As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terimakah Kau Seadanya?
Satu titik mula kita bicara
hujung jari menelusuri kita
bicara kata belum pasti ianya nyata
tapi kita mula dengan suatu kata..ya dengan suatu kata
Diri ditanya pelbagai peri
sekadar bertanya atau ingin tahu lebih perinci
jangan dianggap yang tertulis itu penuh ciri
kaji dahulu sebelum mendefinisi
Aku tak salahkan kau
jika itu pendapat yang kau jangka
tapi kenalkah kau,aku yang hanya lihat pada muka?
hanya pada kata?
Jangan kau tertipu dengan segala kata
segala yang terpampang di depan mata
kenali diri itu dengan segala cara
terimakah kau segalanya?
baik buruknya belum kau kira
mungkin diri itu hebat dalam bidangnya
mungkin diri itu kurang dalam setengah cara
mungkin diri itu sikit bicara
mungkin diri itu kuat cemburu buta
mungkin diri itu kurang gayanya
mungkin diri itu lebih handal pada masaknya
segalanya pelbagai mungkin
tapi ...semua itu..ya..semua itu..
Terimakah kau seadanya?
Karya:Ecah Shaimi
Sekian ,wassalam..
P/S::mood entah pape tetiba nak bermadah pujangga ..haaaa.apapon tQ sudi baca puisi ecah ni.. =D
7 comments:
mendalam sungguh maksud puisi tu kak
nice entri..
wow...indah sungguh bahasa dia...akak suka... :)
great piece of art dear...
faeytynn:faham kan maksudnye?hehe
Adilah:tQ sayang =)
Puteri mama:Tq akak,puisi peringkat amatur aje kak. :)
Farah:hehe..senyum tak perlu kata apa-apa..senyum(nyanyi pulak ecah..hehe)
wow.....sangat bestttt
tQ nini..nini pon x kurang hebatnya..ecah de baca karya dlm blog nini jugak..nice taw! =D
Post a Comment