BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, November 22, 2012

Unit Hemodialisis

As salamualaikum dan salam sejahtera..

Sesiapa yang buka entry ni mesti tertanya-tanya ..kenapa ecah tulis pasal unit Hemodialisis nih?
Ecah sakit kah?
Ecah Buat terapi kah?
Ecah buat kajian kah?
Ecah,apakah?

huhu..sebenarnya ecah nak kongsi skit pengalaman bawa atuk ecah (Tok Loman) ke Unit Hemodialisis di HTM baru2 ni..Disebabkan dapat panggilan daripada pihak unit hemodialisis untuk  bawa atuk berjumpa dengan pakar neuro..katanya mahu buat pemeriksaan kandungan dalam darah atuk..

Disebabkan urusannya waktu pagi, semua anak2 atuk x dapat lah bawa atuk jumpa pakar. Almaklumlah masing2 keje kannn..So, dengan adanya ecah n cikyue ,tanggungjawab tuk bawa atuk ke HTM diserahkan kepada kami.. Dengan tak taw pape nih, kami bawa la atuk ke sana.

Pagi2 lagi dalam kul 8am kami bertolak ke HTM. Atuk diarahkan berpuasa sebelum datang ke HTM. So, malamnya hingga lah siap amik darah atuk terpaksalah berpuasa. Sampai je sana, kami ni dah macam rusa masuk kampung sudahhhh...hahahha.. suasana dah lain, bangunan pon dh bertambah..bahagian n unit2 kat hospital pon dah banyak tukar tempat. dalam sejam jugak la kami pusing2 n tanya misi2 kat hospital tu tempat yang harus kami tuju. huhu

Silapnya kami disini adalah tidak bertanya khabar berita n jalan cerita yang sebenar apa yang atuk alami..kami hanya tahu atuk de masalah darah je and yang perlu dapatkan rawatan berkaitan dengan darah. Hurmmmm..nurse2 kat situ tak dapat nak tolong kami sebab sebarang maklumat pesakit pon xde..sepatutnya pihak klinik Batu Gajah(tempat yang selalu atuk amik ubat) perlu memberi rekod atau surat untuk berhubung dengan pakar. Ininya tidak!

Untuk penyelesaian yang terakhir terpaksalah call Mak ngah( mummy Cikyu) supaya buat panggilan semula kepada pihak HTM untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkenaan temujanji atuk. Bila call balik rupa2 nya di bahagian unit Hemodialisis adalah tempat yang perlu kami tuju. Bila fikir berdasarkan pengetahuan cik cah, unit Hemodialisis ni tempat pesakit Buah Pinggang.and terfikir la pulak, atuk sakitnya berkaitan darah kenapa pulak harus ke unit Hemodialisis?..

Okeh,kisah di bilik unit Hemodialisis pulak, sampai je terus jumpa nurse yang mak ngah call tadi. nurse tu cakap, dialah yang call. Kemudian, dia minta lah maklumat yang dibawa termasuk surat daripada Klinik BAtu Gajah.hurmmmm..memang masalah la time ni..seperti tadi kami katakan surat itu tiada pada kami. Nasib baiklah nurse tu baik n lemah lembut orangnya. Dia cuba link ke klinik tersebut, n ternyata klinik tersebut x bagi surat n rekod kesihatan kepada atuk.Dia tengok kami pun rasa kesian sebab dah datang dari jauh(jauh lajugak kan dari batu gajah ke tanah merah..huhu)

So, Nurse tu putuskan tuk amik darah sahaja and dia tetapkan tarikh tuk datang balik pada 3 disember 2012. sekiranya keputusan darah kurang elok(iaitu kandungan potasium tinggi) maka dalam masa sehari nurse tersebut akan call tuk buat pemeriksaan lanjut and berjumpa pakar.

Jadi, x sia2 lh kami datang. Atuk tetap dilayan dengan baik untuk mendapatkan rawatan. Kagum dengan sikap nurse tersebut.



Sekian,wassalam..


0 comments: