As salamualaikum..
Semasa aku dalam perjalan
ke kelas, aku sempat pergi ke tandas kerana tiba-tiba perut rasa tidak selesa.
Ketika tiba di tandas, aku terpandang seorang perempuan India duduk di tepi pintu menyelongkar begnya semacam
mencari sesuatu dengan muka yang penuh kegelisahan. Lantas aku menghampiri
wanita tersebut lalu bertanya sebab dia berkeadaan sedemikian.Perempuan itu
berkata, "Saya memerlukan pad(tuala
wanita).Saya lupa nak bawa yang saya punya”. Kemudian, aku menyelongkar beg
sandangku untuk melihat sekiranya aku ada membawanya dan aku dapati ianya ada
di dalam beg sandangku. Lantas aku
menghulurkannya kepada wanita itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepadaku
sebelum meluru masuk ke dalam tandas.
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima |
Berdasarkan situasi
di atas, saya bertindak menolong perempuan itu kerana dia berada dalam
kesulitan dan saya mampu membantunya walaupun dia bukan sebangsa saya dan bukan
orang Islam. Hal ini disebabkan saya sentiasa ingat akan pesan orang tua saya,
Islam adalah agama yang tidak mengabaikan perihal orang yang bukan Islam yang
hidup di tengah-tengah masyarakat Islam. Malah Islam menganjurkan umatnya
menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam serta sentiasa bertoleransi dan
saling bantu-membantu antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment