Benar-benarkah berkawan itu apabila ia bermula, ia tidak akan terputus?
Dan apabila ia terputus, adakah ia perlu bermula semula ataupun sambung sahaja yang telah terputus?
----------------------------------------------
Semakin dewasa, semakin dibanjiri dengan konsep berkawan-kawan nan seribu.
Ah, betapa semasa kecil, kita hanya fikir perlu kawan untuk hidup. Dahulunya, tidak mahu meneruskan pelajaran di sesebuah institusi hanya kerana' tidak punya kawan' yang boleh sama-sama belajar di sana.
Namun perli diingatkan juga, 'jangan terlalu setia kepada kawan. Ia datang dan pergi. Ia mengajar kita erti berperi."
--------------------------------------------------------
Kini, aku berbisik dalam hati, buat sekian kali yang lama tidak berkunjung di hati,
"dia sudah berubah. Dahulu, semasa aku mengenalinya, dia tidak begini."
"pasti ada sebab semuanye terjadi,kan?" bisik pada hatiku lagi.
"Yup,ada sebabnya. Sebabnya aku yang ciptakan sendiri, tanpa aku sedari ianya menimbulkan pengertian tersendiri"
Aku diam.memandang sekeliling.
"Aku harus bermula semula. Dengan perubahan yang berlaku dan dengan kematangan yang semakin menebal,dengan pengajaran yang berbekal" Rintihan yang perih yang perlu diraih bagi persabahabatan yang akan mula bertatih.
Ya, ia bukan menyambung apa yang pernah dikecapi dahulu, tetapi bermula semula.
Apa yang berlaku,perlu dibiarkan lepas. Penyambungan semula harus bermula dengan situasi dan rasa yang baru.
Aku mengangguk. Mungkin juga begitu.Ya,pasti begitu!
Dulu dan kini, ia berbeza.
Boleh aku analogikan seperti ini,
"Jadi, jangan berharap kawan kamu yang pernah mengelap ais krim yang mencomoti bibir kamu ketika kamu kecil dahulu, akan mengelap comot itu ketika kamu telah dewasa.. Mungkin juga, orang yang sama yang pernah mengelap comot itu juga, bisa sahaja mentertawakan kecomotan kamu.
Kawan, kita pernah berkawan suatu ketika.
Ia tidak bermakna kamu faham aku seadanya.
Kita sentiasa berubah.
0 comments:
Post a Comment