Semalam, aku ada terbaca satu ruangan blog salah seorang rakanku.
Dia menuliskan suatu kisah mengenai pemimpin yang berjiwa rakyat. Pemimpin tersebut
merupakan Ketua Menteri Perak iaitu Datuk Dr.Zambry. Dalam blog tersebut
dipamerkan gambar Dr. Zambry
menggunting rambut di kedai yang cukup simple.
Pendapatku, Dr Zambry merupakan salah satu pemimpin peringkat
negeri yang boleh dikagumi dan namanya cukup harum di mulut rakyatnya. Gambar Dr
Zambry mendapatkan khidmat menggunting rambut di kedai yang cukup biasa dan
sederhana itu membayangkan jiwanya yang sentiasa dekat dengan rakyat. Kalau ada
orang berkata bahawa ini adalah suatu politik murah, inginku menyeru kepada
mereka untuk berbuat seperti Dr Zambry.Sanggupkah?Jika diikut kepada kedudukan Dr
Zambry sebagai Menteri Besar tentulah beliau mampu untuk ke kedai gunting yang
lebih eksklusif tetapi sikap rendah diri sebeginilah yang rakyat inginkan.
0 comments:
Post a Comment