As salamualaikum...
Setiap hari jumaat, kolej
kediaman saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid akan mengadakan Pasar Malam. Jadi,
minggu ini saya melihat pertambahan bilangan gerai di sekitarnya. Rata-rata saya
melihat kebanyakannya yang berniaga adalah dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi. Ada yang menjual pakaian, makanan, aksesori wanita dan pelbagai lagi.
Masing-masing memiliki gaya yang tersendiri dalam menarik minat pelanggan.
Peniaga(Mahasiswa):
Mari..Mari...kakak-kakak cantik, Abang-abang kacak..Adik-adik comel..datang singgah ke gerai saya.Saya jual
pelbagai jenis air yang sedap dan
murah. Resipi turun temurun keluarga. Sekali rasa pasti anda semua nak lagi..mari..mari...
Pelawa dengan ramah salah
seorang mahasiswa yang turut berniaga di pasar malam itu. Saya memerhati setiap
peniaga di sekitar Pasar Malam itu. Masing-msing dengan wajah yang sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
Sekadar gambar Hiasan |
Pada pendapat saya,
semasa kita menjalankan aktiviti perniagan, tatatertib melayan pelanggan perlu
dijaga bagi mendapatkan kesan yang baik
kepada perniagaan milik kita sendiri. Umumnya pelanggan adalah “Raja” yang perlu kita
hormati. Kejayaan melariskan jualan akan wujud jika kita berjaya membeli jiwa
pelanggan kita. Selain itu juga,berdasarkan siruasi di atas semangat yang ada
pada mahasiswa dan mahasiswi yang melibatkan diri dalam perniagaan amat saya
kagumi. Hal ini kerana dalam mereka bergelar sebagai seorang mahasiswa mereka
mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah iaitu dengan
penglibatan dalam perniagaan. Di samping mendapat ganjaran yang lumayan mereka
turut melatih diri bergaul dengan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment