As salamualaikum...
Pada 19 mei 2012 yang lalu, ecah dan kawan2 sekelas (keterampilan penulis) telah mengikuti satu rombongan ke Balai Seni Visual Negara(BSVN) di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk merealisasikan salah satu tugasan kami yang diarahkan oleh Prof. Datuk Wira Dr.Abdul Latif Bakar,pensyarah kami. Tugasan yang diarah adalah menghasilkan satu penulisan rencana berbentuk penghujahan berdasarkan analisis karya lukisan Ismail Embong mengenai Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan karya Sulalatus Salatin. Walaupun pelbagai versi Sulalatus Salatin telah diwujudkan dan diselenggarakan oleh ramai pengkaji seperti Rafless, Shellabear dan Munshi Abdullah, namun buku Sulalatus Salatin - Sejarah Melayu(edisi pelajar) yang diselenggarakan oleh A.Samad Ahmad menjadi pilihan beliau sebagai rujukan dalam menghasilkan karyanya.
|
BSVN~3 aweks comel lagi cun jdik model sementara ...no payment..hik3!! |
|
comel aje u allz!!! |
Atur cara majlis bermula dengan sesi temubual antara wakil BSVN, Datuk Wira Latif dan Ismail Embong dengan para wartawan bagi menguar-uarkan Pameran idea Pelukis bersama GAPENA di BSVN.
|
Sesi temubual antara wartawan dan ahli panel |
|
Kami~antara pelajar UPSI yang terlibat dalam sesi temubual yang berlangsung
|
|
Ismail Embong memberikan penjelasan mengenai karya lukisannya~Idea Pelukis Bersama GAPENA. |
|
Bab 12 Sulalatus Salatin~karya Ismail Embong |
|
7 org Wanita~salah seorangnya Erra Fazira, Ning Baizura,Sheila Majid, Stacy(mungkin),Shiela Amzah yang menjadi imaginasi pengkarya. |
|
Iras Tun Mahathir Mohamad |
|
Tulisan tangan anak Ismail Embong..sangat cantik dan menarik. |
|
Salah seorang puteri Ismail Embong yang sibuk meng"captured" karya. |
|
Empunya kebanyakkan gambar yang ecah masukkan dalam entry ini.. kredit untuk cik Ain♥♥♥!!!hik3 |
InsyaAllah,tugasan yang diarahkan kepada kami akan disiapkan sebelum tarikh penghantarannya. Diharap tugasan dapat dihasilkan dengan baik seiring dengan kehendak yang ditetapkan oleh pensyarah. Sekian, Terima Kasih.
♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥
0 comments:
Post a Comment