertunas” merujuk kepada sifat yang baru dan muda. Frasa ‘baru hendak bertunas” secara logik tumbuhan yang baru hendak hidup dan masih muda pucuknya. Sifat tumbuhan yang baru dan muda dikaitkan dengan keadaan manusia yang masih muda dan mentah dalam menjalani perkara baru.Pemikiran bangsa Melayu dan bahasanya adalah berhubungan serta berupaya mencakup sesuatu dengan meluas dan mendalam,
Daripada contoh perumpamaan di atas membuktikan bahawa kandungan bahasa dan pemikiran Melayu tidak dapat dipisahkan dengan penciptaan perumpamaan Melayu. Penggunaan bahasa yang berbentuk metafora, ‘telaga yang jernih” misalnya melambangkan bahasa dan budaya adalah fenomena yang sangat kompleks kerana bahasa itu sebahagian daripada budaya penuturnya, sekali gus turut mempengaruhi pemikiran manusia.

2.5 Pemikiran tentang keindahan (estetika)
Selain pemaparan logik, peribahasa Melayu turut memaparkan nilai estetikanya dalam perumpamaan Melayu. Estetika yang dimaksudkan ialah cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain, (Kamus Dewan, 2005). Dengan kata lain, estetika merupakan salah satu cabang falsafah ilmu yang membahaskan aspek keindahan, cara sesuatu itu terbentuk, dan bagaimana seseorang itu dapat merasakannya melalui nilai sensitiviti yang dianggap sebagai penilaian terhadap sentimen dan rasa. Estetika ini merupakan cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Dalam peribahasa Melayu nilai estetika dan keindahan ini terpancar melalui bahasa yang digunakan.
Contoh nilai estetika dan keindahan ini dapat dirujuk dalam perumpamaan “disangka langit rendah, dipandang dekat dicapai tidak dapat” yang memaparkan realiti bangsa Melayu yang kreatif dalam penggunaan bahasa bagi menyampaikan mesej melalui perumpamaan. Perumpamaan ini membawa maksud janganlah mengkritik sesuatu itu dengan mudah belaka, cuba sendiri barulah tahu. Perkataan langit dalam perumpamaan tersebut, dikaitkan dengan kesusahan hidup. Langit yang lazimnya menimbulkan kesusahan atau kepayahan untuk sesiapa sahaja yang ingin mengapainya. Justeru penggunaan ’langit’ yang berkait dengan sesuatu perkara bukan mudah seperti yang digambarkan. Kepayahan adalah suatu pemadanan konsep yang wujud dalam fikiran bangsa Melayu dan diterbitkan dalam bentuk kata dalam perumpamaan. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa mempengaruhi pola pemikiran penuturnya dan pola pemikiran penutur secara kolektif membentuk suatu budaya.
Aspek keindahan berbahasa yang diaplikasikan dalam penciptaan perumpamaan Melayu turut menyerlahkan wacana kebahasaan yang terkandung dalam pemikiran penuturnya, iaitu bangsa Melayu. Hal ini sekali gus membuktikan bahasa mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan berperilaku. Bahasa menyerap dalam setiap fikiran penutur dan penutur menzahirkannya secara bijaksana ketika mengungkapkan sesuatu yang dialaminya termasuk cita-cita, daya usaha, kesedihan, dan kegembiraan yang ditempuhi dalam kehidupan mereka. Sebagai kesimpulan, bahasa dalam perumpamaan adalah refleksi pemikiran yang terbentuk daripada kesedaran manusia untuk melakukan sesuatu penaakulan, persepsi, perlakuan dan tindakan dengan bersumberkan alam keliling. Pemikiran dan budaya bangsa Melayu tercermin dalam peribahasa Melayu terutamanya perumpamaan yang digunakan kerana mereka memiliki segala sesuatu dan melakukannya dengan cara tertentu untuk mewakili apa-apa yang mereka nilai dan apa-apa yang dilakukan mereka.



3.0 Kesimpulan
Peribahasa Melayu terutama jenis perumpamaan merupakan satu susunan bahasa yang menarik, indah, berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Rakaman pemikiran dan falsafah bangsa Melayu diungkapkan menggunakan bahasa dengan bersumberkan alam flora, alam fauna, alam benda dan alam semesta bagi menyampaikan teladan, perbandingan, pengajaran, sejarah, nilai dan peraturan hidup dan sebagainya bagi membawa pengertian yang cukup mendalam. Hal ini dikukuhkan lagi dengan agama Islam yang menjadi paksi serta landasan kepada pemikiran dan kebudayaan bangsa Melayu. Dengan hanya beberapa baris kata, perumpamaan diungkapkan bagi menggambarkan budaya berbahasa dan pemikiran tinggi bangsa Melayu, serta hasil penaakulan bangsa Melayu terhadap alam sekeliling. Sehubungan itu penelitian terhadap perumpamaan Melayu telah dapat menjawab bahawa bahasa tidak hanya menentukan kebudayaan tetapi juga menentukan pola fikiran bangsa Melayu. Hubungan antara bahasa dan kebudayaan yang begitu erat ini terjadi dalam kehidupan lahiriah dan batiniah. Malahan daripada beberapa contoh perumpamaan yang dibincangkan, tergambar hubungan bahasa dan pemikiran bangsa Melayu yang bergerak seiringan dan terjadi secara relatif. Melalui kata-kata yang digunakan dalam perumpamaan sama ada secara tersurat ataupun tersirat telah menyerlahkan nilai keindahan dan kesantunan berbahasa yang wujud dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun temurun sebagai satu warisan budaya yang sentiasa dipelihara.


Hasil Tugasan, Ecah Shaimi
Semantik & Pragmatik Bahasa Melayu.

~Genting Highland Theme park..woohooo!!!~

#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#
Boring nye pasal,ecah godek2 la pic lama yg ade lam folder picture lam  my lappy..huhu pic ape yer?pic ecah & kengkawan gi Genting Highland..perghhh!!!akhirnye(smpai gak aku kat sna..mmg xrancang & x dijgka)orang dh ajak,ape lagi ..rezeki jgn ditolak..Alhamdulillah(✿◠‿◠)


Apa yang best kat GH ni?sure la GH Theme Parkkkkkk..woooohOOOOoo!!..hehe...
macam2 mainan de..roller coaster, cyclone ..
( ntah pape benda mainan 2, banyak aku tak tau namanya ..ahaa. yang bagusnye smua xtiviti release.. )




~sebelum mula main...posing dulu..uhuiii~


Budak2 ni naik space shoot yg tggi tu ..hehhe ecah xnaik. budak2 ni cakap mcm tggl jantung kat atas :(..baik xyah..kan3

beratur sbb nak  kayuh boat kat bawah ni-ikut turn la plakkk!!
!
!
!
!
!
V
~intan dah tidow...eheee..iye2 lah 2 tidow..kikik~
Wah!! girangnye cik cah..ahahahak

Cik rara ala2 model~model jaket keselamatan.ahaaa~



Friday, February 10, 2012

~Gembala Lembu~

Pengalaman yanag menyeronokkan tuk hari ni..ikut nenek gi sawah..pas 2 jadi gembala unta..opsss!!! gembala lembu la...ahahaha

~sawah  nenek~
~sawah bendang nenek: Ya Allah..tenangnye (^^,)~



~lembu2 menyambut kedatangan kami..lembu2 ni mcm plik je tgk  aku

~lembu ni dah bunting..tggu time je skunk..jap lg nenek dpt hasil baru la..untung lerrr nenek..kuikuikui~

~lembu2 yg haus..seharian di bawah panas terik tuk ragut rumput..kesian yg putih  2 sekor..sedih menunggu giliran..hurmmm~

~nenek bagi lembu minum air lagi..1 baldi tadi x cukup..hurmmm..haus sgt  lembu2 nih~

~syoknye lembu2 nenek mragut rumput~

~lembu2 peliharaan nenek..(^_^)~

~kurusnye:diet ni...hehehe~

~BEKAL:jajan  yang dibeli oleh nenek..ngap2 sambil tgk lembu ragut rumput..ngee~

~upih nenek sedikan as alas tmpat duduk..sweet la nenek..ehee~
Time tegok lembu2 nenek ragut rumput sampai kenyang..ecah ngan nenek amik kesempatan borak2.kat sinilah nenek bagi banyak nasihat & mendengar celoteh cucunye ini..eheeee..(^^,)



~Atok pun join skali ..eheee.syoknyeee~
~Tataaa...otW blik umah nenek lerr..next time ikut nenek lg..eheee~

Wednesday, February 8, 2012

~Lepskanlah, Ia Bukan Hak milik kita~






sudah ku temui satu hati, 
yang dinilai dengan mata hati,
 namun ku akur dgn takdir ilahi..
harusku biarkan ia pergi..
mengejar apa yang dicari..
semoga dia lebih mengerti akan satu hati ...
bila tiba suatu saat nanti.
pasti dia mngerti.



Pelayaran kita dalam dunia ini tak semudah apa yang kita imaginasikan. Kita acap kali menanam impian agar apa yang kita impikan akan terlaksana. Kita sering berimaginasi tentang sesuatu yang indah, sehingga kadangkala kita terlupa bahawa impian dan imaginasi-imaginasi itu semuanya perlukan izin dari-Nya.
Kadangkala manusia ini terlalu banyak peliknya. Sering akan terlupa dengan ketentuan-Nya. Sudah jelas dan nyata dengan apa yang tersurat, namun masih tegar mencuba dengan hati berkata bahawa ketentuan itu mungkin akan berubah. Apakah waras tindakan itu diteruskan? Manusia sememangnya gemar melawan fitrah. Lebih enak melakukan apa yang mungkin bisa memudaratkan.
Tuhan menentukan takdir perjalanan hidup kita.
Apa yang bukan milik kita, mengapa masih mahu mengendongnya? Biarlah ia berlalu dengan hati redha.
Apa yang bukan untuk kita, jelas dan nyata. Mengapa masih mahu cuba digapai? Ia bakal membawa kekecewaan di hati.
Jangan membiarkan hati terluka dan kecewa dengan ketandusan diri sendiri yang tidak mahu mangakui ketentuan itu. Bukalah hati kita kepada yang sebenarnya untuk kita. Agar ikhlas itu akan timbul dengan tanpa rasa keraguan.
Lepaskan apa yang bukan hak milik kita, biarkan ia pergi kepada pemiliknya.
Serahkanlah harta yang bukan untuk kita, agar pemiliknya dapat menjaga ia sebaiknya.
Carilah hak kita, gali lah harta kita. Jika ia milik kita, maka akan kekal untuk kita selamanya.