BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Saturday, June 2, 2012

Tegur Secara berhemah



As salamualaikum.... 

Ecah,  Fitriyana dan Azira memang suka keluar bersama-sama terutamanya pada hujung minggu. Hari ini,kami telah pergi ke KFC di pekan Tanjung Malim. Kami tiga sekawan suka berborak tidak mengira tempat dan masa. Jadi, kami mengambil tempat duduk yang paling hujung sekali agar terlindung sedikit daripada pandangan orang sekeliling supaya  tidak menganggu sekiranya kami terbuat bising. 

Nyum3!!!


Semasa kami sedang makan dan bersembang, datanglah sekumpulan pelajar jurusan Pendidikan Jasmani yang masih berpakaian sukan dan duduk berhampiran dengan meja kami. Kami hanya melihat dan melemparkan senyuman sebelum menyambung balik perbualan kami tadi. Semasa kami bersembang, tiba-tiba aku dan Azira tergelak akibat kelucuan yang melanda disebabkan celoteh yang dibuat oleh fitriyana. Dalam keadaan kami yang tergelak sakan itu, dengan tidak dijangka salah seorang daripada kumpulan pelajar pendidikan jasmani menegur kami dengan lantang.”Hai,orang makan mana boleh gelak, nanti tercekik. Habiskan makanan dulu, baru gelak”. Aku terdiam tanpa kata. Fitriyana hanya terkebil-kebil melihatku manakala Azira pula mula menghentak-hentak kakinya menunjukkan tanda protes. Azira hendak bersuara tetapi aku menghalangnya supaya tidak timbul pertengkaran di situ.

Berdasarkan situsai tersebut, niat pelajar lelaki itu untuk menegur memang baik. Namun, dalam kita menegur ada adabnya. Kita sebagai umat Islam telah diberitahu tentang adab menegur secara berhikmah dengan lemah-lembut dan bijaksana tanpa perlu melantangkan suara. Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punyai kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Hal ini kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.


0 comments: