BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, April 6, 2012

~Perkhidmatan yang baik~


Hari selasa yang lalu, aku dan rakanku,Rahimah telah pergi ke Bank Islam di pekan Tanjung Malim untuk membuat kad ATM yang baru. Setibanya kami di bank tersebut, seorang pegawal keselamatan melemparkan senyuman kepada kami seraya membukakan pintu untuk membenarkan kami masuk ke dalam bank tersebut. Disebabkan kami kebuntuan, pengawal keselamatan itu mendekati kami lalu ditanya tujuan kami ke situ. Selepas mendengar penjelasan kami, pengawal keselamatan itu mengarahkan kami untuk berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan di kaunter pertanyaan berdekatan dengan pintu masuk tadi. Semasa kami di kaunter pertanyaan, pegawai perkhidmatan itu memberikan layanan yang baik kepada kami. Proses komuniksi antara kami dan pegawai tersebut berjalan dengan baik dengan terpancarnya nilai berbudi bahasa dan kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan pelanggan.

Berdasarkan situasi yang telah aku lalui ini, nilai berbudi bahasa yang terdapat dalam diri pengawal keselamatan dan pegawai khidmat pelanggan itu seperti memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong pelanggan atau pelawat telah diaplikasikan oleh  mereka dengan baik. Kecekapannya dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa membiarkan pelanggan menunggu lama di kaunter di samping sikap kerjasama yang ditunjukkan dalam memberi khidmat dengan rela hati.

0 comments: