BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, April 27, 2012

~keje last minute!..



Lately,agak2 busy nak update blog..adeh!tringin nk menulis namun byk kekangan yang melanda..hurmm
BTW,saat ni,tika ni,waktu ni dan seumpamanye lah..ecah nk citer skit pasal keje last minute!huhu..


Sekarang ecah di akhir tahun 3 zaman universiti,xlama lgi nk praktikum,lps 2 nak siapkan tesis..hurmmm memang  tak boleh nafikan memang sangat banyak kerja tapi ecah boleh lagi la nak buat aktiviti aktiviti yang ecah suka macam online, main games,shopping, jalan2, gi dengar ceramah(dunia2 jgk, akhirat penting xlupa taw). Ada lagi la ruang tu, bukannya 24 jam ecah kena buat kerja. hehe.




Tapi satu la yang kalau boleh cuba dielakkan iaitu buat kerja 'last minute', memang ecah rasa semua student sekolah ke, universiti ke! memang dah jadi rutin untuk buat kerja last minute. Ecah pon selalu aje buat. Memang dah jadi satu lumrah kehidupan seorang pelajar, tapi kalau boleh, cuba-cuba la buat kerja awal awal supaya tak kelam kabut masa nak hantar, tak payah nak stay up sampai jam 5,6 pagi semata mata nak siapkan kerja.(pernah jgk ecah stay up smpai subuh..huhu)




saat2 akhir nak siapkan asgment..huhu


Ok,yang ni ecah ade la terbaca status yang ditulis oleh rakan Facebook di lamannya. 

“Aiii,banyak betul kerja yang tak siap. bukan satu kerja nih, dua, tiga, empat. Adoi, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Dalam masa seminggu je nak hantar semua kerja-kerja ni. jangan sapa-sapa ganggu aku, jangan ajak aku pergi mana-mana. Aku nak siapkan tugasan aku”.

Berdasarkan situasi di atas, ecah  rasa ecah ni layak la untuk beri pendapat tentang hal ini kerana ecah pon  adalah makhluk yang buat kerja di saat akhir itu. Orang selalu kata, orang yang buat kerja di saat akhir adalah orang yang suka menangguh kerja, ecah setuju memang ada makhluk yang buat kerja saat akhir sebab dia suka tangguh kerja, tapi ecah tidak  setuju bahawa semua orang yang buat kerja di saat akhir adalah sebab faktor itu. Law Ecah, hanya buat kerja di saat akhir yang memerlukan ilham dan idea serta yang hanya perlukan minit yang sikit sedangkan masa yang diberi adalah terlalu panjang. Namun, jika kerja yang senang dan boleh diselesaikan dalam cepat pasti ecah akan menyiapkan dengan lebih awal. Setiap orang ada cara yang berbeza. Susah bagi sesetengah orang buat kerja di saat akhir. 
Jgn jadi mcm meoww ni..haha
Pasti minda tidak boleh berfikir dengan baik dan diri akan turut mengelabah. Bergantung kepada seseorang tu. Pada ecah seeloknya jangan diamalkan selalu, ada baiknya rancang kerja. Ia akan lebih teratur.

0 comments: