BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Saturday, June 2, 2012

Kesopanan Berbahasa


As salamualaikum..

Hari ini,hari rabu. Kelas kuliahku bermula jam 10 pagi. Selesai solat Dhuha, aku dan Aini iaitu rakan sebilikku bersiap-siap lebih awal untuk ke kelas itu. Gusar hati ini sekiranya bas tiada sekiranya kami lewat pergi ke perhentian bas. Permulaan Kuliah sangat membosankan. Namun, aku tetap kuatkan semangat untuk mengikuti pembelajaran subjek ini.

Bosan~Apalah yang dikatakan oleh pensyarah ni..
Semasa dalam sesi kuliah tersebut, pensyarahku ada menyentuh tentang isu kekeluargaan berkaitan dengan suami isteri. Pensyarah tersebut meminta pendapat kami sekelas tentang cara hendak memujuk isteri yang garang. Namun apa yang mengejutkan kami semua , semasa pensyarah menambah hujah mengenai isu tersebut beliau sempat mengeluarkan kata-kata lucah dan sedikit mencarut. “Kita kena puji masakan isteri. Cakap masakan dia sedap.Mesti tidur malam nanti tak peluk bantal tapi peluk *%&$@!”. Keadaan ini menyebabkan kami sekelas menjadi tidak senang dengan kata-kata pensyarah tersebut.

Pada pendapat saya, Pensyarah tersebut tidak sepatutnya bertutur dengan cara sedemikian. Seharusnya pensyarah tersebut perlu peka dalam percakapan dalam membincangkan pelbagai topik sama ada topik itu dalam situasi formal atau tidak formal. Hal ini kerana setiap pertuturan yang meniti di bibir kita sebenarnya melambangkan diri dan peribadi kita yang sebenar. Walaupun kata-kata yang diperdengarkan bertujuan untuk memberi maklumat,namun sebagai golongan yang professional, pensyarah tersebut perlu juga menapis terlebih dahulu maklumat yang ingin dikongsikan supaya tidak timbul ketidakselesaan audien yang mendengarnya.
  
Aku belum sampai kayuh,
Engkau sudah sampai seberang,
Kasar bahasa boleh gaduh;
Alamat berkawan dengan bayang.

Gunalah bahasa yang sopan kerana bahasa adalah cerminan sikap kita.

 

0 comments: