As salamualaikum dan salam sejahtera..
Dalam masa seminggu ni, kelihatan guru-guru pelatih jenama UPSI kerap melahirkan rasa hati hari pertama, upload gambo hari pertama la ,lagak budak2 la ,hari sukan sekolah la, dan macam2 lagi lah..hik3..ecah pon samalah..kikikik.
Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk minggu2 yang seterusnya(15 minggu lagi ...semoga maju jaya guru2 pelatih UPSI dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan baik, sabar dan tenang..Amin..
Sekian..
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancarnya.. Hari pertama melapor diri di SMK Dato' Zulkifli Muhammad. Ecah pergi bersama seorang lagi rakan yang sama-sama membuat latihan mengajar iaitu Fitriyana a.k.a Long. 1st week as a teacher sdikit hangin dengan kerenah pelajar,namun semuanya dapat dihadapi dengan baik.=D...Sebabnya ecah dah baca tip2 di bawah ni sebelum g sekolah..huhu.. saje2 baca lam salah satu blog yg ecah search pada malam sebelumnya(sebab nervous sesangat la yg cari tips ni..hahaahaa).Walaupun bukan semua tips ini ecah amalkan,namun sedikit sebanyak ada juga yang ecah lakukan..sangat membantu taw..
Tips Hari Pertama Mengajar di Sekolah
Langkah-langkah utama yang perlu diberi perhatian:
1. Memohon pertolongan daripada Allah SWT secara
berterusan dalam melaksanakan tugas yang berat ini.
2. Ingat selalu terhadap objektif dan matlamat
pengajaran dan hasil dari pengajaran yang akan diperolehi nanti.
3. Gigih dan tekun dalam mengajar.
4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang pendidik.
5. Timbulkan rasa kasih sayang dan suka terhadap
murid dan rapat dengan mereka tetapi bersikap tegas.
Langkah-langkah khusus hari pertama mengajar:
1. Anda melangkahkan kaki anda ke dalam
kelas sebagai seorang yang serius, teguh, tenang
dan tidak bersikap gementar, risau atau takut.
2. Anda menzahirkan air muka dan wajah anda
sebagai seorang yang serius tetapi tenang,
tidak terlalu suka dengan senyuman dan
tidak terlalu garang dengan kemarahan.
Dengan ini murid akan berasa takut kepada anda
pada peringkat permulaan dan menyebabkan
mereka mahu belajar dengan baik dan tidak
berani melakukan perkara lain walaupun sesaat.
Seolah-olah anda telah menguasai mereka.
3. Mendiamkan diri terlebih dahulu beberapa saat
atau memulakan percakapan dengan tenang dan
jelas berdasarkan keyakinan anda yang tinggi.
Apabila anda diam terlebih dahulu, maka kelas pun
akan menjadi senyap kerana murid baru pertama kali
melihat dan mengenal diri anda. Apabila anda melihat
ada murid bergerak ke sana sini, anda bolehlah menegur
mereka terlebih dahulu.
4. Pastikan gaya dan cara percakapan anda teratur
dan sedap didengar dan tidak terputus-putus atau gagap.
Murid akan menilai diri anda berdasarkan gaya
percakapan anda. Pada hari pertama ini, eloklah
dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid dan guru.
5. Memberikan sepenuh perhatian mata anda
kepada semua murid sama ada ketika bercakap atau diam.
Jangan hanya memandang kepada seseorang atau
sekumpulan murid sahaja. Ini akan memberikan
peluang kepada individu atau kumpulan murid yang
tidak diberikan perhatian membuat perkara-perkara
yang tidak berkaitan.
6. Selepas bercakap dengan nada yang serius,
anda bolehlah sedikit demi sedikit menzahirkan
senyuman di wajah anda. Ini adalah supaya untuk
mengambil hati murid dan tidak menyebabkan
mereka rasa keluh kesah atau tidak senang hati terhadap anda.
7. Adalah penting bagi anda pada hari pertama
ini anda bersikap tegas dengan mengawal
keadaan disiplin di dalam kelas. Jangan beri
langsung peluang kepada murid untuk bermain-main
dan membuat bising. Apabila anda bijak berinteraksi
dengan mereka, anda akan mampu mengawal kelas tersebut.
Jika tidak, kelas itu akan menjadi tidak terkawal.
8. Selepas anda memperkenalkan diri anda,
anda boleh meminta setiap murid memperkenalkan
diri mereka pula. Jangan lupa mengucapkan kata-kata
pujian dan semangat kepada mereka.(yang ni ecah
xsempat n buat sebab masa x cukup)
Long |
Ecah |
Kasut 4 inciKu..hari pertama je ecah pakai..hari kedua pkai kasut lain dah..xlarat nak naik turun tangga pakai kasut nih..hahaha |
Sekian..
0 comments:
Post a Comment