BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, December 20, 2012

Alkisah,Ibu Nabi Musa


 Alkisahnya, masa tu Firaun ni dia sudah mendengar sebentuk ramalan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan dijatuhkan oleh seorang bayi lelaki yang akan lahir. Jadi dia pun bimbang, itu yang dia perintahkan semua bayi laki-laki pada masa itu dibunuh. Kejam. Huh. Ibu nabi Musa pula, mesti la dia tak mahu kan. Sedih dan tragis sangat. Pada masa itu, semua bayi lelaki dijejak dan dibunuh. Ibu Nabi Musa sangat takut lalu dia berdoa meminta tolong dengan Allah dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya yang lemah. Selepas itu, Allah mengilhamkan dia supaya meghanyutkan Nabi Musa di dalam kotak ke dalam sungai.. Haa. Ingat kan kisah ni?
Bayangkan, seorang ibu yang baru melahirkan bayi nya, tiba-tiba dia terpaksa letakkan anaknya di dalam kotak dan hanyutkan di sungai. Allah….hancur hati emak nya.. Tapi, ibu Nabi Musa pada masa tu sudah terpaksa. Kalau tidak, akan dibunuh. Kalau kita baru lahirkan anak, mahu tinggalkan anak itu dalam bilik lama sikit pun tak mampu, apatah lagi hanyutkan ke sungai. Di sini kita dapat lihat, dia melepaskan anak yang disayangnya sepenuh hati. Bayangkan betapa hebatnya tawakkal dia pada masa itu.. Betapa tingginya dia meletakkan kepercayaan dan pengharapan kepada Allah. Betapa dasyat imannya, kan. Pertama sekali, kerana, dia minta tolong dengan Allah. Bukan dengan apa-apa yang lain, tetapi dengan Allah yang Maha Perkasa.
Kemudian, selepas dia meminta pertolongan dengan Allah, dia yakin pula dengan apa sahaja penyelesaian atau solution yang Allah berikan. Mana mungin tidak. Allah itu kan baik, di masa kita betul-betul berpaut pada Dia takkan mungkin Dia melepaskan tangan kita. Jadi oleh sebab itu lah selepas kita minta Allah tolong, jangan ragu lagi.
Yakinlah dengan apa jua yang Allah ilhamkan. Inshaallah, ia bukan langkah yang salah. Kerana kita bukan membuat keputusan itu sendiri-sendiri, sebaliknya kita buat dengan idea dan petunjuk dari Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan (as-samii’ & al-mujiib) Ok ini sangat senang untuk dicakap tetapi sangat susaaah hendak dibuat. Mengaku. Tetapi, di sinilah Allah menguji sejauh mana kita benar-benar yakin dan berharap pada Dia. Dalam kata lain – bertawakkal kepada Dia. Dan kalau benar-benar asli tawakkal kita itu, confirm Allah tolong…confirm!!
Ingat lagi apa yang terjadi dengan Nabi Musa selepas itu? Dengan kuasa Allah, Nabi Musa hanyut hingga sampai ke istana Firaun and Asiah isteri Firaun mahu memelihara dia. Firaun itu pula, ekele zalim sangat la tapi bila isteri pujuk cair~~ (ps;sebab itu laki-laki kerna berhati-hati dengan pujuk rayu perempuan. Firaun pun kalah.) Dia yang berusaha betul-betul untuk hapuskan semua bayi lelaki, akhirnya di dalam istana dia sendiri juga dia membela sorang bayi lelaki. Dan dengan kehendak Allah, bayi itu lah lelaki yang diramal akan meruntuhkan kerajaannya. Jalan cerita yang menakjubkan. Subhanallah.
Lihatlah kepada ibu Nabi Musa. Kerana tawakkal dan kepercayaannya kepada Allah, Allah selamatkan anaknya dengan cara yang paling tak disangka-sangka. Dia yang hendak selamatkan bayinya dari Firaun – Allah membuatkan anaknya tinggal sebumbung dengan Firaun, di mana, pada pandangan kasarnya nampak sangat mengerikan – tetapi sebenarnya itulah yang terbaik. Nabi Musa hidup aman bahagia di dalam istana Firaun, kerana Allah menjadikan Nabi Musa ni, bila sesiapa memandangnya akan terbit rasa kasih sayang. oh comel! Ha, banyak betul mesej nya di dalam kisah Nabi Musa ini.
Banyak nya hikmah dan keselematan yang Allah berikan kalau kita benar-benar bertawakkal. Tapi, lihatlah tawakkal ibu Nabi Musa itu bagaimana. Bukan macam tawakkal kita yang ‘main tipu’ ni. Tawakkalnya, subhanallah dasyat! Dan tidak habis di situ. Ada lagi Allah beri kejutan.. Di suatu hari, Asiah hendak mencari orang untuk menyusukan nabi Musa. Cuba teka siapa yang dipilih? Tepat sekali. Ibunya tadi. Ibunya yang tadi melepaskan dia pergi diiringi tawakkal kepada Allah Yang Maha Menjaga dan Memelihara, sekarang Allah pulangkan kembali ke pangkuan dia. Mashaallah…begitulah indahnya tawakkal seorang hamba kepada Tuhan nya, kan. Dan dengan sebaik-baik nya pula Tuhannya membalas nilai kebergantungan dia itu.
Dan ya, Nabi Musa membesar dan akhirnya dengan bantuan Allah dia berjaya menumpaskan pemerintahan firaun. Alhamdulillahil’aziz.. Sekarang, tawakkal kita pula bagaimana? ‘main tipu’. Dan kita harapkan pula agar Allah menolong sehabisnya, sedangkan kita tak cukup percaya dan berharap pada kekuasaan Dia. Baiklah, bayangkan kalau ada orang datang dan minta pertolongan dengan kita, tapi dia bukan yakin sangat dengan kita pun. Cis sungguh. Mahu ke kita tolong? “Tengok la, fikir dulu. Kau bukan percaya aku boleh tolong sangat pun en…wek.”
Tapi itulah pointnya. Sejauh mana kita ni benar-benar bergantung dan percaya pada bantuan Allah. Marilah kita bertawakkal dengan tawakkal ibu Musa!! Hm Susah tu… Tapi tak apa, kita cuba sedaya mampu! Dan andai nya kita memang terus kehilangan perkara tersebut, err boleh bersedih. Kita manusia juga, kan. Tapi, jangan bimbang dan ragu kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan buat kita. Allah itu Maha Baik. (ar-raa’uf), tak mungkin Dia akan kecewakan kita andai kita benar-benar dalam kelompok yang taat padaNya.
*****************************
“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” 37
“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:” 38
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.” 39
“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..” 40
Surah Ta Ha: 37-40

0 comments: